Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)
IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN
SELEPAS PENCEN (usia 55 tahun pada 17 Februari 2017) penulis (LanH) berusaha menambah pendapatan dengan menjual buku terpakai (second hand) daripada koleksi sendiri. Semoga penulis LanH mendapat kebarakahan daripada usaha ini yang juga bertujuan untuk berdakwah. Untuk makluman, penulis tidak mahir dalam dunia IT, jadi hebahan ini dibuat seadanya. Sila lihat paparan sisi untuk urusan pembayaran dan sebagainya. Alamat e-mel: Lanh14@gmail.com
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
KETIKA 'berkapcai' solo di negeri-negeri utara Semenanjung baru-baru ini, suatu hari saya menghabiskan masa panjang di sebuah masjid di Perak menunggu hujan teduh. Selepas solat zuhur berjemaah, saya mencari 'port baik punya' dan mula membaca al-Quran.
Ketika saya mengaji, seorang lelaki yang macam 'seorang syeikh' datang dan mengganggu konsentrasi saya. Saya merungut dalam hati...apa punya orang ni, kalau pun ada hal penting tunggulah sampai saya selesai membaca al-Quran.
Saya memberhentikan bacaan, bertanya "apa hal" kepada lelaki kurus berjambang dan berjubah itu. Dia bertanya khabar, dan kemudian mula 'berdakwah' pada saya. Dia mengingatkan akan perkara sama yang diulang-ulang oleh ahli sebuah pergerakan dakwah - "marilah kita keluar tiga hari, 40 hari atau empat bulan untuk berdakwah."
Apabila diajak berbual-bual maka saya pun layanlah 'pak sheikh' itu. Satu pertanyaannya mengejutkan saya..."adakah awak melarikan diri dari rumah?" selepas saya memberitahunya saya sudah mengembara dari Melaka ke KL, kemudian ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan seterusnya ke Perlis dengan sebuah 'kapcai'.
Saya tidak menjawab pertanyaannya itu, sebaliknya dia pula menceritakan hal dirinya. Katanya, dia kini banyak menghabiskan masanya di masjid itu 'akibat masalah rumah tangga'. Suatu hari dia menegur isterinya, sang isteri 'naik hot' dan bertindak meninggalkannya.
'Meloponglah' kawan kita itu. 'Lebih tragis lagi' si isteri membawa semua anak-anak bersamanya. Jadi kawan kita sekarang menjadi 'bujang trang, trang, tang'. Sambil berbual itu dia memberitahu nombor telefon bimbitnya, katanya jika saya memerlukan perkhidmatan kereta sewa, hubungilah dia.
Rupa-rupanya kawan kita itu menjalankan perkhidmatan 'prebet sapu'. Sambil berehat-rehat termasuk tidur di masjid, dia menunggu pelangan menelefonnya; kalau ada bolehlah dia membawa mereka ke destinasi masing-masing dengan bayaran tertentu.
Pandai juga kawan ini buat bisnes sekali pun rumah tangganya bergolak. Ya, penghidupan perlu diteruskan, perut yang lapar perlu di isi; mana boleh duduk-duduk goyang kaki...duit perlu sentiasa ada dalam poket kerana kata orang moden "ada duit semua jadi."
Berceloteh mengenai krisis rumah tangga, sepanjang perjalanan saya, ada beberapa individu lain bercerita mengenai rumah tangga mereka yang musnah. Seorang pemuda yang membonceng motosikal saya memberitahu bagaimana isterinya bermain kayu tiga; dia sudah melepaskan sang isteri kerana tak sanggup memikirkan 'isteri syok dipeluk lelaki lain' sedang dia terkontang-kanting tak tentu arah.
Ada seorang lelaki lain pula berkata dia bercerai selepas 'hilang upaya' akibat satu kemalangan jalan raya. Katanya, kalau isteri sudah minta untuk dilepaskan, "tak ada sebab untuk kita menganiaya dia."
Demikian, masalah rumah tangga umat Islam agak kronik sekarang ini. Jumlah penceraian suami isteri tinggi - lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai antara 2011-2015. Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mendedahkan sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun 2016. Berdasarkan statistik itu, secara purata sebanyak 156 kes perceraian berlaku setiap hari atau enam (6) kes bagi setiap jam!
Krisis rumah tangga menyebabkan suami, isteri dan anak-anak tak keruan. Alhamdulilah ada 'insan kecewa dan terluka' terutama lelaki menjadikan masjid sebagai 'port' untuk muhasabah diri dan mengubat hati. Ya, mereka mencari ketenangan diri, insya-Allah mereka akan ketemuinya dengan mendekatkan diri kepada Illahi di rumah-Nya.
Ada yang mahu 'beriktikaf' siang dan malam di masjid. Maklumkan hati orang lara, katakan. Tetapi masalahnya, ada sesetengah pihak pentadbir agama dan masjid macam tak mahu faham.
Ada masjid 'tertutup sentiasa' kecuali pada solat waktu. Jadi macam mana 'mat-mat kecewa kita' nak dapatkan 'port' yang baik untuk mengubat luka. Kita bimbang mereka akan ke pub, disko, rumah persundalan dan sebagainya dan jika ini berlaku tidakkah kita 'orang baik-baik' mendapat saham sama kerana tidak menyediakan 'port yang baik' (membuka masjid) untuk mereka?
No comments:
Post a Comment