Saturday, April 8, 2017

U Masjid (17): Tersungkur di depan pintu 'syurga' errr KFC...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)
IKLAN               IKLAN             IKLAN           IKLAN        IKLAN         IKLAN 
SELEPAS PENCEN (usia 55 tahun pada 17 Februari 2017) penulis (LanH) berusaha menambah pendapatan dengan menjual buku terpakai (second hand) daripada koleksi sendiri. Semoga penulis LanH mendapat kebarakahan daripada usaha ini yang juga bertujuan untuk berdakwah. Untuk makluman, penulis tidak mahir dalam dunia IT, jadi hebahan ini dibuat seadanya. Sila lihat paparan sisi untuk urusan pembayaran dan sebagainya. Alamat e-mel: Lanh14@gmail.com
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
*********

SUATU hari selepas solat zuhur berjemaah di Masjid Kedah (Hijau) di Parit Buntar, Perak, saya menunggu hujan berhenti namun sehingga jam 3.00 petang tiada tanda demikian. 

Perut saya berkeroncong, jam 3.30 petang saya tidak mampu bertahan lagi kerana kali terakhir saya makan adalah jam 10.00 pagi hari itu. Saya menunggang motosikal, meredah hujan, berharap ada gerai atau restoran berdekatan.

Tiada kedai makan ditemui, namun saya bertekad 'untuk pergi makan' juga. Kata orang alang-alang selok perkasam biar sampai ke pangkal lengan...sudah basah biar basah terus. 

Dari jalan utama Butterworth-Ipoh, di sebuah persimpangan saya memilih jalan menuju pusat bandar Parit Buntar. Dari atas jejambat saya terlihat lambang KFC, mesti ada restoran KFC di sana bisik hati saya. KFC, KFC-lah kata hati saya...janji perut yang 'menjerit-jerit' itu dapat diisi segera.

Akhirnya saya sampai ke restoran KFC itu. Selepas memakir motosikal, dengan langkah konfiden saya menapak ke pintu restoran. Dalam keadaan lapar begitu, saya tidak perasaan bahawa kaki lima depan restoran itu yang berkilat putih adalah terlalu licin akibat disirami air hujan.

Saya tidak berkasut ketika itu, cuma berselipar yang tapaknya mungkin sudah haus. Ketika menghayun langkah, sebelah kaki saya bergerak laju menyebabkan saya tersungkur di atas kaki lima berkilat itu - ya saya tersembam dalam jarak beberapa langkah saja dari pintu kaca restoran KFC berkenaan.

Saya tidak terus bangun; membiarkan diri dalam keadaan begitu seketika. Tiada orang datang menolong, mungkin dalam keadaan hujan itu hampir tiada orang di situ. Saya mengerakkan kepala, nampaknya 'okay, no problem'. Alhamdulillah, saya masih hidup. Saya mengerak-gerakkan tangan, juga okay, tetapi apabila mengerakkan kaki, oh, alangkah sakitnya.

Saya cuba duduk, boleh...saya mengerakkan jari-jari kaki alhamdulilah boleh, namun saya perasaan satu jari kaki saya macam 'terseliuh', hal itu menyebabkan kaki terasa sakit. Namun saya gagahi diri untuk bangun seterusnya memasuki restoran untuk makan.

Ketika makan, sambil mengenang hal-hal lalu, seingat saya hari itu adalah kali pertama saya masuk ke sesebuah kedai KFC untuk makan selepas keazaman tidak berbuat demikian selepas kempen memboikot produk Amerika dan Israel anjuran sebuah gerakan anti-Zionis yang turut disertai PAS beberapa tahun lalu.

Persidangan 'South East Asia (SEA) Organizations Roundtable Conference on Palestine and Lebanon in facing the Zionist and Anglo American Imperialism' itu membuat ketetapan untuk memboikot produk Amerika-Israel disebabkan keganasan rejim Israel ke atas rakyat Palestin terutama di Gaza. Antara produk diboikot adalah KFC, Coca Cola dan Caltex.

Selepas menghadiri sidang di KL itu, saya yang membawa keluarga bersama, menolak rayuan dan tangisan seorang anak untuk makan di restoran KFC. Sebaliknya saya membawa keluarga saya menikmati burger Ramly. Sekalipun anak-anak berhenti merayu, saya tahu mereka tak puas hati.

Masa berlalu, memang betul keluarga saya ada membeli dan makan ayam KFC termasuklah saya apabila mereka membeli secara bungkus (take-away), tetapi seingat saya, saya tidak pernah menjejakkan kaki di restoran KFC. Ertinya keluarga saya pergi makan di restoran KFC tanpa diri ini...tetapi nampaknya keazaman saya itu 'terbarai' di Parit Buntar!

Ya, saya sudah terlupa akan keazaman itu...saya tidak salahkan diri ini kerana ketika itu sudah terlalu lapar...jadi mungkinkah diri ini tersungkur di depan pintu restoran KFC itu ada kaitan dengan 'terlanggar janji' diri ini...Wallahu a'alam bish-shawabi.

No comments: