Thursday, September 9, 2021

Safar 2, 1443: Adakan 'program muda' di masjid... (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


Pesanan Nabi Isa a.s.


Nabi Isa a.s. bersabda, bermaksud: Bermula empat perkara tiada yang akan didapatkannya kecuali dengan usaha yang bersusah payah:


1. Diam daripada berkata-kata perkara-perkara yang membawa kejahatan dan perbuatan yang sia-sia dan ia merupakan permulaan daripada segala ibadat.


2. Berusaha merendahkan diri di dunia ini.


3. Memperbanyakkan zikir mengingati Allah Taala.


4. Sedikit mempunyai sesuatu harta kekayaan di dunia ini. (Hidayah Januari 2012/Safar 1433)



DALAM satu kelas pengajian di masjid berhampiran rumah saya tidak lama dahulu, ustaz menimbulkan kerisauan hampir tiada golongan muda yang bersolat jemaah apatah lagi mengikuti tazkirah di rumah Allah itu. Beliau berkata jemaah yang ada, dilahirkan pada tahun-tahun 1930-an, 40-an, 50-an tetapi yang dilahirkan pada 1960-an, 70-an, 80-an dan seterusnya hampir tiada.


Ertinya rumah Allah hanya diimarahkan oleh jemaah golongan veteran, orang pencen; jadi persoalannya di mana orang-orang muda berada pada waktu antara maghrib dan isyak itu? Apakah mereka berada di rumah menghadap televisyen, di kedai kopi, berpeleseran di pasar malam, pusat membeli-belah dan hiburan atau lebih teruk berada di tempat maksiat?


Sedih, sedih, ungkap ustaz itu. Apa nak jadi dengan masyarakat kita hari ini, terutama generasi muda? tanyanya. Jika ke masjid pun tak datang, bagaimana mereka nak bawakan bacaan berzanji yang kini menjadi rutin setiap malam di sesetengah masjid sekarang ini menjelang Maulidur Rasul?


Beliau kemudian melagukan sebahagian bacaan berzanji itu, sungguh mendayu-dayu, menusuk ke dalam kalbu. Namun seperti ramai di kalangan generasi berusia pertengahan dan muda hari ini, saya tiada berkemampuan untuk melakukan apa diaksikan oleh ustaz lagu apatah lagi memahami maksud bacaannya. Menurut ustaz itu, pada zaman mudanya, pada musim maulud, masjid akan dimakmurkan oleh anak-anak muda belajar berzanji dan kemudian pada malam-malam hari menjelang Maulidur Rasul akan melagukan bacaan itu beramai-ramai.


Namun bagi sesetengah orang daripada generasi baru, bacaan berzanji inilah antara faktor yang menjauhkan diri mereka daripada masjid. Apa tidaknya, ketika membaca beramai-ramai itu, apabila kitab dihulurkan kepada jemaah seorang demi seorang, akan 'terketak-ketak' (terketar)-lah mereka yang tak mahir atau lebih malang tidak tahu. Almaklumlah pada zaman mereka (ketika tulisan jawi hampir dikuburkan pada tahun 60 dan 70-an), bacaan berzanji itu tidak ada dalam kamus kehidupan mereka.


Pada suatu majlis ilmu (tazkirah) yang lain, saya mengambil kesempatan bertanyakan ustaz yang terbabit; apakah dibolehkan kita gantikan majlis bacaan berzanji itu dengan program-program yang menjadi kesukaan anak-anak muda untuk menarik mereka ke masjid. Apa kata diadakan konsert dengan penyanyinya membawakan lagu-lagu kerohanian seperti persembahan Maher Zain? Maksud saya, konsertnya di luar masjid, takkan dalam masjid.


Ustaz nampaknya agak sukar untuk menjawab soalan ini, beliau meminta tangguh untuk merujuk kepada kitab-kitab dan ulama lebih arif, tetapi menyatakan bacaan berzanji seperti diamalkan di sesetengah masjid itu tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w. malah sahabat-sahabat baginda dan ilmuan Islam awal. Namun beliau berkata adalah baik untuk menganjurkan majlis-majlis kesukaan anak-anak muda yang direstui Allah bagi mengikat mereka ke masjid.


Pencarian saya di Wikipedia, menyatakan berzanji atau barzanji adalah suatu doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. yang dilafazkan dengan suatu irama atau nada yang biasa dibacakan ketika majlis akikah, khatan, perkahwinan dan Maulidur Rasul. Isi berzanji menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad, yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi rasul.


Nama Berzanji (Barzanji) diambil daripada nama pengarangnya yaitu Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir di Madinah pada tahun 1690 dan meninggal dunia pada tahun 1766. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Karya tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd al-Jawahir (Bahasa Arab, bererti kalung permata) yang disusun untuk meningkatkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad saw, meskipun kini nama penulisnya yang lebih dikenali.


Ustaz itu berkata, adalah lebih baik untuk seseorang itu mengerti seterusnya memahami apa-apa yang dibaca dalam majlis berzanji itu. Namun apa yang berlaku, kebanyakan pembaca tidak memahaminya walaupun bacaannya ternyata begitu syahdu dan menusuk kalbu.


Itulah kata ustaz itu, membaca dengan tidak mengerti maksudnya seterusnya mengambil iktibar untuk diterapkan dalam kehidupan akan menjadikan bacaan itu majlis rutin tahunan; sebahagian kita terus gagal mengubah kehidupan kita ke arah lebih baik apatah lagi mantap dengan nafsu mutma-innah menjelang hari kematian kita yang entahkan hari ini, esok, lusa atau setahun, dua tahun, 10 tahun dan seterusnya.

2 comments:

REDZUAN SARINA said...

nama saya Redzuan Sarina Binti dari PULAU PINANG,
MALAYSIA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Rossa kerana membantu saya mendapatkan pinjaman. selama tiga bulan, saya telah mencari pinjaman untuk melunaskan hutang, setiap orang yang saya temui ditipu dan mengambil wang saya sehingga akhirnya saya melihat kisah Cik Masitah Ayob dan alamat laman web syarikat yang dikongsinya. Syarikat kemudian memberi saya pinjaman sebanyak RM470,000 yang saya minta. syarikat juga dapat membantu anda. kerana syarikat itu juga telah menolong beberapa rakan saya yang lain. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, sila hubungi syarikat ROSSA FINANCE melalui e-mel: Rossastanleyloancompany@gmail.com
Syarikat itu tidak mengetahui bahawa saya melakukan ini dengan menyebarkan niat baik syarikat kepada saya, tetapi saya merasakan saya harus membagikannya kepada anda semua untuk membebaskan diri daripada penipu, berhati-hati dengan peniru dan hubungi syarikat pinjaman yang betul. Berikut adalah kata-kata semangat bagi mereka yang mencari pemberi pinjaman peribadi yang jujur ​​dan jujur.
"jika anda memerlukan pinjaman untuk membayar kredit dan hutang? Adakah anda memerlukan kewangan untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk melaksanakan projek besar? Adakah anda memerlukan pinjaman kuliah? Adakah anda memerlukan dana untuk pelbagai tujuan lain? ? Inilah e-mel saya untuk sebarang pertanyaan mengenai ibu rossa,
e-mel saya: redzuansarinabinti2020@gmail.com
nombor saya + 601616345654
E-mel ibu rossa: Rossastanleyloancompany@gmail.com
syarikat rossa Call / text / WhatsApp: +1 (213) -315-3118
Laman web: www.rossastanleyloan.org
Twitter rasmi: Rossastanlyloan
Facebook rasmi: Rossa Stanley Favor

"ISKANDAR LENDERS" said...

Kami di sini untuk menyediakan pinjaman antara minimum $10,000.00 hingga maksimum $100,000,000.00, iaitu jika anda ingin memohon dalam dolar. Walaupun anda dari Indonesia, anda boleh memohon pinjaman sekurang-kurangnya Rp 100juta. maksimum Rp 25 bilion jadi walaupun anda dari Malaysia anda boleh memohon pinjaman minimum Rm 30k dan maksimum Rm 850k. Anda juga boleh memohon dalam mata wang lain yang tidak disebutkan di atas, kami sentiasa di sini untuk menyediakan pinjaman yang anda perlukan untuk menampung semua perbelanjaan kewangan anda pada kadar yang sangat rendah, kerana kami telah melakukan ini selama bertahun-tahun dan ia telah berjaya dan bermanfaat untuk kedua-duanya. pemberi pinjaman dan peminjam, jadi kami ada testimoni di mana-mana<<<<>> >> Testimoni terakhir Farouk dari Malaysia dengan jumlah RM 2.3 juta dan juga Indra dari Indonesia dengan jumlah Rp 570 juta, jadi tolong jangan' t mengetepikan transaksi yang sangat mesra kepada pelanggan ini<<<<<>>> >>>>

Butiran Perhubungan Ada Di Bawah

Company name: ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY
e_mail::>[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp::[+6282274045059]