Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)
IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN
SELEPAS PENCEN (usia 55 tahun pada 17 Februari 2017) penulis (LanH) berusaha menambah pendapatan dengan menjual buku terpakai (second hand) daripada koleksi sendiri. Semoga penulis LanH mendapat kebarakahan daripada usaha ini yang juga bertujuan untuk berdakwah. Untuk makluman, penulis tidak mahir dalam dunia IT, jadi hebahan ini dibuat seadanya. Sila lihat paparan sisi untuk urusan pembayaran dan sebagainya. Alamat e-mel: Lanh14@gmail.com
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
DALAM kembara berkapcai solo saya ke negeri-negeri utara Semenanjung baru-baru ini, ketika berada di Kedah saya berkesempatan solat berjemaah maghrib-isyak dan subuh di Masjid Kubang Siam, Alor Janggus, kira-kira 10 kilometer di utara Alor Setar.
Satu ciri menarik saya lihat dalam masjid ini adalah mimbarnya yang tirus (kurus) dan meninggi yang seakan-akan mencontohi mimbar Masjid Nabawi di Madinah. Mimbar jenis ini dapat 'menyelamatkan' banyak ruang solat. Saya amat-amati kedudukannya di sisi kanan ruang depan masjid hanya 'mengambil kedudukan' enam orang saja iaitu dua jemaah pada setiap saf (baris) daripada tiga saf.
Namun di kebanyakan masjid, mimbarnya adalah daripada jenis yang 'besar-besar belaka' dan berhias serta berukiran mewah yang kadang-kadang menutupi kawasan ruang solat yang agak besar - malah ada yang menyebabkan satu atau dua saf di bahagian depan tidak dapat digunakan atau terputus saf yang jauh jaraknya.
Dalam salah satu kuliah subuh yang saya ikuti baru-baru ini, ustaz mengulas mengenai pembaziran dan perhiasan melampau di sesetengah masjid yang akhirnya menyebabkan masjid 'lari' daripada matlamat asalnya itu sebagai tempat untuk membesar serta mengagungkan Allah SWT - apabila ada binaan seperti mimbar yang hebat dan dekorasi lain yang mempersonakan, hati pengunjung akan dilekakan kepada sesuatu yang berbentuk duniawi pula.
Sambil mengulas demikian, beliau menunjuk kepada mimbar masjid dan bertanya...agak-agaknya berapa kos pembinaan mimbar ini...ada RM60,000 tak? Bukankah jumlah ini agak besar, alangkah molek jika wang sebegini banyak digunakan untuk menyantuni orang miskin dan bagi menjayakan pelbagai projek kemanusiaan lain.
Seterusnya, ustaz 'melepaskan tembakannya' lagi apabila memberi komen terhadap pembinaan masjid-masjid yang gah-gah seperti Masjid Kristal di Terengganu yang nyata telah menyimpang daripada tujuan dan matlamat sebenar pembinaan rumah Allah. "Adakah tujuan kita membina masjid untuk mendapatkan 'kegahan' saja - orang datang untuk mengambil gambar selepas itu berlalu saja tanpa didirikan solat di dalamnya?
Beliau lantas membacakan ayat-Quran (Surah At-Taubah, ayat 108) mengenai pembinaan masjid pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Masjid Quba' yang bermaksud: “Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih."
Ustaz berkata, alangkah baiknya jika kita dapat menjinakkan orang miskin dengan masjid...ya jadikan si miskin terhibur dengan masjid. Katanya, disebabkan 'kemiskinannya' yang memerlukan seseorang itu bekerja keras mencari rezeki siang malam menjadikan mereka antara golongan yang paling kurang ke masjid.
Katanya, sebahagian besar daripada 'orang masjid' terdiri daripada golongan pertengahan...selain orang terlalu miskin, masjid juga kurang dikunjungi oleh si kaya apatah lagi yang berkuasa dan berpangkat besar...sama seperti orang miskin mereka juga sibuk dengan hal keduniaan. Namun kalau ada orang kaya dan ternama menjadi kaki masjid, dia memang 'orang spesial'!
Bagi memikat si miskin, kata ustaz, janganlah kita terlalu melampau-lampau dalam pembinaan masjid dan menghias-cantiknya dengan kosnya terlalu tinggi. Sebaliknya wang itu boleh disalurkan untuk membangunkan masyarakat termasuklah menjayakan projek menyantuni orang miskin agar rapat dengan masjid.
Alhamdulillah, sekarang ini semakin banyak masjid ada 'kiosk' (tempat khas) di mana barang-barang keperluan harian seperti beras, tepung, minyak dan gula diletakkan untuk diambil secara percuma oleh orang yang memerlukan, kata ustaz.
Usaha ini diharapkan dapat 'menghiburkan' orang kurang berada untuk 'merapatkan' diri ke masjid, insya-Allah ia dapat memberi manfaat kepada semua demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment