Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)
IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN
SELEPAS PENCEN (usia 55 tahun pada 17 Februari 2017) penulis (LanH) berusaha menambah pendapatan dengan menjual buku terpakai (second hand) daripada koleksi sendiri. Semoga penulis LanH mendapat kebarakahan daripada usaha ini yang juga bertujuan untuk berdakwah. Untuk makluman, penulis tidak mahir dalam dunia IT, jadi hebahan ini dibuat seadanya. Sila lihat paparan sisi untuk urusan pembayaran dan sebagainya. Alamat e-mel: Lanh14@gmail.com
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
PILIHAN raya umum lalu (PRU-13) menyaksikan lebih 50 peratus pengundi memilih Pakatan Rakyat (5.5 juta pengundi berbanding BN 5.2 juta pengundi berdasarkan undi popular) tetapi berdasarkan sistem pilihan raya negara, Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan tanpa kehadiran PAS tetapi penyertaan baru Amanah dan Bersatu ) hanya menghantar 89 wakil ke Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi manakala BN mempunyai 133 wakil.
Menyedari undi (sokongan rakyat) kepadanya kian lama kian merosot, untuk menghadapi PRU-14 yang mesti diadakan dalam tempoh setahun ini, pemerintah Umno BN menggunakan pelbagai helah bagi mengekalkan kemenangan (mahu menang dulu, kini dan selamanya) termasuk melakukan persempadan semula kawasan pilihan raya.
Berdasarkan sejumlah ceramah politik penulis hadiri baru-baru ini termasuk ceramah anjuran Amanah di Bukit Katil, Melaka pada 26 Mac lalu yang menampilkan sejumlah tokoh termasuk Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, salah satu pendekatan utama bagi menumbangkan Umno BN adalah mengerakkan tsunami rakyat.
Di atas kertas, gerakan persempadan semula seperti memindahkan atau memasukkan kawasan kuat penyokong pembangkang ke sesebuah kawasan Parlimen atau Dun yang dimenangi besar pembangkang pada PRU lalu, misalnya di Melaka sebagaimana disebut penceramah dari Parlimen Bukit Katil (pada PRU-13 dimenangi KEADILAN) ke Parlimen Kota Melaka (dimenangi DAP) akan menyebabkan kemungkinan besar Umno BN akan kembali merampas Parlimen Bukit Katil yang dengar khabar akan ditukar namanya!
Tetapi menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dengan mengerakkan tsunami rakyat iaitu rakyat daripada pebagai kaum dan parti tidak kiralah di kalangan orang Melayu, Cina, India dan sebagainya serta ahli serta penyokong parti pemerintah (seperti Umno, MCA dan MIC) dan pembangkang untuk mengundi pakatan pembangkang, percayalah pemerintah Umno BN akan 'bungkus' pada PRU-14 ini!
Persoalannya di sini bagaimana mahu mengerakkan 'seluruh rakyat (pengundi)' untuk tidak mengundi Umno BN pada PRU-14 nanti? Salahuddin dalam ceramahnya membayangkan perkara itu dengan mengingatkan rakyat supaya tidak menyokong (termasuk memberi undi) kepada pemimpin yang melakukan kezaliman. Ya, jangan bersama pemimpin zalim, nanti kita akan disambar api neraka, kata Salahuddin yang membaca petikan ayat Quran dan terjemahannya.
Jika 'orang besar' Umno BN sendiri (termasuk tokoh seperti Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yasin) sudah sedar kezaliman pemimpinnya, 'orang kecil' tunggu apa lagi - sekurang-kurang pada PRU jangan undi pemimpin Umno BN sebaliknya beri kepercayaan kepada pakatan pembangkang!
Bagi kita, melakukan persempadan semula kawasan pilihan raya dengan tujuan untuk 'menang, dulu, kini dan selamanya' itu adalah satu bentuk kezaliman. Kaedah Machiavelli (matlamat menghalalkan cara) tidak dapat diterima sama sekali. Selain itu, ada pelbagai lagi dakwaan seterusnya pembuktian perkara meragukan dalam pengendalian pilihan raya seperti wujudnya pengundi hantu (disyaki membabitkan warga asing).
Jika pada PRU-13 lalu, sesetengah 'pihak yang sakit' menuduh berlaku tsunami Cina yang menyebabkan tokoh seperti bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas di Bukit Katil, pada PRU-14 ini, kini keseluruhan rakyat perlu digerakkan untuk menjayakan 'tsunami rakyat' bagi mengakhiri sebuah rejim yang kian hari kian korup iaitu Umno BN.
Ya sekarang ini perlu digerakkan 'tsunami rakyat (pengundi)' tidak kira di mana mereka berada sama ada di kubu kuat Umno seperti Johor atau rantau simpanan tetap Umno-BN seperti Sabah dan Sarawak.
Rakyat daripada pelbagai bangsa dan parti kini perlu bertaut di bawah sebuah payung baru bagi membina kekuatan bagi melahirkan sebuah negara bangsa yang bersih daripada perasaan curiga mencurigai sesama sendiri.
Salah satu jalan keluarnya adalah dengan tidak lagi memberi muka kepada pemimpin pengkhianat (menelan berbilion-bilion ringgit hasil kekayaan negara) dan rasis - merekalah yang sebenarnya perlu ditentang oleh rakyat tidak kira apa parti, ideologi politik, bangsa dan agama mereka!
No comments:
Post a Comment