Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Sesiapa yang membaca 'Astaghfirullah al Lazi La Ilaha' illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilahi' (Aku meminta keampunan daripada Allah Taala yang tiada Tuhan melainkan-Nya, yang hidup lagi berdiri dengan sendiri-Nya, dan aku meminta taubat kepada-Nya), diampunkan dosanya walaupun dianya lari dari medan perang." (HR. Imam Abu Daud, Tarmizi dan Al-Hakim)
Pelik tetapi benar. Orang Eropah yang kita fikir kebanyakannya kaya raya itu, menjadikan basikal sebagai 'mode' pengangkutan utama mereka. Penunggang basikal dan basikal seolah-olah 'berada di mana-mana sahaja', terutama di negara Belanda hatta di kota terbesar Amsterdam.
Pengembara asing seperti saya tercengang melihat penunggang basikal diberi keutamaan di jalan-jalan raya. Ya, sistem pengangkutan dan jalan raya menekankan kepentingan penunggang basikal. Di persimpangan jalan atau tempat lintasan, penunggang basikal mendapat keutamaan...pengguna kenderaan bermotor perlu memberi laluan kepada mereka!
Di Belanda ada ribuan kilometer laluan basikal menghubungkan sebahagian besar negara terbabit dan mutakhir ini sebuah garaj tempat letak basikal terbesar di dunia (boleh menempatkan 8,000 buah basikal) dibina di ibu kota pentadbiran The Hague.
Dilaporkan bagi menggalakkan lagi penggunaan basikal, kerajaan Belanda mengumumkan saguhati 0.42 guilder Dutch (kira-kira RM0.88) sekilometer kepada mana-mana pekerja yang berbasikal untuk ke tempat kerja.
Perancis juga menggalakkan rakyatnya berbasikal, kerajaan akan membayar 25 sen Euro sekilometer kepada mana-mana pekerja yang menaiki basikal ke tempat kerja.
Di peringkat global, selain Belanda dan Perancis, negara maju lain seperti Jepun, Kanada dan Denmark juga mempromosikan amalan berbasikal demi kelestarian alam sekitar selain mampu meningkatkan kecergasan fizikal penduduknya.
Kita (negara Malaysia) pula bagaimana...apakah kita mahu menganjurkan kempen berbasikal? Orang Malaysia mungkin mengomel...negara 'depa' suasananya dingin, tak berpeluh;;;kita ni kalau ke pejabat menunggang basikal, habis lencun pakaian kita...kena mandi sebelum masuk pejabat...aii kalau begitu untuk perjalanan dekat seperti ke kedai runcit di taman atau ke masjid atau surau tak bolehkah tunggang basikal?
No comments:
Post a Comment