***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***
KETIKA penulis berkunjung ke Dumai dan Pekanbaru di provinsi Riau pada 6-10 Mac lalu, terasa akan bahang pilihan raya negara Indonesia. Negara jiran ini kini sibuk dengan pemilihan kepala daerah (Pilkada).
Pilkada ini akan diikuti 17 provinsi, 115 kabupaten, dan 39 kota dan diawasi oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU). Koran (akhbar) Indonesia kini sarat dengan laporan mengenai Pilkada; ketika menatap Tribun Pekanbaru (tanggal 9 Mac 2018) saya tertarik dengan rangkap-rangkap pantun ini dalam akhbar itu:
Ada berani ada pengecut,
ada pembangkang ada pak turut,
ada perasa ada tebal muka,
ada tabah ada goyah,
ada senonoh ada berlecoh.
Demikianlah, di mana-mana pun termasuklah di negara kita wujud watak-watak yang dinyatakan. Pembaca nilailah sendiri siapa di kalangan politikus kita yang dikatakan sebagai pemberani, pengecut, pak turut, tebal muka dan sebagainya.
Politikus pun perlu sedar diri sendiri akan karektor dan sifat masing-masing, Misalnya sama ada mereka perasa atau tebal muka. Yang perasa awal-awal lagi sudah sedar akan hakikat diri tetapi yang tebal muka walaupun sudah berkoyan salah laku dipapar atau dituduh, dia masih 'buat dek' *tak tahu) saja. Katakan apa pun, wajah dan reaksi mereka 'stone' saja (macam batu).
Di Indonesia, satu perkembangan menarik penulis perhatikan adalah 'ketajaman' serta 'keberanian' akhbarnya membuat dan menyiarkan kritikan. Pandangan pembaca yang berterus-terang juga dimuatkan.
Namun demikian, di negara kita antara kongkongan kerajaan Umno BN yang masih belum 'dimerdekakan' adalah media massa. Hakikatnya, 'kebebasan' media massa adalah penting dalam membuat perubahan.
Pengamalan media massa Indonesia bukan saja berperanan penting ke arah perubahan bagi menjatuhkan diktator Suharto pada pengakhiran abad lalu malah sehingga kini termasuklah ketika berlangsungnya pilihan raya.
Perubahan termasuk dalam bidang media perlukan komitmen semua pihak, sehubungan itu rakyat perlu bekerja kuat bagi 'membebaskan' media massa daripada belenggu Umno BN.
Mengakhiri kongkongan pemerintah Umno BN ke atas media bertepatan dengan perkembangan semasa kerana selama ini media arus perdana bagaikan 'kuda tunggangan' mereka.
Kepada semua petugas media massa di tanah air kita, bangkitlah daripada 'tidur nyenyak dan panjang' kerana ramai pemimpin tertinggi Umno BN tidak mempercayai anda...mereka 'mempermain-mainkan' dan 'memperkudakan' anda untuk kepentingan nafsu serakah masing-masing...anda hanya berguna apabila diperlukan, apabila anda 'tidak berguna lagi' mereka mencampakkan anda ke dalam tong sampah.
Ya, wahai petugas media...tunggu apa lagi? Lakukanlah perubahan...marilah kita bersama-sama mengakhiri belenggu Umno BN. Jika anda mahukan contoh, media massa Indonesia boleh dijadikan teladan. Ketika zaman Suharto mereka seolah-olah 'penjilat' tetapi pada akhir pemerintahan diktator ini mereka 'berpusing 360 darjah'.
Dulu media Indonesia tidak berani menjalankan peranan ‘check and balance’, kerja mereka banyak mengampu atau menjadi ‘yesman’ atau jurucakap pemerintah sahaja. Bagaimanapun selepas kebangkitan rakyat, media massa berubah mendadak, daripada pro-rejim Suharto mereka menjadi pro-rakyat.
Media terutama akhbar menyuntik dan menaikkan semangat rakyat untuk menuntut keadilan bagi semua. Suharto akhirnya tumbang bagi membolehkan pilihan raya yang dianggap telus diadakan membawa kepada kepada pemilihan tokoh seperti BJ Habibie, Gus Dur, Megawati Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan kini Jokowi sebagai Presiden.
Demikian juga jika dikaji perkembangan media massa tanah air sebelum negara mencapai kemerdekaan. Akhbar-akhbar awal Tanah Melayu seperti Jawi Peranakan, Majlis dan Utusan Melayu sendiri menyemarakkan semangat anak watan ke arah pembebasan daripada belenggu penjajahan.
Pada ketika negara-negara dunia mengorak langkah ke arah kebebasan maklumat, pemerintah Umno BN mahu 'memperbodoh' rakyat melalui media massanya tunggangannya. Jadi tunggu apa lagi wahai petugas media, 'berpusinglah' 360 darjah seperti media Indonesia!
No comments:
Post a Comment