Sunday, March 4, 2018

Ke arah sistem 2 parti bagi kesejahteraan rakyat

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)

DARI segi politik, kebanyakan negara maju mengamalkan sistem dua parti. Misalnya, pilihan raya Presiden Amerika Syarikat yang berlangsung awal November setiap empat tahun melihat bagaimana sistem dua parti (Republikan dan Demokrat) mendominasi pemikiran rakyatnya. Di Britain pula parti dominan setiap kali adalah Parti Buruh dan Konservatif. 

Namun adalah silap untuk menyatakan hanya dua parti berkenaan sahaja yang bertanding. Di Amerika selain Republikan dan Demokrat, ada sejumlah parti lain seperti Vermont Progressive Party, Green Party, Libertarian Party dan calon Bebas, manakala di Britain, ada parti seperti Liberal Democrats, Democratic Unionist Party dan Sinn Fein.

Parti-parti politik memang banyak, tetapi sepanjang sejarah, hanya dua parti yang dominan. Keadaan ini memberi keuntungan kepada rakyat, persoalannya adakah Malaysia ketika ini juga layak ke arah sistem dua parti ini?

Kini dengan wujudnya Pakatan Harapan (gabungan KeADILan, DAP, Amanah dan Bersatu) yang kuat dapat menyediakan cabaran terhebat untuk Umno BN. Sepanjang sejarah tidak pernah wujud pakatan pembangkang sekuat ini, jadi sekarang adalah masa terbaik untuk negara dan rakyat menuju ke satu lagi tahap kematangan demokrasi - Pakatan Harapan dan Umno BN 'berentap keras' sebagai persiapan menyediakan yang terbaik untuk rakyat!

Dengan wujudnya pakatan pembangkang yang kuat, tidak bolehlah lagi Umno BN mendendangkan lagu-lagu lamanya.  Melalui PRU ke-13 lalu (Mac 2013) di mana pakatan pembangkang meraih 52 peratus undi popular, jelas rakyat sudah muak dengan propaganda murahan mereka. 

Rakyat pada alaf baru ini, terutama generasi muda adalah kaya maklumat yang tidak lagi mendapat menerima slogan-slogan murahan seperti 'BN menang rakyat senang', 'Selamat, Aman dan Makmur' serta 'Umno - dulu, kini dan selamanya'. 

Rakyat bukan lagi dapat didendangkan dengan filem-filem Hindustan yang melekakan sebaliknya mahukan bukti. Sebagai contoh, jika 'BN menang rakyat senang', betulkan rakyat boleh senang pada ketika harga barangan, tol dan minyak semakin meningkat pada era GST ini?

Apabila rakyat menolak propaganda murahan mainan Umno BN dengan menafikan majoriti dua pertiganya di Parlimen di samping berkuasa di sejumlah negeri, kini terbukalah ruang kepada sistem politik dua parti di negara ini seperti diamalkan negara maju, Amerika Syarikat dan Britain.

Dengan perikatan rakyat melalui PRU ke-13 lalu menguasai 82 kerusi Parlimen berbanding 140 oleh (Umno BN), kedua-dua pihak mempunyai kekuatan hampir seimbang.

Dalam senario begini, perikatan rakyat bila-bila saja boleh menjadi pemerintah, dan pemerintah bila-bila masa saja boleh menjadi pembangkang apabila berlaku 'cross over'. PRU ke-14 yang akan dilangsungkan dalam masa terdekat ini, bakal menyaksikan pertarungan sengit dua kumpulan ini (Pakatan Harapan dan BN).

Sesuai dengan negara kita yang mahu mencapai status negara maju pada 2020, persiapan wajar dilakukan ke arah sistem dua parti. Bukan parti saja perlu dievolusikan (seperti meniadakan sebutan parti pemerintah dan pembangkang), tetapi dalam hampir semua bidang kehidupan termasuk pendidikan.

Misalnya, universiti perlu dibebaskan daripada cengkaman politik kepartian sebaliknya dijadikan pusat keilmuan dan keintelektualan. Hapuskan kegiatan pantau memantau yang hanya menjejaskan kesuburan keintelektualan sebaliknya menjumudkan modal insan (siswazah).

Ketakutan dan kejumudan dalam bidang media massa juga perlu dihapuskan. Apabila negara menuju kepada sistem dua parti, media massa perlu bebas dalam laporan mereka. Tidak timbul lagi isu media massa menjadi budak suruhan BN, tetapi ia bebas memberi liputan kepada kedua-dua pihak kerana yang dipentingkan wibawa dan 'track record' calon dan parti. Media massa Amerika dan British mungkin dapat dijadikan sempadan.

Ketakutan dan fobia di kalangan rakyat juga perlu dihapuskan. Slogan-slogan seperti 'Hanya BN mampu memerintah', 'pembangkang cetus huru-hara' dan ugutan 'kalau pembangkang menang, rakyat makan ubi kayu' perlu dihapuskan daripada minda rakyat. Sehubungan itu melalui kemenangannya pada PRU di negeri-negeri tertentu, gabungan pembangkang sudah membuktikan kemampuan mereka memerintah lebih baik daripada BN.

Apabila sudah membuktikan kemampuan, gabungan ini akan menggantikan BN sebagai pemerintah termasuk di peringkat Pusat. Perkembangan ini akan membawa kepada kewujudan sistem dua parti yang menjadi amalan negara maju. Setiap parti akan berusaha memberi yang terbaik kepada rakyat. 

Apabila gagal, mereka akan disingkirkan pada pilihan raya berikutnya. Perkembangan ini akan mewujudkan perimbangan (check and balance), memberi keuntungan kepada rakyat sepanjang masa. Inilah ciri-ciri negara maju idaman semua!

1 comment:

Elah bali said...

Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada Aky Mankubono berkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki beberapa Restoran ternama di Surabaya mengatakan ”Aky Mankubono Saya dulu seperti orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn Aky Mankubono yang dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN !!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700 jt dihadapan saya. jika mau bukti atau hbu no 0852 0333 3887  ATU KILK DISIINI 2D 3D 4D 5D 6D
SAYA//INI KISAH NYATA TERIMA KASIH