Tuesday, September 30, 2014

Coretan sepintas Kopitiam Bang Nan pasal LanH

Thursday, August 14, 2008

****************
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)


TEMAN meninggalkan UiTM (dulu ITM) pada tahun 1986. Masa tu Pak Rashid jadi Vice Chancellor...kira OK jugalah. Ramai kawan-kawan teman dah jadi somebody dalam lapangan kewartawanan. Manja tu senior teman setahun. Lain-lain macam Camp, Saiful Azhar, Rashid Gergak (kerja dengan KJ, sekarang ini Timbalan Pengarang NST), Roy dan Lee Kau tu semua satu batch dengan teman tapi lain kursus. Teman ambil course building...he he. Sebab tu tulisan teman tak prolific macam dema tu...


Di antara ramai rakan-rakan di ITM course mass comm tu teman admire sorang ni. LanH. Sekarang ni dia salah seorang kolumnis Harakah. Di ITM teman selalu bercampur dengan dia. Kita orang panggil dia Rock. Menarik tentang LanH ni ialah kehidupannya yang serba sederhana. Teman masih ingat dalam locker dia cuma ada 2 3 helai baju dan seluar...dan yang pasti satu set baju Melayu warna hitam. Apabila ditanya, "buat apa baju Melayu cantik siap dengan samping tergantung rapi?"....dengan selamba dia jawab..."Bila grad nanti aku pakailah."


Dia memang betul-betul Rock...lepas ITM dengar khabonya dia terus berkerja dengan Berita Harian...berulang dari Semabok tiap-tiap hari dengan bas...kemudian ke luar negara cover berita luar negeri...tahu-tahu dia dah berhenti dan join Harakah. Teman dapat tahu dari anak saudara teman dia berhenti BH sebab tak setuju BH published keputusan nombor ekor... Hebat kawan teman ni...


Posted by Firdaus Omar at 8/14/2008




Monday, September 29, 2014

Apabila 'soalan bocor sebenar' tidak diambil 'pot'...


****************
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)

*************

SEORANG anak saya calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Beberapa hari menjelang peperiksaan, pentadbiran sekolahnya menganjurkan majlis bacaan Yassin sebanyak dua kali. Pada majlis kedua turut diadakan solat hajat - memohon pertolongan Allah SWT agar memberikan kejayaan kepada anak-anak. Syabas diucapkan kepada pengurusan sekolahnya.

Guru-guru telah banyak berkorban - melakukan yang terbaik untuk kejayaan anak-anak. Namun apa yang saya perhatikan dunia pendidikan kita terlalu mementingkan kejayaan akademik ternasuk di peringkat sekolah rendah - antara perkara ditekankan bagaimana prestasi sekolah, peratusan lulus dan satu soalan paling menakutkan: "berapa (jumlah) pelajar dapat '5A'?" Ada sekolah hanya seorang dua dapat '5A'; ada sekolah belasan murid dapat '5A', ada pula sekolah lebih 50 murid dapat '5A'.

Apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan, si anak akan ditanya 'soalan maut' - "dapat berapa A?" Kalau dapat 5A terpancarlah wajah kegembiraan tetapi jika dijawab "4A" serta merta wajah 'semua orang' termasuk guru, ibu bapa apatah lagi murid itu sendiri bermuram duka, seolah-olah 'dunia sudah kiamat' hakikatnya keputusan '4A' adalah 'terbaik juga'. Namun nampaknya 'semua orang' mahu '5A'.

Kecenderungan mencatatkan 'deretan A' inilah antara penyebab dan dorongan pentadbir pendidikan (seperti jabatan), sekolah, guru, ibu bapa dan murid 'sanggup berkorban' melakukan 'apa saja' bagi membolehkan sekolah mencatatkan 'keputusan cemerlang, gemilang dan terbilang'. Mungkin, ada yang 'terlebih berkorban' sehingga berlakulah kebocoran kertas UPSR membabitkan Bahasa Inggeris serta Sains dan perkembangan terbaru menyatakan Matematik dan Bahasa Tamil juga terlibat.

Alhamdulillah, solat hajat dan bacaan Yassin yang dilakukan di sekolah secara beramai-ramai adalah antara usaha terakhir yang amat baik; malah ada sekolah yang menghimpunan ibu bapa pada ketika anak-anak menduduki peperiksaan. Kumpulan bapa-bapa dihimpunkan untuk membaca Surah Yassin manakala golongan ibu berkumpul di tempat khas menyediakan makanan berzat untuk anak-anak ketika mereka rehat daripada peperiksaan.

Seorang bapa yang sama-sama menghadiri majlis bacaan Yassin di sekolah anak saya mengulas: "Dahsyat sekarang ini, semua orang mahukan anak mereka dapat '5A', tapi yang sedihnya "kita ini sanggup melakukan apa saja kerana hal-hal dunia, yalah untuk anak-anak kita dapat '5A' kita berkorban segala-gala tetapi adakah itu matlamat utama pendidikan?"

Saya diam saja, tetapi dalam hati dan minda berfikir: "Betul juga rungutan si bapa ini," lantas teringat sesi soal jawab saya dengan beberapa anak murid kelas tuisyen yang saya kendalikan pada hujung minggu; saya bertanya mereka tentang solat, subuh itu mereka solat atau tidak. Hampir semuanya menjawab tidak solat.

Saya melanjutkan pertanyaan kepada solat waktu lain - mereka jawab tak solat juga; ada sekali sekala apabila teringat hendak sembahyang, barulah mereka sembahyang. Masya-Allah, apa hendak jadi dengan generasi baru kita ini; jadi betullah satu kajian di sekolah-sekolah di sebuah negeri tidak lama dulu mendapati 80 peratus pelajar tidak konsisten dalam menunaikan solat lima waktu.

Demikianlah, adalah bagus untuk mengusahakan kejayaan anak-anak dalam pelajaran dengan menghimpunkan ibu bapa dan anak-anak melakukan solat hajat dan bacaan Yassin; tetapi teramatlah penting seluruh institusi pendidikan kita (termasuklah ibu bapa dan guru) untuk berusaha daripada peringkat paling awal mengasuh anak-anak untuk kenal akan Tuhan mereka. Apabila sudah kenal Tuhan, insya-Allah mereka akan kenal diri dan tujuan mereka berada di dunia ini. Insya-Allah, mereka akan kekal bersolat setiap waktu dan bukan hanya 'apabila dekat peperiksaan' saja!

Berceloteh mengenai soalan bocor UPSR, ada 'soalan bocor' yang tidak ramai orang ambil penduli mengenainya...itulah soalan Munkar Nankir yang akan dihadapkan kepada mayat dalam kubur. Jika UPSR ada lima kertas, Munkar Nankir juga akan menanyakan lima soalan yang 'sudah sedia bocor' iaitu siapa Tuhan kamu, Nabi kamu, Imam kamu, Kiblat kamu dan saudara kamu. Menghafaz jawapan untuk soalan bocor ini adalah perbuatan sia-sia; yang akan menjawabnya adalah amalan seseorang.

Rasulullah s.a.w. bersabda, yang maksudnya: ”Apabila si mati dikuburkan, datanglah kepadanya dua  malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satu lagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya). Kemudian mereka mula menyoalnya..."(Abu Daud, Abu Hurairah)


Tidak mengambil 'pot' soalan bocor apatah lagi kerisauan sama ada boleh menjawabnya atau tidak di dalam kubur nanti, adalah antara penyumbang kepada permasalahan 'soalan bocor peperiksaan' termasuk UPSR sekarang ini. 'Jenayah soalan bocor' ini hanyalah 'puncak ketulan ais' (iceberg) kepada kebejatan, kejahatan dan maksiat lain dahsyat yang semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat.

Apabila pemimpin tidak peduli akan soalan bocor ini (kubur), mereka menjadi pengkhianat (tidak amanah), kaki rasuah dan melakukan aneka kejahatan lain termasuk melakukan penipuan dalam pilihan raya. Apabila pemimpin khianat rakyat pun menjadi penipu kerana undang-undang oleh Yang Berhak (Allah SWT) tidak terlaksana.

Tidak mengingati mati menyebabkan anggota masyarakat terdedah kepada pendekatan Machiavelli - the ends justify the means - lakukan apa saja asalkan matlamat tercapai - ini tidak terkecuali dalam kes kebocoran kertas UPSR kerana semua mahu mencatat kejayaan 'cemerlang, gemilang dan terbilang'. Ya, inilah akibatnya apabila kebanyakan anggota masyarakat kita tidak 'ambil pot' soalan kubur yang sudah pun bocor!

Friday, September 26, 2014

Majority of our 'rakyat' are poor?

***
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort 
one another to truth and exhort one another to endurance.
***

A day before writing this article, I received the booklet 'Laporan Interim' from Perbadanan Nasional Berhad (PNB) and Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) 'bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2014' (for the first six months ending 30 June 2014). 

I flipped the pages of the report by the 'Pengurus Sekim Amanah Saham Nasional (ASN)' (Manager of the Amanah Saham Nasional Scheme), my eyes caught a section about the profile of shareholders under 'maklumat tabung' (information on the fund). 

It stated that; "As at 30 June 2014, a total number of 1,254, 328 individuals had invested in the ASN scheme."

On page 2, there was a chart which showed that from the total 1,254, 328 investors; 1, 228,488 of them as having 5,000 and less units. 

It comprises 98 percent of the total investors. If the price of shares was at 80 sen a unit, then those more than 1.2 million investors are having about RM4,000 or less in their accounts! 

Those who fall under this category subscribed a total of only 234, 240,183 units out of the overall 1,671,720,040 units of shares. 

I kept on thinking; 1,228, 488 out of 1, 254,328 investors having RM4,000 and less in their accounts; that meant 98 percent of them had only a meagre amout of money in ASN. 

Perhaps a large number of them owned less than 100 shares (valued at about RM80). Imagine only two percent of the shareholders having more than 5,000 shares. 

The number of shareholders with shares ranging from 5,001 to 10,000 were 7,965 and those in the 10,001 to 50,000 category were 11,609 persons. Investors who held 50,001 to 500,000 was 6,030 persons and those who had 500,001 and more were 236. 

Well, those with more than 5,000 shares comprised of not more than 30,000 investors; a very, very small number indeed! Notice that 98 percent or 1,228,488 out of 1,254,328 had 5,000 and less shares.

Based on the profile of ASN investors, pardon me if I am wrong in my assumption that the majority of our 'rakyat' are poor! I dared to make this claim because there are also other scenarios and developments that support it.

One example is regarding Prime Minister Najib Razak administration's cash aid programme under the 'Bantuan Rakyat 1Malaysia' or 1Malaysia People’s Aid (BR1M).

Under the one-off cash payment (RM500 for the first year) it was found out that only about 20 percent of household in the whole country with an income of more that RM3,000 a month.Through BR1M and BR1M 3.0, over 7 million households (received BR1M) totalling RM4.6 billion.

Through BR1M (the first one) RM2.6 bilion were chanelled to benefit 5.2 million households or 79.5 percent of the total of households in the country. If 79.5 percent of the overall households had income less than RM3,000 a month, then it means that only 20.5 percent of households had income of more than RM3,000 per month.

Nowadays household income are normally contributed by both husband and wife; this means that if a family has an income of RM3,000 a month; each of them has an income of about RM1,500 per month. If this method of calculation is adopted, it means that 80 percent of the rakyat has an income of less than RM1,500 a month.

With the majority of the rakyat has an income of RM1,500 or less that that for a month, were they in the category of those with high income as desired by some of our leaders? The rakyat with an income of RM1,500 and less a month was not far from the line of poverty whats more if they live in cities and metropolitan ares.

In my opinion, after realizing that the majority of our rakyat were poor or from the middle class strata (about 80 percent of the population), then drastic actions should be taken and implemented to rectify them in short and long terms but surely not by giving them cash handouts as done by our leaders.

If we give the people say, RM500 under the one-off cash payment, that it is like giving fish to them; they would finish the food fast but if give them fishing apparatus, hopefully they would be able to 'land fish' on a regular basis for the rest of their lives.

Those in power too must take effort and work hard to make sure that the prices of daily necessary items such as rice, sugar, wheat, milk, cooking oil, vegetables, fish, chicken and beef are within the reach of the majority of the rakyat. 

In my opinion being able to sustain the prices of necessary items are more beneficial than giving the poor rakyat RM500 once in a while as when the situation requires those in power to do such as winning their hearts in elections.

The rakyat too should be provided with a 'sound' and efficient public transportation system especially in the rural areas. If the rakyat in metropolitan areas such as Kuala Lumpur are provided with reliable modern public transportation such as the light rail transit (LRT) and monorail, those living in rural areas are left at the mercy of private public transport operators.

It was a well known fact that many bus operators who claimed they were not making any profit year after year, failed to give good service to the rakyat in rural areas. Buses were not punctual; some of them had to wait hours after hours at the roadside for their buses.

If the government could spend billion and billion of ringgits to upgrade public transport system in the city such as expanding the MRT line of coverage; then why not spend a reasonable sum 'to cheer up' the rakyat in the 'kampung' and other rural areas. Perhaps, this way is better than making them happy for a day by giving them a one-off cash handouts of RM500 once in a year! 

Even former Prime Minister, Dr Mahathir Mohamad criticized BR1M, describing it a costly move for a government facing huge debts and deficits.

"At RM500 per person, for seven million people it would cost the government RM3.5 billion. Increase that to RM1,200 and the cost would be RM8.4 billion.

"That is a lot of money. Yet there are still a lot of very poor people in the country. Do we really need BR1M? Even without BR1M there was good support by the people," said Mahathir. 

Under the 2014 Budget, households with a monthly income of RM3,000 and below are qualified to receive BR1M of RM650 each, an additional RM150 from 2013. For households with a monthly income of between RM3,001 and RM4,000, the financial aid is RM450.

Tuesday, September 23, 2014

Artikel lama berkenaan LanH di alam maya

*****
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Maksud Ayat 21, Surah Ar Rum)


Tidak lama dulu terjumpa artikel ABU Urwah ini (AISARALEX.BLOGSPOT.COM YANG ADA MENGULAS MENGENAI Lanh

MONDAY, NOVEMBER 5, 2007

Motivasi Diri- Duit Bukan Segala-Galanya..

Saya cadangkan sahabat-sahabat semua baca artikel tulisan Us Zaharuddin Abdul Rahman di bawah. Memberi motivasi yang bukan sedikit bagi kita. Terutamanya bagi mereka yang bersiap-sedia untuk berkhidmat secara praktikal kepada masyarakat setelah sekian lama menghadam teori-teori di medan-medan ilmu.

Antara yang dapat dikutip, duit itu bukan segala-galanya. Hidup biar berprinsip. Saudara UZAR satu contoh dari contoh-contoh yang banyak di sekeliling kita. Baru-baru ini kita mendengar pengakuan TG Nik Abdul Aziz yang menolak rasuah berjuta-juta kerana mempertahankan maruah diri dan agama. Jika sahabat membaca buku DILEMA SEORANG WARTAWAN ISLAM karangan Roslan Hamid (kini wartawan di Harakah dengan nama penanya LANH), beliau menceritakan bagaimana beliau meletakkan jawatan sebagai Pengarang Luar Negara, Berita Harian yang menerima gaji lebih RM4,000 sebulan dan kemudian menubuhkan sebuah pusat tuisyen dengan mengenakan bayaran paling minimum (RM2.00 setipa kali seorang pelajar mengikuti pengajian) bagi membantu pembelajaran bahasa Inggeris murid sekolah rendah di kampungnya- Semabok, Melaka. Alasannya, walaupun berpendapatan lumayan, corak kewartawanan masa kini tidak serasi dengan jiwanya. Penggunaan gambar-gamabar tidak sopan, pemberitaan yang terpesong, wujudnya keputusan nombor ekor dan pelbagai unsur lain dalam dunia persuratkhabaran yang tidak selari dengan jiwanya. Dan kerap-kali, dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai wartawan yang berdedikasi, dirinya gagal mencari masa untuk melakukan 'kerja-kerja berfaedah' untuk bekalan di akhirat kelak.

Rasa begitu terharu dan kagum dengan pengorbanan-pengorbanan mereka. Sama-sama
kita contohi pejuangan mereka, pastikan hidup kita berprinsip, jangan kita dikhayalkan dengan harta benda dunia.

Dan akhirnya, pastikan hidup kita tidak sia-sia dan memberi jasa kepada Islam.
Wallaua'lam.

Bertugas Di Tempat Baru : UIA
Oleh: Zaharuddin Abd Rahman 
www.zaharuddin.net

Saya memang tidak pandai dan kurang minat untuk berkongsi cerita peribadi di web saya ini. Malah anda juga pastinya kurang minat untuk membacanya. Cuma kali ini saya berhasrat untuk berkongsi tentangnya buat julung kali kerana dirasakan ada beberapa faedah yang boleh dikongsikan. 

Alhamdulillah, hari ini (5 Oktober 2007 bersamaan 23 Ramadhan 1428 H pada hari Jumaat) adalah hari pertama secara rasmi saya bertugas sebagai ‘Academic Fellow' atau secara mudahnya sebagai Pensyarah di Jabatan Ekonomi Islam, Kulliyyah of Economics & Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. 

Cita-cita

Sejak kecil, cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang pensyarah di sebuah Universiti. Kini cita-cita tersebut menjadi kenyataan. Syukur kepada Allah s.w.t yang memberikan ruang dan peluang ini menjadi kenyataan.

Jawatan terakhir yang saya sandang sebelum menyertai dunia Akademik adalah Ketua Jabatan Syariah dan Setiauasaha Majlis Penasihat Syariah, Qatar Islamic Bank Malaysia ( Asian Finance Bank Berhad . sila buka http://www.asianfinancebank.com/)

Mengapa Tinggalkan Bank?

Ramai juga rakan yang bertanya mengapa berhenti sedangkan pendapatan yang diperolehi di dunia perbankan dan korporat telah mencecah 5 angka sebulan dan masuk ke dunia akademik yang berpendapatan 4 angka semula.

Malah ketika interview UIAM sebanyak 3 peringkat iaitu Jabatan, Kulliyyah dan Universiti. Pasti tidak terlepas soalan ini, hampir semua panel yang meng'interview' saya menjadi kehairanan dan pelik dengan sikap saya yang sanggup turun pendapatan dari 5 angka ke 4 angka.

Saya lagi pelik dengan kepelikkan mereka. Apakah begitu sukar untuk difahami?. Saya tidak pelik langsung kerana saya telah pastikan kerjaya saya ada hala tuju dan objektif tertentu. 

Anatara jawapan mudah saya untuk dikongsikan bersama pengunjung web ini adalah :- 

Pertama : Duit bukanlah matlamat saya ketika menyertai industri perbankan Islam ini, cuma tanpa dirancang. telah menjadi budaya korporat apabila anda kerja dengan tekun dan memenuhi 'expectation' mereka, secara sukarela mereka mengganggap anda penting lalu menaikkan pendapatan anda sebagai penghargaan. 

Terus terang, saya sertainya adalah kerana inginkan ilmu praktikal dan operasi perbankan Islam. Saya tidak ingin menjadi seorang yang tidak adil dalam menghukumi sesebuah bank Islam tanpa mengetahui hakikat operasi mereka secara ‘live'.

Ia amat penting bagi membolehkan saya mengaplikasikan ilmu Syariah dari Kitab turath ke dalam dunia praktikal..bukan sekadar teori dan cakap-cakap semata-mata. Saya berpeluang menghidupkan teori Fiqh yang tersimpan di dalam kitab-kitab Fiqh silam dan moden dalam bentuk hidup nyata di dunia perbankan Islam bagi menyelamatkan umat Islam dari dosa sebesar Riba. Saya amat gembira dengan tugas demikian.

Islam adalah penyelesai masalah semasa, tetapi jika ia tidak mampu diterjemahkan dalam kehidupan ekonomi dan perbankan semasa, Islam akan dilihat tidak ‘up to date' , malah 
peranan ilmuan Syariah untuk menonjolkan Islam juga semakin malap dalam dunia yang berkembang pantas ini.

Hasilnya dalam tempoh tiga tahun yang saya peruntukan untuk proses ini, saya telah berjaya memperolehi pengalaman bermakna tatkala membina dan membetulkan produk-produk bank Islam, menyemak seluruh syarat dan dokumen perbankan dan kewangan Islam merangkumi sebuah bank Islam tempatan ( iaitu RHB Islamic Bank) danjuga mempelajari operasi sebuah bank Islam antarabangsa ( iaitu Qatar Islamic Bank @ Asian Finance Bank Berhad) dari mula ia ditubuhkan di Malaysia. Kata orang putih "from the scratch", kerana saya merupakan kakitangan kedua di Asian Finance Bank yang dilantik selepas CEO.

Kedua : Saya juga ingin menyumbang Ilmu Islam kepada semua tanpa ikatan ‘office hours' dan organisasi tertentu. Sebagai pensyarah UIA, saya bebas untuk memberikan manfaat ilmu kepada mana-mana organisasi kewangan Islam dalam satu masa. Waktu saya lebih fleksible untuk menyumbang dan membuat kajian mendalam.

Benar, saya amat ingin jadikan ilmu yang dianugerahi Allah s.w.t ini untuk dimanfaatkan oleh masyarakat seramai mungkin, bukan hanya untuk dimanfaatkan oleh sesebuah organisasi sahaja.

Kerjaya sebagai Pensyarah universiti adalah tugas yang terbaik bagi melaksanakan tugasan ini.

Perancangan Tercabar

Saya telah meletakkan pelan untuk berkhidmat dalam operasi perbankan & kewangan Islam selama 3 tahun sahaja, akan tetapi saya perlu pastikan ilmu yang saya perolehi menyamai tempoh 10-15 tahun bekerja di industri ini.

Tidaklah begitu sukar untuk mencari jalan mengetahui bagaimana tahap ilmu kita dalam hal ini. Ajak sahaja seorang Senior Islamic Banker yang punyai pengalaman 15 tahun bersembang dengan anda perihal teknikal perbankan. Jika anda faham bahasa perbankan dan istilah yang digunakan serta anda boleh pula memberikan idea, soalan dan komentar yang dianggap standard oleh mereka. Saya kira ilmu anda sudah hampir dengan pengalaman 15 tahun dari satu sudut paling kurang.

Ia bukan tugas mudah dan memang meletihkan, tapi saya mesti mencapainya, saya nekad. Dalam tempoh sederhana singkat itu telah saya senaraikan ilmu operasi yang perlu saya perolehi termasuk semua ilmu pelaburan Islam, perbankan runcit, perbendaharaan (Treasury), Pasaran Modal Islam seperti Sukuk and Unit Saham Amanah, ‘Structured Products' dan lain-lain.

Tempoh perancangan ini mestilah dijaga sebaiknya walaupun terdapat agak banyak gangguan-gangguan yang mendatang. Tawaran bertugas di Qatar Islamic Bank di Doha Qatar, dan sebuah Syarikat Kewangan Islam di Dubai adalah antara tawaran yang paling menggoda. Terutamanya dari sudut ganjaran kewangan peribadi yang boleh melonjak sehingga 3 ke 4 malah 5 kali ganda dari pendapatan saya di Malaysia.

Bagi saya, sekali saya sudah membuat pelan yang teliti, tidak tepat kiranya saya mengkhianati perancangan teliti saya hanya kerana lumayannya tawaran itu.

Pelan dakwah dan penyebaran ilmu buat rakyat Malaysia menjadi keutamaan saya, Saya mungkin akan gagal memaksimumkan tenaga dan ilmu saya untuk rakyat Malaysia jika saya berkhidmat di Dubai atau Doha, Qatar.

Umat Islam di Malaysia Keutamaan Saya

Saya jadikan umat Islam di Malaysia sebagai sasaran dakwah yang paling utama bagi memenuhkan bekalan akhirat saya.

Agenda menyelamatkan mereka dari kejahilan kewangan Islam, prejudis terhadap perbankan & kewangan Islam tanpa ilmu lengkap serta memandang rendah dosa Riba perlu saya utamakan daripada mendapat pendapatan lumayan untuk diri sendiri di Dubai atau Qatar.

Terutamanya di waktu fahaman anti perbankan Islam yang sebahagiannya dibawa oleh segelintir ahli Akademik dari beberapa buah Universiti. Mereka kelihatan syok sendiri dengan teori idealis yang biasanya tidak menjejak ke bumi, tidak praktikal, serta langsungtidak meraikan kaedah 'tadarruj hakiki' yang diiktiraf Islam. 

Sebahagian yang lain pula muncul dari kalangan individu yang membenci kewangan Islam kerana pengalaman peribadi buruk di satu bank lalu di ‘generalize' kepada seluruh sistem kewangan Islam dan bank-bank Islam.

Sebahagian lain pula muncul disebabkan ketidak telitian individu terbabit dalam bidang Syariah dan operasi semasa perbankan dan kewangan tetapi agak malang berlagak lebih alim dari ulama sedunia yang telah membincangkannya di persidangan Fiqh dunia,

Sebahagian lagi datang dari kelompok ahli politik yang tidak habis-habis mencari modal untuk mempolitikkan segala ruang dari sekecil perkara sehingga ke besarnya. Perbankan dan Kewangan Islam tidak terlepas dari modalnya hanya kerana objektif politik yang ingin dicapai, habis ingin diruntuhkan semuanya. Mereka tidak sedar tindakan tidak berhati-hati bakal membawa manusia ke perbankan riba yang nyata haram. Saya tidak nafikan ada kelemahan, tetapi ia masih boleh di 'adjust' bagi memenuhi tuntutan Syariah. 

Sesuaikah untuk saya berhijrah bertugas di Timur Tengah dengan pendapatan lumayan dalam keadaan masyarakat yang sedemikian? .

Apalah gunanya pendapatan besar dan berseronok sendiri sedangkan masyarakat di negara sendiri lemas dalam dosa riba sebesar peperangan dengan Allah s.w.t. dan 
RasulNya.

Moga Allah menetapkan pendirian ini dalam keikhlasan yang tidak perlu dibuktikan kepada mana-mana manusia. Cukuplah Allah sw.t sebagai saksi.

Jangan Fikir Semua Orang Macam Anda ?

Saya teringat kata-kata seorang Atok yang muncul di sebuah stesyen radio berkata :

"Jika seorang penasihat Syariah itu kerja di dalam syarikat, tak mungkin dia berani tegur boss jika salah dari sudut Syariat sekalipun, nak kena potong gaji?!, sebab tu perlu penasihat Syariah luaran"

Demikianlah antara intipati dakwaannya yang liar dan cuba di ‘generalize'kan sesuka hati.

Malanglah kita jika sentiasa mengganggap semua orang lemah macam kita atau kuat dan bijak macam kita. Keadaan ini boleh menimbulkan perpecahan, tidak puas hati dan kemarahan.

Sebagaimana contoh di atas, jika kita tergolong dalam golongan yang boleh dibeli, jangan dengan mudah mengganggap semua orang lain juga boleh dibeli seperti kita.

Saya agak pelik dengan dakwaan liar seperti ini, ia seolah meremeh fungsi Penasihat Syariah yang bertugas di dalam sesebuah syarikat yang pada masa sama mengawal selianya urusan kepatuhan Syariahnya. Samada ia sebuah bank Islam, syarikat MLM, ataupun sebuah kilang pengeluar makanan tertentu.

Dalam masa yang sama individu bergelar 'atok' ini cuba memuji penasihat Syariah luaran.

Padahal jika itu sifirnya, sudah tentu semua Penasihat Syariah luaran juga boleh dibeli, kerana mereka juga dibayar elaun oleh bank, syarikat dan kilang yang sama juga. Kemungkinan juga, jika mereka tidak meluluskan satu-satu produk, mereka juga boleh ditamatkan tempoh ‘appointment' mereka.

Justeru, dakwaan ini hanyalah bersifat menghancur tanpa asas, padahal ramai rakan-rakan saya di bank Islam yang berdebat dengan CEO mereka kerana isu Syariah, saya juga banyak pengalaman dalam hal ini, sehingga adakala saya bawa isu Syariah ke peringkat yang lebih tinggi dari CEO bagi memastikan kepatuhan Syariah dijaga. Malahapabila dibuat demikian, CEO makin hormat dan sayang ke kita kerana ketegasan dan amanah dalam menjalankan semakan Syariah. Tidak seperti yang dijangkakan oleh Atok tadi.

Malah ada penasihat Syariah yang saya kenali pernah menarik diri dan meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan sesuatu struktur kewangan yang ingin dilaksanakan. Walaupun projek itu memperuntukan penghargaan wang sebanyak RM 50,000 jika ia berjaya dilulus dan dilaksanakan.

Justeru, jangan mudah menyangka buruk secara umum kepada ahli agama sebagai menjual agama mereka kerana duit. Tidak saya nafikan jumlah ahli agama yang menjual agama mereka kian bertambah dari hari ke hari tetapi untuk dipukul rata kesemuanya bersifat demikian adalah tidak harus sama sekali.

Fatwa Rakan

Rakan saya berkata : "Wah, ustaz dah keluar dari bank, lepas ini susahlah orang yang benci kat ustaz nak guna hujjah.."ustaz bank tu mestilah pertahan bank Islam. Bank suap dia.", kerana ustaz bukan lagi disuap oleh bank...."

Saya hanya mampu tersenyum, tapi yang pasti saya akan pertahan perbankan Islam dalam perkara yang benar sahaja.

Sekian coretan ringkas di kesempatan waktu di 7 hari terakhir Ramadhan mulia ini.

Moga Allah mengampunkan saya dan anda semua dari sebarang perasan sangka buruk, tuduhan liar dan fitnah tanpa hak di bulan berkat ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
23 Ramadhan 1428 H
5 Oktober 2007

Saturday, September 20, 2014

'Earth Hour': Ikut perintah Allah jika mahu selamat

******
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

1. 

"Dan apabila kamu melihat di sana (syurga) nescaya kamu akan melihat berbagai-bagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar." (Maksud Ayat 20 Surah Al-Insan)

2.   

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Maksud Ayat 96 Surah Al-A'raaf)

******
Artikel lama LanH yang terjumpai dalam internet

******
HAMPIR  sebulan berlalu sejak penghuni bumi menyambut 'Earth Hour' anjuran Tabung Hidupan Liar Antarabangsa (WWF). Pada sambutan tanggal 28 Mac, lampu dipadamkan sejam, kononnya bagi menyelamatkan dunia daripada kehabisan tenaga dan juga pemanasan global.

Usaha berkenaan bagus tetapi apakah ia dapat menyelamatkan bumi dan manusia seperti diharapkan? Bagi kita jawapannya adalah tidak kerana usaha itu adalah kempen dan publisiti murahan dunia Barat yang mahu dipaksakan ke atas penduduk dunia seluruhnya sedangkan penguasa dan lintah darat kapitalis dunia Baratlah yang merosakkan dan menjejaskan eko sistem dunia.

Bagi kita jaminan keselamatan termasuk kehidupan aman dan bahagia perlu berpaksi kepada hukum-hakam Allah SWT. Ini kerana Allah SWT yang menjadikan alam termasuk dunia ini dan segala penghuninya maka Dia-lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.

Antara jaminan keselamatan Allah SWT terzahir melalui kewujudan Tanah Haram (Makkah dan Madinah) untuk menjadi renungan. Di Tanah Haram, adalah menjadi larangan untuk memotong, menebang atau mencabut pokok dan tumbuh-tumbuhan atau memburu binatang. Pendeknya keharmonian alam dijaga begitu sekali, manusia yang memasuki Tanah Haram terutama pada musim haji dijamin keselamatannya sehingga jemaah tidak boleh berbalah (melalui percakapan) apatah lagi bergaduh dan berperang.

Keselamatan, keharmonian dan keamanan di Tanah Haram sewajarnya dibawa ke seluruh pelosok dunia agar manusia dapat didisiplinkan untuk mematuhi perintah Allah SWT. Ini kerana Allah SWT saja yang menjamin keselamatan manusia sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kesilapan.

Jaminan Allah SWT antara lain terkandung dalam Ayat 96 Surah Al-A'raaf yang bermaksud: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya."

Ancaman Allah SWT untuk mendatangkan bahaya kepada manusia terkandung dalam ayat-ayat 97 hingga 100 surah yang sama. Pada Ayat 97 dinyatakan: "Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan (azab) Kami kepada mereka pada malam hari ketika mereka sedang tidur?"

Allah SWT telah menyediakan peraturan dan undang-undang-Nya bagi keselamatan manusia tetapi umat Islam hari ini terikut-ikut dengan gagasan Barat yang cuba dipaksakan ke atas mereka. Sungguh begitu aneh kelakuan umat Islam hari ini, apa dicadangkan pihak Barat termasuk 'Earth Hour' mereka ikuti; mereka menjadi pak turut tetapi cara hidup Muslim termasuk perintah Allah SWT mereka pekakkan telinga.

Bagi menjayakan 'Earth Hour', pelbagai pihak daripada stesen televisyen, akhbar dan firma swasta menguar-uarkannya dengan begitu hebat sekali, tetapi bagaimana perintah Allah SWT? Apakah stesen televisyen kita peka akan waktu solat seperti diperintahkan Allah SWT? Jawapannya tidak, malah pada waktu solat yang singkat seperti maghrib, mereka sibuk menyiarkan rancangan kesukaan kanak-kanak menyebabkan anak-anak sukar didisiplinkan untuk solat.

Kemudian akhbar kita pula tidak puas-puas menyiarkan keputusan empat nombor ekor (perjudian) yang kini semakin menjadi-jadi (ruang iklan semakin banyak) kerana tempahan oleh pihak menawarkan teknologi canggih (seperti SMS) bagi mengetahui keputusan dengan cepat.

Di peringkat global pemimpin dunia mengamalkan hukum rimba, yang kuat menindas yang lemah. Negara berkuasa seperti Amerika menjarah negara lemah, menghancur dan menzalimi rakyat Iraq dan Afghanistan; begitu juga rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin. 

Semua penyelewengan ini 'memanaskan' dunia, 'Earth Hour' hanya propaganda murahan dunia Barat untuk menutup sikap hipokrit mereka. Kembalilah kepada Islam untuk selamat di dunia dan akhirat. Amin

Friday, September 19, 2014

Pengajaran 'bocor' di Selatan

*****
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Setiap kata yang diucapkan, tentu di sampingnya ada malaikat pencatat. (Surah Qaf 50: 18)

*****

PAS di negeri-negeri Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) gagal 'membocorkan' penguasaan Umno-BN sehinggalah Dr Mohd Ramli Md Kari menjadi wakil rakyat Dun Senggarang selepas diisytiharkan menang tanpa bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) Mac 2004.

Pada PRU 2008, kejayaan PAS di Johor 'dilebarkan' lagi dengan 'kewibawaan' Dr Mohd Taslim yang menang di Dun Sungai Abong manakala Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh menang di Sungai Abong.

Melalui PRU terakhir (2013) PAS sudah ada empat (4) kerusi Adun di Johor manakala di dua negeri lain di selatan; Negeri Sembilan kosong (0) manakala di Melaka satu (1). 

PAS Negeri Sembilan dalam PRU 2008 berjaya 'membocorkan' kubu Umno-BN dengan kemenangan Taufik Abdul Ghani di Dun Paroi tetapi kini kembali kosong tetapi di Melaka adalah kebalikannya iaitu daripada kosong pada 2008; pada 2013 'membocorkan' rekod Umno-BN kepada satu (1) kerusi apabila Dr Mohd Khalid Kassim menang di Bukit Baru (dalam Parlimen Bukit Katil) menewaskan Karim Yaakob iaitu 'ayam tambatan' Ketua Menteri ketika itu, Mohd Ali Rustam.

Malah Mohd Ali sendiri tersungkur di Bukit Katil kepada pemimpin muda dan peneraju KeADILan negeri, Shamsul Iskandar Md Yakin. Namun perlu diingat, Dr Khalid hanya menang dengan majoriti 48 undi manakala Shamsul 5,447 undi di sebuah kawasan Parlimen besar yang mempunyai hampir 100,000 pengundi.

Menjelang dan masa Muktamar PAS dirasakan sesuai untuk rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat memuhasabah (mengkoreksi diri) bahawa ada kekhuatiran untuk PAS dan KeADILan Melaka akan 'menangisi' nasib PAS Negeri Sembilan yang walaupun menang satu kerusi pada PRU 2008 tetapi kembali kosong pada PRU 2013.

Berdasarkan tinjauan dan perbualan dengan pemimpin dan individu akar umbi parti-parti dalam Pakatan Rakyat, mereka menyatakan cukup bimbang Umno-BN akan kembali merampas Dun Bukit Baru dan terutama lagi Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya berikutnya jika 'loceng kecemasan' (termasuk tulisan) ini tidak diambil peduli. 

Perlu diingat bahawa Ketua Umno Bukit Katil masih Dato' Seri (malah kini bergelar Senator) Mohd Ali Rustam yang sudah diketuai umum sangat berpengaruh dan mesra di kalangan rakyat. Tindakan beliau hadir di hampir setiap 'suasana kesedihan' rakyat seperti kematian dan 'kegembiraan' seperti perkahwinan bukan dogengan; inilah yang memukau golongan marhain.

Sesetengah individu tajam sekali sindirannya terhadap wakil rakyat; kata mereka jika dia seorang ustaz berperananlah dia di majlis keagamaan orang kampung seperti kenduri kendara dan kematian tetapi persoalannya apa yang boleh boleh dibuat oleh wakil rakyat golongan lain pada ketika mereka dinafikan hak untuk mendapat peruntukan (terutama kewangan) semata-mata mereka adalah pembangkang.

Alhamdulillah, Adun PAS Bukit Baru, Dr Khalid seorang doktor, jadi dia dapat menggunakan pengalaman itu dalam khidmatnya kepada orang kampung, syabas kita ucapkan kepadanya atas kerja keras beliau dan pasukannya tetapi maaflah bagi Parlimen Bukit Katil mereka tidak nampak apa yang wakil rakyat mereka sudah buat. "Takkan dah jadi Ahli Parlimen pun masih nak anjur demo bantah sana bantah sini, itu sebelum jadi wakil rakyat bolehlah buat, sekarang buatlah kerja..."

Betul mungkin ahli Parlimen sudah buat kerja, tetapi penduduk tak nampak. Mungkin tiada media arus perdana dan juga alternatif melaporkannya. Namun kata seorang pemimpin, pada era langit terbuka ini, buatlah sesuatu agar rakyat nampak kebajikan kita. Selagi mereka tak nampak, mereka akan cop kita tak buat kerja. 

Ya, kali ini 'kita' adalah ahli Parlimen tetapi tunggulah; pilihan raya berikutnya mereka sedia memangkah tokoh lama yang DILIHAT banyak jasanya. Ikhlas atau daripada mana sumber kewangan pesaing bukan persoalannya, mereka dilihat begitu mesra dan banyak membantu rakyat.

Apabila faktor-faktor ini difikirkan termasuklah larinya undi sesetengah rakan kita dalam Pakatan kerana perkembangan terkini parti-parti gabungannya, kita cukup khuatir PAS dan KeADILan akan kembali kosong di negeri Hang Tuah sama seperti nasib dialami PAS Negeri Sembilan; daripada satu menjadi kosong sekalipun telah 'membocorkan' dan mencalar rekod Umno-BN!

Ya, 'senang cerita'; 'loceng amaran' sudah dibunyikan untuk PAS dan KeADILan Melaka dan mungkin juga Negeri Sembilan, berdoakan agar tidak kembali KOSONG pada PRU berikutnya!

Tuesday, September 16, 2014

Haji: Medan terbaik pamer kesatuan ummah

*****
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Kerana itu ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku." (Makna ayat 152 Surah Al-Baqarah)

*****

KETIKA sesetengah daripada kita sibuk mengurus, membantu dan menghantar ayah bonda dan saudara mara yang berangkat ke Tanah Suci, saya terserempak seorang rakan lama di sebuah warung. Kerana sudah lama tidak bertemu, banyak perkara diperkatakan. Turut disentuh ialah mengenai masa depan ummah dalam menangani cabaran baru dunia.

Katanya, umat Islam masih kerap membahaskan perkara remeh-temeh. Misalnya, ketika Ramadan lalu, ramai yang bertegang urat mengenai rakaat sembahyang tarawih - sama ada lapan atau 20 rakaat. 

Katanya, banyak lagi perkara remeh-temeh terus menjadi perbahasan sedangkan ia hanya membekukan pemikiran dan membazirkan masa dan tenaga. Dia bertanya mengapa kebanyakan orang Islam tidak melihat permasalahan secara lebih meluas. Misalnya isu berkaitan ekonomi dan politik terutama di peringkat global.

Ekonomi orang Islam bukan berada pada tahap membanggakan. Perdagangan sesama negara Islam juga jauh daripada kedudukan menggembirakan sekalipun kebanyakan negara Islam dilimpahi pelbagai sumber kekayaan semula jadi, peratusan perdagangan sesama negara Islam kecil saja.

Tidak lama dulu, dilaporkan hanya enam dan tujuh peratus saja perdagangan negara Islam dilaksanakan sesama sendiri daripada sejumlah besar urusan perdagangan mereka. Kini angka itu dipercayai tidak lebih 15 peratus. Pusat Islam Bagi Kemajuan Dagangan (ICDT) melaporkan perdagangan sesama negara Islam tidak melebihi RM500 bilion. ICDT ini terletak di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang memayungi 47 negara Islam.

Dalam menempuh cabaran di dunia tanpa sempadan dengan adanya konsep langit terbuka, sewajarnya negara Islam memperkukuhkan perdagangan sesama mereka yang akan membuka jalan bagi membangunkan ummah secara keseluruhan.

Adalah penting untuk negara Islam yang kaya dan berpengrauh berkerjasama mengumpul sumber kekayaan bagi menyumbang modal untuk membiayai projek pembangunan negara Islam yang miskin. Diharapkan negara Islam memberi tumpuan terhadap usaha mewujudkan kekayaan dan menggalakkan pembangunan ekonomi di kalangan negara Islam yang mundur dan dibelenggu masalah kelaparan, serangan penyakit dan kemiskinan.

