Wednesday, June 2, 2021

Syawal 21, 1442: Lagak Yahudi makin jadi amalan (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (QS. Fushilat: 33)


HAL berkenaan Yahudi kini menjadi perbahasan semasa dan dalam penelitian kita terdapat sejumlah hadis yang menunjukkan bahawa Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. pernah berhubungan dengan orang Yahudi.


Antara lain sebuah hadis yang bermaksud: “Bahawasanya Nabi s.a.w. menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya." - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Sebuah lagi hadis bermaksud: “Daripada Aisyah r.a. berkata Nabi s.a.w pernah membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w. menyerahkan baju besinya." - Riwayat Al-Bukhari


Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi s.a.w. dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?” - Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961)


Berdasarkan ini, adalah tidak benar untuk menyatakan tidak boleh berhubungan (termasuk bermuamalat) dengan orang Yahudi; tetapi yang tidak bolehnya meniru perangai dan sikap orang Yahudi yang kini terkenal dengan rejim Zionisnya yang membelasah penduduk Palestin semahu-mahunya.


Kita pun jangan tersilap faham. Ada orang Yahudi beragama Islam atau sudah memeluk Islam dan amat baik sekali perangai mereka. Dua gadis Muslim di Perancis (Leila dan Alma) yang menentang larangan pihak berkuasa mengharamkan hijab adalah orang Yahudi. Bapa mereka adalah Laurent Levy, seorang Yahudi tidak beragama (ateis). Namun dia tidak membantah apabila anak-anaknya memilih Islam.


Cakaplah apa saja mengenai Yahudi Zionis, sombong, jahat, zalim, pembunuh dan sebagainya, mereka buat ‘dek aje’ (tak tahu). Mereka tidak ambil ‘pot’ (kisah) jika seluruh dunia mengutuk mereka, yang mereka tahu kepentingan bangsa mereka didahulukan, diutamakan.


Namun sikap dan perangai Yahudi inilah yang semakin menular dalam masyarakat kita termasuk sesetengah pemimpin. Katakan dan tuduh apa saja kepada mereka; bersikap bongkakkah, pembunuhkah, meletupkan orangkah, berjoli katak dengan wang rakyatkah, penzinakah, perasuahkah, mereka buat pekak saja. Mereka tidak ambil ‘pot’ atas tuduhan itu, apa yang mereka tahu cita-cita mereka untuk ke puncak kemasyhuran dunia tercapai.


Sama seperti orang Yahudi (Zionis), sesetengah orang Malaysia juga mula tidak ambil peduli apabila dilempar pelbagai tuduhan seperti meletupkan orang, mencuri laki orang, berzina dan merasuah. Mereka tidak pun berusaha untuk membersihkan nama mereka melalui langkah menyaman si penuduh. Orang Yahudi, biarlah apa dikatakan terhadap mereka, perangai mereka tetap sama sejak dulu, kini dan mungkin selamanya. Sesetengah orang Malaysia pun mulai sama macam mereka, keras hati dan keras kepala, dulu, kini dan selamanya.


Sepanjang sejarahnya, Yahudi adalah bangsa yang melawan Rasul. Nabi Musa a.s. dilawan mereka, ada Nabi diusir mereka dan sesetengah Nabi seperti Nabi Yahya a.s. digergaji sampai mati oleh mereka. Orang Malaysia sekarang ini pun apa kurangnya.


Kenapa sesetengah orang Malaysia kini berperangai macam Yahudi? Orang Yahudi tidak menjajah dunia seperti British, Sepanyol, Belanda, Portugis dan sebagainya. Tetapi mereka menjajah pemikiran penduduk seluruh dunia.


Shakespeare melalui karyanya ‘The Merchant of Venice’ atau juga dikenali sebagai ‘The Jew of Venice’ mengingatkan betapa liciknya orang Yahudi melalui watak Shylock yang mahukan mengerat daging Antonio selepas dia gagal membayar balik pinjaman yang diberikan si Yahudi.


Jadi Yahudi hari ini telah berjaya menerbos mereka yang tubuhnya bersifat bangsa Malaysia (Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya) dengan ‘meyahudikan’ pemikiran dan perangai mereka. Mungkinkah mereka melakukan ini melalui suntikan beracun yang kini semakin diheboh-hebohkan melalui pembabitan Apco Worldwide?


Benar batang tubuh sesetengah orang Malaysia dilihat sebagai bersifat kebangsaan. Mereka bangga memperkenalkan tarian tradisional termasuk dikir barat di Washington, tetapi pemikiran dan perangai mereka menyerupai orang Yahudi.


Apabila perangai Yahudi diamalkan pemimpin, dikhuatiri penyakit amat bahaya ini menjangkiti rakyat. Tengoklah perangai rakyat sekarang ini sudah macam Yahudi. Bunuh orang, tetak orang, simbah asid, buang bayi malah bakar bayi, semakin menjadi-jadi. Siapa ajar semua ini?


Orang yang melakukan jenayah ini sudah buta dan keras hati. Mereka buat ‘dek aje’ sama seperti pemimpin yang didakwa melakukan pelbagai jenayah termasuk meletupkan orang. Semuanya buat-buat pekak, buta dan bisu samalah seperti sikap orang Yahudi.


Rakyat dan pemimpin yang telah buta hati, cakaplah apa saja pada mereka, mereka tidak peduli lagi. Betullah sesetengah orang kita sudah berjaya diyahudikan sikap dan perangai mereka!


Jadi selama ini apabila berlaku majlis untuk meraih simpati kepada rakyat Palestin atau menunjukkan tentangan kepada rejim Zionis, mungkin ada pemimpin yang hadir hanya bersandiwa saja. Ini kerana merekalah yang memberi projek kepada pihak ada hubungan atau kepentingan dengan Zionis.




No comments: