DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud; "Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekali gus daripada (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu bertanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan akan menyesatkan orang lain." (HR. Muslim)
TIDAK lama dahulu saya menerima e-mel ini. Selepas menelitinya, saya berpendapat baiklah saya menyiarkannya untuk manfaat bersama. Jika ada kesilapan dan fakta tidak tepat saya memohon seribu kemaafan.
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'perubatan melalui al-Quran'.
Kajian perubatan melalui al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam kitab suci itu. Antara kaedah-kaedah yang digunakan adalah berpuasa, penggunaan madu lebah dan biji hitam (black seed).
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.
Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam...begitulah keagungan ciptaan Allah.
Orang yang tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Petua Imam Shafie
4 perkara untuk sihat
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian daripada kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Cara tidur
1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur para ulama dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
No comments:
Post a Comment