Sahabat saya berpendapat medan paling utama untuk menyedarkan ummah ialah ketika perhimpunan tahunan di Makkah - haji. Saya mendengar saja tanpa membantah atau mengiyakan. Katanya, dengan kehadiran 3-4 juta jemaah, haji adalah medan paling sesuai dan berkesan untuk mengingatkan ummah mengenai kelalaian dan ketidak-sepakatan mereka terutama dari segi ekonomi dan politik.

Hujah beliau mengingatkan saya mengenai kecenderungan pemimpin dan jemaah haji Iran untuk mengadakan bantahan anti-Amerika dan Israel di Tanah Suci. Tunjuk perasaan boleh mencetuskan suasana huru-hara dan keadaan tidak terkawal. Misalnya dalam peristiwa berdarah 31 Julai 1987, lebih 400 jemaah haji, kebanyakannya dari Iran, terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Arab Saudi. Sepanjang musim haji selepas itu, pihak berkuasa Riyadh bertindak keras menghalang jemaah haji Iran daripada mengadakan perarakan bantahan di Tanah Suci.

Haji adalah pertemuan terbesar ummah. Sehubungan itu, sudah pasti ia medan terbaik untuk orang Islam bertukar-tukar pandangan termasuk isu ekonomi. Ekonomi ummah mesti dimajukan. Ini termasuklah perdagangan sesama negara Islam yang peratusannya sungguh kecil. Bagaimanapun, saya berpendapat keperluan untuk bertukar-tukar pandangan tidak sewajarnya menjadi alasan untuk mengadakan tunjuk perasaan bagi mempamerkan kekuatan kerana jemaah ke Tanah Suci untuk menyempurnakan Rukun Islam kelima iaitu haji yang melarang sama sekali umat berbantah-bantahan.

Kita bimbang jika ini dibiarkan, ia boleh berakhir dengan tragedi seperti yang berlaku sikit masa dulu. Tragedi ini tidak sewajarnya dirintis jalan untuk ia berulang, sebaliknya ibadat haji perlulah dijadikan landasan bagi membuktikan kesatuan ummah. Tentunya dalam isu berkaitan politik, ada perbezaan pandangan dan semuanya perlu diraikan dalam suasana yang penuh kasih sayang. 

Namun kita tidak lihat tiada sebab untuk umat Islam meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang kehidupan yang lain seperti ekonomi. Membicarakan ekonomi global, saya percaya hampir semua jemaah pasti dengan kehadiran premis syarikat gergasi global seperti Kentucky Fried Chicken (KFC) berhampiran pintu Masjidilharam. 

Ya, jika KFC dapat menembusi Tanah Suci orang Islam dan menjadi sebutan di sana di kalangan jemaah haji, alangkah moleknya jika syarikat-syarikat orang Islam mendapat pengiktirafan global dengan produknya aktif di pasarkan di negara maju dan kaya seperti Kumpulan G-7 yang merangkumi negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Itali! 

Ya, siapa dan pihak mana yang mahu memulakan usaha ini? Amat molek jika diwujudkan kerjasama antara pelbagai masyarakat dan negara umat Islam bagi menujukkan kita bukan saja 'bersatu' dalam ibadat (seperti haji) tetapi juga dalam bidang kehidupan termasuklah dari segi ekonomi dan menjadi jalan keluar daripada perbalahan politik.

Friday, September 12, 2014

The two sides of a coin...

***In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.ReflectionThe Declining Day (Al-'Asr)1. By the declining day,2. Lo! Man is in a state of loss,3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance.
***

IN his 'kuliah subuh' (early morning lesson) at a masjid near my house on Sunday, August 31st, the 'ustaz' (religious teacher) when discussing the emerging new power of the Islamic State (IS) or the Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) in the Middle East and what was claimed about its cruelty including the beheading of two American journalists, James Foley and Steven Sotloff (later on), reminded congregators to study Ayah 6 of Surah 46 or Al-Hujurat (Room).

The verse notes: "O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful."

The ustaz choose 'to tackle' the issue, by dividing it into two parts - one, what Islam wants its followers to adhere to when Muslims are at war and two, the tendency of the media to be corrupt and distort especially in the new world of open space and without borders.

He said Islam is a religion of 'Rahmatan Lil 'Alamin" (blessing to all mankind); in Ayah 107 of Surah al-Anbiya, Allah SWT notes:  "We have not sent thee, O Muhammad, but as a mercy to all mankind."

Islam is a mercy to all mankind but many people distort this statement to understandings that are mistaken. So that raises a lot of mistakes in the practice of religion even in a very fundamental thing, that in the matter of belief.

The ustaz said, cruelty has no place in Islam. Even when dealing with animals, such as slaughtering them for food, the rule is to attend to it accordingly such as mentioning the name of Allah (Bismillah), make the animals die swiftly and easily by using sharp knives but not by sharpening the knives in front of the animals.

Islam is a beautiful religion revealed by God that covers all aspects of life; even there are even laws regarding rearing and slaughtering of animals, what more when dealing with human lives including and in this case 'the beheading' of James Foley and Steven Sotloff.

"If it is true that 'that group - IS' had done that cruelty, then they are not representing Muslims, but they are using Islam for their owngains," said the ustaz.

In the event of war, the ustaz said, the reminder of Sayidina Umar al-Khattab, the second Caliph to his generals and armies when they 'freed' Palestine from the Romans, that they should not kill old people, women, children and those who had sought refuge in their churches and other houses of worship, should be looked upon as a guide to Muslims.

"Even Caliph Umar ordered his armies not to destroy trees and burn lands," said the ustaz, "thus if the IS leaders and warriors committed the cruelty as portrayed by the media then they were doing something which was totally against the teaching of Islam”.

"If they committed cruelty in the name of Islam, they were distorting Islam. But at the same time, have we checked the authenticity of the news (or videos and so on) and those who produced and published them and those who were behind them such as their financiers?”

"In this era of 'fitna', people can do almost anything including portraying others especially their enemies with all sorts of lies and distortion of information. Authenticity and truthfulness of reports are very important as mention in Ayah 6 of Surah Al-Hujurat," said the ustaz.

In our country some of our media men and public figures who claim to be Muslims too seem to do all kinds of distortion, then what could be said about the international media which almost 100 percent of them are run by non-Muslims; the problem is that have we checked their authenticity?
In the past there were even well-known leaders who exposed videos and footage of their rivals in 'hot scenes' with the intention to kill off their careers and parties.

Even some media people who are Muslims do not care about what is halal and what is 'haraam' pertaining to their profession. The question is are our Muslim journalists and owners of publications know and adhere to ‘halal’ and ‘haraam’ in their daily operations?

Of course it is ‘halal’ to report the truth but ‘haraam’ to create and publish false news. But does our mass media adhere to this? Is spinning news for one's gain ‘halal'? If Muslims do not adhere to what is 'halal' and 'haraam', do not expect the enemies of Islam to do so.

Other than that, what is ‘halal’ and ‘haraam’ in the media industry? Of course publishing advertisements of halal products is encouraged but to advertise liquor is ‘haraam’. To publish prayer times is halal and would be rewarded for it in the Hereafter but to publish results of gaming activities such as four digit or sports toto is of course ‘haraam’ and would be punished by Allah SWT.

If some of our local media in this ‘Islamic country' could make 'all sorts of distortion', then are we going to believe blindly, without checking the news and videos filed in and posted by the international news agencies? Have we checked who were behind their operations and who financed their activities?

Nowadays in this new era of information technology, with the advancement of social media, we should be more concerned and careful about the news and feeds we receive; so please adhere to the reminder from Allah SWT in Ayah 6 of Surah Al-Hujurat: "O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful."

Wednesday, September 10, 2014

Guru kencing 'duduk', anak murid pun kencing 'duduk'...

*****
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Setiap kata yang diucapkan, tentu di sampingnya ada malaikat pencatat. (Surah Qaf 50: 18)

*****

SELEPAS saban tahun melalui malam Merdeka yang membingitkan terutama gangguan deruan dan enjin motosikal yang sengaja dibunyikan kuat-kuat menjelang detik 12.00 tengah malam, untuk sambutan kali ke-57 tahun ini, saya 'menikmati malam mendamaikan'.

Saya juga tidak nampak kumpulan anak-anak remaja 'berdedai-dedai' menunggang basikal dengan bendera besar di jalan-jalan raya. Demikian juga kumpulan anak-anak muda penunggang motosikal yang bersiap sedia untuk berlumba - ada yang beraksi 'willie' (angkat motosikal) dan memecut sekalipun lampu isyarat berwarna merah.

Pendeknya, 'malam Merdeka' kali ini agak sunyi sekalipun jumlah kenderaan di jalan raya lebih banyak berbanding hari lain (ini hanya pemerhatian saya, orang lain tak tahulah). Bersyukurlah, ulang tahun kemerdekaan negara yang disambut secara sederhana tahun ini memungkinkan sesetengah orang seperti saya menikmati suasana mendamaikan pada malam Merdeka. Ini memungkinkan saya tidur dengan aman, dan bangun keesokan harinya segar bugar.

Kali ini pemimpin terpanggil mengadakan sambutan sederhana dan memansuhkan banyak acara lara seperti konsert hiburan ambang Merdeka dan pesta melaungkan kiraan detik 12.00 malam secara terbalik - "10, 9,8,7,6,5,4,3,2,1...Merdeka," di mana lelaki dan perempuan bercampur gaul secara bebas; kerana bagi menghormati perasaan dukacita ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17 dan kehilangan pesawat MH370. Ringkasnya sambutan Merdeka kali ini diadakan dalam keadaan seluruh negara berkabung.

Tragedi memberi pengajaran kepada sesetengah kita. Ramai berubah kepada kebaikan, tetapi ramai juga kembali kepada tabiat asal selepas 'luka di hati semakin lama semakin sembuh'. Hendaknya kita berubah semata-mata kerana Allah, insya-Allah perubahan ini dapat dikekalkan sepanjang hayat tetapi berubah kerana tujuan duniawi, dikhuatiri ia bersifat sementara saja.

Sambutan 'malam Merdeka' boleh dijadikan 'indikator' bagaimana sikap dan perlakuan pemimpin, begitulah tindak tanduk rakyat terutama generasi muda. Jika pemimpin asyik dengan 'gangnam style' atau 'goyang gerudi', anak muda akan lebih dahsyat lagi stail mereka. Pepatah Melayu ada menyatakan 'jika guru kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari...'

Kali ini, alhamdulillah, pemimpin kencing duduk (hakikatnya kencing bertinggung), maka rakyat pun kencing duduk. Syukur, jika guru kencing duduk, anak murid pun kencing duduk. Baik pemimpin, baiklah rakyat;  jahat pemimpin jahatlah rakyat.

Ada sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibnul Abdul Barr dan Abu Naim bermaksud: "Telah bersabda Rasulullah s.a.w.; 'Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik, baiklah manusia dan apabila mereka rosak, rosaklah manusia. Itulah dia pemimpin dan ahli fiqh (ulama)'.”

Anak-anak muda yang rosak akhlaknya, secara tidak langsung menggambarkan perihal pemimpinnya. Mereka cerminan pemimpin. 'Bapa borek anak rintik'; 'bagaimana acuan begitulah kuihnya', 'apa yang disemai itulah yang dituai'. 

Jika pemimpin tanpa malu naik ke pentas menari 'gangnam style' termasuk dengan penari berpakaian separuh bogel dari Korea, apa yang hendak diharapkan daripada anak-anak didiknya? Mereka pun akan 'gangnam style' malah lebih buruk daripada itu. Kepada pemimpin, jika hendak 'gangnam style' dengan anak bini buatlah di rumah sendiri sepuas hati anda, tetapi jangan lakukan di tempat awam, semuanya akan ditiru oleh generasi muda.

Beberapa tahun lalu ada pemimpin negara mempamerkan contoh buruk dengan menggalakkan budaya asing K-pop atau berjoget semasa merayakan Aidilfitri. Jadi tak hairanlah jika anak muda kita pun terkinja-kinja akan K-pop, budaya songsang yang cuba diterapkan dalam masyarakat. Gejala songsang ini seolah-olah tidak mempunyai penamatnya. Lagi ditegur, lagi menjadi-jadi, laksana mencurahkan minyak ke dalam api. Nasihat pun tidak diendahkan, bagaikan mencurah air ke daun keladi. 

Hari ini terserlah ramai pemimpin pandai cakap tetapi tak pandai bikin (tak praktikkan apa yang mereka syarahkan). Misalnya, mereka mengesyorkan rakyat hidup secara wasatiyyah (sederhana) tetapi mereka hidup boros, termasuk 'menghanguskan' wang kerajaan bagaikan harta milik sendiri. 

Ada pemimpin melaungkan ikut cara Islam, tetapi anak isteri mereka sendiri berpakaian tidak menutup aurat sepenuhnya (ini perkara asas), jadi apa cerita ini?  Apabila pemimpin cakap tak serupa bikin, rakyat pun cakap tak serupa bikin; jika pemimpin zalim, rakyat pun zalim; apabila pemimpin berbohong rakyat pun jadi pembohong; dan apabila pemimpin pecah amanah dengan mengamalkan rasuah, rakyat pun terikut sama. 

Jika pemimpin melakukan pembunuhan; pembunuhan pun akan berleluasa dalam negara. Jika pemimpin kaki rasuah, rakyat juga gemarkan rasuah. Jika pemimpin kaki judi, kaki betina, rakyat pun mempunyai kecenderungan yang sama. 

Jika pemimpin negara dan politik tidak dapat menunjukkan contoh baik, bagaimana golongan muda dapat diharapkan menjadi warga baik pada masa depan. Jika pemimpin 'main kotor', maka anak muda pun belajar 'main kotor'. Jika pemimpin berdusta melalui media massa pengampu, rakyat juga akan berdusta melalui media sosial yang berlambak sekarang ini.

Jadi, ingatlah wahai diri sendiri dan semua terutama pemimpin, jika guru (pemimpin) kencing berdiri, anak murid (rakyat) kencing berlari, jika pemimpin kencing 'duduk' (bertinggung), insya-Allah, rakyat termasuklah generasi muda akan juga kencing duduk.

Tragedi pesawat penerbangan MH370 dan MH17 adalah peringatan daripada Yang Maha Kuasa; hanya masa akan menentukan sama ada kita berubah kepada kebaikan semata-mata kerana-Nya atau kita hanya mahu bersandiwara (berlakon) di pentas dunia-Nya yang fana ini!