Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
Renungan
"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
BEBERAPA hari lalu seorang tokoh politik Melayu yang beliau dan saya saling kenal mengenali terserempak; kami bertegur sapa...dia ramah bercerita, insya-Allah dia menjadi calon Adun partinya di Dun yang dulu pengundinya hampir seimbang antara Melayu dan Cina tetapi sekarang bermajoritikan pengundi Melayu selepas operasi persempadan semula.
Beliau nampak ceria dan 'konfiden' (berkeyakinan tinggi) untuk bertanding di sebuah kawasan pinggir bandar; menaruh harapan separuh pengundi Melayu akan memilihnya dan ditambah dengan sokongan sejumlah pengundi bukan Melayu, insya-Allah dia akan menang...
Demikianlah diperkhabarkan melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya, wujudlah Dun dan Parlimen yang peratus dan jumlah pengundinya daripada satu kaum adalah tinggi; ini seolah-olah satu 'signal' kepada pihak penyaing - kamu menanglah sepuas-puas hati kamu di Dun atau Parlimen itu, tetapi ingat ia hanya menyumbangkan 1 (satu) kerusi saja!
Bercakap mengenai persempadan semula kawasan pilihan raya ini, mengingatkan penulis mengenai dasar 'pecah dan perintah' yang dilakukan penjajah British dan Belanda ke atas negara yang kini bernama Malaysia dan Indonesia.
British yang licik apatah lagi Belanda (ada peribahasa Melayu berbunyi 'bagai Belanda mendapat tanah') mengambil pendekatan memecah-belahkan kerajaan-kerajaan di rantau sini dan kemudian mengambil kesempatan untuk menjajah tanah air mereka.
Mula-mula British dan Belanda melakarkan garisan memecahkan rantau yang akan mereka jajah. Melalui Perjanjian British-Belanda (Perjanjian London 1824), mereka membuat garisan di tengah-tengah Selat Melaka; wilayah di sebelah barat dan selatan adalah 'milik' Belanda manakala di sebelah timur ada 'milik' British sedangkan ketika itu ada banyak kerajaan Melayu di sana.
Mula-mula bertukarlah Melaka yang dalam genggaman Belanda ke tangan Inggeris manakala Bengkulu (bagi orang Inggeris, Bencoolen) di Sumatera yang dulunya di tangan British kepada Belanda. Lama kelamaan Belanda yang bagaikan 'orang gila mendapat tanah' menjarah habis rantau yang kini bernama Indonesia manakala Inggeris bagaikan 'ulat bulu naik ke daun' - habis negeri-negeri Melayu 'disapunya'.
Kedua-dua penjajah ini menjarah Nusantara melalui kaedah 'pecah dan perintah', sekarang ini kerajaan SEMENTARA Umno BN mengulangi perkara yang sama; salah satu kaeadahnya adalah melalui pelakaran persempadan semula kawasan pilihan raya.
Kerajaan sementara ini melalui 'aparatus'nya selain memecah sempadan, 'memecah' parti-parti yang menentangnya. Jika dulu, negeri-negeri Melayu satu demi satu jatuh ke tangan Inggeris dengan mudah disebabkan perpecahan pemerintah (raja) dan rakyat serta menghadapi masalah dalaman, hari ini hal serupa dilakukan Umno BN ke atas pesaingnya.
Di rantau yang kini bernama Indonesia, Belanda juga bertindak sama. Satu demi satu kerajaan di Jawa ditundukkan, demikian juga kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera - yang terakhir adalah Aceh yang sebelum ini memberi tentangan cukup hebat dan panjang.
Sebenarnya, sepanjang sejarah Nusantara semenjak kedatangan kuasa Barat bermula dengan orang Portugis pada awal abad ke-16, kerajaan dan rakyat rantau ini memberi penentangan yang cukup hebat kepada penjajah. Portugis yang menawan Melaka pada 1511, tidak cukup dengan kejayaan itu tetapi rakus untuk memecah dan menguasai wilayah lain di rantau ini. Namun tentangan diterimanya tersangat hebat.
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Nyawa dan badan saya serahkan.
Kalau sungguh bagai dikata,
Nyawa dan badan saya serahkan.
Portugis selepas menawan Melaka, meluaskan pengaruhnya di Nusantara termasuk membina sebuah kota di Sunda Kelapa pada 1522. Bagaimanapun, mereka tidak disenangi oleh penduduk tempatan dan selepas berlaku pertempuran hebat pada 1527, angkatan Portugis yang gagah perkasa itu akhirnya ditewaskan oleh angkatan perang seorang pemerintah Islam bernama Fatahillah.
Sempena kejayaan itu, Fatahillah menamakan kota itu Jayakarta, yang kemudian terkenal dengan nama Jakarta sehingga hari ini. Kejayaan Fatahillah menewaskan Portugis adalah pembakar semangat kepada perjuangan anak watan. Ia membuktikan bahawa bangsa Asia adalah setaraf bangsa Eropah yang menjajah dan memporakperandakan kehidupan mereka melalui dasar pecah dan perintah.
Sempena kejayaan itu, Fatahillah menamakan kota itu Jayakarta, yang kemudian terkenal dengan nama Jakarta sehingga hari ini. Kejayaan Fatahillah menewaskan Portugis adalah pembakar semangat kepada perjuangan anak watan. Ia membuktikan bahawa bangsa Asia adalah setaraf bangsa Eropah yang menjajah dan memporakperandakan kehidupan mereka melalui dasar pecah dan perintah.
Seperti kepahlawanan Fatahillah yang menewaskan penjajah Portugis, kita mengharapkan pendekatan 'pecah dan perintah' oleh pemerintah ke atas rakyat seperti dilakukan kerajaan SEMENTARA Umno BN dapat dihentikan...satu cara adalah dengan tidak mengundinya pada PRU-14 ini!!! Ya, mereka boleh pecah, tetapi INI KALILAH mereka tak boleh perintah!!!
No comments:
Post a Comment