Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
RenunganHadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah."
TERGELAK 'satu surau' yang saya kunjungi baharu-baharu ini apabila tok guru berkata; begitu mudah berlaku perceraian sekarang ini, salah satu sebabnya pembabitan orang ketiga termasuklah rakan lama yang ditemui di majlis-majlis 'reunion' (perjumpaan semula)..."hai kadang-kadang terjumpa semula bekas rakan setadika pun 'tersangkut'...apalah hal budak-budak sekarang ni..."
Ya, dengan kemajuan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), amat mudah untuk berhubung; ramai memanfaatkannya untuk mengumpulkan rakan-rakan lama sama ada di sekolah, universiti dan tadika, seterusnya mengatur majlis perjumpaan semula. Dahulu sukar mengatur 'reunion' tetapi tidak sekarang.
Ada banyak kebaikan 'reunion' ini seperti dapat menjalin semula persahabatan di samping mempereratkannya, tetapi 'ada juga keburukannya' bagi orang yang mencari kesempatan seperti 'memercikkan' kembali nostalgia percintaan lama apabila terjumpa bekas buah hati sedangkan si empunya diri sudah berumah tangga malah ada yang anak-anaknya 'sudah selori'.
Ya, pada majlis 'reunion' kerap benar kita 'tersilap' dalam pembawaan diri. Jika kita berusia 50 tahun, 'reunion' dengan bekas rakan-rakan sekolah dan universiti akan menyebabkan kita 'terawang-awangan' seakan-akan kita kembali ke zaman remaja itu, yang hakikatnya sudah berlalu lebih 30 tahun lalu.
Pada majlis ini, jika tidak dikawal dengan syariat agama, akan berlakulah perkara tidak diingini, maklumlah sebahagian besar daripada kita gagal menguasai diri (kita seolah-olah sudah kembali ke zaman muda kita) dengan mempamerkan perlakuan dan sikap seperti ketika remaja dulu seperti bertepuk tampar, ketawa berdekah-dekah, menyanyi secara terlalak-lalak, menghisap rokok dan yang lebih teruk lagi terbabit dalam minuman keras dan pergaulan bebas.
Jika kita hadir di majlis itu secara 'solo', dan kebetulan bertentang mata semula dengan bekas buah hati yang datang bersendirian sedangkan masing-masing sudah berumah tangga dan beranak pinak, tidakkah bibit-bibit lama akan kembali terbuka dan jika ia dilayan itulah permulaan kepada masalah...yang akhirnya membawa kepada porak-peranda sebuah keluarga.
Banyak orang boleh melupakan kisah lama, menyedari realiti di depan mata sekali gus 'mengnyahkan' godaan syaitan untuk 'bermain kayu tiga', namun banyak juga orang tewas terjelepok kerana terlalu menurutkan nafsu.
Pada peringkat awal diatur pertemuan rahsia, akhirnya tembelang terbongkar jua, akhirnya jatuh tersungkur mengheret diri dalam senarai ribuan pasangan yang memfailkan kes perceraian mahkamah syariah. Dilaporkan satu perceraian berlaku pada setiap 10 minit dengan lebih 50,000 perceraian direkodkan setiap tahun.
Kes perceraian tinggi di kalangan orang Islam ini sedikit sebanyak menjejaskan nama orang Melayu. Demikian lagi banyak hal negatif lain membabitkan orang Melayu seperti paling ramai menghuni Pusat Serenti, paling ramai miskin dan lebih malang lagi, 'tidak boleh dipercayai' sehingga ada ungkapan berbunyi 'janji Melayu'.
Saya bawakan hal-hal negatif mengenai orang Melayu ini apabila terkesan dengan kenyataan berani seorang saudara kita (baharu) di Radio IKIM tidak lama dahulu bahawa orang Cina takut masuk Islam kerana mereka menyamakannya dengan 'masuk Melayu'.
'Masuk Melayu' adalah sesuatu yang orang bukan Islam mahu elakkan. Mengapa begitu? Seorang saudara kita (daripada kaum Tiongkua) pernah mengadu kepada penulis sebahagian orang Melayu tidak mengamalkan ajaran agama sebaliknya memandang rendah dan menghina kefahaman saudara kita mengenai Islam.
Katanya, orang Melayu yang didampinginya mendakwa 'Islam mereka adalah yang terbaik' sedangkan selepas beliau mengikuti pelbagai kelas pengajian Islam, beliau mendapati sebahagian orang Melayu adalah Islam baka saja, mereka tidak pun menunaikan tuntutan agama.
Misalnya, katanya, ada perempuan Melayu berkata, bertudung (tutup aurat sepenuhnya) itu tidak wajib. Mereka ini bukan orang tidak pandai, malah ada daripadanya lepasan universiti. Mereka mendakwa, dalam Quran pun tiada perintah untuk orang perempuan bertudung.
Wanita itu berkata sebagai saudara baharu, dia menjadi 'confuse' (keliru). Kawan-kawan perempuannya berkata, "awak perlu ikut kami kerana kami lebih Islam daripada kamu! Kami lebih tahu pasal Islam berbanding kamu. Kami lebih dahulu Islam daripada kamu."
Begitu juga dalam amalan kehidupan lain, dakwanya. Sebahagian orang Melayu tidak beramal dengan kehidupan Islam. Sebagai contoh, dakwanya, bekas suaminya (wanita ini memeluk Islam ketika mahu berkahwin) sendiri bertindak menceraikan sesuka hatinya dan tidak mengikut ajaran Islam dalam soal seperti nafkah.
"Saya tahu Islam amat tekankan tanggungjawab suami atau bekas suami. Sepanjang perkahwinan, dia pun tidak mengajar saya pasal Islam. Selepas bercerai saya ingat mahu lepaskan Islam, tetapi mujurlah saya berpeluang pergi belajar ke PERKIM. Dahulu saya terumbang-ambing tetapi kini saya cuba cari cahaya kebenaran (nur) itu."
Katanya, orang Melayu tidak boleh dijadikan contoh sebagai pengamal Islam terbaik. Dalam kes penceraian saya, pegawai di pejabat agama pun mengenakan tekanan ke atas saya. Sebagai saudara baharu, saya terasa tersisih, orang Melayu tidak dapat menolong saya manakala orang Cina termasuk saudara-mara sudah lama menjauhkan diri, katanya yang membahasakan diri sebagai Nur.
Gambaran Melayu di kalangan orang bukan Islam sudah buruk sehingga mereka berani menyatakan mereka tidak memeluk Islam sebab tidak "tidak mahu masuk Melayu."
Jadi orang Melayu, perlulah ambil perhatian, termasuk janganlah jadikan majlis 'reunion' sebagai tapak untuk 'menyemarakkan cinta lama' yang dikhuatiri akan menambahkan kes perceraian, sekali gus menyebabkan orang bukan Islam menjauhkan diri daripada Islam kerana takut 'masuk Melayu'!

No comments:
Post a Comment