Monday, January 29, 2018

Politikus, wartawan sama-samalah jaga maruah...

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)

SALAH satu isu terhangat dibincangkan ketika ini adalah gangguan seksual ke atas wartawan perempuan. Sebagai bekas wartawan yang telah berkecimpung puluhan tahuan dalam bidang ini, rasa terpanggil diri ini untuk melakarkan pengalaman dan pandangan.

Selama bertahun-tahun menjadi pemberita, penulis mengakui adalah lebih mudah untuk wartawan perempuan mendapatkan maklumat sebagai bahan untuk menulis berita. Sumber berita yang sebahagian besarnya datang daripada golongan lelaki lebih mudah diperolehi wartawan perempuan. Kata orang, lelaki dengan perempuan, ada 'caj penarik' sedangkan lelaki dengan lelaki menyediakan 'caj penolak'.

Dulu (malah sekarang pun) salah satu cara mudah mendapatkan maklumat adalah melalui kaedah menelefon. Maka wartawan perempuan dengan suara merdu, lemak gumalai dapat memikat responden atau sumber dengan cepat sedangkan sebahagian wartawan lelaki terkial-kial - maklumat tidak segera masuk 'ke kantung' mereka untuk diproses sebagai bahan berita.

Pengalaman teknik mengumpul bahan melalui pertemuan bersemuka (wawancara) juga menunjukkan wartawan perempuan 'lebih ke depan'. Malah tokoh agamawan pun apabila diwawancara wartawan perempuan, jika dia seorang yang biasanya bercakap keras dan tegas tiba-tiba akan 'menjadi cair' - demikianlah 'kuasa perempuan' yang boleh menundukkan kebanyakan lelaki tidak kira dia golongan agamawan, pentadbir apatah lagi politikus yang sedang kita fokuskan sekarang ini.

'Politikus buaya' ada di mana-mana. Suatu ketika saya ditugaskan membuat liputan bersama-sama beberapa politikus tanah air di luar negara dengan menaiki sebuah kapal terbang sewa khas. Pesawat terbang dari sebuah kota ke sebuah kota selama beberapa hari lamanya. Lama kelamaan, krew pesawat dan penumpang menjadi mesra.

Apabila sudah boleh bertepuk tampar, suatu hari 'terlopong mulut' saya menyaksikan seorang politikus yang disegani di tanah air, mencium pipi seorang pramugari cantik jelita berkali-kali di khalayak penumpang lain. Dia mencium si 'rupawan bergetah' berkali-kali, cup, cup bunyinya, mungkin dia sudah tak dapat menahan nafsu yang membuak di dada. Sungguh dahsyat, kerana isteri si politikus ada dalam pesawat itu, cuma ketika 'peristiwa cium' itu dia berada di kabin lain.

Mungkin, ada orang di sekeliling, tidaklah si politikus buaya 'meneruskan aksi serakahnya' tetapi selepas itu siapa tahu apa yang berlaku...ya 'follow up' daripada kejadian itu?

Demikianlah, ada sejumlah politikus buaya dan bahaya termasuk yang nampak alim-alim kucing tu, jadi kepada wartawan berhati-hatilah termasuk menjaga penampilan diri. Kalau sudah tahu ada buaya di sungai, apakah sanggup anda mendedahkan diri kepada bahaya dengan berenang di dalamnya? Namun tidak menjadi masalah jika anda juga 'seangkatannya' daripada jenis kaki cukur,kaki kapur dan sebagainya...cuma dosanya anda tanggunglah sendiri! Yalah, kata orang tepok sebelah tangan takkan berbunyi...

Sehubungan itu, politikus dan wartawan sama-samalah jaga maruah...jangan ditambah masalah masyarakat kita yang 'semakin sakit' sekarang ini - daripada pemimpin kepada rakyat, soal moral dan integriti sudah menjunam ke tahap paling rendah.

Bagi politikus dan wartawan Islam ingatlah akan batasan hukum-hukum syariat halal-haram. Seorang politikus dan wartawan Islam itu sekali gus seorang pendakwah. Lembut lidah pendakwah dalam menyampaikan risalah Allah, baik budi dan lembutnya bahasa politikus dan wartawan. 

Tinggi hemah politikus, tinggilah hemah wartawan. Tajam pandangan politikus,, tajamlah pandangan wartawan. Keras politikus mencegah kemungkaran, begitulah sikap wartawan. Jangan sesekali politikus dan wartawan bagaikan sang tikus membaiki labu atau lebih teruk lagi harapkan pegar, pegar makan padi.

Sebagai contoh daripada kisah 'politikus buaya' yang saya coretkan di atas, usahlah dihancurkan harapan rakyat dan negara yang mengutus anda untuk melakukan satu misi di luar negara dengan 'bermain cinta haram' di udara...ya anda khianat kepada anak isteri...berhentilah daripada 'berdrama' atau berlagak alim, menipu rakyat negara ini.

Semua orang termasuk politikus dan wartawan perlu sedar Yang Maha Berkuasa sedang memerhatikan kita. Bersandarkan ilmu yang menyuluh, mereka tahu yang mana halal dan haram. Kepada rakyat amat-amatilah politikus khianat, jangan dipilih mereka dalam PRU ke-14 nanti. Ya, hukum mereka yang khianat ini...



Kepada wartawan yang jujur, jika anda diganggu termasuk secara seksual, bertindaklah termasuk membuat laporan polis...jangan ditunggu apabila 'datang kesempatan' seperti hampir pilihan raya barulah 'nak buka cerita'!

Saturday, January 27, 2018

Titipan Seorang Pesara (16): Dosa kepada ibu bapa dibayar 'tunai'...

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)

DENGAN melihat Kaabah saja seseorang itu sudah mendapat pahala...dia akan diganjari oleh Allah SWT. Ini kerana Allah SWT menjanjikan rahmat kepada orang tawaf, solat dan memandang Kaabah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud Allah SWT menurunkan 120 rahmat setiap hari, diturunkan kepada Kaabah 60 rahmat untuk orang tawaf, 40 rahmat untuk solat dan 20 rahmat untuk orang memandangnya.
Ya, tanpa berbuat apa-apa, hanya memandang Kaabah saja sudah meraih keuntungan besar, namun persoalannya di tanah air selepas menunaikan haji terutama bagi golongan 'veteran' yang sudah pencen, mana ada peluang bagi kita untuk menatap Kaabah bagi mendapat kelebihan ini. Gambar Kaabah yang digantung di dinding atau dalam siaran televisyen bolehlah kita lihat, tetapi apakah itu berpahala?
Namun ada amalan lain 'kalau tengok saja (selain Kaabah) sudah dapat pahala' yang boleh diusahakan semua orang berdasarkan sebuah hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." (Riwayat Abu Nuaim)
Apa yang ingin ditekankan di sini adalah tawaran untuk mendapat pahala dengan melihat ibu bapa kita seperti ditazkirahkan seorang ustaz dalam satu majlis yang penulis ikuti baru-baru ini.
Katanya, ibu bapa terutama yang sudah terlalu tua benar-benar berharap anak-anak di perantauan menjengok mereka terutama pada hari kebesaran Islam.
Bagi mengukur hati budi seorang anak katanya, adakah si anak yang menelefon 'orang tua' bagi bertanya khabar atau si ibu dan bapa yang 'menyibuk' menelefon anak dan cucu.
Kalau si ibu yang 'menyibuk' menelefon si anak tetapi tidak bagi si anak, membayangkan si anak sudah mula melupakan ibu bapanya.
Menjelang lebaran misalnya, mungkin si ibu akan bertanya, balik tak raya nanti yang mungkin akan dijawab oleh si anak; "Mak saya sibuk ni (sibuk apa selepas pencen?), tak dapat balik, mungkin raya tahun depan kot!"
Jawapan ini, kata sang ustaz, akan membuat hati seorang ibu luruh, bagi orang tua yang cukup sensitif dia sudah dapat rasakan 'mungkin ini Ramadan dan Aidilfitrinya yang terakhir'.
Ingat, kata sang ustaz, jika inilah jawapan yang kita beri, dikhuatiri 20 atau 30 tahun nanti, anak kita pula akan memberi jawapan yang sama kepada kita.
"Biasanya dosa kepada ibu bapa, Allah Taala akan bayar 'cash' di dunia ini. Sebelum pembalasan di akhirat apa saja perbuatan kurang baik kita kepada ibu bapa akan ditunjukkan balasannya di dunia lagi," tegasnya.
Mungkin jika anaknya tertangguh-tangguh untuk balik, hanya dua batu nesan kaku saja yang dapat ditatapnya. Menatap tanah perkuburan sudah pasti tidak sama dengan menatap wajah tua ibunya yang Allah SWT sudah sediakan pahala seperti yang termaktub dalam hadis.
Memang jauh bezanya menatap wajah si ibu atau ayah berbanding batu nesan mereka. Seorang sahabat saya bercerita balik kampung tidak bererti lagi bagi dirinya selepas kedua-dua orang tuanya meninggal dunia. 
"Balik kampung pun buat apa, rumah saudara mara yang ada takkan sama dengan rumah mak bapak kita sendiri," katanya.
Oleh itu bagi mereka yang masih ada ayah bonda atau salah seorang daripadanya, baliklah, kata sang ustaz. "Jengoklah mereka, peluklah mereka selagi mereka masih ada. 
"Rebutlah kesempatan ketika mereka masih hidup kerana ramai anak-anak yang meraung menangis menyesal perbuatan mereka selepas orang tua sudah tiada," katanya.
Beliau berkata berbaktilah bersungguh-sungguh tatkala ibu bapa masih ada. Gunakan segala kesempatan sementara mereka hidup.
Namun bagi yang sudah kehilangan ibu bapa, mereka juga boleh berbakti dengan menjadi anak salih yang sentiasa mendoakan kedua-duanya, melakukan kebaikan seperti bersedekah atas nama mereka, mengeratkan siratulrahim sesama anggota keluarga serta berbuat baik kepada sahabat mereka, kata ustaz.

Friday, January 26, 2018

A meaningful 'subuh' at Masjid Bandar Seri Putra....

In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
"Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80)


LAST Saturday (January 6th) I spent the night at a relative's house in Bandar Seri Putra and the next day I woke up very early to have the feeling and atmosphere of performing the 'solat subuh' (fajr or dawn prayer) in a totally new environment - at Masjid Bandar Seri Putra which is also known as Masjid Al-Mustaqim.

Since I was one of the early birds, I had the opportunity to choose the 'best spot' that was in the first 'saf' (row) on the right side of the 'iman' (person who leads a prayer)...but of course not immediately or close behind the 'imam' because the places were normally taken up by the muezzin and the assistant 'imam'. 

While waiting for the 'adhan' (call of prayer), I spend my time reading the Qur'an'; not bothering at all the 'happenings' behind me. After the 'adhan', I performed the 'solat sunat subuh' (recommended prayer before subuh) and then proceed in performing the 'subuh' mass prayers.

Only after 'imam' had finished  his 'du'a' (supplication), did I look behind and 'subhanallah' what a beautiful and heart warming scene I saw - congregators of the 'solat subuh' had fulfilled the entire main prayer hall of Masjid Bandar Seri Putra!

Wikipedia noted that Bandar Seri Putra is a township in Bangi in Hulu Langat constituency, Selangor. It is accessible via a dedicated Putra Mahkota Interchange Exit 213 from PLUS E2. This township is about 30 km from Kuala Lumpur and and 18 km from Kuala Lumpur International Airpart (KLIA). The township is some 2.5 km from the Selangor–Negeri Sembilan border.

The scene of hundreds of worshipers performing the 'subuh' prayers in Masjid Bandar Seri Putra to me 'was something unusual' because in my more than 50 years 'of existence' in the world, I had never came across such a 'beautiful scene' at any other 'masjids' except of course at  Masjidilharam and Masjid Nabawi.

Scholars had said it is hard to perform the 'subuh' prayers what more in mass in masjids, and if Muslims could make the 'subuh' prayers as grand as Friday prayers, then they would be on the road to success in this world and the Hereafter...and further more it would send a shiver upon the enemies of Islam.

Not long time ago, some of my friends from 'Jemaah Tabligh' told me of this interesting development - Muslims in Sri Lanka and some parts of India are raring to practice the 'sunnah' (way of life) of Prophet Muhammad (peace be upon him - s.a.w.) - for example masjids in those countries were filled to capacity during the five time obligatory prayers including the 'subuh' prayers.

They who have gone to those countries for their 40 day or three month mission, said the development was a positive indicator that Muslims worldwide would wake up from their long sleep - they are being belittled in every corner of the world especially in countries where they are a minority including in India and Sri Lanka.

After the 'subuh' prayers in Masjid Seri Putra, a renowned preacher, Ustaz Dr Mohd Farid Ravi Abdullah took the seat to give his 'tazkirah' (lesson). Alhamdulillah, his discussion was on Surah Al-Asr - well dear readers, we all are losers except those mention in the words of Allah SWT.

1. By Al-'Asr (the time).

After the 'tazkirah', congregators were treated to a feast of 'nasi lemak'  which I found out to be one of the delicious 'nasi lemak' which I have had for years. Even the portion was small, it filled up my stomach, so thanks Allah, Alhamdulillah for the 'rezeki' (giving and blessing) You had bestowed upon us.

Now back to my findings that Masjid Bandar Seri Putra was nearly full to capacity on that 'subuh' (morning),  let's us explore to what our brothers from the 'Jemaah Tabligh' have to say at the sight of Muslims in some parts of Sri Lanka and India performing the 'solat subuh' in mass in full capacity in the masjids there?

They were quick to point out that only by being committed to practicing the 'sunnah' of the Prophet s.a.w. such as performing all the five obligatory prayers in masjids would Muslims be successful in life. And to Muslims all over the world, performing the dawn prayers is the most difficult of all because at that time people prefer to sleep and rest.

Regarding this, the Prophet s.a.w. said: "The most burdensome prayers for the hypocrites are 'Salat al-'Isha' and Salat al-Fajr', but if they only knew what they contain, they would come even if they had to crawl." (Reported by Imam Ahmad, Al-Musnad, 2/424; Sahih al-Jami', 133)

It is hard to perform the 'subuh' prayers what more in mass in masjids, and if Muslims could make the 'subuh' prayers as grand as Friday prayers, then they would be on the road to success in this world and the Hereafter...and would send a shiver upon the enemies of Islam, including Zionist regime of Israel.

Why is performing of 'subuh' prayers in mass is very important? In a 'hadith' narrated by Ibu Majah, the Prophet s.a.w. mentioned that whoever performed the 'subuh' prayer in mass (jemaah) that he or she would be guarded and in the protection of Allah The Greatest and in another 'hadith' he said the best of prayers in the sight of Allah is the dawn prayer on Friday, in congregation. (Reported by Abu Na'im in Al-Hilyah, 7/207, and in Al-Silsilah as-Sahihah, 1566)

The Prophet s.a.w. also said: "Whoever prays Fajr is under the protection of Allah. Do not put yourselves in a situation where Allah has to call you to account for your negligence because whoever finds himself in this situation will be sorted out and then thrown on his face in the Fire of Hell." (Reported by At-Tabarani, 7/267; Sahih al-Jami', no. 6344)

By performing 'subuh' prayers in mass, Allah The Greatest has offered us His protection, thus it is a guaranteed way to face the brutality of our enemies. Well, dear readers, every Muslim can do this...remember for tomorrow’s dawn let us go the masjid to say our 'subuh' prayers there.

We can send shivers down the spine of the enemies right now...but the problem is can we do it? Perhaps we can answer this problem based on what the Prophet s.a.w. had said: "The most burdensome prayers for the hypocrites are 'Salat al-'Isha' and Salat al-Fajr'"...oh God, 'nauzubillah min zalik' (I seek refuge from Allah from that thing). So, Muslims should be aware about the seriousness of missing Salat al-Fajr!

Other prayers may be easier to do because they are more convenient to a person's circumstances and fit in with his work and his sleep schedule, but only those who are determined and sincere, people whom one hopes are good people, will be able to pray Fajr and 'Isha' regularly in congregation.

'Solat' as the second pillar in 'Rukun Islam' must be checked; it is disturbing and alarming to know that a research on school children in a certain state pointed out that 80 percent of them failed to perform  their five times daily prayers.

I am afraid that this statistic is also applicable to Muslim adults - dear brothers and sisters there is no way we can be successful if we fail to adhere to Allah SWT’s orders. In 'solat' there's success because in the 'adzan',(call for prayer)  the muezzin would recite among others -  Hayya las Salah (let’s rush to prayer) and  Hayya lal Falah (let’s rush to success).               

Only by remembering Allah SWT, will we win our battle against His enemies including the Satan or devil and the Zionist for He says: "Therefore remember Me (by praying, glorifying, etc.). I will remember you, and be grateful to Me (for My countless Favours on you) and never be ungrateful to Me. (al-Baqarah): 152)

If Allah SWT sends His help to us, nobody can stop us from achieving victory! So get committed to Hayya las Salah and  Hayya lal Falah.

Only by performing all our obligations including our 'solat' as shown by the Prophet s.a.w. as well as doing all the compulsory prayers in mass (jemaah) in masjids and 'suraus' (small masjid) then we would be successful in this world and the Hereafter, 'insya-Allah' (if Allah wills) including in our dealings against our enemies. 

Congregators of Masjid Bandar Seri Putra had shown us the way on that fateful 'subuh', so let us emulate it.

Monday, January 22, 2018

Cukup sampai di sini wahai Umno BN...

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)

TAHUN lalu negara menyambut ulang tahun Kemerdekaan ke-60. Ini juga bermakna sudah 60 tahun Umno BN (dulunyanya Perikatan) memerintah negara ini kerana sejak Merdeka pada 1957 hingga kini hanya Umno BN yang memegang tampuk pemerintahan.

Tahun ini (2018) PRU ke-14 akan diadakan dalam masa terdekat, persoalannya akan berjayakah Umno BN melanjutkan mandatnya? Selepas 60 tahun rasanya amat layak untuk Umno BN bersara kerana sebagai perbandingan, bagi kakitangan kerajaan umur 60 tahun adalah tempoh maksimum untuk berkhidmat. Ertinya jika pekerja perlu bersara wajib, Umno BN pun patut 'dibersarakan' selepas usia 60 tahun ini!

Umur pencen pekerja asalnya 55 tahun, hanya tidak lama dulu dinaikkan kepada 56, kemudian 58 dan akhirnya-akhir ini 60 tahun. 

Umno BN juga telah diberi banyak peluang untuk memerintah negara sekalipun ia sewajarnya 'pencen' selepas PRU ke-13 pada Mac 2013 dulu kerana gagal melepasi 50 peratus undi popular. Namun sistem undian 'first-past-the-post' (FPTP) memberi kelebihan kepadanya untuk kembali memerintah. 

PRU ke-14 akan diadakan dalam tempoh terdekat, dan kalau komponen parti ini kalah maka akhirnya terpaksalah Umno-BN pencen selepas memerintah negara ini selama 60 tahun. 

Tetapi jika Umno menang, ia boleh melanjutkan umur persaraannya, mungkin sampai 'ganyut' umurnya menepati slogan 'berkaratnya' - dulu, kini dan selamanya.

Namun sudah tentu Umno-BN tidak mahu pencen setelah 60 tahun memerintah. Ada pekerja pun tidak mahu pencen pada usia 60 tahun. Mereka mahu 'extra' - mungkin setahun dua lagi. Masih muda, kata kebanyakannya, terutama daripada sektor awam. Masih banyak boleh disumbangkan kepada agama, bangsa dan negara, dakwa sesetengahnya. 

Demikianlah betapa banyak alasan diberi sedangkan jika mereka tidak pencen, macam mana ada kekosongan bagi membolehkan anak cucu masuk dalam dunia pekerjaan. Itulah antara sebabnya puluhan ribu graduan kini menganggur! 

Ini kerana di ofis berlaku lambakan ‘datuk’ dan ‘nenek’. Masakan tidak ramai golongan veteran membanjiri dunia pekerjaan kerana hampir tiada yang mahu bersara pada usia 55 tahun dulu kerana bimbang tidak dapat imbuhan malah ada ura-ura tidak boleh keluar wang KWSP sepenuhnya pada usia itu sebaliknya 60 tahun. 

Dulu, ramai juga pekerja tak mahu pencen pada usia 56 dan 58 tahun dan boleh dikatakan hampir semua kakitangan kerajaan ‘sign’ akan pencen pada usia 60 tahun. Jika pekerja yang ‘tiada kepentingan sangat’ enggan pencen pada usia 'muda' tahun tentunya Umno-BN tidak mahu kerusi empuk yang didudukinya direnggut pada PRU ke-14 nanti.

Mestilah Umno BN mahu berganjak ke angka 65, 70, 80 atau 100 tahun. Atau lebih baik lagi dulu, kini dan selamanya…Apabila Umno-BN tidak sedia pencen pada usia 60  tahun ini (berdasarkan propaganda hebat dilancarkannya terutama melalui media massa), apakah rakyat boleh berterusan berdiam diri? 

Seorang kakitangan (pekerja) yang mahu usia persaraannya dilanjutkan mestilah menunjukkan prestasi baik bahawa dia masih boleh menyumbang bakti sekali pun badannya sudah sakit sana sakit sini. 

Tidak guna ‘sign’ kontrak bersara lewat tetapi tahun-tahun terakhir bekerja dipenuhi MC, terlantar di wad hospital, ponteng, termenung sana termenung sini kerana kaki sudah dipotong kerana diabetes, tak larat bekerja dan sebagainya yang pasti menjejaskan operasi jabatan atau syarikat. Hal ini akan menyusahkan pihak pengurusan dan rakan-rakan sekerja. Lebih buruk lagi, dalam usia senja itu terbabit pula dalam amalan buruk seperti rasuah.

Jika seorang pekerja boleh disemak rekodnya sama ada dia layak bekerja sehingga lanjut usianya, Umno-BN juga boleh diperiksa prestasinya sama ada ia layak dipencenkan pada usia 60 tahun ini atau boleh terus bekerja sehingga usia kemerdekaan negara 65 atau 70 tahun. 

Akhir-akhir ini apabila Umno-BN sudah ada tanda-tanda kena pencen pada usia selepas 60 tahun, dirinya semakin gelisah sehingga terpaksa ‘masuk bakul angkat sendiri’. Maklumlah takut dipencenkan pada ‘usia muda’ kononnya! Tukang kempennya seperti media massa sarat dengan puji-pujian melangit, membodek Umno BN sebaliknya menjadi kaki kutuk paling dahsyat terhadap lawannya. 

Ketakutan Umno BN untuk pencen pada usia selepas 60 tahun ini juga menyebabkan ia begitu tak ketentuan; hakikatnya tubuh badan Umno-BN sudah rosak teruk, menjadi sarang penyakit, oleh itu bersedialah untuk bersara wahai Umno BN  selepas PRU ke-14 nanti!

Sunday, January 21, 2018

Titipan Seorang Pesara (15): Tua mengajar kita bersyukur, berterima kasih...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21) 

SEMAKIN tua diri ini semakin keraplah kita ke hospital; menyedarkan diri bahawa kita kian hampir ke kubur. Kalau tak sedar lagi, berlagak bagaikan orang muda, tak tahulah apa nak dikata. Sedar-sedarlah diri bahawa dunia sudah kata pergi, kubur kata mari...

Selain diri kita yang perlu menerima rawatan akibat pelbagai 'penyakit tidak berjangkit' seperti diabetes dan darah tinggi, rakan taulan dan saudara mara daripada 'golongan veteran' pun sama - ada yang dimasukkan ke wad, jadi semakin keraplah kita ke hospital termasuk menziarahi mereka.

Terkenang seorang saudara dekat yang terlantar di katil hospital -  melihatnya cukup menginsafkan; apabila nikmat bercakap beliau ditarik Allah SWT, dia hanya mampu memandang; dia dan pengunjung tidak lagi dapat berkomunikasi. 

Suatu ketika air mata meleleh di pipinya, ada pelawat berkata dia mendengar apa diperkatakan tetapi tidak mampu menunjukkan reaksi sama ada melalui mimik muka apatah lagi pergerakan anggota dan percakapan.

Demikianlah manusia akan hilang apa dia nikmati. Kebanyakan orang tidak menyedari nikmat dicurahi Illahi yang dianggap biasa seperti kemampuan bercakap, melihat dan berjalan sehingga ia ditarik balik. Manusia menang tidak menginsafinya sehinggalah ‘mulut mereka dipenuhi tanah’ (maksudnya sudah berada dalam kubur). Sesudah mati barulah diketahui nikmat hidup.

Seorang ustaz dalam kuliah mingguannya di masjid berhampiran rumah penulis ketika membentangkan permasalahan nikmat ini menarik perhatian penulis. Katanya, nikmat itu hanya dapat dirasai apabila berlaku perkara bertentangan; misalnya nikmat sihat dirasai apabila seseorang itu sakit; nikmat berjalan selepas kaki tiada; nikmat kaya selepas jatuh miskin; dan nikmat berkeluarga selepas bercerai-berai.

Ustaz itu berkata nikmat Allah SWT tersangat banyak, tidak terhitung manusia. Beliau membawa kisah seorang lelaki bani Israil yang beribadat ratusan tahun, kemudian mendakwa dia memasuki syurga kerana banyaknya amalannya. Allah memerintahkan ditimbang amalan dia dengan nikmat sebelah matanya; ternyata timbangan mata itu lebih berat menyebabkan dia dilemparkan ke dalam neraka. 

Seorang Muslim perlu menyedari nikmat terbesar Allah SWT kepadanya adalah Islam, iman dan tergolong umat Nabi Muhammad s.a.w. Kata ustaz tidak guna menjadi kaya atau berkuasa tetapi tidak termasuk tiga kategori ini. Katanya, umat Nabi Muhammad s.a.w. sangat beruntung kerana nabi-nabi pun mahu menjadi umat rasul akhir zaman tetapi tidak terlaksana.

Pembaca boleh mengikuti perbahasan mengenai nikmat ini dalam kitab-kitab agama atau tazkirah, jadi penulis tidak berhajat melanjutkan perbahasan mengenainya tetapi mahu menjurus kepada antara perkara dinikmati penulis sekarang ini.

Nikmat pertama adalah kehadiran ibu bapa di sisi sedangkan sebahagian besar rakan seusia, orang tua mereka sudah meninggal dunia. Orang yang masih ada ibu bapa tidak menyedari nikmat ini sehinggalah mereka tiada.

Seorang rakan memberitahu dia tersangat rindukan ibu bapanya. Malangnya mereka sudah tiada. “Apabila hari raya, berhajat jua pulang ke kampung tetapi untuk apa? Ayah dan ibu sudah tiada, jadi saya tidak terpanggil untuk pulang,” katanya sayu.

Demikianlah apabila tiada, barulah terasa nikmat itu. Kedua-dua orang tua saya masih ada, dan nikmat bersama merekalah yang penulis hendak nyatakan. Sudah pasti perkara yang hendak dinukilkan itu terlalu banyak, kerana keterbatasan ruang, cukuplah saya nyatakan satu dua saja.

Ayah saya sudah lebih 25 tahun pencen daripada pekerjaannya sebagai tukang kebun sekolah. Tentulah wang pencennya tidak seberapa. Tetapi hampir setiap hari ada saja buah tangan (sarapan seperti roti canai dan nasi lemak) dibelikannya untuk anak-anak saya (rumah saya dan rumahnya sebelah menyebelah).

Saya menjadi malu sendiri, sepatutnya saya yang melakukan perkara itu, tetapi perkara sebaliknya berlaku. Saya terasa begitu sebak, kerana tidak puas-puas orang tua membiayai saya sejak daripada bayi dulu sampailah diri saya yang sudah beruban!

Ibu saya pula tidak jemu-jemu membimbing saya; dulu masa kecil dia mengajar saya membaca al-Quran, kemudian kelima-lima anak saya juga diajarnya. Semua sudah khatam di tangannya, oohh, cukup besar jasanya yang tidak putus-putus daripada dulu sampai sekarang.

Jadi, apakah yang dapat saya lakukan; hanya ucapan terima kasih tidak terhingga dan memanjatkan doa kepada mereka; “Ya Allah Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku kecil dulu.”

Kemudian Allah SWT berikan isteri yang terlalu baik kepada saya. Nikmat pemberian-Nya dalam bentuk isteri atau suami jarang dihebahkan manusia termasuk oleh pasangan masing-masing. Jarang orang melihat kecantikan, kehebatan dan kemuliaan pasangan sendiri; selalunya mereka melihat isteri atau suami orang lebih cantik, lebih hebat.

Atas nikmat kurnia-Nya, penulis mengucapkan terima kasih kepada isteri yang telah menghadiahkan lima cahaya mata (setakat inilah) dan tentulah derita mengandung, melahir serta membesarkan mereka, dia lebih mengetahui dan merasainya lebih daripada saya. 

Atas semua jasa dan pengorbanan insan-insan ini serta adik-beradik, saudara-mara, guru, sahabat dan semua; penulis sebagai menghargai dan mensyukuri nikmat-Nya, mengucapkan ribuan terima kasih, semoga Allah SWT membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Inilah antara perkara yang dapat penulis lakukan sebelum nikmat-Nya ditarik balik. Sekali lagi, terima kasih semua; hanya ini mampu diucapkan oleh penulis yang telah tua ini...

Friday, January 19, 2018

New year reflection: Curing sickness of the heart...

In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
"Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80)

I am a diabetic and know it. Thus I seek treatment at a nearby community clinic and was given metformin which is an oral diabetes medicine that helps control blood sugar levels.  I too was given glibenclamide which is a sulfonylurea antidiabetic agent, a class of drugs used to treat type II diabetes mellitus.

Well, that is about ones physical illness - we could detect them (there are signs regarding them) and proceed for treatment at government or private hospitals and clinics but many among us do not realized that we have had for a long time suffered 'sickness of the heart'.

Before proceeding on the topic; it is timely for the writer to wish readers a happy new year, hopefully in discussing 'sickness of the heart' might help in 'transforming a new me' in 2018 and 'insya-Allah' (God Willing) in the years ahead.

'Sickness of the heart' is resulted from the failure of human beings to safeguard seven parts of their bodies. Scholars said if we are able to control 'two openings' in our body that are the mouth and private parts, 'insya-Allah' we would be safe in this world and Hereafter.

The importance for us to guard our mouth (sometimes mentioned as tongue) and six other parts of the body was taught and discussed at length by one of the greatest Islamic scholar in the field of 'tasawuf' (way to be closer to Allah SWT, mysticism), Imam Al-Ghazali (Abu Hamid al Ghazali Rahimahullah,1058 – 1111).

For example in his 'Bidayatul Hidayah' it was mentioned that we should look after our body, especially after seven parts of our body; for 'jahannam' (hell) has seven doors and for every door there is a part categorized. And these doors are not specified for any person except that person who disobeys Allah Ta’ala with these seven body parts. They are the eyes, ears, tongue (mouth), stomach, private parts, hands and legs/feet.

Three of the seven parts of our body mentioned are on the face - the eyes, ears and mouth - and as for the stomach too food that enter our body must be first filled inside the mouth. So as for our face, we must be very careful with what we do with the organs on it, because we would be answerable to Allah SWT to what we did with them.

True, a hospital or a clinic is place for us to treat our physical illnesses such as diabetes which I was diagnosis some 15 years ago,  fever, broken limbs, and other disorders of our internal organs such as the kidney, liver and heart. 

Physical illness of the heart could be treated at hospitals but are there 'hospitals' to treat 'sicknesses of the heart' such as having negative traits like boasting, being greedy and having selfish attitudes .

"Unfortunately, there's no hospital to treat sicknesses of the heart," said an 'ustaz' who lectures weekly at a 'masjid' near my house. 

"This is a big problem, our society or perhaps every government of the world only provides facilities to treat physical illness such as fever and  injury in clinics and hospitals but there's almost no place to treat 'sicknesses of the heart' such as being greedy, selfish, envious, jealous, arrogant; proud, pretending, liking to show off and so on.

"The problem is that we do not even know if we have been infected by 'these sicknesses'...only some people realize they are affected with these negative traits, and only a few people try to 'cure' themselves from 'these diseases'."

The 'ustaz' said, for the physical illness, we can feel them; if we feel unhealthy, for example down with fever, cold or have problems with our internal organs such as our hearts (symptoms shown such as having difficulty in breathing) then we could go to a clinic or hospital for examination and have treatment.

But who knows they have 'hearts which are sick'? How could we know that we have 'problematic hearts'? How are we to know that greed has overpowered us; we are greedy for money, greedy for power and fame, greedy for everything. How are we to know that 'other bad traits' such as arrogance, pride and jealousy have affected our hearts and become a part of us?

The 'ustaz' gave some of the ways to know and realize the negative traits inside us and that would be by attending learning circles of knowledge gatherings such as 'tazkirah' and 'kuliah' (lessons) at 
'masjids', reading and learning the Qur'an, being awake at the wee hours of the night to do some reflection, saying the 'tahajud' recommended prayers and to get into personal touch with 'truthful' religious teachers who could point out our inner bad characters.

"And pious and sincere persons around us such as our fathers, mothers, husbands, wives, children and even friends, could tell us about our bad traits, for example a very good friend telling his friend that he had gone the crooked way such as by being too 'bossy' or ignorant in the office. Of course only a sincere person, for example between a husband and a wife, would have the courage to tell us about our bad traits.

"After knowing that we 'are down' with 'sickness of the heart', are there 'hospitals' to treat them?"

The ustaz said, there was no such hospital; after realizing the bad side of us, we have to do some 'mujahadah' (struggle to overcome desires or engage in a  spiritual struggle) to cleanse ourselves from the bad traits.

"Again, we have to learn or have knowledge on our 'nafsu' (nafs or desires) from the lowest rank that is 'ammarah', 'lauwammah', 'mulhamah', then 'muthmainnah', 'radliyah', 'mardliyah' and 'kamilah' being the highest that was attained by the Prophets.

"Reaching the 'muthmainnah' level is good enough because in Surah Al-Fajr (The Dawn, 89: 27-30), Allah SWT says with the meaning; '[To the righteous it will be said], "O reassured soul, Return to your Lord, well-pleased and pleasing [to Him], And enter among My [righteous] servants, And enter My Paradise."

Being unable to control our anger is in the category of ''lowest nafs' - 'ammarah' - so after following some lessons about 'sickness of the heart', I tried my best to contain my anger during 'the parking incident'.

To be successful in this world and the Hereafter you have to have 'sabar' (patience); isn't this mentioned in Surah Al-'Asr (The Declining Day, ayah 1-3) with the meaning: "By the declining day, Lo! Man is in a state of loss, Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance."

And to those still with 'nafs ammarah' such as being greedy for power, fame and position and being selfish, let us begin correcting ourselves before it is too late and when we are 'six feet underground' (dead).

Unfortunately, there is no hospital to treat 'sicknesses of our hearts'...so we must begin with pleading to Allah SWT to show us His true path as we read 'Ihdinas siraatal mustaqeem' (Guide us on to the straight path) at least 17 times during our 'solat' (prayers).

'Insya-Allah', He will guide and show us the way to lead a life with us at least commanding 'nafs muthmainnah' which would enable us to enter His Paradise. Ameen