***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***
BERSYUKUR ke hadrat-Nya kita diberikan peluang untuk melalui bulan penuh barakah Rejab, Syaaban dan insya-Allah, tidak lama lagi Ramadan.
Ramadan disambut penuh kesyukuran; inilah masanya untuk menggandakan amalan termasuk ibadat khusus di mana yang wajib diberi ganjaran 70 kali ganda manakala yang sunat bagaikan amalan wajib sebagaimana sabda junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu, dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda...”
Dalam menjalani kehidupannya terutama aktiviti harian, seseorang Muslim itu tertakluk kepada lima hukum Islam iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan mubah. Wajib adalah perbuatan yang apabila dikerjakan mendapatkan pahala namun apabila tidak dikerjakan akan mendapatkan dosa; sunat iaitu amalan yang apabila dikerjakan mendapat pahala dan jika tidak dikerjakan tidak berdosa; haram iaitu perbuatan yang apabila dikerjakan mendapatkan dosa dan apabila ditinggalkan mendapatkan pahala; makruh pula adalah amalan yang apabila dikerjakan tidak berdosa dan apabila ditinggalkan mendapatkan pahala manakala mubah pula adalah amalan yang apabila dikerjakan dan ditinggalkan tidak mendapatkan pahala dan tidak berdosa.
Jika seseorang Muslim itu terpandu dengan hukum ini, insya-Allah kehidupannya akan melalui jalan penuh kebahagiaan, mudah, penuh barakah yang penting sekali, dia selamat di dunia dan juga di akhirat. Inilah yang kita dambakan seperti doa yang sentiasa kita pohon; “Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina adzabannar” yang bermaksud: “Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahkanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan hindarkanlah kami daripada azab api neraka-Mu.”
Semua perbuatan manusia adalah tertakluk kepada dosa dan pahala. Jika yang menjanjikan pahala terus istiqamah melakukannya manakala yang berdosa, tinggalkannya. Perbuatan yang dianggap remeh dan hanya untuk suka-suka oleh sesetengah orang seperti berkelamin dengan isteri juga diberi ganjaran oleh Allah SWT sebagaimana sebuah hadis yang bermaksud: “Sekiranya kamu bersetubuh dengan isteri kamu, kamu akan mendapat pahala.”
Para sahabat kehairanan lantas bertanya, takkanlah seorang datang memuaskan nafsu dengan isterinya pun dapat pahala? Rasul dengan hikmah menjawab: “Benar, bukankah jika seorang itu memuaskan nafsunya dengan sesuatu yang haram tentulah baginya dosa, begitu juga dengan persetubuhan yang halal.” - riwayat Muslim, juga merupakan hadis ke-25 dalam Arbain Nawawi.
Jika bersetubuh dengan isteri pun diberi ganjaran oleh Allah SWT, apatah lagi apabila kita menunaikan amanah-Nya dalam memilih pemimpin melalui pilihan raya. Sama ada kita sebagai pengundi dan pemimpin – semuanya- tertakluk kepada lima hukum yang dinyatakan iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan mubah. Apabila kita berpandukan hukum ini, kita akan melalui kehidupan secara tenang; dan kuncinya adalah ikhlas dalam setiap perbuatan kita.
Pemimpin yang ikhlas tidak akan keluh kesah dalam menghadapi keputusan pilihan raya (pemilihan rakyat). Kalah dan menang bukan pekerjaannya – semuanya ketentuan Illahi. Dia akan menerima keputusan dengan penuh keredaan kerana sedar itu sebahagian itu Qada’ dan Qadar Allah SWT sebagai antara Rukun Iman yang wajib diyakini. Jadi, tidaklah timbullah ugutan dan amaran tidak dapat menerima keputusan rakyat seperti; “kita akan mempertahankan...sehingga ke titisan darah terakhir.”
Sejajar dengan kehadiran Ramadan yang awalnya menjanjikan rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada neraka, kita menyeru semua Muslim termasuk diri sendiri agar mengaut janji Allah ini dengan segenap tenaga dalam segala apa yang kita lakukan termasuklah dalam bab pilihan raya. Insya-Allah kita akan termasuk dalam golongan orang yang mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat sepertimana yang sering kita pohon. - Lanh14.blogspot.com
No comments:
Post a Comment