Monday, November 30, 2009

Berkat sayang, muliakan kucing

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)." Maksud Ayat 31 Surah An Nur
***


SEMPENA wukuf di Arafah disiarkan kisah mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji beberapa tahun lalu.

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur.
Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius.

Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati
dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya.

Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu.

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. – Nukilan ABDUL WAHAB MUHAMMAD NOR

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

***Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Sunday, November 29, 2009

Doa temui anak di Multazam dimakbulkan

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"...Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." - Maksud Ayat 31 Surah An-Nur
***

KEAZAMAN saya dan isteri untuk menunaikan rukun Islam yang kelima sudah lama terpahat di dada. Saya bertekad menunaikan fardu haji sebelum bersara daripada perkhidmatan kerajaan.

Memandangkan simpanan wang saya dan isteri sudah mencukupi, maka kami tidak berlengah lagi, terus mendaftar di pejabat Tabung Haji.

Saya memohon agar dapat pergi secepat mungkin. Setelah menunggu beberapa bulan, saya dimaklumkan oleh Tabung Haji bahawa permohonan kami untuk ke Makkah pada tahun 1999 telah diluluskan.

Saya dan isteri begitu gembira sekali lantas mengucap syukur ke hadrat Ilahi yang telah melimpah kurnia-Nya untuk kami menjadi tetamu-Nya.

Tetapi dalam kegembiraan, masalah baru timbul - anak saya yang sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar, Mesir telah menelefon kami, menyatakan hasratnya untuk menunaikan fardu haji pada tahun 1998.

Katanya pada tahun 1999 beliau tidak dapat ke Makkah kerana akan menghadapi peperiksaan tahun akhir.

Jadi saya terpaksa berurusan semula dengan pihak Tabung Haji melalui seorang kawan saya di Kuala Lumpur, bagi meminda tarikh, mempercepatkan keberangkatan daripada tahun 1999 ke tahun 1998. Ini kerana mengikut rekod Tabung Haji, kami telah layak ke Makkah sejak tahun 1997 lagi.

Alhamdulillah, kami berjaya mendapat tempat untuk menunaikan haji pada tahun 1998.

Sebelum bertolak, kami menerima panggilan telefon daripada anak kami di Mesir, memberitahu tarikh dan jadual urusan beliau ketika berada di Madinah dan Makkah. Beliau berjanji akan menemui kami di Makkah.

Pihak Tabung Haji pula telah menetapkan pemergian kami melalui penerbangan terakhir. Kami memilih menunaikan haji ifrad, bermakna kami perlu mengenakan ihram dan menunaikan haji sebelum melakukan umrah.

Sesampai di Makkah kami terus melakukan tawaf qudum, kemudian bersaie tanpa bercukur. Kami terus kekal dalam ihram sehinggalah selepas melontar di Jamrah.

Dalam kesibukan mengerjakan amal ibadat terutama di Masjidilharam yang ganjarannya 100,000 kali ganda daripada masjid biasa, tiba-tiba kami tersedar, tempoh kami berada di sana sudah masuk minggu kedua, namun anak kami yang berjanji untuk bertemu di Makkah masih belum ditemui.

Kami mula curiga kerana maklumlah dalam ratusan ribu manusia membanjiri Tanah Suci itu, di mana hendak dicarinya. Mengikut jadual, anak kami sudah berada di Makkah melewati seminggu tetapi di mana dia sekarang?

Saya sudah hilang kekuatan untuk mencarinya manakala isteri saya mula gelisah dan hampir-hampir menangis, maklumlah anak yang sudah lama berpisah, tentu sekali ingin menagih kasih sayang si ibu.

Pada suatu pagi, kami ke Masjidilharam lebih awal kerana terlintas di hati saya untuk pergi ke kawasan Multazam untuk bersolat sunat di samping berdoa agar permohonan kami diperkenankan Allah.

Tanpa disedari air mata berguguran di atas dua telapak tangan, menadah harapan semoga doa dikabul Allah - agar pertemuan ini dirahmati-Nya setelah berpisah hampir lapan tahun.

Dalam perjalanan pulang ke maktab tempat penginapan kami, saya dan isteri bungkam, terdiam tidak berkata apa-apa pun, masing-masing melayan perasaan sendiri.

Ada sebuah bilik kosong di maktab kami. Saya telah menghubungi pegawai Tabung Haji memohon kebenaran tinggal di situ. Beliau izinkan dengan syarat, sekiranya ada jemaah haji lain datang, kami kenalah keluar.

Bagaimanapun sehingga dua minggu tiada jemaah yang datang, maka kami tinggal bersama dengan keluarga, yang kebetulan dapat bersama ke Tanah Suci. Mereka terdiri daripada biras saya dan isterinya.

Sambil bersarapan bersama, kami berbual-bual pelbagai tajuk, termasuklah anak kami yang entah di mana. Dalam ingatan saya waktu Arab Saudi pada masa tersebut lebih kurang jam 10.00 pagi.

Masing-masing ingin berehat selepas sarapan. Tiba-tiba kedengaran ketukan pintu dengan ucapan salam dari luar. Saya agak terkejut kerana takut jemaah haji baru akan masuk ke situ, tapi dalam ingatan saya, penerbangan jemaah haji sudah habis, jadi saya pun bangun dalam keadaan longlai, takut juga pegawai Tabung Haji datang.

Sambil menjawab salam saya pun membuka pintu, alangkah terkejut, saya dapati anak saya yang berdiri tercegat sambil tersenyum, terus memeluk kami yang terpinga-pinga.

Kami macam tidak percaya, kerana badannya agak berisi kerana dalam tempoh lapan tahun berpisah, tentu ada perubahan. Alhamdulillah suatu pengucapan yang ikhlas terpancul dari mulut kami.

Apa yang ingin saya paparkan di sini ialah doa ikhlas yang dipohon di kawasan Multazam amat mustajab. Berdoalah dengan ikhlas, penuh harapan dan yakin, insya-Allah permohonan jemaah sebagai hamba dan tetamu-Nya akan dimakbulkan. - Nukilan JEMAAH HAJI 1998

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

***Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Saturday, November 28, 2009

Menghayati ketenangan di Hijir Ismail

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..." - Maksud Ayat 185 Surah Ali Imran
***

PADA musim-musim haji, saya sering membawa jemaah pimpinan saya masuk ke Hijir Ismail di Baitullah untuk menunaikan solat sunat di dalamnya.

Jika tidak berkesempatan berbuat demikian, saya akan memimpin mereka membaca doa di bawah pancuran emas, ataupun setidak-tidaknya saya akan membawa mereka menyentuh Kaabah sambil berdoa.

Saya akan berusaha membawa jemaah-jemaah haji ke dalam Hijir Ismail supaya mereka dapat melakukan solat atau berdoa di tempat-tempat mustajab.

Bagaimanapun kami berusaha menghindari daripada menyakiti atau mengkasari orang lain.

Pada musim haji 2003 yang lalu, saya membawa seorang jemaah untuk melakukan solat sunat, membaca doa dan menyentuh Kaabah di dalam Hijir Ismail.

Ketika berada di pintu masuk Hijir Ismail melalui rukun Iraqi, seperti biasa keadaan di laluan masuk tersebut sesak dan padat dengan jemaah yang ingin memasukinya.

Dengan membaca doa dan mengharap pertolongan Allah, saya mula memasuki Hijir Ismail dan terus membawa jemaah tersebut ke arah bawah pancuran emas.

Apabila kami telah benar-benar berada di bawah pancuran emas, saya pun memimpinnya untuk membaca doa.

Saya dapat rasakan keadaan tenang dan aman di dalam Hijir Ismail. Ketika itu tidak ada tolak menolak sebagaimana yang biasa berlaku.

Selesai membaca doa saya menyuruh jemaah itu mendirikan solat sunat dua rakaat, dengan saya berdiri di sebelahnya dengan maksud untuk menjaganya daripada ditolak.

Ketika beliau solat sunat, saya berkesempatan melihat-lihat keadaan dan suasana di dalam Hijir Ismail.

Saya dapati keadaan di dalamnya cukup tenang dan aman, ketika itu tidak ada orang memasuki Hijir Ismail dan tidak ada yang keluar darinya.

Masing-masing yang berada di dalam Hijir Ismail sedang berdoa dengan khusyuk dan bersolat dengan tenang tanpa ada gangguan sedikit pun termasuk tolak menolak.

Keadaan ini belum pernah saya lihat dan alami khususnya pada musim haji. Saya melihat jemaah yang saya bawa itu cukup tenang ketika menunaikan solat.

Alhamdulillah jemaah yang saya bawa ini dapat melakukan solat sunat di dalam Hijir Ismail, dapat berdoa di bawah pancuran emas dan dapat berdoa ketika menyentuh Kaabah.

Ketika jemaah itu memberi salam untuk mengakhiri solat sunatnya, barulah saya melihat orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam Hijir Ismail dan pada masa yang sama mereka yang berada di dalamnya berpusu-pusu untuk keluar.

Kemudian kami keluar melalui rukun Syami dengan mengikut arus keluarnya orang ramai dari Hijir Ismail. - Nukilan HAJI ANUAR OSMAN, Singapura

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

*** Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Thursday, November 26, 2009

Syor asingkan jemaah lelaki/wanita di Masjidil Haram

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"...Ya Rabb-ku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal saleh terhadap yang telah aku tinggalkan..." - Maksud Ayat 99-100 Surah Al-Mukminun

***

KESESAKAN ketika menunaikan ibadah haji adalah lumrah. Antaranya ketika melakukan tawaf, saie dan melontar jamrah.

Demikian juga ketika menziarahi makam Rasulullah s.a.w. dan bersembahyang di Raudhah di Masjid Nabawi sebelum atau selepas menunaikan haji.

Ketika waktu puncak (hampir wukuf), masjid begitu sesak terutama ketika solat fardu dan Jumaat.

Nampaknya kesesakan ini dibiarkan berterusan. Izinkanlah saya menyentuh perkara ini untuk renungan bersama.

Pada pandangan saya, keadaan beribadat yang selesa menambahkan khusuk dan tawaduk jemaah haji seperti ketika tawaf, saie dan melontar jamrah.

Pertama kali saya menunaikan haji ialah 19 tahun lalu dan ketika kembali lagi baru-baru ini, saya dapati kesesakan ketika mahu melakukan tawaf, saie dan melontar jamrah masih sama.

Bagaimanapun saya akui kemudahan fizikal di Tanah Suci semakin canggih. Kawasan beribadat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram semakin selesa dan besar.

Projek pembesaran yang meliputi ruang-ruang luaran dan bawah tanahnya serta kemudahan fizikal lain amatlah membanggakan.

Kubah-kubah bergerak serta payung terbuka dan menguncup di Masjid Nabawi amatlah mengkagumkan.

Perubahan fizikal lain berlaku di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Namun amatlah dikesali perubahan fizikal itu tidak diiringi dengan perubahan yang bertujuan mengelakkan kesesakan ketika solat, tawaf, saie dan melontar jamrah.

Saya gembira jemaah lelaki dan wanita diasingkan di Masjid Nabawi tetapi keadaan ini sukar dikuatkuasakan di Masjidil Haram.

Saya perhatikan di Masjid Nabawi ada kawasan khas untuk jemaah wanita. Tali rentang juga dipasang di luar masjid bagi mengelakkan jemaah wanita dan lelaki bercampur.

Laluan untuk menziarahi makam Nabi s.a.w. dan kawasan Raudhah juga diasingkan bagi wanita. Waktu melawat juga telah ditetapkan.

Ini adalah langkah terpuji yang membuktikan keselesaan jemaah boleh dipertingkatkan.

Malangnya di Masjidilharam, percampuran jemaah lelaki dan wanita ketika solat fardu sering berlaku.

Saya perhatikan ada kalanya, jemaah wanita bersolat di sisi jemaah lelaki dalam satu saf yang sama.

Kadang-kadang apabila angin bertiup kencang, pakaian jemaah perempuan menyapu tubuh jemaah lelaki. Ini amat membingungkan saya.

Jika kaedah pengasingan jemaah lelaki dan wanita di Masjid Nabawi dapat dipanjangkan ke Masjidilharam alangkah baiknya.

Dari segi keselesaan tawaf, saie dan melontar jamrah tentulah ada cara untuk mengurangkan kesesakan.

Pada musim haji yang lalu, sejumlah jemaah mati terpijak ketika melontar jamrah.

Pada pandangan saya, pembahagian masa membabitkan jemaah lelaki dan wanita ketika menunaikan rukun-rukun haji seperti tawaf, boleh mengelakkan kesesakan atau kejadian tidak diingini.

Bayangkan pada masa sekarang, jemaah lelaki wanita terpaksa berhimpit-himpit ketika menunaikan tawaf.

Pada pandangan saya pembahagian masa bertambah mudah kerana tawaf, saie dan melontar jamrah tidak mempunyai tempoh masa terhad, maknanya boleh dilakukan 24 jam sehari misalnya boleh dibahagikan untuk jemaah lelaki dan wanita.

Untuk mengelakkan percampuran jantina dan kesesakan,tali rentang atau lorong khas dalam bentuk sementara atau kekal boleh diadakan di samping memperuntukkan masa-masa tertentu untuk kelompok tertentu berdasarkan faktor tertentu seperti kumpulan umur - tua dan muda.

Jika ruang saie boleh dikhaskan untuk laluan sehala Safa-Marwah dan sebaliknya, kaedah yang sama juga boleh dilakukan di kawasan Jumratul Ula, Wusta dan Aqabah.

Kesesakan ketika solat fardu di Masjid Haram juga boleh dikurangkan dengan mengadakan sistem pintu keluar masuk yang berasingan serta mengadakan tali rentang di luar dan di dalam masjid.

Keadaan sesak di jalan raya menuju masjid sebelum dan selepas solat boleh dielakkan dengan melarang peniaga menjalankan kegiatan mereka di tepi atau di tengah-tengah jalan.

Dengan adanya langkah pengasingan wanita dan lelaki di Masjidil Haram termasuk ketika melakukan tawaf, tidaklah berbangkit masalah bertaklid kepada mazhab Hambali ketika berwuduk untuk mengelakkan batalnya wuduk seperti mana yang diamalkan oleh kebanyakan pengikut mazhab Shafie selama ini.

Kesesakan kenderaan pada musim haji juga tidak banyak berubah. Masih berlaku kesesakan perjalanan dari Makkah ke Arafah, Muzdalifah, Mina dan kembali ke Makkah.

Terbayang dalam fikiran ini kalaulah sistem LRT atau seumpamanya sama ada dalam tanah, di atas tanah ataupun bertingkat-tingkat dapat dibina alangkah bertuahnya jemaah haji!

Betapa tidak, jika bukit-bukau berbatu pejal dapat dijadikan terowong, tidak mustahil kemudahan ini boleh diadakan.

Kemudahan ini adalah bagi menggantikan perkhidmatan bas dan kenderaan lain yang berpusu-pusu seperti semut di jalan raya pada setiap musim haji.

Kesesakan yang berlaku amat teruk sehingga pada musim haji lalu, saya dan jemaah lain terpaksa berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina kira-kira 10 kilometer. - Nukilan AHLI JEMAAH 1423 HIJRAH

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

*** Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Wednesday, November 25, 2009

Mimpi semarakkan rindu untuk ke Tanah Suci

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka)." - Maksud Ayat 3 Surah Al-Hijr
***

MENJADI tetamu-Nya adalah ibarat mimpi yang cukup manis walaupun dulu ramai yang mengajak ke Tanah Suci, tetapi saya belum tergerak hati untuk ke sana.

Kalau bukan kerana ditimpa musibah yang cukup mencabar kesabaran hati, mungkin hati saya belum terbuka untuk menunaikan umrah.

Tuhan Maha Kaya, perasaan bagai tidak sabar-sabar untuk mengunjungi Tanah Suci sejak hari pertama mendaftar di agensi. Hati saya turut berdebar dan gelisah menjelang 'tarikh keramat' itu.

Kami ke Kuala Lumpur sehari sebelum berlepas kerana perlu mengikuti kursus umrah yang dianjurkan oleh agensi berkenaan.

Semasa mengikuti kursus di pejabat agensi, kami diberitahu tiket penerbangan belum diperolehi walaupun visa sudah diluluskan.

Malah ada jemaah yang tidak mendapat visa walaupun tiket penerbangan telah ditempah.

Sekalipun berbekalkan janji agensi yang akan berusaha mendapatkan tiket untuk penerbangan pada keesokan harinya, kami tetap resah. Kami berdebar-debar menunggu, dapatkah kami mengunjungi Baitullah agaknya.

Selesai menunaikan sembahyang sunat di hotel, saya terus melelapkan mata sambil berdoa kami dapat berlepas keesokan harinya.

Sesuatu yang tidak diduga pada malam itu, saya bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. dan memberi salam kepada Baginda.

Baginda menanti sesiapa lagi yang akan memberi salam kepada Baginda. Peristiwa mimpi itu menyakinkan diri saya bahawa kami pasti dapat mengunjungi Baitullah dan menziarahi makam Nabi s.a.w. di Madinah.

Seperti yang dijangka, keesokan harinya kami dimaklumkan tiket penerbangan berjaya diperolehi dan kami akan berlepas pada jam 3.00 petang.

Saat pertama kali menjejak kaki di bumi Madinah dan memandang Masjid Nabawi, hati begitu sukar digambarkan seperti yang selalu diceritakan oleh mereka yang pernah ke sana.

Perasaan gembira, sedih dan sayu bercampur menjadi satu. Betapa pilunya hati ketika menziarahi makam Nabi s.a.w. Air mata mengalir deras pada saat kaki melangkah meninggalkan makam yang kaku itu, kerana masa tidak mengizinkan. Kami kemudian berangkat ke Makkah pula.

Perjalanan ke Tanah Suci Makkah berjalan lancar. Selesai membawa beg-beg ke bilik dan makan tengah hari, kami dibawa ke Masjidilharam untuk menyelesaikan umrah wajib.

Maha Suci Allah kerana diberi peluang jua akhirnya menjadi tetamu-Nya.

Pengalaman tawaf buat pertama kalinya sukar digambarkan dengan kata-kata. Matahari yang memancar terik tidak terasa sangat bahangnya. Hari berikutnya, kami bebas mengerjakan umrah sunat dan memperbanyakkan ibadat.

Di Masjidilharam saya terlihat beberapa ekor kucing dekat telaga Zamzam. Saya cuba membelai kucing-kucing berkenaan kerana memang sukakan haiwan itu.

Malangnya apabila dipanggil, ia hanya mengiau dari jauh. Semuanya sihat-sihat belaka dan sungguh comel sekali seperti kucing Friskies.

Suatu ketika selepas sembahyang Maghrib, seekor kucing yang sedang berkeliaran tiba-tiba membuang air kecil di atas beg tangan seorang jemaah dari Malaysia yang diletakkan di hadapan beliau.

Kami terdiam melihat peristiwa tersebut dan berasa tidak senang hati. Apa agaknya hikmah di sebalik peristiwa itu hanya Allah yang tahu.

Masuk hari ke-11, kami dibawa melawat Jeddah. Di Jeddah kami melawat Makam Siti Hawa, Masjid Al-Rahmah, pesisiran Laut Merah dan membeli-belah di Pasar Cornish.

Selesai lawatan, dalam perjalanan pulang ke Makkah, kami singgah di Masjid Kilo Asyreen untuk menunaikan solat Magrib dan berniat umrah.

Dalam perjalanan ke Makkah, saya tertidur kerana mengantuk yang amat sangat. Lagipun musim panas memendekkan waktu malam di Makkah. Waktu subuh seawal 3.30 pagi. Lama juga untuk kami menyesuaikan diri dengan suasana baru itu.

Lebih kurang 25 minit tertidur, saya tiba-tiba terjaga. Sebaik terjaga mata saya segera terpandang Masjidilharam tersergam indah disinari cahaya lampu yang terang benderang.

Kaabah dapat dilihat dengan jelas kerana lebih tinggi daripada bangunan masjid dan beberapa kali ganda besar daripada saiz sebenar. Saya terpaksa berpaling ke belakang mengikuti perjalanan bas kerana terpukau melihat Masjidilharam dan Kaabah yang begitu berbeza dengan saiz sebenarnya.

Di situ saya lihat tiada seorang pun berada di dalam masjid dan mengerjakan tawaf seperti lazimnya. Dalam keadaan kehairanan yang amat sangat kerana selepas itu kegelapan semula yang saya pandang dan padang pasir yang terbentang luas, saya bertanya kawan di sebelah, adakah kami telah tiba di Makkah?

