Sunday, July 4, 2021

Zulkaedah 23, 1442: (Semarak Haji)...Kusaksikan Keajaiban Tanah Suci

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umt-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit it ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, dan (6) hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi." (Hadis riwayat Hakim)


Alhamdulillah buku penulis ini kedapatan di sejumlah perpustakaan desa. Ini sinopsis buku itu di 

Perpustakaan Desa Kampung Pangkal Petai Dalam, Machang, Kelantan



Tajuk : Kusaksikan Keajaiban Tanah Suci

ISBN : 9789673610068
Penulis : Roslan Hamid
Buku ini mengisahkan pengalaman kepergian penulis menunaikan ibadat haji di Mekah. Ia adalah memori yang mahu dikongsikan kerana ia begitu signifikan untuk dikenang.
Sementelah di musim PKP seluruh dunia sekarang yang tidak membenarkan masyarakat dunia mengadakan ibadah haji kecuali rakyat tempatan dan yang dipilih.
Oleh itu, buku ini sangatlah berjasa kerana orang ramai dapat menghayati perjuangan muslimin dan muslimat dalam menunaikan rukun Islam yang satu ini. Semoga dunia kembali kepada keadaan asal yang selamat.

No comments: