Monday, October 31, 2022

5 Rabiulakhir 1444: RM50 sebulan, lama-lama dapat jua tunai haji (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)


DISEBABKAN saya ke Tanah Suci secara bersendirian, kadang-kadang timbul juga rasa cemas jika tidak menemui teman yang sesuai apabila berada di sana.


Bagaimanapun kebimbangan itu tidak berasas kerana sebaik saja berada dalam perut pesawat Saudi Airlines, saya sudah temui jiran (penumpang sebelah saya) yang begitu peramah dan baik hati.


Sejam sebelum kapal terbang mendarat, dia memberitahu saya, dia sudah nampak tanah padang pasir dan bukit-bukau yang kemerah-merahan, membayangkan keadaan panas terik yang akan kami alami semasa mengerjakan haji pada tahun 1423 Hijrah itu.


Di Jeddah kami dapati banyak bendera negara seperti China, India, Pakistan, Indonesia dan Malaysia bagi memudahkan jemaah negara-negara berkenaan berkumpul.


Dari Jeddah kami dibawa dengan bas ke Makkah. Di kota suci ini, kami menginap di Hotel Muhajiren II.


Bagi memudahkan pengenalan, tempat penginapan kami dikenali Maktab 85, Rumah Ketupat manakala nombor bilik saya 105 - tetapi saya dan beberapa rakan disuruh mendiami bilik 1005 di tingkat 10.


Dua hari kemudian kami disuruh pindah ke tingkat satu dan mendiami bilik 105 seperti dijadualkan.


Untuk berpindah sudah tentu merumitkan lebih-lebih lagi apabila terpaksa menggunakan lif.


Bagi mereka yang banyak barang, tentulah amat membebankan apabila disuruh berpindah.


Bagi diri saya yang pernah sakit pinggang, kesakitannya berulang, maklumlah saya sudah menjangkau usia 60-an.


Tetapi elok juga berpindah ke tingkat satu. Namun tingkat satu bukan bermakna kami tidak perlu 'menapak'. Nama saja tingkat satu, sebenarnya bilik kami terletak di tingkat tiga.


Saya gembira kerana tidak payah menggunakan lif yang sentiasa sesak tetapi terpaksalah menapak 64 anak tangga.


Di sini diuji kesabaran seseorang. Di Hotel Muhajiren II, hanya terdapat dua lif. Kalau satu digunakan untuk mengangkut makanan, terpaksalah kami menunggu lama.


Saya juga bersyukur kerana keadaan bilik tidak terlalu sesak. Saya sepatutnya tinggal bersama-sama dua jemaah lain (tiga orang sebilik), tetapi seorang jemaah lebih senang menetap sebilik dengan sanak-saudaranya.


Seorang jemaah haji yang menetap di bilik 104 (jiran kami) menarik perhatian saya.


Bapa empat anak ini sungguh bijak dan menambah semangat sesiapa yang mendengar kisahnya.


Jemaah ini bercerita bagaimana dia dan anak-anak serta isteri bersusah-payah menabung bagi membolehkan mereka menunaikan fardu haji serentak.


Sebelum ini orang kampungnya menyebut-nyebut dia mendapat duit pampasan manakala ada yang berkata dia menggunakan wang perolehan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membolehkan dia anak beranak ke Tanah Suci.


Sebelum ke Tanah Suci, dia mengadakan kenduri doa selamat dan menjemput kenalan, sahabat, sanak-saudara dan jiran-jiran.


Pada hari berkenaan, setelah jemputannya mengambil tempat masing-masing, bakal haji ini tidak berlengah-lengah bangkit lalu memberi ucapan alu-aluan.


Selain meminta maaf, dia kemudian membocorkan rahsianya dengan berkata: "Sebenarnya Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang serta sekalian yang hadir, kami pergi ke Makkah ini bukannya dengan duit ganjaran atau KWSP atau mendapat duit terpijak, tetapi hasil penabungan untuk anak-anak.


"Apabila mereka lahir saja, saya lekas-lekas membuat tabungan di Tabung Haji.


"Hasilnya, kalau sebulan RM50, dalam masa 21 tahun sudah tentu dapat pergi haji kerana sudah ada lebih RM10,000 seorang," katanya gembira lalu meminta imam masjid membaca doa selamat. - MUZAFFAR

Sunday, October 30, 2022

4 Rabiulakhir 1444: Pemimpin; usah zalimi diri sendiri...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Demi masa sesungguh manusia itu dalam kerugian kecuali orang beriman, beramal salih, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Al-Asr 1-4)


BIJAK pandai berkata rasa hati, sikap, perancangan, pelan tindakan dan akhirnya tindakan seseorang apabila melihat sesuatu menggambarkan dirinya yang sebenar. Ambil contoh mudah laut; bagaimana cara seseorang itu melihat anugerah alam (Allah SWT) ini?


Berdiri di pantai (lokasi) yang sama, seorang pencinta alam (seperti pelukis) mungkin merenung jauh ke laut, dia melihat keindahan pemandangan sang suria terbenam di ufuk barat lantas memuji Yang Maha Pencipta; seorang pengkritik mungkin tidak merenung jauh ke laut sebalik melihat di pantai dan berkata, "alangkah kotornya pantai ini...penuh dengan barangan buangan!"



Seorang kaki pancing apabila melihat laut, mungkin akan berkata, "sekarang musim banyak ikan, besok aku akan turun ke laut"; seorang penyelam mutiara atau pencari harta karun berbisik, "laut sekarang tenang, besok aku akan menyelam..."; seorang 'jurutera minyak' mungkin berbisik, "esok aku akan berangkat ke pelantar minyak...selamat tinggal wahai anak isteriku" manakala seorang penakluk berkata kepada tenteranya, "di sebarang laut ini ada wilayah untuk kita tawan."



Demikian juga pemimpin; apabila melihat 'kuasa di tangannya' ada yang berbisik; "hah ini peluang untuk aku mencurah bakti pada rakyat"; ada yang berkata-kata dalam hatinya, "inilah peluang untuk aku mendapatkan rumah besar, kereta besar dan segala yang besar"; ada yang berkata, "inilah peluang untuk aku balas dendam serta memadamkan rekod jenayahku (tutup kejahatan)" dan yang beriman pula berkata-kata, "kuasa ini amanah Allah, aku akan gunakan untuk berbakti kepada-Nya."



Bercakap mengenai kuasa ini, adalah lumrah untuk yang berkuasa 'menindas' yang kurang berkuasa. Perhatikan bahawa di pejabat bos mendera pekerja, apabila balik rumah si pekerja melepaskan geram kepada isteri, si isteri pula memarahi anak, si anak pula menendang kucing dan kucing pula membalas dendam dengan 'mempermain-mainkan' tikus.



Demikianlah adat permainan dunia, yang kuat menindas yang lemah, yang lemah menindas yang lebih lemah dan yang lebih lemah menindas yang terlalu lemah. Adalah lumrah orang berkuasa menindas orang tidak berkuasa dan orang kaya menindas orang miskin. 



Dalam rumahtangga, ada ibu bapa yang mendera si anak, sehingga ada kes menyebabkan kematian si anak. Anak yang tidak mengerti apa-apa, dicucuh dengan puntung rokok, disimbah air panas dan aneka penderaan lain. Ada pula suami mendera isteri dan yang lebih takjub, ada isteri mendera suami. 



Di peringkat antarabangsa pula, negara berkuasa dan kaya menindas negara miskin. Tidak menghairankan jika ada negara berkuasa 'membuli' negara lemah. Dan bukanlah sesuatu yang luar biasa jika negara berkuasa dan kaya berpadu tenaga untuk terus berkuasa. 



Demikianlah manusia dan tamadunnya berpaksi kepada hukum rimba. Dunia bukan tempat hisab (amal baik dan jahat akan dihitung di akhirat), jadi selalulah berlaku ketidakadilan. Yang berkuasa selalunya terlepas manakala yang lemah dizalimi tetapi ingatlah bahawa hidup adalah ibarat roda - sekejap kita berada di atas dan sebentar lagi kita berada di bawah. Kalau kamu berkuasa hari ini, esok sedar-sedar saja awak 'tidak ada apa-apa lagi'. 



Kuasanya sebenarnya tidak berada di tangan seseorang atau sesuatu pihak buat selama-lamanya. Semuanya akan berakhir, hakikatnya kuasa di tangan seseorang atau pihak hanya sebentar saja. 



Seorang manusia itu tidak sentiasa akan kuat dan berkuasa. Yang muda akan tua, yang berkuasa akan lemah - semuanya menuju kemusnahan. Yang kuat dan berkuasa tadi akan menerima pembalasan masing-masing.



Orang yang mendera anaknya ketika si anak masih kecil, akan didera pula pada masa tuanya. Mungkin yang mendera itu si anaknya sendiri. 



Pemimpin yang melakukan kezaliman lambat-laun akan menerima pembalasannya. Ramai pemimpin ternama dan berkuasa dunia mati dalam keadaan penuh penghinaan. Pada zaman purba, nama-nama seperti Firaun, Hamman dan Qarun dicatatkan dalam al-Quran. 



Pada zaman moden ini, ramai pemimpin gah, mengakhiri kehidupan penuh penghinaan. Antaranya diktator Ferdinand Marcos, Idi Amin dan Shah Reza Pahlavi.  Muammar Gaddafi (Libya), Saddam Hussein (Iraq) serta Suharto (Indonesia) semuanya tersungkur penuh kehinaan. 



Tetapi insan dizalimi mati penuh penghormatan. Nama mereka terus subur, seolah-olah masih hidup di kalangan insan. Antara yang mencatat sejarah sedemikian ialah Syed Qutb, Hassan al-Banna, Hamka dan Maududdi. 



Ada peribahasa berbunyi, apa yang ditanam itulah yang akan dituai. Jika kezaliman yang ditanam, kezalimanlah yang akan diterimanya, jika kasih sayang ditanam, kasih sayanglah yang akan dituai. 



Sehubungan itu, diingatkan pada diri sendiri dan pembaca sekalian supaya muhasabah diri. Usahlah asyik menuduh orang lain zalim, sedangkan kita menzalimi diri sendiri - selepas mati tidak mungkin kita dihidupkan semula untuk menebus dosa kezaliman kita. 



Kepada pemimpin, koreksilah (cermin-cerminlah) diri - apatah aku ini zalim dan apakah nanti akan mengakhiri hidup seperti Muammar Gaddafi atau Saddam Hussein? Tolonglah, jangan 'syok sendiri' dengan kepimpinan kita kononnya dapat mensejahteraan rakyat sedangkan rakyat sudah meluat. Pergilah (berundur) sebelum rakyat memaksa awak pergi!

Saturday, October 29, 2022

3 Rabiulakhir 1444: Surau Sinsuran KK perlu penambahbaikan...

 Apa dilihat di Negeri Di Bawah Bayu...


Bahagian 2


DI Kota Kinabalu (KK), saya menetap di Hotel Raia, Sembulan. Teringat saya pada kunjungan lalu, bangunan ini adalah Hotel Tabung Haji...ya itu sudah menjadi sejarah. Ada pantun Melayu berbunyi:


Asal kapas menjadi benang.

Dari benang dibuat kain.

Barang lepas usah dikenang. 

Sudah menjadi hak orang lain.


Kata bijak pandai pula, anak sungai lagikan berubah inikan pula hati (harta) orang...Penulis melihat sendiri tulisan di bawah perkataan Raia Hotel - A hotel owned by Urusharta Jamaah Sdn Bhd (A wholly owned company of Minister of Finance Incorporated).


Penulis memilih menginap di hotel ini atas beberapa sebab. Antaranya kerana ia terletak berdekatan dengan Masjid Negeri Sabah. Mudah ke masjid ini, berjalan kaki pun boleh. Ada jalan 'short cut' (pintasan) melalui kawasan gelanggang futsal dan Kompleks Majlis Agama Islam Negeri Sabah (MUIS).


Mengenai Masjid Negeri ini ada perkara 'mencengangkan' penulis. Pada kunjungan lalu, penulis mengerjakan solat waktu yang dilangsungkan di tingkat atas sekarang di tingkat bawah pula. 


Memanglah, beberapa masjid besar di Sabah ada dua tingkat...tetapi nampaknya 'orang tak berapa muda' seperti penulis tak larat nak naik tingkat atas...bagus juga jika didirikan solat waktu di tingkat bawah...al-maklumlah dah tak ada 'power' nak naik tingkat atas lima kali sehari! 


Perkara ini boleh dijadikan bahan renungan pembina-pembina masjid pada masa depan...rancanglah dewan solat utama masjid di tingkat bawah, tingkat atas boleh dibuat kegunaan lain. Ini disebabkan kebanyakan pengunjung masjid golongan veteran...kaki dan lutut dah lemah untuk 'menongkat naik'!


Sebuah lagi hotel di KK yang saya menginap adalah Le Meridien di seberang jalan kawasan sesak pasar jualan pinggir laut Kota Kinabalu. Jika hotel di Jalan Tun Fuad Stephens ini menyediakan 'kemewahan dunia' dari pelbagai segi seperti penginapan dan makanan, di seberang jalan adalah 'wajah sebenar' Kota Kinabalu.


Kedai dan gerai jualan ada yang tersusun bagus, ada yang tidak, menjadi tumpuan pelancong dan warga tempatan untuk mendapatkan barangan buah tangan seperti kuih cincin Sabah malah udang kara yang boleh dibekukan sebelum dibawa pulang. 


Gerai-gerai makanan pun banyak, pada malam hari nampak bercahaya disebabkan banyak lampu neon, tetapi terpulang kepada pengunjung nak makan atau tidak kerana sesekali ada penulis terserempak tikus menampakkan diri sebelum menghilang!


Apa yang menyedihkan, dari celah-celah kedai dan gerai akan muncul kanak-kanak berpakaian lusuh dan berwajah suram menyuakan kepada pengunjung aneka jualan seperti paket-paket buah-buahan potong yang 'tak lagi segar' sebagai bahan jualan. Tak sampai hati, hulurkanlah RM1 dua, walaupun tak ambil buah dihulur.


Dari hotel boleh didengari suara azan dari masjid atau surau berhampiran. Ya itu adalah azan dari Surau Sinsuran...dalam keadaan sesak dan kelam-kabut orang berniaga atau melakukan segala macam urusan dunia, di situ juga ada tempat beribadah untuk menenangkan jiwa. Ya, saya juga perlu ke sana, mencari kedamaian hati, terutama di subuh hari yang waktu masuk subuhnya 5.00 pagi.


Jemaah surau ini ramai, waktu maghrib boleh dikatakan sesak (full house); terfikir di kepala penulis pihak berkuasa boleh tak naik taraf surau ini biar jemaah dapat beribadah dalam keadaan selesa.


Sejak kunjungan dahulu penulis sehingga sekarang keadaan Surau Sinsuran kelihatan tidak terurus dengan pengudaraan dan sistem lampunya lemah ditambah karpet yang lusuh dan keadaan surau yang tidak diselia dengan baik, 


Gelagat pengunjungnya pula beraneka ragam seperti mengambil kesempatan tidur dalam surau...mungkin surau ini tak pernah tutup agaknya...beroperasi 24 jam sama seperti gerai-gerai makanan dan minuman yang penulis lihat terang benderang ketika menuju ke surau untuk solat subuh.


Dalam perjalanan ke surau, penulis lihat sekumpulan anak-anak Sabah (depa kata budak-budak Filipina) dalam usia lebih kurang kurang 10 tahun sedang bermain permainan baling duit syiling. Dia orang letakkan duit syiling di tengah-tengah bulatan, dan kemudian mengikut giliran memangkah duit syiling (macam main gasing)...duit syiling yang terpelanting keluar itu menjadi milik mereka.


Waduh-waduh ini sudah seperti bermain judi, apatah lagi dimainkan pada jam 4.00 - 5.00 pagi. Apa nak jadi dengan budak-budak ini...sekalipun mereka didakwa 'budak luar', alangkah baiknya pada usia mentah begitu mereka dapat melakukan perkara bermanfaat untuk masa depan mereka.


Mulai jam 6.30 pagi, tetamu di Le Meridien sudah boleh menghadap makanan mewah antarabangsa termasuk dari hasil laut Sabah yang beraneka ragam itu, tetapi bagi budak-budak yang bermain pangkah duit itu, ke mana agaknya mereka pergi apabila siang menjelma...Sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Friday, October 28, 2022

2 Rabiulakhir 1444: "Betul tu Bang, ikan perlukan basikal..."(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah waktu ia sujud, oleh kerananya maka perbanyaklah doa ketika itu." (Sahih Muslim)


KIRA-KIRA 20 tahun lalu, antara buku terlaris di Amerika Syarikat (US bestseller) adalah 'The Surrendered Wife' (Isteri Yang Menyerah) karya Laura Doyle. Saya ada membuat komentar mengenai hal ini dalam salah satu artikel saya.  



Kinokuniya yang memasarkan buku ini mencatatkan: The Surrendered Wife : A Practical Guide for Finding Intimacy, Passion, and Peace with a Man [Paperback] by Doyle, Laura (pembaca boleh membuat pencarian di internet).



Mengenai sinopsis buku dicatatkan: "Explains how women can build a harmonious marriage by learning to trust their husbands, express their own needs while respecting their husband's choices, and giving up unnecessary control and responsibility." (Membicarakan bagaimana isteri boleh membina sebuah perkahwinan harmonis dengan belajar memberi kepercayaan kepada suami, meluahkan keperluan mereka di samping menghormati pilihan suami dan melepaskan kawalan dan tanggungjawab tidak diperlukan).



Sebagai buku terlaris di Amerika apatah lagi membicarakan sebuah isu kontroversial, tentulah ada banyak pihak memberi komentar. The Observer ada mencatatkan: "So a fish does need a bicycle'...according to a new US bestseller, there's only one way to keep Mr Right - just don't tell him when he's wrong."



(Menurut buku terlaris di Amerika (ketika itu), hanya ada satu cara untuk mengekalkan kasih sayang suami anda - jangan tegur jika dia membuat kesilapan. Suami anda mungkin berkata seekor ikan itu memerlukan sebuah basikal dan sekalipun kenyataan itu 'betul-betul bangang' (bodoh = tolol)). anda sebagai isteri mengiyakan atau diamlah sahaja).



Buku dengan cetakan pertama habis 100,000 naskhah dalam masa singkat, menceritakan detik cemas Laura apabila mendapati suaminya, John, 'membuang tabiat' - menghabiskan banyak masa menonton televisyen bagi mengelak daripada bercakap dengan beliau.



Laura mula 'muhasabah' diri, dan mendapati pasangan paling bahagia di wilayah kediaman beliau di California adalah membabitkan si isteri yang paling patuh kepada suaminya.



Beliau bertekad untuk menjaga lidahnya, sentiasa bersopan, bermuka manis, menyediakan makanan, menuangkan minuman, menghormati, malah memandikan (bukankah ada diriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w. dan isteri baginda. Aisyah, pernah mandi bersama) serta membiarkan John membuat keputusan - persis seorang suami tradisional.



Hasilnya?



Laura tersangat berjaya sehingga ramai isteri datang 'berguru' dengan beliau menyebabkan dia terpaksa menganjurkan seminar mengenai 'penemuannya' itu.



Jelaslah seorang suami (lelaki) tak kira di Barat atau Timur mendambakan isteri yang dapat membelai tetapi tidak mengawal kehidupannya. Pakar berkata, kepatuhan seorang isteri adalah kunci kejayaan sesebuah rumah tangga. 



Bagaimanapun Laura memberi ingatan keras bahawa 'penyerahan' hanya perlu diberikan kepada 'lelaki baik'. "Jangan sesekali 'menyerah' kepada lelaki yang mendera kamu dan anak kamu secara fizikal, terbabit dalam penagihan bahan bahaya ataupun yang tidak setia," tulis Laura.



Buku Laura secara jelas menyatakan seorang isteri atau suami perlu menyatakan kasih sayangnya pada masa itu juga, Jangan tunggu lama-lama, sehingga suami atau isteri sudah melarikan diri atau sudah tiada di dunia lagi (mati), baharu mahu menyata atau membuktikan kasih sayang.



Thursday, October 27, 2022

1 Rabiulakhir 1444: Take time...(U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. 

Reflection

O ye who believe! Retalation is prescribed for you in the matter of the murdered; the freeman for the freeman, and the slave for the slave, and the female for the female. And for him who is forgiven somewhat by his (injured) brother, prosecution according to usage and payment unto him in kindness. This is an alleviation and a mercy from your Lord. He who transgresseth after this will have a painfull doom. (Al-Baqarah, 178) 


YOU never can tell what type of impact you may make on another's life by your actions or lack of it. Others too influenced us a lot; but factors that melt our hearts do not necessary be involving human beings but almost anything including functions, encounters, books and magazines.

One day while visiting a relative who was admitted to a ward in Melaka Hospital, I came across a pamphlet with these soothing and inspirational words. Please read them slowly, taking your own sweet time to absorb the words into your heart and mind. 

Take Time

Take time to think...it is the source of power, 

Take time to play...it is secret of perpetual youth, 

Take time to read...it is fountain of wisdom,

Take time to pray...it is the greatest power on earth, 

Take time to love and be loved...it is God-given privilege, 

Take time to be friendly...it is the road to happiness, 

Take time to laugh...it is the music of the soul, 

Take time to give...it is short a day to be selfish,

Take time to work...it is the price of success, 

Take time to do charity...it is the key to heaven. 

The key word here is ‘take time’. Don’t rush to do things just to complete it. Once I read I lovely article in a local daily entitled ‘How to live a simple and peaceful life’ in which the writer noted that in our daily lives, we often rush through tasks, trying to get them done, trying to finish as much as we can each day, speeding along to our next destination, and then leaving so that we can go to another one. 

At the end of the day, we realize what madness this all is. We often become exhausted and stressed out from the grind and the chaos and the business of the day. We don’t have time for what’s important to us, for what we really want to be doing, for spending time with loved ones, for doing things we are passionate about. 

It doesn’t have to be that way. It is possible to live a simple life, one where you enjoy each activity, where you‘re present in everything (or most things) you do, where you are content rather than rushing to finish things, writes the well-being guru.

The guru also suggested that we slow down (take time as mentioned in the pamphlet I found at the hospital) and enjoy every task. Whatever you are doing, whether it’s a work task, eating, brushing your teeth, cooking dinner, driving to work; slow down. Enjoy whatever you are doing by paying attention, instead of thinking about other things. Be in the moment. 

Wednesday, October 26, 2022

29 Rabiulawal 1444: Menanti 'William Shakespeare Malaysia' (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang beriman, beramal salih dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. - Maksud Surah Al-Asr 1-3


KEHIDUPAN berumah tangga (keluarga) tidak dapat lari daripada membicarakan bab persekolahan. Ini kerana anak-anak akan memasuki alam persekolahan - tempohnya panjang; 10-15 tahun iaitu daripada sekolah rendah ke universiti.

Baru-baru ini dunia pendidikan kita gempar dengan pengedaran buku komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ di sekolah-sekolah. Kementerian Pendidikan bertindak pantas menyekatnya dengan berkata langkah itu adalah berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab dalam kawalan bab percetakan. Menurutnya, sebarang komik politik, buku politik atau propaganda untuk diedarkan ke sekolah perlu melalui saluran betul, merujuk KDN

Ia kerana, KDN mempunyai akta tersendiri bagi mengawal pengedaran bahan bercetak. Kenyataan Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa kementerian itu tidak pernah memberi kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran buku komik tersebut.

Berceloteh mengedar pengedaran dan pemilihan buku-buku bacaan di sekolah, tidak lama dulu saya menerima surat ini yang dihantar oleh seorang peminat. 

Antara lain beliau menulis: Ketika di zaman persekolahan, kami dianjurkan oleh guru-guru Bahasa Inggeris  (BI) untuk menyediakan buku-buku cerita yang dianggap dapat membantu kami dalam memperbaiki 'skill' dan tatabahasa kami.

Antara bacaan ringan yang menjadi pilihan kami ialah karya RL Stine (Fear Street) dan Christopher Pike. Saya penuh yakin para peminat puas hati setiap kali membaca karya mereka yang penuh 'trill' dan mencabar minda.

Namun begitu, sebaiknya kita perlu sedar akan misi lain yang dibawa melalui karya mereka, selain karya itu sendiri. Kita mengimport bahan bacaan tersebut dari Barat, dan dalam pada itu bermakna kita juga mengambil cara hidup mereka masuk ke dalam negara dan akar budaya kita sendiri.

Walaupun karya mereka tidak selucah mana, kita didedahkan kepada budaya 'orang putih; tanpa kita sedari. 'Kissing', 'hugging', dan seks bebas menjadi mainan hidup mereka yang dapat kita pelajari.

Mereka menghalalkan perhubungan insan berlainan jenis dengan alasan 'platonik' semata-mata - padahal ada saja yang bertukar arah ke 'passionate', dan kesannya kita terikut-ikut dengan budaya ini.

Mungkin sudah tiba masanya, pada cendekiawan bahasa Inggeris kita khususnya, tampil dengan karya lebih 'suci' dan seterusnya dapat mendidik anak bangsa kita sendiri.

Suatu hari nanti, Malaysia mungkin ada 'The Man of Letters' yang tersendiri. Dan beliau dapat menjadi 'William Shakespeare Malaysia', insya-Allah. - Farhana

Tuesday, October 25, 2022

28 Rabiulawal 1444: Buat kerja biar orang nampak? (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)


SUATU hari ketika berbual-bual dengan bapa saya yang sudah berusia lebih 80 tahun, terpantul pantun dua kerat ini daripada mulutnya - Tebang buluh pakai kapak, buat kerja biar orang nampak.


Yalah, sekarang ini hampir semua orang buat kerja biar orang lain terutama 'bos' nampak. Misalnya, selalu saya lihat 'Mat Bangla' yang buat kerja kasar seperti membersih longkang akan 'angkat gambar' untuk dihantar kepada 'bos'.


Demikian juga kontraktor atau mandur, apabila sesuatu kerja sudah dibereskan, mereka juga akan 'angkat gambar'. Ada juga yang mengambil gambar ketika buruh-buruh sedang bekerja.


Mengenai ambil gambar 'ketika bekerja' ini sudah menjadi amalan biasa dalam semua bidang pekerjaan. Cikgu pun ambil gambar ketika menjalankan aktiviti bersama anak murid, malah 'orang masjid' pun dijangkiti amalan sama.


Bukan pekerja saja 'ambil gambar', orang 'beribadat' pun sama. Misalnya, selepas solat tahajud, dia ambil gambar ketika berpakaian solat seperti telekung dan menulis - "done (sudah) bertahajud."


Jika orang awam 'kerap bergambar' untuk membuktikan dia 'buat kerja', orang politik pun sama. Tunggulah, menjelang PRU nanti sibuklah mereka 'melakonkan sesuatu aksi' seperti minum kopi di warung kampung atau sedang 'menoreh getah', kemudian 'bergambar' untuk dihebah-hebahkan kepada semua.


Pemimpin 'cap kangkung' memang ramai, tetapi amat-amatilah bahawa pemimpin yang hidupnya bersandarkan al-Quran dan hadis tetap 'mewangi' sepanjang zaman tanpa perlu menunjukkan dia membuat kerja itu dan ini. Pemimpin jenis ini tidak termasuk dalam golongan disebutkan dalam pantun, tebang buluh guna kapak, buat kerja biar orang nampak.


Ya, hanya pegangan kepada al-Quran dan sunnah saja yang dapat menyelamatkan seseorang. Orang awam jangan mudah terpedaya termasuk menyakini tokoh-tokoh tertentu dengan 'gambar-gambar sedang beraksi' sebagai bukti mereka 'kaki bekerja' atau lebih penting lagi amanah dalam pekerjaan mereka.


Jika seseorang itu mahu dijadikan contoh, hanya insan yang hidupnya berpandukan al-Quran dan sunnah saja boleh diikuti.


Inilah pesan seorang ustaz dalam tazkirah yang diikuti penulis. Kata ustaz itu, selagi kita berpegang kepada al-Quran dan sunnah, kita tidak akan sesat selama-lamanya.


Semua perjuangan berdasarkan isme dan sanjungan kepada tokoh akan punah akhirnya. Lihatlah akan isme komunis yang diamalkan oleh empayar paling hebat dalam era moden, Soviet Union, akhir tumbang menyembah bumi selepas 70 tahun berkuasa.


Tokoh-tokoh pujaan dunia daripada Firaun pada zaman purba kepada Stalin, Churchill, Kennedy, Nixon, Mubarak, Zein el-Ebiden, dan Saddam semuanya hancur. Demikian juga pemimpin dari rantau Asia seperti Marcos, Suharto dan terkini Kim Jong il.


Insan yang bergantung kepada tokoh ternama untuk mencari kepentingan peribadi akan dimalukan sendiri oleh 'masa'.


Dalam perjuangan umat dan pergerakan Islam, kemenangan yang hendak dicapai bukan hanya di peringkat tempatan dan nasional tetapi juga untuk kepentingan ummah secara global dan yang terpenting, di akhirat sana.


Di sinilah terletak cabaran besar kepada umat dan pergerakan Islam termasuk PAS sedangkan parti lawan hanya berseronok-seronok untuk menang di peringkat tempatan dan nasional.


Jadi antara cabaran pergerakan Islam ialah tanggungjawabnya terhadap Islam manakala tuntutan ke atasnya bukan setakat melaksanakan tuntutan agama bersifat individu tetapi jemaah dan perjuangannya bersifat global. Musuh bukan bersifat tempatan saja tetapi bersifat global.

Pemimpin akan datang dan pergi tetapi perjuangan untuk menegakkan penghidupan berpandukan al-Quran dan sunnah akan tetap berlangsung.  


Bagi individu Muslim, perjuangan itu sepanjang hayat manakala bagi umat dan jemaah Islam, ia akan berterusan sehingga hari kiamat. 


Muslim sejati termasuk pemimpinnya tidak perlu menunjuk-nunjuk dalam kerja mereka termasuk dalam media sosial baharu; bagi mereka penilaian Allah SWT yang penting, bukan yang dibuat oleh sesama manusia!

Monday, October 24, 2022

27 Rabiulawal 1444: Hiduplah berkongsi, berjemaah...(U)

DENGAN nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang beriman, beramal salih, dan berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran. - Maksud ayat 1-3 Surah Al-Asr


ISLAM mengajar kita hidup berkongsi, ya hidup berjemaah. "Share' kata orang sekarang. Misalnya, seseorang yang berharta (kaya), apabila cukup syarat-syaratnya dia perlu berzakat. Hartanya perlu di'share' dengan orang miskin dan asnaf lain.


Tidak lama dahulu saya dan tiga lagi ahli keluarga ke Tanah Suci mengerjakan umrah. Kosnya mampu ditanggung (agak murah) sebab hampir semua kemudahan dan perkhidmatan disediakan secara berkongsi. 


Naik kapal terbang sudah pasti berkongsi, naik bas berkongsi, bilik berkongsi, tandas pun berkongsi, makan berkongsi (beramai-ramai). Kalau kita pergi sendiri (seorang-seorang) hampir pasti kosnya tidak mampu kita tanggung.


Ya, sesetengah 'orang kita' mampu pergi umrah berkali-kali hatta 'travel' ke USA pun kerana hampir semua kegiatan dilakukan secara berkongsi. Kalau pergi sendiri, entahlah, mungkin tak terbayar kosnya.


Dalam menjalani kehidupan, terutama pada zaman sukar sekarang, kita perlu 'ke depan' dalam amalan berkongsi kerana insya-Allah ia dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang kita pikul.


Ramai rakyat menghadapi keadaan sukar. Sehubungan itu jalan keluar perlu diusahakan. Di samping mengusahakan kehidupan baharu, di sini disyorkan orang awam menukar gaya hidup bagi mengurangkan sedikit sebanyak tekanan dari segi kewangan.


Bagi menghadapi 'zaman sesak' sekarang ini, ada bijak pandai mencadangkan kepada kita dua pilihan bagi menghadapinya; pertama bertindak segera bagi kesinambungan pendapatan kita seperti mendapatkan pekerjaan walaupun dengan gaji yang kurang daripada dulu atau melakukan lebih daripada satu pekerjaan, manakala satu lagi jalan mengurangkan kos kehidupan. 


Pada detik cemas seperti sekarang kita perlu berjimat cermat. Antara kaedahnya adalah menyemarakkan amalan berkongsi dalam menjalani kehidupan. Ya, terapkan amalan berkongsi bermula daripada di rumah kita sehingga dalam kehidupan bermasyarakat.


Kongsi, kongsi dan kongsilah semaksimum mungkin. Jika kita sebuah keluarga lakukan aktiviti bersama sebagai contoh beli bahan mentah, kongsi (bersama) masak dan 'kongsi' makan...tak payahlah kerap makan di luar kerana ia membabitkan kos besar! Jika kita bersama rakan-rakan dalam sebuah rumah, kita juga boleh kongsi masak dan makan.


Banyak lagi aktiviti kita boleh kongsi. Kongsi tonton TV, kongsi beli bahan bacaan, kongsi barangan keperluan kegunaan bersama dan kalau sesuai, boleh kongsi kenderaan untuk ke pejabat.


Di luar, banyak kegiatan yang kita boleh berkongsi seperti membaca akhbar dan buku di perpustakaan, berkongsi kemudahan di masjid dan 'berkongsi' kenderaan awam seperti bas dan tren. 


Pada tahun baharu ini bersedialah menjalani kehidupan dengan kaedah berkongsi dengan orang lain. Perkongsian akan mengurangkan kos kehidupan kita...apabila kita bersedia berkongsi, maka harga barangan dan perkhidmatan dapat dikurangkan!


Sekarang ini orang kahwin pun kongsi majlis. Ada keluarga kahwinkan dua anak atau tiga anak secara serentak. Ertinya adik beradik kongsi majlis. Yalah, kalau buat tiga majlis, berapa banyak wang dan masa akan habis?


Selain itu, ada 'besan' (mak bapak pengantin lelaki dan perempuan) bergabung tenaga mengadakan satu majlis saja. Tentu ada sebab keluarga pengantin berkongsi majlis atau mengahwinkan beberapa anak serentak. Antaranya untuk mengurang kos...ya kongsi, kongsi dan kongsilah untuk kehidupan yang lebik baik.


Berkahwinlah (bernikah) wahai anak muda, itu sunnah Nabi; jika perlu berkongsi majlis atau berkahwin beramai-ramai teruskanlah; semoga dengan hidup bekeluarga Allah SWT akan menambah kebarakahan kita semua pada zaman yang serba sukar dan mencabar sekarang ini.


Selepas berkahwin, boleh berkongsi 'travel' untuk berbulan madu termasuklah jika mahu ke Makkah buat umrah...harganya lebih murah berbanding pergi sendiri-sendiri. Kemudian pasangan suami isteri baharu kongsilah bilik (sudah pasti, heh...heh...).


Demikianlah bertapa amalan berkongsi dalam kehidupan amat menguntungkan. Ya Islam mengalakkan amalan berjemaah (berkongsi) dalam kehidupan - sembahyang berjemaah, makan berjemaah dan sebagainya. Jadi kongsi, kongsi dan kongsilah dalam kehidupan! 

Friday, October 21, 2022

24 Rabiulawal 1444: Apa dilihat di Negeri Di Bawah Bayu...

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Sesungguhnya solat itu adalah fardu yang ditentukan waktunya atas orang-orang beriman." (Maksud Ayat 103 Surah An-Nisa')


SABAH - Negeri Di Bawah Bayu sungguh cantik. Alam semula jadinya segar dan memukau. Dalam dua kunjungan lalu (2006 dan 2014) penulis dan keluarga tumpukan perhatian di kawasan pelancongan Kundasang. Ranau dan Kota Kinabalu, tetapi kali ini dari Kota Kinabalu kami menuju Papar, Beaufort, Keningau, Sipitang, Sindumin sebelum masuk ke Lawas, Sarawak dan menjenguk sebentar pintu sempadan Brunei Darussalam.


Apa penulis lihat sepanjang perjalanan melalui Lebuh Raya Pan Borneo yang digegak-gempitakan itu? Dari Kota Kinabalu ke Papar sepanjang kira-kira 35 kilometer jalan raya atau lebih tepat lagi lebuh rayanya memang gah.


Lebuh raya dua lorong pergi dan dua lorong balik itu setanding dengan lebuh raya di Semenanjung, namun satu hal unik di Sabah, ada orang berniaga kecil-kecilan seperti menjual buah-buahan dan sayur-sayuran di tepi lebuh raya...Ya itu budaya orang di sana, mana sama dengan kita. Lain padang lain belalangnya. Namun yang paling 'best' lebuh raya ini bebas tol!


Sampai di pekan Benoni, dekat Papar, lebuh raya yang 'cantik' itu 'ghaib' sudah. Digantikan dengan jalan lama di selang seli dengan laluan projek lebuh raya Pan Borneo yang dalam pembinaan. 


Maka 'berjalanlah' kereta kami di atas jalan raya yang sebahagiannya baik namun banyak pula yang berlubang-lubang, belum bertar dan yang paling 'adventurous' (mencabar) melalui jalan berbatu kelikir - ehhh macam pengembaraan 'camel' (unta) pula!


Memandu di jalan raya di Sabah ini, baharulah 'kita orang luar Sabah ini' mengerti mengapa orang Negeri Bawah Bayu ini 'asyik-asyik' dengan kenderaan 'four wheel drive' (pacuan empat roda) mereka. Sebahagian mereka 'tak main' dengan kereta-kereta sedan...itu di KK (Kota Kinabalu) bolehlah, tetapi di pedalaman ini lebih baik ada kenderaan-kenderaan perkasa itu. Kalau nasib tak baik 'kereta biasa' hatta berjenama hebat pun boleh patah 'absorber'-nya!


Keadaan jalan raya yang buruk itu bukan dilihat oleh 'mata ini sahaja' tetapi disahkan oleh media massa tempatan Sabah. Sebuah akhbar tempatan, melaporkan bahawa keadaan jalan raya utama menghubungkan beberapa daerah di Sabah semakin membimbangkan dan bahaya kepada pengguna.


Ketua Wiramuda Star Sabah, Kong Soon Choi menjelaskan perkara itu berkata, kerosakan pada permukaan jalan raya utama di beberapa lokasi sangat bahaya kepada pengguna dan perlu pembaikan yang berkualiti.


Katanya, dakwaan beberapa pengguna yang memberikan gelaran-gelaran negatif tentang kerosakan jalan raya di Sabah bukan suatu lawak jenaka bahkan ia menggambarkan kemarahan mereka yang boleh diterjemahkan kepada imej kementerian berkenaan.


“Pelbagai gelaran negatif dilemparkan pengguna yang marah dengan kerosakan jalan raya. Ada yang menggelarkan jalan seperti di bulan, jalan raya periuk api dan bermacam lagi khasnya di media sosial, " tegasnya.


Keadaan jalan raya yang buruk ini memang 'memalukan' orang Sabah terutama yang tinggal berhampiran Sarawak yang ada pintu masuk ke Brunei Darussalam. 'Memalukan' satu hal tetapi yang lebih penting menafikan hak rakyat untuk menikmati kemakmuran negara dengan Sabah dianugerahi kekayaan melimpah ruah dari segi sumber alam seperti minyak, gas dan hasil hutan. Sekarang ini nak pilihan raya, maka akan sibuklah lagi isu jalan raya ini.


Apabila memasuki Sarawak dari Sabah, seseorang itu akan perasan jalan raya di kawasan pedalaman Sarawak di Lawas adalah lebih baik daripada di pedalaman Sabah. Ini bukan untuk mengata...tetapi apa penulis saksikan! Tetapi 'penglihatan sahaja' tidak selalu benar...jadi pembaca boleh membetulkannya jika aku tersalah...Maaf ya, jika itu benar-benar kesilapan...


Kata seseorang, jalan raya pantai barat Sabah ini turut digunakan oleh orang Brunei, mereka juga ada yang ke KK dan tak kurang juga ke Sipitang untuk singgah makan sate di sebuah deretan kedai di pekan itu, ya ada hampir 10 gerai sate di situ! Kalau jalan buruk, malulah kat orang Brunei tu!


Satu lagi hal yang penulis lihat di tepi-tepi jalan raya di Sabah ini, semakin banyak pula binaan 'Cross' (Salib) besar yang 'menjulang' ke langit yang nampak dari kejauhan...dahulu pada kunjungan saya pada 2006 dan 2014, tak perasan pun...sekarang agak banyak....ya apa sebenarnya sudah berlaku? Penulis perlukan pencerahan tentang apa yang dilihat di Sabah ini...

Tuesday, October 18, 2022

21 Rabiulawal 1444: Promosi buku 'Berjumpa' Arwah Anak di Makkah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan
"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Maksud Surah Ar-Rum: 21)


Koleksi Kisah Dari Tanah Suci - 'Berjumpa' Arwah Anak Di Makkah

liked it 3.00  ·  Rating details ·  1 rating  ·  0 reviews
'BERJUMPA' ARWAH ANAK DI MAKKAH (Koleksi Kisah Dari Tanah Suci) adalah himpunan 30 catatan di Tanah Suci (Makkah dan Madinah) serta perjalanan ke sana. Turut disertakan ialah sebuah catatan pesanan untuk bakal haji dan hajah.

Buku koleksi kisah-kisah dari Tanah Suci ini diusahakan oleh ROSLAN HAMID (Lanh) yang berkesempatan menunaikan haji pada tahun 2002.

Lahirnya buku ini bertujuan menyemarakkan semangat umat Islam, terutama di kalangan generasi muda untuk segera menunaikan rukun Islam kelima. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada bakal haji dan hajah serta umat Islam keseluruhannya.

- Penerbit

"Adalah penting mengetahui cerita-cerita yang menjadi rahsia setiap orang yang menunaikan haji & umrah, kerana perkara itu hanya dialami oleh individu itu sahaja sama ada hasil keberkatan hidupnya atu sebaliknya..."
- Dato' Hj Md Daud Che Ngah

KANDUNGAN

Kisah 1: Rebut rurkun kelima, tinggalkan rukun kedua
Kisah 2: RM50 untuk harga segelas teh susu
Kisah 3: Raudhah 'terbuka luas' kerana utamakan ibu bapa
Kisah 4: 'Berjumpa' (Mimpikan) arwah anak di Makkah
Kisah 5: Jam Rolex RM2000 hilang akibat menunjuk-nunjuk
Kisah 6: Sesat kerana langgar arahan ustazah
Kisah 7: Menyuap nasi bungkus ke mulut jemaah merajuk
Kisah 8: Kalau sudah rezeki, hilang dalam api pun ditemui...
Kisah 9: Iktibar diberak merpati
Kisah 10: Kenangan sukar dilupa di Makam Ma'la
Kisah 11: Akibat sakitkan hati penjual tiket bas
Kisah 12: Melakukan korban tanpa mengeluarkan sesen pun
Kisah 13: Diberi petunjuk rawat perut sakit selepas berdoa di Raudhah
Kisah 14: Jemaah perlu kikis sikap buruk ketika di Tanah Suci
Kisah 15: Suami berhenti merokok selepas isteri, anak-anak berdoa di depan Kaabah
Kisah 16: Tuan Guru muncul di sisi ketika namanya disebut di Masjidilharam
Kisah 17: Gagal 'pertahan tempat duduk' dalam Masjid Nabawi
Kisah 18: Pengamal perubatan tradisional alami kesukaran di Makkah
Kisah 19: Berdialog, mencari kebenaran di Tanah Suci
Kisah 20: Bas berpatah balik selepas solat hajat di Bir Ali
Kisah 21: Senaskhah Al-Quran, sebuah buku doa pengubat hati
Kisah 22: 'Syeikh' minta 'fulus' di depan Kaabah
Kisah 23: Nyaris terjerut ketika melontar
Kisah 24: Dihadiahkan seuncang batu penuh makna di Jamrah
Kisah 25: Ibu dapat hadiah 13 naskhah Al-Quran
Kisah 26: Kamera dikembalikan selepas tiga bulan hilang
Kisah 27: Nama Fatimah Az-Zahra undang pelbagai ujian
Kisah 28: Tetap tunai haji walau dilanda tsunami
Kisah 29: Menikmati 'air fisabilillah' selepas melontar jamrah
Kisah 30: Perjalanan haji - lain hulu lain parang...
Penutup: Pesanan untuk insan bakal bergelar haji, hajah

Harga = RM10.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 133
Penyusun = Roslan Hamid (Lanh)
Penerbit = Nufair Street Sdn Bhd
 (less)

Monday, October 17, 2022

20 Rabiulawal 1444: 'Tambat' muda-mudi di masjid

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Sesiapa yang membaca 'Astaghfirullah al Lazi La Ilaha' illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilahi' (Aku meminta keampunan daripada Allah Taala yang tiada Tuhan melainkan-Nya, yang hidup lagi berdiri dengan sendiri-Nya, dan aku meminta taubat kepada-Nya), diampunkan dosanya walaupun dianya lari dari medan perang." (HR. Imam Abu Daud, Tarmizi dan Al-Hakim)


DALAM satu kelas pengajian di masjid berhampiran rumah saya tidak lama dahulu, ustaz menimbulkan kerisauan hampir tiada golongan muda yang bersolat jemaah apatah lagi mengikuti tazkirah di rumah Allah itu. 


Beliau berkata jemaah yang ada, dilahirkan pada tahun-tahun 1940-an, 50-an, 60-an tetapi yang dilahirkan pada 1970-an, 80-an, 90-an dan seterusnya sedikit sahaja.


Ertinya rumah Allah hanya diimarahkan oleh jemaah golongan veteran, orang pencen; jadi persoalannya di mana orang-orang muda berada pada waktu antara maghrib dan isyak itu? 


Apakah mereka berada di rumah menghadap telefon pintar, komputer, televisyen, di kedai kopi, berpeleseran di pasar malam, pusat membeli-belah dan hiburan atau lebih teruk berada di tempat maksiat?


Sedih, sedih, ungkap ustaz itu. Apa nak jadi dengan masyarakat kita hari ini, terutama generasi muda? tanyanya. 


Jika ke masjid pun tak datang, bagaimana mereka nak bawakan bacaan berzanji yang kini menjadi rutin setiap malam di sesetengah masjid sekarang pada musim Maulidur Rasul?


Ustaz kemudian melagukan sebahagian bacaan berzanji itu, sungguh mendayu-dayu, menusuk ke dalam kalbu. Namun seperti ramai di kalangan generasi berusia pertengahan dan muda hari ini, saya tiada berkemampuan untuk melakukan apa diaksikan oleh ustaz lagu apatah lagi memahami maksud bacaannya.


Menurut ustaz itu, pada zaman mudanya, pada musim maulud, masjid akan dimakmurkan oleh anak-anak muda belajar berzanji dan kemudian pada malam-malam hari menjelang Maulidur Rasul akan melagukan bacaan itu beramai-ramai.


Namun bagi sesetengah orang daripada generasi baharu, bacaan berzanji inilah antara faktor yang menjauhkan diri mereka daripada masjid.


Apa tidaknya, ketika membaca beramai-ramai itu, apabila kitab dihulurkan kepada jemaah seorang demi seorang, akan 'terketak-ketak' (terketar)-lah mereka yang tak mahir atau lebih malang tidak tahu. Almaklumlah pada zaman mereka (ketika tulisan jawi hampir dikuburkan pada tahun 60 dan 70-an), bacaan berzanji itu tidak ada dalam kamus kehidupan mereka.


Pada suatu majlis ilmu (tazkirah) yang lain, saya mengambil kesempatan bertanyakan ustaz yang terbabit; apakah dibolehkan kita gantikan majlis bacaan berzanji itu dengan program-program yang menjadi kesukaan anak-anak muda untuk menarik mereka ke masjid.


Apa kata diadakan konsert dengan penyanyinya membawakan lagu-lagu kerohanian seperti persembahan Maher Zain? Maksud saya, konsertnya di luar masjid, takkan dalam masjid.


Ustaz nampaknya agak sukar untuk menjawab soalan ini, beliau meminta tangguh untuk merujuk kepada kitab-kitab dan ulama lebih arif, tetapi menyatakan bacaan berzanji seperti diamalkan di sesetengah masjid itu tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w. malah sahabat-sahabat baginda dan ilmuan Islam awal. Namun beliau berkata adalah baik untuk menganjurkan majlis-majlis kesukaan anak-anak muda yang direstui Allah bagi mengikat mereka ke masjid.


Pencarian saya di Wikipedia, menyatakan berzanji atau barzanji adalah suatu doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. yang dilafazkan dengan suatu irama atau nada yang biasa dibacakan ketika majlis akikah, khatan, perkahwinan dan Maulidur Rasul. 


Isi berzanji menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad, yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi rasul.


Nama Berzanji (Barzanji) diambil daripada nama pengarangnya yaitu Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir di Madinah pada tahun 1690 dan meninggal dunia pada tahun 1766. 


Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Karya tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd al-Jawahir (Bahasa Arab, bererti kalung permata) yang disusun untuk meningkatkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad saw, meskipun kini nama penulisnya yang lebih dikenali.


Ustaz itu berkata, adalah lebih baik untuk seseorang itu mengerti seterusnya memahami apa-apa yang dibaca dalam majlis berzanji itu. Namun apa yang berlaku, kebanyakan pembaca tidak memahaminya walaupun bacaannya ternyata begitu syahdu dan menusuk kalbu.


Itulah kata ustaz itu, membaca dengan tidak mengerti maksudnya seterusnya mengambil iktibar untuk diterapkan dalam kehidupan akan menjadikan bacaan itu majlis rutin tahunan; sebahagian kita terus gagal mengubah kehidupan kita ke arah lebih baik apatah lagi mantap dengan nafsu mutma-innah menjelang hari kematian kita yang entahkan hari ini, esok, lusa atau setahun, dua tahun, 10 tahun dan seterusnya.

Friday, October 14, 2022

17 Rabiulawal 1444: Bimbangilah jika sudah mati, dosa berterusan...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Siapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka ia akan mendapati Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan dunia, maka ia akan mendapatkan dunia itu. Dan, siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan seorang perempuan untuk dinikahi, maka ia akan mendapatkan perempuan itu." (HR Bukhari-Muslim daripada Umar bin Khathab)


PROGRAM Tanyalah Ustaz di TV3 dan TV9 hari ini (17 Rabiulawal 1444 / 14 Oktober 2022) menampilkan Ustaz Jazlan Abdullah dengan isu larangan membuka aib orang. Teringat saya artikel ini yang saya tulis ini tidak lama dahulu.

Matlamat tidak membenarkan cara. Apapun niat individu termasuk pemimpin atau bekas pemimpin mendedahkan apa didakwa tembelang dan temberang orang, kaedah Machiavelli ini tidak dibenarkan.

Alangkah baiknya jika aib (sekalipun dakwaan itu benar) orang ditutup rapat-rapat kerana keaiban diri sendiri pula ditutup oleh Yang Maha Kuasa. Untuk apa menghabiskan masa yang tinggal sebentar cuma itu menimbun dosa; sebaliknya memaksimumkannya untuk mencari bekalan sebanyak-banyaknya ke alam yang pangkat, kuasa, kemasyhuran dan duit serta emas permata tidak berguna lagi.

Jika keaiban orang sengaja kita dedahkan, segala keburukan diri kita pula akan didedahkan bukan saja di dunia ini tetapi tersangat dahsyat di akhirat nanti di mana seseorang itu hanya mengharapkan perlidungan Allah SWT.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, menyatakan: "Barang siapa melepaskan seorang mukmin daripada kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat..."

Sesiapa yang menulis sesebuah buku misalnya, perlu ingat apa yang mereka sampaikan itu, dosa dan pahalanya akan mereka tanggung secara berkekalan sehingga berakhirnya kesan daripada penulisan mereka itu. Ya, ia mungkin tidak akan berakhir sehinggalah dunia ini kiamat. Jadi bayangkan berapa juta pahala atau dosa (ribuan tahun kesan positif atau negatif akibat tulisan) yang akan dihimpunkan oleh seseorang penulis itu.

Jika seorang penulis menghasilkan karya yang menjurus kepada kebaikan, pahala kebaikan daripada usahanya itu akan terus dinikmatinya sekalipun dia sudah berada ribuan tahun dalam kubur namun seorang penulis yang menghasilkan tulisan berupa racun fitnah, dosanya akan ditanggung berterusan sehinggalah kesan daripada tulisannya itu berakhir. Bagaimana ini akan berakhir sedang keburukan itu akan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain?

Sebenarnya maut terlalu dekat dengan kita, terutama mereka yang diberi tanda-tandanya seperti tua, badan sakit-sakit, rambut beruban, gigi luruh dan mata yang kurang nampak. Jadi bersedialah untuk menjadi penghuni kubur dan bukannya menyemarakkan fitnah melalui penulisan buku.

Imam Syatibi Rahimahullah di dalam kitabnya 'Al Muafaqat menyatakan: "Beruntunglah sesiapa yang mati dan mati bersama-sama dosa-dosanya, dan celaka yang berpanjangan bagi sesiapa yang mati dan dosa-dosanya terus kekal berterusan 100 tahun dan 200 tahun diazab dengannya di dalam kubur…"

Mengenai bahana menolong menyebarkan berita fitnah seperti yang berlaku setiap hari sekarang ini, terutama dengan bercambahnya media baharu, Haji Ahmad Haris Suhaimi dalam kitabnya 'Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun' (Penerbit HRs Consultant, Singapura) antara lain menulis: "Menolong menyebarkan fitnah jahat tidak kurang besar tanggungan dosanya seperti juga orang yang mula-mula menimbulkan fitnah itu.

"Sebab itulah apabila berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana orang-orang munafik mula menyebarkan berita fitnah terhadap Saiyidah Aishah r.a., suaminya iaitu Rasulullah s.a.w., maka beberapa sahabat juga (kerana terlupa) turut menyebarkan berita fitnah ini tanpa membuat penyelidikan dahulu. "Maka setelah agak lama berlakunya penyebaran fitnah sehingga menyusahkan hati baginda s.a.w. baharulah setelah itu wahyu diturunkan untuk membersihkan Saiyidah Aishah r.a. daripada tuduhan itu. Lalu hukuman hudud iaitu rotan 80 kali dikenakan terhadap mereka yang mula-mula membawa fitnah ini dan juga mereka yang menolong menyebarkan fitnah ini, walaupun jika ada yang mendakwa mereka hanya menyampaikan berita itu saja."

Sejak akhir-akhir ini media massa dan juga orang perseorangan termasuk pemimpin begitu giat menolong menyebarkan dakwaan pemfitnah. Pembuat fitnah mendakwa pelbagai perkara termasuk perkara keji seperti zina, liwat dan dosa-dosa besar lain. Tidakkah sesuatu dapat dipelajari daripada kisah Aisyah yang difitnah itu?

Jika sahabat yang tanpa sedar telah terbabit menyebarkan berita fitnah mengenai Aisyah, dikenakan rotan 80 kali, tidakkah penulis yang menolong menyiarkan berita fitnah termasuk dalam kes liwat dan zina layak dirotan 80 kali?

Demikianlah betapa Islam memandang serius perkara membabitkan fitnah ini. Selanjutnya, Haji Ahmad Haris Suhaimi menulis: "Ingatlah selalu pesanan Allah SWT kepada kita dalam menghadapi cerita-cerita yang tidak baik tentang orang lain dengan firman-Nya yang bermaksud '(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita (bohong) itu dari mulut ke mulut, dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal ia di sisi Allah adalah besar'. (Surah Al-Nur Ayat 15)

"Dan ingatkan pesanan Rasulullah s.a.w. tentang maruah seorang Muslim dengan sabda baginda yang bermaksud: 'Maruah seorang Muslim itu adalah satu lubang daripada lubang-lubang api nereka'. Ini bermaksud, jangan suka memburuk-burukkan peribadi seorang Muslim, kerana perbuatan itu seperti bermain dengan lubang-lubang api nereka.

"Apapun jika seorang Muslim itu terbukti bersalah sekalipun, kita disunatkan menutup keaibannya, melainkan kesalahannya sudah terlalu amat besar yang mana ia perlu diberitahu kepada pihak berkuasa.

"Ingatlah selalu firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 192 yang bermaksud: "Dan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh!"


Thursday, October 13, 2022

16 Rabiulawal 1444: Pemimpin datang dan pergi namun perjuangan berterusan...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)


KITA kini di ambang pilihan raya umum (PRU) ke-15. Kita menyaksikan sejumlah pemimpin datang dan pergi. Ada yang naik dan ada  jatuh. Segelintir yang tersembam, naik kembali, tetapi kebanyakannya tersungkur tak bangun-bangun lagi.


Pemimpin boleh datang dan pergi dan kerap kali tergelincir dan tersasar, tetapi perjuangan untuk hidup bersandarkan al-Quran dan hadis tetap akan diteruskan sehingga kiamat. 


Hanya pegangan kepada al-Quran dan sunnah saja yang dapat menyelamatkan seseorang, bukannya menjadikan tokoh ternama  sebagai sandaran perjuangan. 


Jika pun seseorang itu mahu dijadikan contoh, hanya insan yang hidupnya berpandukan al-Quran dan sunnah saja boleh diikuti. Ikutan terbaik adalah Rasulullah s.a.w.


Inilah pesan seorang ustaz dalam tazkirah yang diikuti penulis. Kata ustaz itu, selagi kita berpegang kepada al-Quran dan sunnah, kita tidak akan sesat selama-lamanya. 


Semua perjuangan berdasarkan isme dan sanjungan kepada tokoh akan punah akhirnya. Lihatlah akan isme komunis yang diamalkan oleh empayar paling hebat dalam era moden, Soviet Union, akhir tumbang menyembah bumi selepas 70 tahun berkuasa. 


Tokoh-tokoh pujaan dunia daripada Firaun pada zaman purba kepada Stalin, Churchill, Kennedy, Nixon semuanya hancur. 


Insan yang bergantung kepada tokoh ternama untuk mencari kepentingan peribadi akan dimalukan sendiri oleh 'masa'. Lihatlah 'si tokoh kecil' di sekeliling pemimpin besar sebagai misalannya. Ketika si besar merengkok dalam penjara, 'si tokoh kecil' ini berkokok menghina, tetapi selepas si besar dibebaskan, dia tidak malu-malu untuk kembali 'membodek'. 


Berhubung perjuangan melepasi batasan tokoh dan sempadan politik ini, penulis tertarik dengan perbicaraan seorang bekas pensyarah universiti dalam satu pertemuan tidak lama dulu. 


Berikut antara pesanan beliau: "Dalam perjuangan umat dan pergerakan Islam, kemenangan yang hendak dicapai bukan hanya di peringkat tempatan dan nasional tetapi juga untuk kepentingan ummah secara global dan yang terpenting, di akhirat sana." 


Di sinilah terletak cabaran besar kepada umat dan pergerakan Islam sedangkan parti lawan hanya berseronok-seronok untuk menang di peringkat tempatan dan nasional. 


"Jadi antara cabaran pergerakan Islam ialah tanggungjawabnya terhadap Islam manakala tuntutan ke atasnya bukan setakat melaksanakan tuntutan agama bersifat individu tetapi jemaah dan perjuangannya bersifat global. Musuh bukan bersifat tempatan saja tetapi bersifat global," katanya. 


Berdasarkan perkembangan semasa, ternyata cabaran umat dan pergerakan Islam semakin mencabar. Konspirasi untuk memburuk dan menjatuhkan Islam semakin menjadi-jadi malahan apa saja bentuk keganasan dengan segera dirujuk kepada orang Islam. 


Maka tidak hairan timbulnya istilah-istilah menjijikkan media massa Barat malah diterima pakai media milik orang Islam sendiri seperti 'militan Islam' 'pengganas Islam', 'terroris Islam', 'pengebom Islam' dan 'pelampau Islam'. 


Dalam keadaan dunia kini seolah-olah di bawah telunjuk kuasa unipolar Amerika Syarikat, cabaran umat dan pergerakan Islam untuk menegakkan hukum-hakam Allah dan hidup berpandukan al-Quran dan sunnah menjadi semakin sukar. 


Kini di seluruh dunia timbul gerakan dan cengkaman kuasa untuk menafikan hak orang Islam. Misalnya di Eropah termasuk di Perancis, hak wanita Islam untuk bertudung dinafikan manakala masyarakat Islam mengalami diskriminasi dan menerima pelbagai ugutan. 


Sebaliknya dengan pelbagai helah seperti istilah 'dunia tanpa sempadan', segala yang jijik berpunca daripada cara hidup songsang Barat seperti filem lucah dan kegilaan kepada maksiat seperti arak, zina dan judi dilambakkan di negara Dunia Ketiga khususnya di negara Islam. 


Jika ada kumpulan atau negara yang cuba hidup berlainan daripada budaya popular Barat atau, mereka akan dihancurkan. 


Kesimpulannya, pemimpin akan datang dan pergi tetapi perjuangan untuk menegakkan penghidupan berpandukan al-Quran dan sunnah akan tetap berlangsung. 


Bagi individu Muslim, jangan alpa kerana perjuangan itu adalah sepanjang hayat manakala jemaah Islam usaha menegakkan Islam akan berterusan sehingga hari kiamat!  

Wednesday, October 12, 2022

15 Rabiulawal 1444: Berbilion terima kasih...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya." (Maksud ayat 26-27 Surah Al-Isra')


DAHULU apabila seseorang atau pihak terasa terhutang budi, dia akan mengungkapkan 'jutaan terima kasih'. Ungkapan ini biasa kita temui pada bahagian akhir surat ataupun dinyatakan seseorang pada permulaan atau pengakhiran ucapannya sebagai tanda penghargaan kepada pihak berkenaan.


Namun sekarang saya terlihat dan terdengar ungkapan 'berbilion terima kasih'.


Tidak tahulah saya sama ada perkembangan ini sesuatu yang positif atau negatif, yang jelas ungkapan itu lahir daripada kecenderungan sesetengah pemimpin dan media yang gemar mengumumkan projek berbilion-bilion ringgit. Apabila pemimpin mengumumkan projek, kerap terkeluar daripada mulutnya berbilion-bilion ringgit.