Apabila dijawabnya tidak, aku terdiam. Rupa-rupanya Makkah yang kami tuju akan mengambil masa lebih kurang 20 minit lagi untuk sampai, tetapi apa yang saya lihat sebentar tadi cukup membuat hati ini tertanya-tanya sehingga kini. Kepada kawan saya tidak saya ceritakan hal ini sehingga kami selamat pulang ke tanah air.

Malam keempat di tanah air, sekali lagi saya bermimpi. Kali ini aku bermimpi menziarahi makam Nabi s.a.w. dan menatap wajah baginda yang begitu tenang di pembaringan. Maha Suci Allah yang telah memberi peluang sekali lagi menatap wajah Nabi s.a.w. Sungguh sukar untuk melupakan wajah junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan segala peristiwa di Tanah Suci.

Segala kenangan itu membuat hati sering pilu dan rindu untuk kembali mengunjungi makam Nabi s.a.w dan Tanah Suci suatu hari nanti. Insya-Allah. - Nukilan HAMBA ALLAH
***

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

*** Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Tuesday, November 24, 2009

Terjumpa jemaah seiras arwah adik di Masjid Nabawi

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." - Maksud Ayat 190 Surah Al-Baqarah
***

SELEPAS sembahyang saya sering berdoa agar Allah murahkan rezeki bagi membolehkan saya menunaikan ibadah haji atau umrah.

Malangnya, ketika Allah memberi rezeki yang lebih, saya tidak gunakan untuk menunaikan hajat saya. Rezeki (duit) yang diterima sering saya gunakan untuk tujuan lain.

Keadaan ini berlaku dua tiga kali - Allah beri rezeki lebih, hajat tidak juga saya tunaikan.

Selepas itu pelbagai masalah menimpa diri saya terutama yang membabitkan kewangan. Pada saat itu baru saya sedar doa saya telah dimakbulkan Allah, tetapi saya melengah-lengahkan pemergian ke Tanah Suci.

Dalam keadaan menyesal, saya nekad menunaikan umrah. Persiapan dibuat dan tarikh pemergian ditentukan pada 17 hingga 30 Ogos 2002. Saya pergi bersama kedua-dua orang tua saya.

Dalam kegembiraan menunggu hari untuk berangkat ke Tanah Suci, adik kandung saya telah menyahut seruan Ilahi pada tanggal 30 Julai 2002.

Adik saya, Mutnasim Billah kembali ke rahmahtullah dengan hanya meninggalkan pesan kepada emak: "Emak, doakanlah adik sihat ketika emak berada di Baitullah nanti."

Ketika bermusafir, sedih dan hiba mengenangkannya. Sering teringat dan terbayang wajahnya. Air mata usah dikenang, berlinang tanpa diundang.

Boleh dikatakan kami bertiga selalu saja mengalir air mata teringat pada arwah dan pada pada anak yatim Khairul Bariyah, 3, yang ditinggalkannya.

Seringkali saya memujuk hati "Allah lebih menyayanginya." Tidak putus-putus kami mendoakan agar Allah kurniakan kebaikan dan kebahagian kepadanya.

Sebelum melangkah ke Tanah Suci, sempat juga saya mencapai selipar peninggalan arwah. Saya bawa bersama ke Tanah Suci.

Selipar itulah saya pakai sepanjang saya berada di Makkah dan Madinah. Hati ini berkata "Kaki kau dik, tak sempat pijak Tanah Suci. Biar kak bawa seliparmu."

Pada hari kedua berada di Masjid Nabawi, selepas maghrib, saya minta izin emak untuk ke tandas seorang diri.

Laluan ke tandas agak jauh. Dalam perjalanan ke tandas pelbagai kenangan terhadap arwah bermain dalam ingatan saya.

Tiba-tiba saya terpandang wajah seseorang seiras adik saya di depan mata. Kami saling berpandangan.

Saya benar-benar terkejut dan berkata: "Aaa... adik!!!" Wajahnya saling tak tumpah adik saya.

Selepas berselisih dengannya, saya mempercepatkan langkah ke tandas, dengan harapan saya boleh temuinya sekali lagi dan kemudian memberitahu emak.

Sekembali saya dari tandas, saya terus menuju ke tempatnya. Tetapi hampa dia telah tiada.

Hati ini tertanya-tanya, mungkinkah roh adik saya bersama-sama kami di Tanah Suci, atau memang ada pelanduk dua serupa.

Bertambah hairan juga saya kerana seorang jemaah lelaki (orang seiras adik saya itu) boleh berada di kalangan jemaah wanita.

Sejak peristiwa itu hati bertambah sayu. Terkenang arwah semasa hayatnya dan dengan sekelip mata dia meninggalkan kami.

Tetapi hati ini tetap bersyukur, permergiannya pada zahirnya dalam keadaan baik selepas arwah menunaikan solat Isyak dan sempat mengucap dua kalimah syahadah dan akhirnya menyebut 'Ya, Allah' sebanyak tiga kali di atas sejadahnya. - Nukilan MARIATUL KABTIYAH HAJI ZAMANHURI, Ampang, Selangor

***
* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

*** Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Monday, November 23, 2009

Iktibar perjalanan Arafah-Mina

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Adakah satu pencita selain Allah, yang memberi kamu rezeli dari langit dan bumi? Tiada tuhan selain Dia, maka ke manakah kamu dibuat berpaling." - Maksud Ayat 3 Surah Faathir
***

SELEPAS menunaikan fardu Subuh di Masjid Nabawi, saya dan rakan pun keluar, mencari kedai untuk bersarapan.

Selepas itu kami pulang ke hotel melalui lorong-lorong kedai. Di pertengahan jalan, saya ternampak sebutir batu delima di atas jalan dan terus mengambilnya.

Saya menunjukkan kepada rakan saya tetapi dari belakang, saya mendengar seseorang menegur saya.

Kelihatan seorang jemaah separuh usia dari Malaysia, menyuruh saya meletakkannya semula di tempat asal.

Katanya ini adala satu dugaan. Saya pun meletakkannya kembali tanpa banyak soal tetapi sempat juga saya mengucapkan terima kasih kepadanya.

Selepas beberapa hari di Madinah, saya dan rakan yang lain berlepas di Makkah untuk menunaikan haji.

Dalam perjalanan dari Arafah ke Mina kami singgah di Mudzalifah untuk mengutip batu.

Semasa mengutip batu, saya ternampak seorang kawan memasukkan sebutir batu delima dalam uncangnya. Dia tidak menyangka saya melihat perbuatannya.

Saya terus menegur dan meminta dia meletakkan semula batu delima itu di kedudukan asalnya.

Dia seperti terpinga-pinga tetapi terus mengeluarkan batu delima itu dan mengatakan dia tidak sedar perbuatannya.

Saya katakan padanya daripada apa yang saya dengar dan baca, sesiapa yang terbawa pulang batu dari Tanah Haram ke 'Tanah Halal', dia akan mengalami kesulitan dan rintangan semasa hendak pulang atau ketika berada di tanah air.

Pengalaman semasa wukuf di Arafah, ketika hendak berangkat ke Mina, sudah menjadi kelaziman jemaah Malaysia suka berebut-rebut ketika menaiki bas walaupun sudah diberi arahan oleh petugas Tabung Haji.

Jemaah tidak perlu berebut-rebut kerana mereka tetap akan dibawa ke Mina. Ada banyak kejadian jemaah yang berlepas dulu, paling lambat sampai di Mina.

Ada yang sampai ke Mina pada waktu petang sedangkan waktu melontar di Jamrah Aqabah sudah hampir luput.

Ada pula jemaah yang bertolak lewat dari Arafah tetapi kumpulan mereka sampai dulu di Mina. Mereka sudah berehat-rehat dalam khemah tetapi kumpulan jemaah yang bertolak lebih awal, belum lagi sampai.

Pengalaman mengerjakan haji amat mengesankan dalam sanubari dengan petunjuk dan kebesaran Ilahi kepada jemaah. Pada saya pengalaman rohani jemaah di Tanah Suci tidak akan dapat digambarkan dengan kata-kata. - Nukilan SANTAHA, Puchong, Selangor

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

*** Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Friday, November 20, 2009

Hikmah ketinggalan bas program ziarah

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Sesungguhnya orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah', kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu rasa takut, dan janganlah kamu rasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah kepadamu'." - Maksud Ayat 30 Surah Fusshilat
***

SAYA mengerjakan haji beberapa tahun lepas mengikut pakej Tabung Haji. Selepas sempurna mengerjakan rukun dan wajib haji, pihak pengurusan pakej kami menyediakan dua bas untuk jemaah pergi berziarah.

Bas-bas ini diletakkan berhampiran hotel penginapan kami. Tidak lama selepas jemaah menaiki bas, mereka diarahkan turun. Mengikut maklumat daripada pegawai Tabung Haji yang bertugas, bas kami telah disaman oleh pihak polis kerana diletakkan d itempat yang dilarang.

Maka bas berkenaan telah ditunda ke balai polis. Semua jemaah disuruh menunggu di tempat yang sama sementara menantikan bas lain sebagai ganti.

Sementara menunggu bas tiba, saya mengambil keputusan untuk balik sebentar ke bilik hotel yang terletak hanya beberapa langkah dari tempat menunggu untuk buang air kecil.

Alangkah sedihnya apabila sampai semula ke tempat menunggu, saya diberitahu bas telah berlepas.

Saya kembali ke bilik hotel dengan perasaan sedih. Saya tenangkan hati dengan berkata bahawa semuanya telah ditakdirkan dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Sambil baring di atas katil saya pun tertidur. Saya kemudian bermimpi berada di dalam sebuah lif. Apabila terbuka sahaja lif itu, saya telah dipimpin oleh seorang berbangsa Arab lalu terbang bersama-samanya dengan memakai telekung pergi menziarahi tempat-tempat yang menarik.

Tiba-tiba saya dikejutkan oleh bunyi loceng bilik hotel. Apabila saya buka pintu, rakan-rakan jemaah sebilik saya baru sahaja pulang dari pergi berziarah. Mereka memberitahu saya bahawa tiada apa yang hendak disedihkan sangat kerana tempat-tempat yang mereka pergi ziarah adalah tempat yang telah kami pergi semasa mengerjakan rukun dan wajib haji seperti di Mina dan Arafah. - Nukilan MARIAH SAID

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

*** Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Thursday, November 19, 2009

Guna kesempatan sepenuhnya sebagai tetamu Allah

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Katakanlah kepunyaan siapakah apa yang di langit dan di bumi? Jawabnya: Kepunyaan Allah. Ia telah mewajibkan diri-Nya memberi rahmat." - Maksud Ayat 12 Surah Al-An-am
***

ALHAMDULILLAH, dengan rahmat Allah musim haji datang lagi. Sekali gus, ia mengingatkan saya kepada musim haji lalu (1422H) yang telah dilalui dengan penuh kesyahduan dan ketenangan.

Kepada bakal jemaah haji, diucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci dan tahniah kerana menjadi tetamu Allah. Nikmat Allah dilimpahkan ke atas tuan-tuan sekalian yang telah terpilih menziarahi rumah suci-Nya, terpilih daripada 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia.

Lengkapilah diri dengan ilmu agama dengan sesungguhnya sebelum melangkah kaki menuju Tanah Suci. Setiap detik masa ketika di sana amatlah berharga, sentiasalah beriktikad dalam hati bahawa segala ruang masa dapat dipergunakan untuk melakukan ibadah dengan sempurna dan diterima Allah SWT.

Selain daripada mengetahui dengan jelas segala rukun dan rahsia batin amalan haji, ketahuilah juga dengan mendalam tentang rukun dan rahsia sembahyang.

Berpegang teguhlah kepada ajaran-ajaran dalam mazhab kita iaitu mazhab Shafie. Insya-Allah, semasa melakukan manasik-manasik haji, kebanyakan mazhab adalah agak serupa.

Tetapi agak berlainan dengan sembahyang terutama menutup aurat bagi lelaki dan wanita dan juga pergerakkan jari telunjuk semasa tasyahud. Jangan samakan mazhab kita dengan mazhab lain, contohnya mazhab Hanafi yang menganggap tumit kaki tidak termasuk aurat wanita yang wajib ditutup ketika bersembahyang.

Rendahkanlah pandangan mata kita agar terlindung daripada terlihat perkara-perkara yang menimbulkan tanda tanya dan persoalan dalam hati yang membawa kepada was-was dalam ibadat.

Rapat dan luruskanlah saf ketika bersembahyang. Di tanah air, masjid kita lapang, tetapi di sana ketika musim haji, suasana amat berlainan. Jagalah tertib bersembahyang berjemaah.

Janganlah kerana tidak mahu terpisah dengan teman atau bersembahyang di sebelah jemaah lain yang bukan 'sebangsa' dengan kita, kita tidak mahu berganjak untuk mengisi kekosongan di saf hadapan sehingga saf di hadapan terputus. Ketahuilah bahawa makruh membuka saf baru sebelum saf hadapan penuh. Bergerak cergaslah ke hadapan dan ke kanan.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Luruskan saf, setentangkan antara bahu-bahu, tutupkan celah-celah yang kosong, hendaklah bersikap lembut terhadap tangan-tangan saudara kamu dan jangan barkan ruang-ruang kosong untuk (diduduki) oleh syaitan. Sesiapa yang menyambung saf nescaya Allah akan menghubunginya (mengasihinya) dan sesiapa yang memutuskan saf nescaya Allah akan memutuskan hubungan dengannya." - Hadis riwayat Abu Daud

Sabdanya baginda lagi: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat atas orang yang menyambungkan saf atau sesiapa yang menutup ruang (saf sembahyang) nescaya Allah akan mengangkatnya dengan perbuatannya itu satu darjat." - Hadis riwayat Imam Ahmad

Di dalam Masjidil Haram, disediakan tempat berpetak khas untuk jemaah wanita. Bagaimanapun, pintu masuk adalah sama untuk jemaah lelaki dan wanita.

Bersembahyanglah di tempat yang disediakan. Bagi jemaah wanita, jangan bersembahyang bersebelahan jemaah lelaki, walaupun suami sendiri. Begitu juga sebaliknya. Haram hukumnya bersembahyang bercampur gaul di tempat terbuka dan ia juga meluputkan fadilat pahala berjemaah.

Ada jemaah wanita yang memberitahu saya, tidak mengapa (dibolehkan) bersembahyang di sebelah jemaah lelaki di dalam Masjidil Haram, tetapi tidak ditempat lain. Ini adalah tidak benar.

Jagalah tertib dan adab kesopanan ketika berada di dalam masjid, lebih-lebih lagi Masjidil Haram, masjid yang paling mulia di muka bumi Allah ini. Walau letih dan lelah bagaimanapun, jangan sekali-kali melunjurkan kaki kita ke arah kiblat dan Baitullah.

Ketika sembahyang, kita bersujud ke arahnya, selepas sembahyang, tergamakkah kita untuk melunjurkan kaki ke arah Rumah Allah yang suci itu? Ada juga yang melunjurkan kaki dengan al-Quran di hujung jari-jari kaki. Hati saya sebak dan begitu terguris, menitis air mata melihat perlakuan-perlakuan ini. Kita datang begitu jauh dan inikah adab laku kita di hadapan Rumah Allah RabbulJalil?

Kembali ke tanah air saya kemukakan kemusykilan ini kepada seorang ustaz, dan beliau menjawab, "Kalau di Malaysia melunjur kaki ke arah kiblat di dalam masjid digelar 'buruk laku', kalau di dalam Masjidil Haram, ia adalah haram hukumnya."

Sebaik-baik bekal ialah ilmu agama dan kemuliaan akhlak. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. ketika ditanya, "Siapakah antara mukmin yang paling utama keimanannya? Baginda menjawab: "Yang paling baik budi pekertinya."

Semoga tuan puan sekalian dapat melaksanakan sebaik-baik haji dan mendapat haji makbul dan mabrur. Sentiasalah sematkan di hati bahawa ini mungkin satu-satunya peluang untuk mengerjakan haji yang tidak mungkin terulang kecuali dengan izin dan rahmat Allah. Wassalam. - Nukilan HAMBA ALLAH

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

*** Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Wednesday, November 18, 2009

Diuji keikhlasan di depan Kaabah

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: 'Tuhanku telah memuliakanku'. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia berkata: 'Tuhanku menghinaku'." - Maksud Ayat 15-16 Surah Al-Fajr
***

DISEBABKAN sudah beberapa kali ke Tanah Suci, tidak menjadi masalah untuk aku ke Masjid Nabawi sendirian.

Pada hari pertama di Madinah, aku tidak sempat bersembahyang fardu Subuh di masjid yang turut menempatkan makam Rasulullah s.a.w.

Untuk menunaikan fardu Zuhur, aku pergi awal ke masjid. Aku pergi ke satu sudut lengang, tidak jauh dari pintu yang aku gunakan untuk memasuki masjid.

Selepas bersembahyang sunat, aku duduk dan bersandar di pangkal tiang untuk membaca Quran.

Secara kebetulan aku ternampak sekeping wang kertas Arab Saudi bernilai 50 riyal terletak di tepi pangkal tiang tersebut.

"Wang siapakah ini?" aku bertanya diriku sendiri.

"Siapakah yang meletakkannya di sini?"

Kata orang di dalam Masjid Nabawi, di salah satu pangkal tiangnya merupakan tempat seseorang meminta sesuatu.

"Tidak...," bisik hati kecilku.

"Wang ini bukan untukku. Ada orang tercicir wang itu. Berkemungkinan pekerja masjid yang meletaknya di sini...," hati kecilku berkata lagi.

Aku dengan segera berpindah tempat duduk.

Aku mengingatkan diriku keikhlasan hatiku sedang diuji.

Aku diberi peluang menemui wang itu agar reaksiku dapat dikenal pasti. Aku percaya akan diberi ujian lagi pada hari-hari berikutnya.

Aku perlu berhati-hati. Di Tanah Suci (Madinah dan Makkah), seseorang jemaah haji atau umrah ada kalanya diuji keimanannya dengan berbagai-bagai cara.

Aku lalu memohon kepada Allah supaya diberi hidayah dan petunjuk.

Selepas beberapa hari berada di Madinah, aku dan ahli-ahli rombongan umrahku dibawa ke Makkah pula.

Pada hari terakhir aku di Makkah, selepas bersembahyang fardu Zuhur, seorang pemuda, agakku dari Pakistan mendekatiku.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang mahasiswa di pusat pengajian tinggi. Dia bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dia mendakwa kesempitan wang dan merayu bantuanku.

Pada masa itu aku mempunyai wang sebanyak 150 riyal. Aku berhasrat menyerahkan wang tersebut kepada pemuda itu.

Tiba-tiba seorang pekerja masjid berdiri tegak di hadapan pemuda tadi. Dia berbicara dalam satu asing, agakku bahasa Urdu.

Aku tidak faham apa yang mereka perkatakan. Yang lebih banyak bercakap pekerja masjid itu.

Dia berkata-kata dengan nada agak keras. Sejurus kemudian pemuda itu meninggalkan tempat itu dan terus menghilangkan diri.

Pekerja masjid itu berbicara denganku pula.

"Saya Akbar...orang Bangladesh. Saya pernah bekerja di Malaysia...di Kuala Lumpur. Encik dari Malaysia...bukan?"

"Ya," jawabku ringkas.

"Pemuda itu pembohong. Di hadapan Kaabah pun dia berbohong. Jangan percaya kata-katanya," dakwa Akbar.

"Terima kasih Encik Akbar," kataku.

Aku bangkit untuk bersembahyang sunat syukur dua rakaat. Aku bersyukur kerana ada insan memberitahu aku rahsia pemuda tersebut. - YUSOFF ISMAIL

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

*** Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Tuesday, November 17, 2009

'Bertemu' arwah isteri di sisi Kaabah

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Abu Ayyub menyatakan, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa yang memisahkan antara ibu dan anaknya, nescaya Allah akan memisahkan orang itu dengan para kekasihnya pada hari kiamat kelak." (Maksud hadis riwayat Termizi)
***

KISAH dari Tanah Suci yang ingin penulis nukilkan kali ini benar-benar terjadi pada seorang guru besar yang soleh yang tinggal di sebuah desa di utara Johor.

Dia seorang daei (pendakwah) Angkatan Pemuda Islam yang aktif dalam pelbagai program tarbiyah seperti usrah, ziarah, rehlah, qiamulail dan mencintai solat lima waktu di masjid di mana bapanya adalah imam masjid desa itu.

Setelah tamat kursus ekonomi dan pendidikan di Universiti Malaya pada tahun 75-an, ia telah berkahwin dengan seorang gadis jelita di sebuah desa selatan Negeri Sembilan.

Berkat penikahan itu mereka dikurniakan Allah enam anak yang comel, cerdas dan cerdik - empat lelaki dan dua perempuan.

Pemuda Islam dan murid-murid di sana memanggilnya 'Cikgu Haji'. Jika kelihatan sebuah kereta 'second hand' meluru ke arah masjid pada waktu subuh atau maghrib setiap hari, itu kemungkinan besar kereta Cikgu Haji.

Cikgu Haji juga membawa anak-anak lelakinya bersama, melatih mereka sejak kecil untuk solat berjemaah di rumah Allah di samping mengamalkan wirid Al-Ma'thurat dan amalan lain.

Walaupun 'Cikgu Siti', isteri Cikgu Haji juga seorang guru sekolah kebangsaan dan lulusan MPSI Tanjung Malim (kini UPSI) yang dedikasi, namun memandangkan enam anak-anak mereka memerlukan penjagaan yang lebih di rumah, dia telah reda berhenti kerja.

"Apabila anak-anak telah besar nanti, bolehlah dinda menyambung kembali tugas dan profesyen sebagai guru, insya-Allah," bisik suaminya.

Keluarga daei dan haraki ini, bolehlah dikatakan 'famili mithali' di desa itu dan amatlah disegani.

Meskipun hidup mereka agak selesa, rezekipun murah, hayat yang bahagia, rukun dan damai; hidup yang 'sederhana' tetap mereka abadikan dalam sebuah rumahtangga nan sentosa, sejahtera yang penuh ujian llahi.

Ditakdirkan Allah pada tahun 80-an, Cikgu Siti telah mengandung kali ketujuh.

Apabila anak dalam rahimnya berusia tujuh bulan, dadanya terasa sakit. Apabila diperiksa oleh doktor dia didapati mengalami 'masalah jantung'.

Pihak hospital membekalkannya ubat. Di rumah dia cuba memakannya. Tetapi pil-pil itu tidak serasi dengan sakitnya.

Pada suatu malam sakitnya terasa tenat. Setelah selesai Cikgu Haji membacakan surah Yasin dan syahadah, tiba-tiba Cikgu Siti telah menyahut panggilan Ilahi dengan wajah yang reda, tenang dan berseri-seri.

Tinggallah sekalian anak-anaknya yang masih muda dan kecil itu sebagai yatim tanpa ibu dicintai. Kandungannya juga telah mati dalam rahim.

Cikgu Siti disemadikan di kuburan desa bersama-sama kandungan tujuh bulan dalam rahimnya, sebagai seorang syahid.

Hadis Nabi Muhammad (s.a.w.) pernah mengistilahkan ibu sepertinya sebagai ibu muslimat yang mendapat darjat 'syahid kecil'.

Alangkah sedihnya seluruh desa dengan kematian ibu muda yang solehah itu. Inilah ujian awal yang menimpa nasib Cikgu Haji, menggetarkan nian jiwanya.

Daripada wang KWSP isteri dan pendapatannya yang halal, Cikgu Haji telah berjaya menunaikan haji, sekali lagi ke kota suci Makkah beberapa tahun kemudian, untuk menunaikan haji atas nama arwah isterinya, Cikgu Siti.

Di Makkah kota suci yang penuh dengan jutaan kehebatan, keagungan, kemuliaan (karamah) dan beraneka petunjuk dan pembalasan tunai akibat kesalahan hamba-Nya itu, beliau telah dapat menunaikan ibadat haji dengan sebaik-baiknya.

Semoga ibadat haji itu mabrur dan diterima Maghfirah arwah isterinya menjadi ahli syurga yang tertinggi.

Demikianlah doa restu beliau ke hadrat Illahi di sisi Kaabah, Makkah Al-Mukarramah.

Ditakdirkan Allah, pada suatu hari sedang Cikgu Haji beribadat di sisi Kaabah, tiba-tiba muncul wajah arwah isterinya yang sedang duduk, seolah-olah meriba anaknya yang ketuhuh.

Wajahnya lembut, manis berseri, memakai tudung putih dan berbaju labuh yang putih bersih persis pakaian para hajah dari negara ini.

Nampaknya arwah Cikgu Siti turut menunaikan haji di alam ghaib tanpa disedari. Inilah kuasa dan keagungan Allah yang tiada tolok bandingnya terjadi di kota suci itu.

Lantaran cinta dan kerinduan selama ini, Cikgu Haji terus mendekati wajah arwah Cikgu Siti tadi di sisi Kaabah untuk mendakap bayinya yang ketujuh tadi.

Tetapi tidak berjaya. Seperti ada dinding cermin yang memisahkan kedua suami isteri yang saling mencintai dan merindui itu.

Dengan suatu senyum simpul yang manis dan terakhir, maka ghaiblah wajah arwah isterinya tadi. Di sinilah Cikgu Haji telah menangis dengan hebatnya, tidak dapat lagi menahan air mata keinsafannya.

Benarlah pendapat Imam Al-Ghazzali (r.h.) dan alim ulama, bahawa ruh orang soleh dan solehah bisa berkumpul di Tanah Suci Makkah pada musim haji dengan keizinan Allah.

Bayi comel yang turut mati dalam rahim ibunya dulu, telah 'dilahirkan' dengan selamat di alam barzah dengan kudrat Allah dan diperlihatkan kepada bapanya yang soleh yang sedang khusyuk beribadah di sisi Kaabah.

Berjuta-juta keajaiban bisa menjelma di kota suci Makkah, untuk meningkatkan keinsafan, keyakinan, keimanan dan ketakwaan bani insani sebagai hamba dan makhluk-Nya untuk sejahtera dan bahagia di alam dunia dan akhirat yang kekal abadi selama-lamanya. Amin - Nukilan ALAM SEMESTA

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

*** Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Monday, November 16, 2009

Akhirnya dapat juga kukucup Hajar Aswad

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pedoman
"Kamu berdoalah kepada Allah, dan hendaklah kamu benar-benar yakin akan dikabulkan. Ketahuilah olehmu, bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doanya orang-orang yang lalai dan main-main." - Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis diriwayatkan At-Turmudzi dan Al-Hakim)
***

WALAUPUN sudah beberapa tahun berlalu, sehingga kini saya masih terbayang pengalaman ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci mengerjakan umrah.

Banyak betul perkara pelik berlaku yang saya saksikan dengan mata saya sendiri.

Pemergian saya yang tidak dirancang itu sememangnya membawa kesan mendalam. Pengalaman yang ditempuh sepanjang berada di sana banyak menginsafkan diri. Terasa diri begitu kerdil apabila berada di depan Kaabah.

Niat hendak ke Makkah datang dengan tiba-tiba pada suatu hari selepas solat Isyak. Hati saya berdegup dan teringatkan Tanah Suci, lantas air mata saya jatuh berjurai menangis hiba.

Dalam keadaan diri yang masih belum bersedia untuk datang ke rumah-Nya itu, saya terus daftar untuk pergi menunaikan umrah. Mungkin itulah yang dikatakan dah sampai seru agaknya.

Sepanjang berada di sana, saya menghadapi dua keadaan yang berbeza berhubung diri saya sendiri. Di luar kawasan Masjidilharam, sama ada di tempat makan atau ketika di dalam hotel, keadaan saya lemah tidak bermaya, seperti orang demam.

Setiap kali keluar dari masjid badan saya menjadi lesu, sakit perut dan tidurnya menggigau.

Namun, apabila azan berkumandang, saya merasakan seolah-olah ada satu tenaga yang tiba-tiba mengalir ke dalam tubuh badan.

Serta-merta saya sihat dan cergas untuk keluar menunaikan ibadah, namun, setelah keluar dari masjid, keadaannya berubah lemah semula.

Memang hairan mengapa saya jadi begitu. Telan ubat pun, tak sihat juga. Tapi, apabila nak jalankan ibadah dan mahu ke masjid, saya tiba-tiba sihat semula.

Mungkin 'Dia' mahu saya sentiasa dekat dan beribadat menghadap-Nya.

Peristiwa pelik tidak berhenti di situ sahaja. Sewaktu sedang berdoa setelah selesai mengerjakan umrah saya solat sunat berhadapan makam Nabi Allah Ibrahim, saya terkejut apabila melihat bayangan seorang lelaki berjubah putih timbul perlahan-lahan dari bekas tapak kaki Nabi Allah itu naik ke langit.

Wajah lelaki itu sungguh tampan. Rasanya, tak ada lelaki di dunia ini setampan itu. Mukanya amat berseri dan bercahaya. Bayangan itu perlahan-lahan naik ke langit sebelum hilang daripada pandangan.

Saya terus menangis melihat keadaan itu. Rasa kagum dan istimewa kerana melihat kebesaran yang Allah berikan untuk saya melihat.

Sampai sekarang adakalanya saya masih tertanya-tanya siapa lelaki itu. Wallahualam, sampai sekarang saya masih bertanya diri sendiri.

Peristiwa lain, sewaktu dalam perjalanan untuk melakukan saie, saya ternampak seorang lelaki yang turut sama melakukan ibadah tersebut.

Tapak kakinya luka teruk hingga darah keluar dari garis luka namun lelaki itu sedikitpun tidak mengeluh malah dengan sabar dia terus menunaikan ibadah itu.

Saya berasa takjub apabila mendapati tidak ada kesan darah pun di atas lantai sekalipun darah mengalir keluar.

Saya hairan sangat. Darah yang menitik itu tidak kelihatan. Seolah-olah ia lenyap apabila jatuh ke atas lantai.

Sewaktu sedang asyik mengerjakan ibadah di hadapan Kaabah, sekali lagi saya dikejutkan dengan satu pandangan yang sungguh indah, berseri dan mengkagumkan.

Ketika itu, saya sedang menadah tangan berdoa. Tiba-tiba saya melihat bayangan sebuah istana yana sungguh cantik keluar perlahan-lahan dari atas Kaabah. Istana itu bergemerlapan dan diterangi cahaya hijau yang menusuk jiwa dan nalurinya.

Mata saya tidak berkelip melihat istana itu. Sungguh cantik. Perlahan-lahan istana itu naik dan hilang di langit. Saya tersentak dan tersedar.

Saya menangis, rasa diri begitu kerdil sangat dapat menyaksikan keajaiban Tuhan.

Pengalaman jemaah yang tersesat sewaktu sedang beribadah di Tanah Suci selalu didengari. Sememangnya keadaan masjid yang mempunyai lebih 100 pintu itu agak menyukarkan jemaah untuk mengecamnya. Saya juga tidak terlepas dari mengalami hal yang serupa.

Saya masih ingat, pintu yang saya gunakan ketika masuk untuk beribadat ialah pintu bernombor Al-Madina Nombor 56.

Selesai mengerjakan ibadah, saya pun berjalan keluar. Tapi, saya jadi panik kerana pintu Nombor 56 tidak ada.

Puas saya berjalan mencari pintu itu. Pusing keliling pun tak jumpa. Tak tahu nak buat apa, akhirnya saya menghadap Kaabah memohon doa pada Allah ditunjukkan jalan pulang. Lepas je berdoa, saya toleh ke belakang, tengok-tengok terpampang pintu nombor 56 depan mata.

Namun ada satu peristiwa menyayat hati sebelum saya keluar melalui pintu itu. Ketika berjalan menuju ke pintu tersebut, seorang wanita tiba-tiba jatuh tersembam di kaki saya dan terus meninggal di situ juga.

Hajat saya untuk mengucup Hajar Aswad yang pada mulanya tidak kesampaian akhirnya berjaya dilaksanakan.

Ketika di depan Kaabah, memang niat hati nak kucup batu itu. Tapi, saya rasa takkan dapat sebab orang semuanya berebut untuk melakukan perkara yang sama. Saya sendiri tidak nampak jalan untuk mendekati batu itu. Beberapa kali ke Kaabah, begitulah yang berlaku.

Hinggalah pada hari ke-11 berada di Baitullaharam, saya memohon doa pada Tuhan, minta dipermudahkan untuk dapat mengucup batu suci itu.

Alhamdulillah, hajat itu akhirnya termakbul, saya menangis teresak-esak seperti anak kecil ketika mengucup Hajar Aswad. - Nukilan NOR ZAINI ALI

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

*** Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Sunday, November 15, 2009

Mengimpau tragedi pejuang Islam di Masjidilharam

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan apa pun. Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri." - Maksud Ayat 36 Surah An-Nisak
***

SUATU malam ketika musim haji tahun 2001, aku menyandar di salah sebatang tiang daripada ratusan tiang Masjidilharam yang kaku tetapi indah itu.

Aku rasa begitu damai dan khusyuk sekali dengan melempar pandangan menyaksikan ribuan tetamu Allah sedang tawaf di sekeliling Kaabah Musyarrafah.

Aku berkeyakinan penuh amalanku ini adalah menghayati sunatul Rasulullah (s.a.w.) persis sabda junjungan yang bermaksud: "Setiap hari Allah menurunkan kepada orang-orang yang berhaji ke rumah sucinya 120 rahmat, 60 bagi orang-orang yang bertawaf, 40bagi orang-orang yang solat, dan 20 lagi bagi orang-orang yang menyaksikannya." - hadis diriwayatkan oleh Baihaiqi dari Ibnu Abbas r.a.

Pemusatanku menyaksi tetamu Allah yang sedang bertawaf itu tiba-tiba tersentak dengan lafaz salam seorang pemuda sedang menuju ke arahku, lantasku menjawab salam mesranya.

Pemuda itu memperkenalkan dirinya, "Ana Abdul Haq min Mes." (Saya Abdul Haq daripada Mesir). Kemudian aku pun memperkenalkan diriku, "Ana Masdi min Malayzia" (Saya Masdi daripada Malaysia), kami pun bersalaman dan berpeluk mesra.

"Hal ariftu raissul wizara' Malayzia? (Adakah saudara mengetahui Perdana Menteri Malaysia?), tanyaku kepada Abdul Haq, "La" (Tidak), jawabnya sambil tersenyum.

Aku turut tersenyum dan terus berkata, "Limaza la takrif, wa ana `arif raissul daulatul Mes, ismuhu Husni Mubarak." (Kenapa saudara tidak mengetahui, dan saya tahu Presiden negara Mesir, namanya Husni Mubarak) dan aku pun memberitahu kepada Abdul Haq, Perdana Menteri Malaysia bernama Dr Mahathir Mohamad (ketika itu).

Kami sepi seketika dan bersama-sama melempar pandangan ke tengah lautan insan yang sedang bertawaf itu, kemudian akau memecah kesepian yang sunyi itu, "Hal ariftu Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor, raissul Hizbul Islami Malayzia (PAS)?"(Adakah saudara mengetahui Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) (ketika itu)? tanyaku pada Abdul Haq.

Menurutnya walaupun tidak mengenali Ustaz Fadzil Noor, nama itu biasa didengarnya dari sebutan para siswa dan generasi muda Mesir dalam sembang-sembang mereka yang menyentuh hal-hal politik negara-negara Islam.

Pertemuan yang terjalin mesra pada malam penuh kenangan ini kami menfaatkan dengan pelbagai kisah dan cerita. Kami bersama-sama mengimbau kembali kenangan-kenangan tragis para pejuang gerakan Islam dalam menegakkan syariat Allah.

Menurut Abdul Haq, di Mesir pendukung-pendukung Islam ramai yang gugur syahid. Hassan Bana syahid di hujung senjata kerana difitnah dan ditembak mati, Sayyid Qutb syahid dan mengakhiri hayatnya dengan hukuman zalim di tali gantung.

Daripada dulu hingga kini para mujahid dan penyokong harakah Islamiyah ditindas, dizalimi dan menghadapi pelbagai tekanan dan ujian sehingga ada yang merengkok dalam penjara.

Aku memberitahu Abdul Haq, kisah-kisah tragis yang menimpa pejuang-pejuang Islam, titisan air mata dan percikan darah yang mengalir di bumi Mesir turut mengalir membasahi bumi Malaysia.

Ustaz Ibrahim Libya dan para sahabatnya ditembak dan gugur syahid dalam rumahnya sendiri di Kampung Memali, Baling, Kedah.

Ustaz Osman Talib mati syahid akibat pertempuran di Lubok Merbau, Kedah dalam suasana pilu ketika satu pilihan raya umum suatu ketika dahulu.

Begitu juga Abdul Samad Gol dari Kelantan Darul Naim dan Cikgu Taharim Arifin dari Perlis, kedua-duanya rebah gugur dan mengakhiri hayat mereka dalam suatu tragedi pembunuhan kejam yang memilukan.

Malam manis yang damai ini kami berdua tidak balik menginap di bilik hotel kami, kami tidur dalam Masjidilharam bersama-sama tetamu-tetamu Allah yang lain, yang kebanyakannya dari Indonesia dan sebilangan kecil dari Pakistan, Turki dan India. - Nukilan MASDI

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

*** Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Saturday, November 14, 2009

Kisah Pak Long Belon di Tanah Suci

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Sesungguhnya berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap, oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang yang mendustakan (Rasul-rasul)." - Maksud Ayat 137 Surah Ali Imran.
***

SYUKUR kepada Allah SWT yang telah memberi kesempatan kepada aku, isteriku Siti Rukiyah Ismail, ibu bapa mentuaku Haji Ismail dan Hajah Che Tom, adikku Hajah Rodziah dan suaminya Haji Abdullah Zakaria, bapa mentua adikku, Haji Zakaria (kini allahyarham) dan Mak Ndah Puan kerana dapat menunaikan fardu haji pada tahun 2000.

Kami pergi melalui Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan penerbangan KT33menggunakan pesawat Air Asia.

Kami menunaikan haji tamattuk, iaitu mengerjakan umrah dulu sebelum menunaikan haji. Dua lagi kaedah ialah haji ifrad (mengerjakan haji dulu sebelum umrah) dan haji qiran (menunaikan haji dan umrah serentak).

Dari Pulau Pinang kami terus ke Jeddah dan kemudian ke Madinah dengan bas. Kami sampai di Madinah ketika hampir waktu subuh.

Setelah tergesa-gesa menyimpan beg di hotel, kami sempat menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Nabawi, buat kali pertamanya dalam sejarah hidup kami.

Betapa indahnya suasana subuh di Masjid Nabawi pada pagi itu yang tidak pernah aku alami sebelum ini.

Kami ditempatkan di tingkat 8, di sebuah hotel yang tidak berapa jauh dari Masjid Nabawi. Selama berada lapan hari di Madinah kami sempat menunaikan 40 waktu solat waktu sebelum bertolak ke Makkah.

Suatu pagi seperti biasa, selepas solat subuh di Masjid Nabawi, kami pulang ke hotel untuk bersarapan. Ketika menunggu lif aku terdengar suara seorang lelaki veteran (umurnya dalam lingkungan lewat enam puluhan)sedang merungut-rungut dan membebel seorang diri sambil memegang sebungkus buah kurma.

Lantas aku cuba bertanya lelaki itu; "Kenapa pak cik dok bercakap seorang diri ni, ada apa masalah yang boleh saya bantu?"

Lelaki itu menjawab: "Ni, Pak Long dah terkena, sambil menunjuk buah kurma di tangannya. "Tadi di tengah-tengah perjalanan, Pak Long membeli buah kurma dengan harga 10 riyal untuk tiga kilo.

"Pak Long ingat dah cukup murah, tapi apabila sampai di tepi hotel ini, ada orang jual buah kurma lagi murah dengan harga 10 riyal untuk lima kilo."

Sejak pertemuan pertama dengan lelaki yang membahasakan diri Pak Long itu, persahabatan aku dengannya bertambah erat.

Rupa-rupanya lelaki itu juga satu penerbangan dengan aku. Pak Long Mat berasal dari Kampung Belon, di daerah Kulim, Kedah.

Beliau ke Makkah seorang diri, tanpa ditemani keluarga atau kawan-kawan. Pak Long Mat betul-betul berserah kepada Allah.

Apabila sudah mesra, kami semua panggil lelaki veteran itu Pak Long Belon, sempena nama kampungnya.

Setelah lapan hari di Madinah kami bertolak ke Makkah. Di kota suci itu kami tinggal bersebelahan bilik di sebuah hotel di Jalan Ajyat.

Sementara menunggu hari wukuf, aku sempat beberapa kali mengerjakan umrah sunat di samping beramal sebanyak mungkin di Masjidilharam yang sangat banyak kelebihannya itu.

Aku tidak lupa juga mengajak Pak Long Belon untuk sama-sama mengerjakan umrah dan beramal di masjid, tapi beliau seringkali menghidap deman dan tidak mampu bergerak kuat.

Dalam suasana beginilah dapat dirasakan pemergian ke Tanah Suci perlunya ditemani keluarga atau rakan taulan untuk menjaga, mengawasi dan bertanya khabar dan hal-hal lain yang berkaitan dengan ibadat haji.

Pak Long Belon agak bernasib baik, walaupun pemergiannya seorang diri, beliau sentiasa ditemani dan dijaga oleh kumpulan kami, terutama adik ipar saya dan almarhum bapanya Haji Zakaria yang tinggal sebilik dengan Pak Long Belon.

Dalam masa yang sama aku teringat gelagat seorang pak cik dari Pahang yang juga seorang diri menunaikan haji pada tahun yang sama dengan aku.

Aku menemuinya pada suatu pagi di dalam Masjid Nabawi selepas sembahyang subuh. Pak cik itu walau pun sudah berada dalam Masjid Nabawi, masih bertanya kepada aku: "Di mana Masjid Nabi nak, pak cik hendak masuk Raudhah untuk berdoa."

Dalam hati aku berkata inilah akibat datang menunaikan haji berseorangan.

Apabila hampir hari wukuf kami berangkat ke Arafah. Aku ditakdirkan dapat tinggal dalam satu khemah bersama Pak Long Belon.

Setelah selesai wukuf kami bertolak pula ke Mina (Muassim) dan di Mina aku tinggal bersebelahan khemah yang dihuni Pak Long Belon. Hubungan kami bertambah erat. Pak Long Belon tak renggang daripada kami, termasuk berjalan bersama pergi melontar ketiga-tiga jamrah.

Kami lebih suka pergi melontar pada waktu petang selepas Asar dan terus bermalam di sana sehingga melebihi jam 12.00 tengah malam, baru balik ke khemah semula.

Pada petang hari kedua melontar seperti biasa aku bersama Pak Long Belon dan Almarhum Haji Zakaria pergi melontar.

Jemaah sangat ramai pada masa itu. Haji Zakaria memegang pinggang aku dan Pak Long Belon pula memegang pinggang Haji Zakaria.

Sebaik sahaja hampir sampai kawasan tiang melontar, tiba-tiba Pak Long Belon terlepas daripada pegangan pinggang Haji Zakaria kerana rempuhan jemaah lain.

Waktu hampir maghrib. Selesai melontar kumpulan kami sama-sama mencari Pak Long Belon di merata tempat di sekitar tempat melontar itu, tapi tidak berjumpa juga.

Kami sungguh risau atas kehilangan Pak Long Belon kerana beliau kurang sihat pada masa itu. Kami sentiasa berdoa agar Pak Long Belon selamat dilindungi Allah SWT.

Sehingga tengah malam masih tidak berjumpa dengan Pak Long Belon, kami pun pulang ke khemah. Betapa bersyukurnya kami kerana Pak Long Belon selamat dan didapati sedang nyenyak tidur dalam khemahnya.

Tuhan telah makbulkan doa kami. Keesokan harinya Pak Long Belon memberitahu, selepas beliau terpisah daripada kami ketika melontar, beliau menumpang seorang jemaah dari Kelantan untuk selesaikan lontarannya dan pulang ke khemah.

Setelah selesai mengerjakan rukun, wajib dan sunat haji, kami bersiap sedia untuk pulang ke tanah air. Sekali lagi berlaku satu 'kejadian malang' membabitkan Pak Long Belon.

Ketika berjalan dari bas ke terminal untuk menaiki kapal terbang, beg Pak Long Belon tiba-tiba terkoyak dan bertaburanlah segala isinya.

Pak Long Belon sudah tak sanggup lagi mengambil barang-barangnya. Dia membiarkannya di situ kerana terlalu penat. Tapi atas ihsan Almarhum Haji Zakaria, ditolongnya mengutip barang-barang itu untuk dibawa menaiki kapal terbang.

Di dalam kapal terbang ditakdirkan Pak Long Belon duduk bersebelahan dengan aku dan isteriku.

Sambil berbual-bual Pak Long Belon memberitahu aku, beliau sangat-sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah dipertemukan beliau dengan kami di Tanah Suci.

Dia berterima kasih kerana kami sentiasa melayan, menjaga, memberi tunjuk ajar kepadanya dan perkara-perkara lain dengan bersungguh-sungguh, melebihi layanan keluarganya. Pada masa itu aku melihat air mata Pak Long Belon meleleh di pipinya.

Setelah selamat pulang ke tanah air, aku pernah sekali menziarahi Pak Long Belon di kampungnya.

Ketika itu dapat lihat Pak Long Belon sedang menceritakan kepada beberapa orang kawannya mengenai amal ibadat haji dan pengalamannya di Tanah Suci.

Antara nasihat Pak Long Belon kepada kawan-kawannya yang hendak menunaikan haji ialah perlunya bekalan ilmu yang banyak berkaitan ibadat haji dan pergi hendaklah dengan keluarga atau berteman, jika tiada halangan. - Nukilan MOHD

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

***Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Friday, November 13, 2009

Berdoa di depan Kaabah agar dihilangkan selipar

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Janganlah kamu menjerumuskan dirimu ke dalam kebinasaan." (Maksud Ayat 195 Surah Al-Baqarah)
***

SYUKUR kepada Allah SWT, saya berpeluang menunaikan umrah bersama keluarga sewaktu saya di tingkatan empat (pada usia 16 tahun) dan ada sekelumit cerita nakal dari Makkah untuk dikongsi bersama pembaca.

Perasaan hati tidaklah melonjak sangat sewaktu ayahanda saya mengajak menunaikan umrah. Maklumlah jiwa main-main dan kenakalan saya masih menyerlah dan sedang dalam proses 'menggilapnya'.

Namun demikian, dalam diam-diam saya mendengar dan mengutip koleksi-koleksi kisah-kisah ajaib, pelik serta unik yang dikhabarkan oleh jemaah haji dan umrah yang pulang ke tanah air.

Mereka terdiri daripada kaum kerabat dan rakan taulan ayah saya. Pun begitu, ada juga saya membaca artikel di majalah dan akhbar bagi menyemarakkan semangat saya untuk ke sana.

Antara cerita ajaib, pelik ialah seperti tidak jumpa jalan pulang, tidak nampak pintu keluar Masjidilharam, bertemu hamba Allah yang unik seumpama dikerumuni lalat seluruh tubuh, dibantu oleh hamba Allah yang tidak dikenali, balasan bala dengan kadar segera akibat takbur dan bermacam caca merba lagi.

Taksub dan tertarik dengan cerita tersebut maka di dalam hati selain beribadat di Tanah Suci, saya telah menyimpan hasrat untuk menjalankan satu 'misi sulit.' Misi untuk menguji kebenaran cerita-cerita yang telah saya kutip dan ingin melihat bukti kekuasaan Allah SWT. Betapa dangkalnya fikiran saya pada masa itu.

Setelah berada di Madinah, kami berangkat pula ke Makkah dan pada hari kedua di sana, saya tekad untuk meneruskan misi tanpa pengetahuan ayah atau sesiapa pun.

Di luar Masjidilharam, saya membungkus selipar saya yang berwarna hijau dengan plastik dan saya letakkan di rak yang disediakan. Saya camkan betul-betul dan terus ke hadapan Kaabah untuk solat Sunat.

Setelah selesai, lantas mengangkat tangan seraya berdoa: "Ya-Allah sekiranya benarlah keajaiban dan mustajabnya doa serta Maha Kuasa-Nya engkau, maka hilangkanlah seliparku untuk Kau buktikan. Buktikanlah Ya-Allah."

Selesai berdoa saya berlari-lari anak ke tempat rak meletak kasut tersebut. Sudah terang lagi bersuluh, bagai dikata, dikotakan. Terbukti, selipar saya hilang.

Hairan juga, siapalah yang ingin mencuri selipar buruk tersebut malah kesemua jemaah sana mempunyai kasut dan selipar. Lagipun sekiranya tertangkap, para jemaah dan penduduk Makkah sudah tahu hukumannya yang berat. Tidak ada sesiapa yang berani mencuri. Setelah puas mencari, saya pun pulang ke hotel berhampiran dengan berkaki ayam akibat keceluparan dan kenakalan saya.

Benarlah janji Allah dan balasan tunai untuk hamba-Nya yang berdosa. Saya kehilangan selipar sekali lagi yang baru dibeli pada keesokan harinya. Paling pedih ia berlanjutan seterusnya sehingga enam kali!

Gelisah saya dibuatnya sehingga penjaga hotel, tersenyum sambil menggeleng kepala melihat saya seorang sahaja yang berkaki ayam di ruang legar hotel tersebut setiap hari.

Khuatir dimarahi ayah dan malu ditertawakan orang, saya ke Kaabah sekali lagi dengan selipar saya yang ketujuh. Dengan bulat dan nekad, saya perlu membatalkan misi saya sebelum ia bertambah parah dan memalukan.

Dengan rasa aib, malu dan rendah diri serta rasa bersalah yang amat sangat kerana kenakalan untuk menguji kebesaran-Nya, saya lantas berdoa semula memohon ampun kepada Yang Esa dan meminta supaya tidak 'dihilangkan' selipar sekali lagi.

Seperti tempoh hari, saya melihat bukti keagungan Tuhan, tersentap dada, selipar saya yang ke tujuh tidak terusik dan tersimpan elok di rak tersebut. Menangis kesal saya dan berjanji tidak mengulangi kecabulan mulut lagi. Semenjak itu saya tidak kehilangan selipar sehingga pulang ke tanah air.

Di tanah air, barulah saya terfikir, kenapalah saya tidak berdoa kepada Allah pada mulanya sewaktu saya menguji, supaya tidak hilang selipar dari hari pertama sampai ke Masjidilharam sehinggalah pulang ke Malaysia. Pasti Allah memakbulkannya. Terbalik pula yang saya minta. Bebal sungguh.

Alhamdullillah juga saya tidak pesong fikiran sehingga minta yang bukan-bukan di hadapan Kaabah tempoh hari. Nyaris jugalah Allah tidak menghukum saya dengan bala yang teruk. Hanya sekadar ujian kecil yang saya rasa amat besar kesannya sehingga kini.

Janganlah celupar dan cuba untuk menduga dan menguji kuasa Tuhan. Hanya akur dan taat sahaja pada-Nya dan pintalah yang baik-baik, nescaya Allah permudahkan. - Nukilan MUHAMMAD AZAMIN

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

***Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Thursday, November 12, 2009

Pengemis 'ghaib' di celah-celah jemaah

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Sabarlah engkau menerima hukum Tuhanmu, sesungguhnya engkau dalam penjagaan mata Kami." - Maksud Ayat 48 Surah Al-Thur
***

SEDEKAH digalakkan dalam Islam sebagai jalan membantu mereka yang kurang berupaya. Allah SWT menjanjikan pahala kepada mereka yang menderma dengan ikhlas.

Apabila menunaikan haji di mana ibadat mendapat pahala berlipat kali ganda terutama di Masjidilharam, sudah tentu mendorong jemaah bersedekah sebagai jalan mendapat keredaan Allah SWT.

Pada musim haji tahun 2004/05 aku tidak melepaskan peluang untuk bersedekah. Ada juga sahabat di Malaysia yang mengirim duit untuk disedekahkan di Masjidilharam.

Walau bagaimanapun memberi sedekah dengan ikhlas tidaklah semudah yang disangka. Di Makkah ramai pengemis yang duduk di jalan-jalan dan di luar masjid.

Ada pengemis perempuan mengendong anak, ada yang kudung tangan, kaki atau kedua-duanya sekali dan ada juga yang cukup sifat dan kelihatan sihat. Sambil menghulur tangan mereka berkata 'sedekah' atau 'fisabilillah'.

Terdetik juga di hatiku ikhlaskah pemberian sedekah ini apabila sambil menghulur fikiran bertanya betulkah kepada yang fakir miskin wang diberi.

Ini adalah kerana ustaz yang membawa kami pernah memberi ingatan terdapat sindiket yang mengunakan perempuan dan kanak-kanak untuk mencari duit disebabkan kemurahan pengunjung masjid.

Katanya lebih baik memberi kepada tukang sapu dan tukang cuci masjid kerana mereka pun miskin.

Di dalam masjid juga ada yang meminta sedekah. Pernah ketika aku iktikaf di masjid, seorang perempuan berdiri di depan saf lelaki memukul dada sambil menangis dan menunjuk kepada bajunya yang koyak.

Tangannya dihulur kepada jemaah yang duduk dan yang simpati bangun memberi wang kepadanya. Waktu itu seorang jemaah lelaki, mungkin dari Pakistan bangun dan berkata dalam bahasa Inggeris: "Jangan beri wang kepadanya, dia datang dalam kumpulan, kelmarin dia ada di sini, jangan beri wang kepadanya."

Oleh kerana rasa was-was dan terlalu memilih kepada siapa yang patut dihulurkan sedekah satu insiden yang tidak dapat kulupakan telah aku alami. Pada pagi hari tersebut aku, isteriku dan kakak iparku sedang berjalan pulang daripada membeli-belah di kedai-kedai yang terdapat di sekitar Masjidilharam.

Sedang berjalan di celah-celah orang yang ramai, tiba-tiba lenganku dipegang oleh seorang lelaki. Dari pakaiannya dan susuk tubuhnya yang besar aku agak asal usulnya dari sebuah negara Timur Tengah.

Sambil berkata dalam bahasa yang tidak kufahami dia menggerakkan tangannya di perut dan ke mulut seolah bermaksud dia lapar dan meminta wang daripadaku, mungkin untuk membeli makanan.

Oleh kerana telah banyak kali dikerumui peminta sedekah yang sama di sepanjang jalan, aku berkata tidak kepadanya. Dia masih meminta tapi aku terus berjalan meninggalkan orang itu.

Tidak sampai 15 langkah berjalan terfikir di dalam hati kenapalah kedekut benar aku ini terhadap sesama saudara Islam.

Walaupun lelaki itu berpakaian kemas dengan janggut dan jambang dipotong rapi, mungkin dia kehilangan atau kecurian wang sehingga tidak dapat makan atau ada sebab lain.

Aku berhenti dan menyuruh isteri dan kakak iparku menunggu kerana aku ingin mencari lelaki tadi untuk memberi wang kepadanya. Aku berpatah balik dan mula mencari dia.

Namun puas kulihat di antara orang ramai di kawasan tadi namun dia tidak kelihatan.

"Ah mungkin dia masuk ke dalam kedai makan," detik hatiku.

Aku jenguk ke dalam kedai makan di situ namun lelaki tersebut tiada. Setelah hampir 10 minit mencari aku putus asa lalu kembali kepada isteriku yang menunggu.

"Itulah tadi masa orang tu minta tak nak beri, sekarang baru menyesal," kata isteriku. Aku juga pelik macam mana lelaki tadi boleh hilang begitu cepat.

Mungkin ini satu ujian buat aku di Tanah Haram, bila aku terlampau berkira untuk bersedekah dan membuat kebajikan.

Mungkin Allah SWT ingin menduga diriku untuk melihat seikhlas mana hatiku terhadap sesama makhluk-Nya.

Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah SWT untuk beribadat kepada-Nya dan mempunyai tugas masing-masing untuk membantu sesama makhluk tanpa mementingkan diri sendiri tanpa sebarang prasangka.

Sesungguhnya kesucian diri, kemurnian hati dan keikhlasan dalam menunaikan tanggungjawap sebagai hamba Allah di muka bumi ini perlu ada bukan sahaja semasa menunaikan ibadat tetapi pada segenap perbuatan sepanjang hayat. - Nukilan SHAM

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

***Nota: Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Wednesday, November 11, 2009

Kisah capal dan doa yang dimakbulkan

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebajikan dan takwa." - Maksud Ayat 2 Surah Al-Maidah
***

KAMI bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat menunaikan ibadat haji musim 2004/2005 dengan baik tanpa sebarang halangan yang besar.

Aku dan isteriku kali pertama menunaikan haji disertai kakak iparku yang menunaikan ibadah itu buat kali kedua.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan adalah kisah capalku yang dibeli lebih kurang seminggu sebelum bertolak.

Ia berwarna hijau dengan jalur oren di kiri kanan, buatannya kukuh dengan tapak tebal dan tali ikatan velcro.

Sambil membeleknya di kedai, aku berdoa agar Allah membenarkan aku memakai capal tersebut menunaikan ibadat hajiku dengan sempurna sehingga selamat balik ke Malaysia.

Setibanya di Madinah, kasut kulit yang aku pakai dalam perjalanan, aku simpan di dalam beg dan capal itu aku sarung untuk pergi sembahyang di Masjid Nabawi.

Sejak saat itu capal tersebut tidak pernah kutukar dengan yang lain baik pergi sembahyang di masjid, bersiar-siar membeli-belah mahupun keluar ziarah ke tempat-tempat bersejarah.

Di Masjid Nabawi dan Masjidilharam, ia di letakkan sama ada di petak-petak kasut di pintu masuk atau atas para-para kecil di dalam masjid.

Tidak pernah ia diletakkan di sebelah semasa sembahyang atau dijinjing semasa melakukan tawaf atau saei.

Isteriku sendiri kehilangan kasutnya sekali di Masjidilharam dan kakak iparku sehingga empat pasang di masjid dan di Padang Arafah.

Hairan juga kerana aku meletakkan capalku di luar bilik atau khemah mahupun di masjid seperti mereka juga.

Mabit di Mina adalah waktu yang tidak dapat kulupakan. Khemah jemaah kami di tempatkan di sempadan bertanda Mina/Mudzalifah iaitu sejauh 3.8 kilometer dari jamrah.

Berjalan kaki mengambil masa lebih 30 minit untuk sampai ke tempat melontar di jamrah.

Pada tengah hari 12 Zulhijah angin mula bertiup kencang. Dinding khemah berterbangan menyebabkan debu dan pasir masuk ke dalam, ke atas tempat tidur kami.

Lebih kurang jam 3.00 petang, hujan mula turun mencurah-curah. Tanah gurun yang jarang ditimpa hujan tidak meresap air dengan cepat maka air bergenang di
sekeliling khemah dan jalan di depan dan belakang.

Perkemahan kami menjadi sungai yang deras mengalirkan air ke kawasan yang lebih rendah.

Sewaktu sibuk menjaga dinding khemah agar air hujan tidak masuk ke dalam, aku terlupakan capalku yang diletakkan di luar khemah bersama selipar jemaah lain.

Hujan reda lebih sejam kemudian dan aku mula mencari capalku. Puas kucari di sekeliling khemah, namun tidak kutemui.

Yang ada bertaburan hanya selipar-selipar jemaah lain yang kehilangan pasangannya, yang selebihnya hanyut dibawa arus air.

Aku nekad hendak mencari capalku lalu berjalan ke arah tanah rendah selepas menyarungkan selipar berlainan pasang yang kujumpa di tengah jalan.

Selepas berjalan lebih setengah kilometer, di kawasan rendah tersebut aku lihat khemah jemaah lain tenggelam separas pinggang, sampah sarap bertaburan namun capalku tidak kutemui.

Hampa dalam hatiku kerana aku amat sayang capalku itu. Mungkin tidak ada rezeki memilikinya lagi.

Selepas aku ambil selipar-selipar sepadan yang terapung di dalam air untuk isteri dan kakak iparku, aku pun balik ke khemah.

Alangkah terperanjatnya aku apabila sampai di sana kerana betul-betul di depan pintu khemahku terletak dengan baik capalku, walaupun basah tetapi tidak kotor dan tidak rosak sikit pun.

Amat hairan kerana tidak ada langsung selipar atau kasut orang lain berhampirannya.

Aku menadah tangan mengucap syukur kehadrat Allah SWT. Sungguh terasa kebesaran-Nya dan sungguh terasa kehadiran-Nya rapat denganku waktu itu. Sesungguhnya Dia mengabulkan doa hamba-Nya.

Ibadat hajiku selepas itu berjalan dengan baik dan selamat. Sehingga hari ini capal itu masih berada dalam simpananku mengingatkan pada keajaiban dan kemurahan Allah di tanah haram-Nya. - Nukilan SHAM

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

Sekian, wassalam