Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)
IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN
SELEPAS PENCEN (usia 55 tahun pada 17 Februari 2017) penulis (LanH) berusaha menambah pendapatan dengan menjual buku terpakai (second hand) daripada koleksi sendiri. Semoga penulis LanH mendapat kebarakahan daripada usaha ini yang juga bertujuan untuk berdakwah. Untuk makluman, penulis tidak mahir dalam dunia IT, jadi hebahan ini dibuat seadanya. Sila lihat paparan sisi untuk urusan pembayaran dan sebagainya. Alamat e-mel: Lanh14@gmail.com
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
SEORANG teman bengang kerana seorang penceramah jemputan di sebuah masjid berhampiran kediaman penulis baru-baru ini secara tidak zahir 'menghentam' rakyat pada ketika harga barangan keperluan melambung tinggi sekarang ini.
Teman itu memberitahu pada masa akan datang, dia akan ke masjid lain jika mendapat maklumat awal penceramah itu diundang sekali lagi.
Penceramah itu yang memetik mutiara daripada al-Quran dan kisah hidup Rasul SAW dan sahabatnya; memfokuskan bahawa rakyat tidak tahu bersyukur - misalnya jika manusia itu bersyukur, Allah SWT akan menambah pemberian (nikmat-Nya) tetapi jika kufur seksaan Allah SWT amat pedih.
Beliau juga membawakan kisah Nabi Muhammad SAW yang tidak makan berhari-hari kerana tiada apa yang hendak dimakan sehingga terpaksa mengikat batu di perut apabila mahu beribadat.
Dia juga menceritakan bahawa pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab ada rakyat menderita tak makan sehinggakan Umar yang membuat tinjauan pada malam hari, terpaksa mengambil barangan daripada simpanan Baitulmal untuk memberi makan kepada rakyat.
Oleh itu, kata penceramah itu, ujian kesusahan yang rakyat hadapi kini termasuklah hal membabitkan GST hanya kecil; sewajarnya rakyat bersyukur dengan terus mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT seperti bersolat sebaliknya jangan banyak merungut, menyalahkan pemimpin dan sebagainya.
Jika teman saya itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap pandangan penceramah, saya sebagai penulis memilih untuk tidak memberi sebarang pandangan sebaliknya menyiarkan pandangan dan pengalaman orang lain termasuk pembaca yang mengutus komen mengenai harga barangan keperluan asas yang tinggi sekarang ini.
Seorang pembaca, Ujang, menulis (tak di'edit', saya ambil sepenuhnya dalam ruangan komen blog saya): "Buat airmata saya menitik, menitik sebab terkenang pengalaman nak beli bahan mentah takda duit, terkenang merintih di atas tikar sejadah sewaktu kjaan naikkan harga petrol, terkenang merintih kpd Allah swt takut sebab harga petrol naik maka tak mampu nak ke masjid lagi..merintih kpd Allah swt sebab adakah harga petrol naik, maka aku terpaksa berbasikal untuk ke masjid, aku merintih waktu tu kpd allah supaya janganlah kerana kesan keputusan kjaan maka aku tak ke masjid berjemaah, orang lain mungkin sinis apa yg aku nyatakan di sini sebab anda berkemampuan, tp aku yg pernah takda kemampuan pernah merintih atas keputusan kjaan, sesungguhnya aku sayangkan Allah swt sebab hanya DIA yang boleh membantu, aku bersyukur kpd MU YA Allah."
Secara kebetulan pula, hari Khamis malam Jumaat (23 Mac 2017), apabila saya ke sebuah surau berhampiran, tuan guru mensyarahkan kitab Al-Hikam (terjemahan dan syarahan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kini Mufti Wilayah Persekutuan) mengenai Hikmah 60 bertajuk 'Engkau bebas merdeka daripada segala sesuatu' dengan mutiara katanya bermaksud: "Engkau bebas merdeka daripada segala sesuatu yang engkau tidak memerlukannya, dan engkau tetap menjadi hamba kepada sesuatu yang kau harapkan (inginkan)."
Dalam bab ini ada dihikayatkan seorang ahli hikmah yang mengutip biji-biji di air kerana inginkan makanan (untuk dimakan). Kata orang kepadanya: "Kalau kamu berkhidmat kepada sultan, nescaya kamu tidak makan seperti ini."
Jawab ahli hikmah itu bermaksud: "Kalau kamu cukup dengan cara ini, kamu tidak berhajat kepada khidmat sultan."
Demikianlah, carilah kemerdekaan pada diri, tidak payah mengampu sana sini; Ibn 'Ataillah (pengarang kitab Hikam) berkata: "Carilah warak untuk dirimu lebih banyak daripada mencari yang lain. Bersihkan daripada sifat tamak kepada makhluk kerana orang tamak tidak boleh bersih sekalipun dengan menggunakan tujuh lautan air..."
No comments:
Post a Comment