Agaknya bagi masyarakat terutama orang Melayu dahulu, angka tertinggi yang biasa padanya adalah jutaan sebab itu timbul ungkapan 'jutaan terima kasih' tetapi pemimpin telah mengajar mereka 'mengenal' angka bilion sebab itu kini ada pula ungkapan 'berbilion terima kasih'.


Seorang pengkaji budaya dan bahasa Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Zu berpendapatan perubahan 'angka' yang dipadankan pada ucapan terima kasih membayangkan bahawa masyarakat kini semakin materialistik yang melihat keberuntungan sebagai matlamat mereka.


"Pemimpin menggegarkan minda mereka dengan projek berbilion-bilion ringgit, jadi mereka memuntahkannya kembali dengan mengungkapan ucapan berbilion terima kasih dan berbilion tanda penghargaan," katanya.


Bagi beliau ada kesan positif dan negatif daripada perkembangan ini tetapi yang negatif lagi banyak kerana 'budaya kebendaan' sudah terlalu jauh meresap dalam kehidupan masyarakat.


"Nilai-nilai murni dalam masyarakat semakin terhapus, orang kini melihat kepada wang ringgit semata-mata, anda ada ribuan atau jutaan ringgit itu mungkin dianggap masih kecil kerana generasi baharu hebat memperkatakan berbilion-bilion ringgit," katanya.


Perubahan ungkapan ini mengingatkan kita bahawa ada pemimpin bagaikan enau melepaskan pucuk masing-masing, kini mereka gemar menonjolkan diri serta memikat rakyat dengan sebutan projek berbilion-bilion ringgit.


Kedudukan dan pangkat dan kuasa menjadi impian. Semua berebut jawatan tertinggi. Matlamat menghalalkan cara, yang penting aku berada di kemuncak kuasa. Jadi tidak hairan lagi jika bukan jutaan ringgit bertukar tangan tetapi kini berbilion-bilion ringgit.


Merebut jawatan di puncak yang menjanjikan akses kepada wang berbilion-bilion ringgit menyebabkan banyak perkara tidak diingini berlaku. Sekalipun ini membabitkan orang politik, rakyat menderita akibatnya.


Apabila banyak wang, tenaga, dan fikiran digunakan untuk bergaduh dan menaikkan diri sendiri, bila agaknya rakyat dapat ditolong. Jika inilah halnya sepanjang masa, maka wang berbilion-bilion ringgit itu akan masuk ke kantung mereka atau dimanfaatkan untuk rakyat? Jika untuk rakyat baguslah, izinkanlah saya dan pembaca ucapkan BERBILION terima kasih!

Tuesday, October 11, 2022

14 Rabiulawal 1444: Benarkah pemimpin sanggup hidup mati bersama rakyat? (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Barangsiapa sembahyang isyak berjemaah seolah-olah ia telah sembahyang seperdua malam dan barangsiapa sembahyang subuh berjemaah seolah-olah ia telah sembahyang malam itu seluruhnya." (Riwayat Sahih Muslim)


NEGARA kita pernah dilanda jerebu teruk beberapa kali. Antaranya jerebu pada tahun 1996 yang turut melanda negeri Sarawak. Pada detik penuh gelisah itu, sejumlah anak dan isteri orang besar Sarawak sudah dihantar ke luar negara. Kerana jerebu saja mereka sudah lari, apatah lagi jika negeri atau negara dilanda musibah lebih besar.


Ketika Johor di landa banjir, ada pemimpin pergi makan nasi kandar di Australia. Mereka memilih untuk merasmikan sebuah restoran di negara orang daripada makan nasi kawah bersama rakyat yang dilanda bah. Demikianlah pemimpin ketika pilihan raya bermati-matian bercakap hidup mati mereka bersama rakyat, tetapi apabila terjadi musibah, sesetengah mereka segera bertindak menyelamatkan keluarga dan diri masing-masing dulu, nasib rakyat dikemudiankan.


Pemimpin 'auta' dan kaki kelentong ini cakap berdegar-degar. Minta rakyat berkorbanlah untuk negara; mempertahankan negara ke titisan darah terakhirlah, berjimat cermatlah dan ubah gaya hidup selepas kenaikan harga minyak, tetapi diri sendiri dan anak bini kaki joli, boros - menghabiskan harta negara, termasuk ketika berada di luar negara seperti di Dubai dan London.


Mereka meminta rakyat beramanahlah, sedangkan mereka khianat, melarikan wang berkarung-karung ke luar negara. Minta rakyat cintakan bahasa kebangsaanlah, sedangkan mereka menghancurkannya, menjayakan sesuatu projek untuk mengisi kantung sendiri dan kroni-kroni.


Pemimpin jenis tak tahu malu ini meminta rakyat bersikap patriotik, tetapi apabila berlaku jerebu, mereka hantar anak bini ke 'oversea', bercuti di Los Angeles dan Australia. Anak-anak orang besar termasuk menteri juga ke hantar belajar di luar negara, tidak payah mengikuti sukatan pelajaran di tanah air yang tiada standard ini.


Tak tahulah apa tindakan mereka jika meletus huru-hara dan perang. Agaknya mereka yang pertama hantar keluarga masing-masing ke 'oversea', biarlah rakyat hadapi kemelut itu. Berjuanglah rakyat ke titisan darah terakhir, kata mereka.


Pada ketika kehidupan rakyat meruncing dan terpaksa mengikat perut disebabkan kenaikan harga barang-barang, ramai daripada anggota keluarga terhormat ini masih ber'shopping' di London, Paris dan Dubai.


Masih ramai yang menunjukkan kemewahan dengan kenduri kahwin macam 'pesta puteri kayangan' atau macam anak Raja Donan - 40 hari 40 malam dan wang hantaran RM20,000 - RM30,000.


Mereka terus boros berbelanja sedangkan rakyat disuruh 'jimat, jimat, jimat' dan pada masa yang sama majalah, surat khabar dan TV terus menyiarkan kisah dan gambar perkahwinan 'luar biasa' ini. Apakah ini untuk dicontohi oleh rakyat yang saban hari bersarapan cekodok, lempeng, ubi rebus, nasi sejuk dan lauk lebihan semalam dengan kopi O panas atau pun air suam saja disebabkan gula dan kopi sudah naik harga?


Ketika musim pilihan raya ini (termasuk di Sarawak) banyak pemimpin sumpah-sumpah berkeliaran dalam masyarakat. Bukan main sopan santunnya kepada rakyat. Mesra rakyatlah, berjiwa rakyatlah; boleh jual ikanlah, boleh goreng mi, mereka berlagak seolah-olah senang susah rakyat adalah seiring dengan kehidupan mereka. Hakikatnya mereka tinggal di istana kayangan sedangkan rakyat di pondok buruk yang menunggu masa menyembah bumi.


Bagi calon-calon pilihan raya pula, masa meraih undi inilah kita nak tergelak tengok mereka tunjuk aksi pandai tunggang motosikal, basikal, naik becalah, masuk bawah kolong rumah oranglah dan masuk bendanglah.


Adegan ini masa meraih undi saja, lepas mereka jadi wakil rakyat, jadi YB jangan haraplah mereka buat kerja itu. Nanti dikatakan YB gilakah masuk bawah rumah orang? Tanyalah pada calon pemimpin BN yang masuk bawah rumah orang malah ada yang sanggup pikul keranda mayat.


Itulah namanya, banyak orang sudah jadi sumpah-sumpah pada masa pilihan raya. Binatang jenis sesumpah ini berlakon saja. Berlakon baik apabila diperlukan baik, dan berlakon jahat apabila diperlukan jahat. Itu depan orang, belakang orang siapa tahu? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Kalau dah tahu begitu tak baiknya spesies sesetengah calon, buat apalah dipilih pemimpin jenis sesumpah ini? Banyak orang kata, mereka mengikut saja. Orang undi pemimpin itu, aku pun undilah. Ketua kampung, imam kampung, pengerusi JKKK dan tok siak kampung pilih dia maka aku pun pangkahlah. Orang kata Pak Mat tu baik, aku pun pangkah PakMat.

Orang yang jenis ikut-ikut ini hendaklah takut akan ayat-ayat Allah, seperti Al-A'Raaf ayat 38-39 ini yang bermaksud: "...berkata golongan akhir (pengikut) mengenai golongan pertama (ketua) "Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang menyesatkan kami, oleh itu berilah azab seksa yang berlipat ganda dari neraka." Allah berfirman "kamu masing-masing disediakan azab seksa yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui." Dan berkata golongan ketua di antara mereka kepada golongan pengikut "Jika begitu tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami." Allah berfirman "rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang telah kamu usahakan."


Demikianlah, janganlah diundi pemimpin dan calon sumpah-sumpah ini. Jangan fikir kita boleh terlepas tangan dengan perbuatan zalim dan kesesatan mereka (melesenkan arak, menggalakkan judi, pub dan disko, konsert sana konsert sini seperti Sure...) yang dilakukan sesetengah pemimpin ini sedangkan kita relakan tangan kita mengundi mereka. Oleh itu berfikirlah sebelum mengundi, bagaimana mahu menyelamatkan diri, anak isteri dan sekian muslimin dan muslimat daripada azab Allah SWT sebelum memangkah nanti.


Selepas rakyat nampak kemunafikan pemimpin-pemimpin ini, apakah mereka mahu terus dipilih memimpin kita? Pemimpin inilah yang awal-awal larikan anak bini ke 'oversea' ketika musibah menimpa negara seperti jerebu dan banjir sedangkan rakyat didahulukan untuk menderita. Jadi, tepuk dada, tanyalah selera.

Monday, October 10, 2022

13 Rabiulawal 1444: Tale of a fallen monkey...(U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection


The Declining Day (Al-'Asr)

1. By the declining day,

2. Lo! Man is in a state of loss,

3. Save those who believe and do good works, and exhort 

one another to truth and exhort one another to endurance.


WATCHING the life styles of our new generation for example young men and women in my housing area or even my own grown-up children made me scared; the majority of them were in 'comfort zone' - they were pampered with luxurious of life - among youngsters with jobs almost of them own cars or at least motorcycles. 


Yes, I had never seen these working youngsters using public transportation. And regarding food; the majority of them rarely ate at home; they frequented stalls including those run by 'mamaks' and sometimes ate at fast food chains. They too rarely cook at home, perhaps they only knew how to cook 'maggi mee'!


They too were dressed in 'the style of the rich and famous' and regarding 'accessories items' such as electronic gadgets they were always up to date. As for the girls, their 'tudungs' were from renowned house of design and fashion.


I was amazed at the style of living of our youngsters. For example a young man who was a neighbor and had been working as a postman for only a few years could own a new Proton Saga FLX...it's totally different from my way of life when I entered the working world as a journalist in 1986.


During the first and second year of working, I still used the old Yamaha kapcai 90cc motorcycle which I bought during my university's years and after three years working only then a managed to buy a car...mind you it was a 'third-hand' one!


Perhaps I was in 'the wrong train'; yes how could I compared the slow and nostalgic 'train' of mine compared with 'the fast and furious one' of the new generation. 


My way of thinking and their's did not matched; well let's the young generation live the way they liked but one thing that disturbed my mind was a 'tazkirah' (lesson) by an 'ustaz' (religious teacher) at a 'masjid' near my house recently, who warned about the danger of living in 'comfort zone'.


To begin with he told a story about a monkey perched on top of a coconut tree. The monkey was trying to have a rest after a day's hard work. But the whether was troublesome...suddenly there was a windstorm, the monkey hugged and hold tight...the more fierce the wind blew, the more the monkey tightened his grip to the trunk of the coconut.


Then it was over; the whether became fine, the wind was mild and gentle The breeze made the monkey comfortable (he was in a comfort zone) and as he sat on a branch, he felt asleep. He was too deep in his sleep that he loose balance and fell flat to the ground from 30 meters...well he was 'pronounced dead'!


So 'which type of wind or style of living' made the monkey fell down? It was the gentle wind that made the monkey felt comfortable and at ease thus he was not careful or alert to dangers around him. But in a tight situation such as facing a thunderstorm he understood he would be in trouble even dead if he just took things easy. He worked and 'prayed' hard that God would saved him by 'taking away' the menacing wind.


There's another story, famous among the Malays, about a 'daydreaming' guy named Mat Jenin. When he was perched on top of a coconut tree, Mat Jenin who was poor, dreamed of becoming rich until he could have the hands of a princess in marriage...and as he about to touch the beautiful lady he crashed down and as the monkey he too 'was pronounced dead'!


Living in comfort zones made many of our youngsters took things too easy. They did not understand the hardship of life, for the majority of them think their existence were 'to enjoy worldly pleasures to the maximum'. Well some had guts to say "semasa muda ini enjoy dulu, tua nanti taubatlah" (while we are still young have fun, when we became old then we would repent).


So when they 'have some money' after working, they started to buy worldly pleasures they dreamed off previously such as cars, home audio visual sets, electronic gadgets and so on even if they had to make heavy loans.


To our youngsters, please seek knowledge so that we would be safe in this world and Hereafter. Allah SWT says in the Qur'an: "Competition in (worldly) increase diverts you; Until you visit the graveyards; No! You are going to know; Then no! You are going to know; No! If you only knew with knowledge of certainty...; You will surely see the Hellfire; Then you will surely see it with the eye of certainty; Then you will surely be asked that Day about pleasure. (Qur'an: Surah Al-Takathur; 102, 1-8)


Being 'playful' in life thinking that we were still young and far away from death is a 'dangerous game' because Allah SWT The Almighty could take our life at anytime...remember there's a Malay proverb saying "putik kelapa pun ada yang gugur" (young coconuts too fall down).


Remember even 'skillful' monkeys too fall from trees. Monkeys are coordinated physically and are well suited to a life of trees proving that they are skillful animals when it comes to climbing and swinging around on the branches of trees. But sometimes these monkeys while playing with on the tree slip and fall down. There is also a Malay proverb which reads: "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga" (as clever as the squirrel hops, it will, one day, eat dirt).  


Watching the people around us especially our youngsters we have to acknowledge that many are madly in the 'rat race chase' - their lives are only to fulfill their desires; they work, eat and play and have no time even to say 'thank you' (Alhamdulillah) to their Creator such as performing the 'solat'. 


Some people seemed like animals; Allah SWT says in the Qur'an: They are like cattle, who only think about what it eats, and does not think about the future and prepare for another life. They are not only like cattle but even worse, because cattle obey Allah in reasons of its creation. This is reflected in Surah al-Furqan where it says: "They are only like cattle - nay, they are even further astray from the Path - even worse than cattle." (Al-Qur'an 25: 44)


Nowadays people are heaping 'worldly pleasures' like mad. They do not care if they had to make loans which involved in 'haram' (prohibited) process such as 'riba' (usury), giving and receiving bribes or involved in money-laundering.  


Allah informs man about the insignificance and deceptive allure of the world in the Qur'an: "Know you (all), that the life of this world is but play and amusement, pomp and mutual boasting and multiplying (in rivalry) among yourselves, riches and children. Here is a similitude: how rain and the growth which it brings forth delight (the hearts of) the tillers; soon it withers; you will see it grow yellow; then it becomes dry and crumbles away. But in the Hereafter is a penalty severe (for the devotees of wrong). And forgiveness from Allah and (His) good pleasure (for the devotees of Allah). And what is the life of this world, but goods and chattels of deception? (Surat al-Hadid: 20)


True wealth belongs to those believers who never show an inner interest in possessions in this world and truly believe that only Allah gives everything to man. These are actually the really wealthy people in this world; they do not limit their lives to a mere 60-70 years. Believers engage in the best trade by obtaining paradise in exchange for this life. They prefer permanent instead of temporary wealth. Allah informs us about this in the following verse:


Allah has purchased from the believers their persons and their goods; for theirs (in return) is the Garden (of Paradise): they fight in His cause, and slay and are slain: a promise binding on Him in truth, through the Taurah, the Gospel, and the Qur'an: and who is more faithful to his covenant than Allah? Then rejoice in the bargain which you have concluded: that is the achievement supreme. (Surat at-Taubah: 111)


Subhanallah, nowadays we, especially our youth are now living in a comfort zone...hopefully we are not going to ZZZZZ (doze off) in this challenging era just like 'the fallen monkey'!

Sunday, October 9, 2022

12 Rabiulawal 1444: Asatizah hati-hati dalam percakapan, perbuatan (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Pesanan Nabi Isa a.s.

Nabi Isa a.s. bersabda, bermaksud: Bermula empat perkara tiada yang akan didapatkannya kecuali dengan usaha yang bersusah payah:

1

Diam daripada berkata-kata perkara-perkara yang membawa kejahatan dan perbuatan yang sia-sia dan ia merupakan permulaan daripada segala ibadat.

2

Berusaha merendahkan diri di dunia ini.

3

Memperbanyakkan zikir mengingati Allah Taala.

4

Sedikit mempunyai sesuatu harta kekayaan di dunia ini. (Sumber: Hidayah Januari 2012/Safar 1433)


"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan." (Surah At-Taubah, ayat 105) 

Nabi yang kita kasihi, Muhammad s.a.w. tidak makan dhab. Tetapi baginda tidak melarang umatnya makan dhab, Sehubungan itu dijadikan hukum boleh makan dhab. Nabi s.a.w. tidak solat sunat sebelum maghrib, tetapi tidak melarang sahabat melakukannya. Jadi boleh solat sunat sebelum maghrib.

Ulama adalah pewaris Nabi s.a.w. Orang kita menggelarkan golongan agamawan sebagai ustaz dan ustazah. Pada sepanjang zaman, perilaku (percakapan dan tindakan) ustaz dan ustazah (asatizah) menjadi perhatian dan ikutan masyarakat.

Sekarang ini masih musim kenduri (selepas berakhir era PKP). Pada hujung minggu, adalah orang buat kenduri kahwin, kenduri arwah, kenduri 'cukur jambul dan sebagainya'. 

Seorang ustazah melangsungkan perkahwinan anaknya. Di rumah ustazah ada pelamin berhias indah, dia mahu sandingkan anak perempuan dengan menantu baharunya. Pada hari 'langsung', anak dan menantu ustazah di pelamin 'ditepung tawarkan' dan 'direnjis-renjis'. 

Perkara ini berlaku di rumah ustazah, jadi orang kampung pun buat kesimpulan, bolehlah dirikan pelamin di khalayak ramai, termasuk di laman rumah, manakala pengantinnya direnjis-renjis dan 'ditepung-tawarkan'. Hai, bukankah ustazah yang buat, kata mereka, takkan mereka tak boleh pula. 

Seorang ustaz pula diundang ke majlis 'cukur jambul'. Apabila bayi 'disuakan' kepadanya, sang ustaz pun menggambil gunting dan menggunting sedikit rambut bayi lalu mencelupkan tangannya beserta helaian rambut tadi dalam air buah kelapa. Apabila ustaz membuat perkara itu, orang kampung pun membuat kesimpulan, boleh sahaja majlis cukur jambul cara sedemikian; kan ustaz yang buat... 

Demikianlah betapa kuatnya pengaruh golongan agamawan kepada masyarakat, kata seorang tokoh agama dalam majlis tazkirahnya yang saya hadiri baru-baru ini. 

Sehubungan itu beliau mengingatkan ustaz dan ustazah (asatizah) untuk berhati-hati dan cermat dalam sebarang tindakan mereka termasuklah dari segi percakapan supaya sentiasa sejajar dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Ini kerana percakapan dan tindakan mereka akan menjadi ikutan masyarakat. 

Sempena musim Maulidur Rasul sekarang ini, tokoh agama ini memberi peringatan kepada penganjur majlis sambutan supaya tidak berlebih-lebihan menyemarakkan karnival mereka misalnya meneruskan persembahan nasyid dan pelbagai pengisian lain sekalipun laungan azan bagi solat waktu sudah berkumandang di udara.

"Hentikan semua ini, sambutlah seruan azan dan utamakan untuk pergi solat," katanya. 

Hakikatnya, tiada hal yang lebih penting daripada memenuhi panggilan Illahi untuk solat apabila aungan azan kedengaran, lebih-lebih lagi pentas karnival adalah di sebelah masjid atau berkongsi kawasan dengan masjid. 

Beliau bimbang jika itu dilakukan, anak-anak muda akan membuat kesimpulan "bolehlah meneruskan program mereka sekalipun sudah kedengaran azan kerana ustaz dan ustazah pengelola karnival pun buat perkara yang sama." 

Demikianlah betapa kuatnya pengaruh ustaz dan ustazah hatta golongan agamawan lain seperti tok imam dan bilal dalam kehidupan masyarakat kita. 

Golongan agamawan dihormati, apa saja percakapan dan tindakan mereka dilihat sebagai 'pengesahan' (approval) untuk mereka melakukan sesuatu. 

Jadi adalah teramat penting untuk golongan agamawan berhati-hati dalam percakapan dan tindakan mereka.