Wednesday, March 29, 2017

Ubah pemerintah jika barangan asas terus mahal!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)


IKLAN               IKLAN             IKLAN           IKLAN        IKLAN         IKLAN 
SELEPAS PENCEN (usia 55 tahun pada 17 Februari 2017) penulis (LanH) berusaha menambah pendapatan dengan menjual buku terpakai (second hand) daripada koleksi sendiri. Semoga penulis LanH mendapat kebarakahan daripada usaha ini yang juga bertujuan untuk berdakwah. Untuk makluman, penulis tidak mahir dalam dunia IT, jadi hebahan ini dibuat seadanya. Sila lihat paparan sisi untuk urusan pembayaran dan sebagainya. Alamat e-mel: Lanh14@gmail.com
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus

SEMPENA kunjungan Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini, sejumlah perkara dipersetujui membawa kepada 'win win situation' (menang-menang); antaranya jumlah jemaah haji Malaysia meningkat melebihi 30,000 orang.

Pemimpin Malaysia berbangga ada perkara dilakukan pemerintah menarik minat pihak Arab Saudi; antaranya pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan bantuan kepada rakyat seperti BR1M sehingga mereka mahu mencontohi dan melaksanakannya.

Syabas diucapkan kepada pemerintah Malaysia, tetapi alangkah baik kita menyoroti perkembangan di negara lain agar kebajikan rakyat negara kita yang kini terbeban sangat dalam menjalani kehidupan harian dapat dirungkai seterusnya memberi 'win win situation' kepada kerajaan dan rakyat.

Kenaikan harga barangan keperluan asas sekarang ini juga menyebabkan penderitaan rakyat kebanyakan di kawasan luar bandar dan setinggan di kota semakin parah. Bayangkan harga ikan kembong (dikenali lauk biasa rakyat) sudah meningkat sehingga RM20 sekilogram!
Berhubung kenaikan harga barangan keperluan ini, sukacita saya menarik perhatian pengalaman ketika berada di luar negara bagi mengimbangi ‘kata-kata menyakitkan hati’ yang diluahkan menteri dan pegawai berhubung kenaikan harga barangan seperti “harga kita terendah berbanding negara Asean lain”, dan “harga minyak kita adalah amat rendah berbanding di UK dan negara maju lain.”

Sekalipun taraf kehidupan di negara maju seperti UK adalah tinggi, harga barangan keperluan asas (yang belum dimasak) adalah sangat rendah, demikian beritahu seorang saudara ketika saya mengunjungi beliau di Manchester tidak lama dulu. Katanya harga bahan mentah asasi seperti tepung, ayam dan sebagainya amat rendah tetapi melambung tinggi apabila disediakan sebagai makanan terhidang di restoran dan hotel.

“Pokoknya di sini harga barangan keperluan harian adalah rendah, ia mampu didapati orang miskin sekalipun, termasuklah golongan yang mendapat bantuan (dole) daripada kerajaan,” kata saudara itu.

“Namun kepada orang kaya, terpulanglah kepada mereka untuk menghabiskan wang mereka yang banyak itu di restoran besar yang harga makanan dan perkhidmatannya tersangat tinggi. Apa yang penting, orang miskin pun hidup selesa dengan syarat mereka kena berusaha lebih seperti memasak sendiri makanan,” katanya.

Di Makkah dan Madinah, Arab Saudi pula jemaah haji dan umrah Malaysia dapat mengesahkan makanan asasi seperti roti kerap diberikan percuma; di kedai-kedai tidak menjadi masalah untuk orang ramai mendapatkannya dengan harga yang tersangat murah. Malah orang miskin boleh mendapatkannya secara percuma di tempat-tempat tertentu.

Suatu ciri unik di sesetengah kedai di kota-kota suci ini, roti yang disediakan adalah percuma tetapi apabila seseorang itu mahukan kuah (kari), harganya boleh meningkat sehingga 5 riyal (SR), SR10 atau lebih daripada itu, bergantung kepada lauk yang diambil.

Mengenai bantuan 'one off' (sekali beri) kerajaan, seorang rakan karib yang kini berkhidmat di Kuwait, memberitahu tidak lama dulu Amir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah memberikan setiap warga Kuwait KD1,000 (RM10,000) dan 'ration' makanan percuma selama 14 bulan.

Bantuan itu diberi di atas keprihatinan pemerintah Kuwait terhadap permasalahan hidup yang dihadapi rakyat. Sama seperti di Malaysia, rakyat Kuwait juga menghadapi kenaikan harga barangan keperluan disebabkan faktor turun naik urus niaga antarabangsa. Pemerintah Kuwait juga mengetatkan undang-undang bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan mengikut selera mereka.

Seorang rakan dari Brunei Darussalam pula melaporkan bahawa di negara itu tiada cukai apatah lagi GST. Barangan keperluan apatah lagi minyak adalah tersangat murah demikian juga bayaran sewa kediaman dan harga hartanah.

Demikianlah, keadaan di luar negara ini mungkin boleh dijadikan pedoman bagi pihak berkuasa di negara kita – sediakan makanan asasi dalam harga paling murah agar rakyat miskin dan termiskin tidak terbeban. Misalnya, beras yang menjadi makanan ruji rakyat, biarkan ia berada pada paras harga paling rendah.

Demikian juga minyak masak (bukankah kita pernah menjadi pengeksport minyak sawit terbesar dunia), gas memasak dan sejumlah kecil barangan keperluan lain seperti gula, tepung, cili dan asam garam. Jika ini sudah dilakukan, mungkin rakyat tidak merungut jika menteri mahu membandingkan harga barangan dengan di UK atau negara Asean lain!

Walaupun pelbagai gambaran 'kehidupan senang' terpampang di mata ketika mengembara di luar negara atau perkhabaran oleh saudara dan rakan yang berada di sana, bagi kita kehidupan di Malaysia adalah yang terbaik (kita tetap rindukan dan cintakan tanah tumpah kita), oleh itu kita memberi nasihat agar pemerintah Malaysia dapat berubah kalau tidak...ya 'kuasa rakyat' akan mengubah pemerintah pada masa akan datang, insya-Allah!

No comments: