Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21)
SABTU 6 Januari, saya berkesempatan solat zuhur berjemaah di Masjid UKM. Saya ke Bangi disebabkan satu urusan penting dan ketika di masjid ini terkenang saya zaman saya bergelar pelajar UKM puluhan tahun lalu.
Saya teringat satu khutbah Jumaat di Masjid UKM pada zaman itu yang masih berbekas di hati saya sehingga kini. Khatibnya berkata kemerdekaan bukan saja bermaksud mengakhiri penjajahan sesuatu bangsa ke atas bangsa lain seperti orang Inggeris ke atas orang Melayu.
Katanya, kemerdekaan juga bermaksud mengakhiri penjajahan sesuatu bangsa ke atas bangsanya sendiri. Khatib mengambil contoh perjuangan Rasulullah s.a.w. untuk membebaskan bangsa baginda (Quraisy) daripada penjajahan mental ketua suku kaum mereka.
Hampir 10 tahun selepas berhijrah ke Madinah, barulah baginda dapat memerdekakan penduduk Makkah daripada amalan keji seperti menyembah berhala. Selepas pembersihan kota suci Makkah, Islam dapat berkembang dengan pesat di seluruh Jazirah Arab.
Bagi orang Melayu yang merdeka jiwanya, tentulah kemerdekaan itu tidak hanya bermaksud bebas daripada cengkaman penjajah British saja. Kemerdekaan juga bermaksud bebas daripada cengkaman pemerintah pemimpin Melayu yang menzalimi rakyat berbangsa Melayu dan bukan Melayu seperti mengenakan cukai melampau.
Ramai yang berkata penjajahan dalam bentuk fizikal mungkin tidak berulang tetapi cengkaman kuasa asing dalam bentuk lain masih wujud. Contohnya penjajahan dari segi ekonomi dan budaya.
Hari ini kita dapat saksikan kebenaran dakwaan itu. Dari segi ekonomi, kita masih bergantung kepada kuasa besar perdagangan yang bukan di kalangan negara Islam manakala globalisasi menyaksikan penduduk dunia amat mengenali KFC, McDonald's, Coke dan sebagainya.
Kita juga amat mengenali Hollywood dan Bollywood, sekali gus mengesahkan kita sebenarnya tidak merdeka dalam erti kata sebenarnya.
Jika kita menghayati apa yang berlaku kepada bangsa Melayu sendiri, kita akan sedar dalam banyak segi kita masih jauh daripada menepati maksud kemerdekaan itu.
Orang Melayu masih hidup dalam kelompok-kelompok tertentu dengan kumpulan berkuasa menjajah kumpulan yang tiada kuasa. Kumpulan tiada kuasa berterusan ditekan, hatta dalam menyatakan pandangan masing-masing.
Berdasarkan senario ini, adalah amat penting untuk anak-anak muda menimba ilmu sebanyak mungkin bagi memerdekakan bangsanya daripada diterus dijajah termasuk oleh bangsanya sendiri. Ilmu itu amat berkesan ditimba semasa muda sebagai bekalan untuk berjuang sepanjang hayat.
Janganlah persia-siakan usia muda kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara - hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, lapangmu sebelum sibukmu, zaman mudamu sebelum tuamu dan masa kayamu sebelum papamu." - Riwayat Al-Baihaki daripada Ibnu Abbas.

Wahai anak muda, ini nasihat daripada 'pakcik' yang telah pencen dan tua ini. Apabila ada kesempatan 'pulun' (kata orang Kedah yang bermaksud bersungguh-sungguhlah menyamai peribahasa 'genggam bara biar sampai jadi arang') ilmu secukup-cukupnya kerana bijak pandai ada berkata ilmu dituntut semasa muda adalah ibarat memahat di atas batu sedangkan pada masa tua bagi mengukir di atas air. Ikutilah pesanan bijak pandai Arab ini.
sedang yang kupelajari pada masa muda
tidak pula kuterlupa
takkan berkesan ilmu itu
kecuali yang dituntut pada masa muda
kalaulah boleh dibelah hati si pelajar pada waktu muda
kelihatan ilmunya umpama ukiran di atas batu
ilmu itu tak akan berkesan jika dituntut pada usia tua
Pabila tumpul hati
tumpullah pendengaran dan penglihatan
hidup manusia bergantung dua; akal dan logikanya
Pabila luput kedua-duanya, hidup sia-sia tidak berhaluan.
Renungilah syair Arab ini dan fikir-fikirkanlah maksudnya. Semakin tua seseorang semakin sukarlah untuk dia menerima ilmu.
Fikiran seseorang kanak-kanak atau orang muda masih banyak ruang kosong, membolehkan dia mudah menerima ilmu sedangkan orang dewasa apatah lagi tua, banyak perkara perlu difikirkan menyebabkan dia sukar menerima perkara baru, kata orang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Saya utarakan kepentingan anak-anak muda supaya gigih menimba ilmu pada ketika negara kita di ambang PRU-14. Pilihan raya ini amat penting kerana kita mahu berlaku penjajahan sesama bangsa seperti yang disebutkan sebelum ini.
Kita tidak mahu pemimpin bangsa kita yang berkuasa tetapi meneruskan 'penjajahan' (penindasan) sesama bangsa dan bangsa lain seperti menyukarkan kehidupan rakyat dengan mengenakan cukai tinggi dan amalan songsang seperti penyelewengan kuasa, kronisme, pemborosan dan penularan rasuah.
No comments:
Post a Comment