Tuesday, April 18, 2017

Apabila padang permainan rakyat 'dirampok'...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32

IKLAN               IKLAN             IKLAN           IKLAN        IKLAN         IKLAN 
SELEPAS PENCEN (usia 55 tahun pada 17 Februari 2017) penulis (LanH) berusaha menambah pendapatan dengan menjual buku terpakai (second hand) daripada koleksi sendiri. Semoga penulis LanH mendapat kebarakahan daripada usaha ini yang juga bertujuan untuk berdakwah. Untuk makluman, penulis tidak mahir dalam dunia IT, jadi hebahan ini dibuat seadanya. Sila lihat paparan sisi untuk urusan pembayaran dan sebagainya. Alamat e-mel: Lanh14@gmail.com
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
"USAHA mencungkil bakat baru dalam sukan bola sepak perlu bermula dengan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan ia harus dibuat secara berterusan."

Demikian tegas legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh pada majlis penyampaian hadiah karnival Bola Sepak Perpaduan 7 Sepasukan Bawah 12 Tahun bagi merebut Piala Datuk Santokh Singh 2017 di padang Seksyen 7 Kota Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ketika perubahan pucuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekarang ini, sukacita saya mencuri sejenak masa pembaca dengan pandangan bernas Santokh Singh, bekas pemain pertahanan bola sepak tersohor Malaysia pada ketika saya meniti usia remaja yang gilakan permainan ini pada tahun 1980-an dulu.

Ya, kita perlu mencari bakat-bakat baru bola sepak malah apa jua jenis sukan kerana kita tidak boleh mengharapkan 'magik' (seperti kata seorang pengawai sukan berhubung perubahan pucuk kepimpinan FAM) bahawa mutu sukan seperti bola sepak negara kita akan 'menjulang tinggi' secara tiba-tiba - kita perlu bermula daripada bawah, anak-anak perlu dibimbing kerana pada diri mereka inilah harapan kita pada masa depan.

Malangnya persekitaran anak-anak kita tidak selaras dengan apa yang kita mahu lahirkan. Jika kita membuka mata, melihat persekitaran, kita akan nampak anak-anak tidak mempunyai 'akses' kepada padang permainan. Di kawasan perumahan saya, anak-anak terpaksa membersihkan kebun orang - menjadikannya padang bola dengan gawang golnya bertiangkan buluh. Maka bermainlah anak-anak itu dalam keadaan serba daif...janji mereka dapat main setiap petang; persoalannya jika mereka mempunyai bakat pun siapa dapat mengetengahkan mereka?

Kira-kira 15 tahun lalu, anak-anak di kawasan perumahan saya mempunyai padang permainan iaitu milik sekolah kebangsaan kampung sama seperti di kebanyakan sekolah rendah lain. Tetapi ketika itu zaman Kementerian Pendidikan 'gila' membina makmal komputer, jadi banyaklah padang sekolah menjadi korban.

Bangunan makmal dibina di atas tanah padang, tidak kurang juga blok bangunan kelas murid-murid...jadi banyaklah sekolah rendah sekarang ini tiada padang atau jika ada pun, padang itu sudah menjadi kecil. Jika dulu, keluasannya boleh menampung permainan bola sepak sekarang ini sudah menjadi separuh. Jika dulu, larian pecut 100 meter dapat diadakan sekarang ini 50 meter saja!

Jika padang tiada, bagaimana anak-anak mahu bersukan? Demikianlah zaman sudah berubah, pihak berkuasa dalam kerakusan mengejar kemajuan kononnya, mengorbankan satu sisi yang sangat penting iaitu membina jasmani anak-anak termasuklah dari segi pembangunan sukan. 

Budak-budak sekolah sekarang ini nampaknya semakin 'lembik' (terlalu banyak menghabiskan masa dengan gajet) dan terlebih dimanjakan. Mereka tidak selasak anak-anak zaman dahulu yang dalam sukan bola sepak melahirkan insan-insan seperti Santokh Singh, Mokhtar Dahari dan Soh Chin Aun.

Benar sekarang ini kita ada sekolah sukan, tetapi secara keseluruhannya sekolah kita gagal melahirkan juara sukan. Antara sebabnya, kemudahan utama sukan seperti padang semakin pupus. Banyak sekolah rendah sekarang ini tiada padang, dan jika mahu dianjurkan hari sukan, terpaksalah guru-gurunya menebalkan muka, membuat permohonan mengadakan sukan di sekolah berdekatan terutama di sekolah menengah.

Jika sekolah tiada padang; kawasan atau padang permainan di taman-taman perumahan juga diambil dengan rakus oleh pihak tertentu untuk tujuan pembangunan. 'Kawasan hijau' (green belt) semakin banyak dimusnahkan, rumah-rumah dan kedai dibina, tetapi di manakah padang permainan untuk anak-anak mengasuh bakat dalam sukan dan dalam kes bola sepak, medan awal bagi melahirkan pengganti Santokh, Mokhtar dan Chin Aun?

Benar negara kita sedang bergerak ke status negara maju pada 2020 seperti dicanangkan pemimpin negara, tetapi alangkah ironinya setiap petang saya melihat anak-anak di kawasan perumahan saya menyepak bola di padang 'botak' (berdebu dan tiada rumput) dengan tiang golnya dibikin daripada buluh! Jika demikian keadaannya saya bimbang mutu bola sepak (sukan) kita akan kekal di tahap dulu, kini dan selamanya!

No comments: