Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Sesiapa yang membaca 'Astaghfirullah al Lazi La Ilaha' illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilahi' (Aku meminta keampunan daripada Allah Taala yang tiada Tuhan melainkan-Nya, yang hidup lagi berdiri dengan sendiri-Nya, dan aku meminta taubat kepada-Nya), diampunkan dosanya walaupun dianya lari dari medan perang." (HR. Imam Abu Daud, Tarmizi dan Al-Hakim)
PARIS ada ibu kota fesyen dunia - sebaris London dan New York. Jadi tak hairan kedapatan pelbagai papan iklan termasuk yang besar (billboard) mempamerkan gambar wanita berbikini di tepi-tepi jalan dan dataran kota.
Namun apabila berkereta keluar dari Paris, memasuki lebuh raya hatta sampai di sempadan memasuki Belgium, saya (penulis) perasan tidak ada satu pun 'billboard' di tepi lebuh raya.
Apa dilihat sepanjang jalan adalah ladang-ladang tanaman seperti gandum dan bunga-bungaan yang luas cantik dan tersusun terbentang nun sayup mata memandang. Dan ada ketikanya menempuh hutan dan kampung halaman dengan bangunan tertinggi adalah gereja dengan lambang salibnya.
Ya, sejuk dan sedap mata memandang ketika berada di lebuh raya Perancis (hatta di Eropah) kerana tiada gangguan iklan gergasi. Bagaimana di Malaysia? Lebih 10 tahun lalu, saya ada menulis sebuah artikel bertajuk 'Awek punca kemalangan meningkat?'. Antara lain saya menyatakan - ada banyak iklan gergasi di tepi lebuh raya, sebahagiannya mempamerkan gambar-gambar wanita dengan pakaian dan aksi tidak senonoh...
Saya menulis: "Terpandang iklan-iklan ini, saya 'tertunduk malu', terasa sebal di muka; inikah gambaran luaran (yang dapat dilihat secara fizikal termasuk oleh pelancong asing) sebuah negara Islam yang sering diuar-uarkan itu?"
Ya, fikir-fikirkanlah...pemerintah Perancis dan negara Eropah lain mahu pemandunya fokus 100 peratus ke atas jalan raya, kita pula mahu 'distract' (mengalih tumpuan) pemandu melihat iklan termasuk gambar wanita seksi...adakah kita mengundang kemarahan Allah SWT menyebabkan kemalangan berterusan meningkat?
No comments:
Post a Comment