Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN
SELEPAS PENCEN (usia 55 tahun pada 17 Februari 2017) penulis (LanH) berusaha menambah pendapatan dengan menjual buku terpakai (second hand) daripada koleksi sendiri. Semoga penulis LanH mendapat kebarakahan daripada usaha ini yang juga bertujuan untuk berdakwah. Untuk makluman, penulis tidak mahir dalam dunia IT, jadi hebahan ini dibuat seadanya. Sila lihat paparan sisi untuk urusan pembayaran dan sebagainya. Alamat e-mel: Lanh14@gmail.com
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
KETIKA bersekolah menengah di Perak kira-kira 40 tahun lalu, apabila mengunjungi sesebuah masjid, satu 'pemandangan' yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini adalah wujudnya papan tanda 'Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan'.
Berdasarkan pengalaman saya mengembara di seluruh tanah air, papan tanda ini adalah paling banyak di Perak. Di negeri lain bukan tiada tetapi hanya sejumlah kecil masjid yang di halamannya terdapat papan tanda ini.
Namun sekarang ini, di Perak pun hanya ada sebuah dua masjid yang papan ini masih ada - teguh gagah merentasi masa yang sudah berdekad-dekad berlalu. Slogan 'sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan' mungkin berkesan pada ketika saya meniti usia remaja dulu (tahun 1970-an dan 1980-an) tetapi kian sudah pudar ditelan zaman apatah lagi pada era ICT kini.
Anak-anak sekarang 'sudah terlalu ke depan' dalam berkomunikasi - mungkin mereka akan tertawa melihat papan tanda seumpama ini - yalah pada fikiran golongan ini mereka boleh membuat slogan yang lebih baik, misalnya saya ada mendengar seseorang berkata: "Solatlah kamu di belakang imam sebelum kamu disolatkan di depannya!"
Pada siri 'Universiti Masjid' ke-15 kali ini bukanlah saya mahu 'mensyarahkan' panjang lebar mengenai slogan 'Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan' tetapi mahu menyambung secebis kisah 'tak seberapa' pengembaraan 'berkapcai' saya di negeri-negeri utara Semenjanung, khasnya di Perak (dulunya terdapat banyak papan tanda slogan berkenaan) baru-baru ini.
Mengembara dengan motosikal tua yang juga sudah lama tak diservis, mendedahkan saya menghadapi 'karenahnya'. Dari Melaka ke KL untuk menyertaikan Perhimpunan RUU (18 Februari), alhamdulillah semuanya 'ok' dan pada keesokan harinya dari KL ke Tapah melalui lebuh raya juga 'ok'.
Ketika 'berkapcai' di laluan ini tersentuh hati saya melihat seorang 'mamat' menolak motosikal besar melawan arus; ketika berselisih, saya berhenti bertanya khabar...apakah dia kehabisan minyak kalau ya saya boleh menolong kerana saya sentiasa membawa sebotol minyak 'spare'. Dia berterima kasih, tetapi tidaklah dapatlah saya menolongnya kerana katanya ada alatan sambungan ke bateri motosikalnya putus...maaf, hal itu 'di luar bidang pengetahuan hamba'! Kasihan 'mamat' itu, saya hanya berdoa semoga Allah permudah urusannya.
Dari Tapah ke Seri Iskandar saya menempuh hujan lebat, motosikal saya meredah lopak-lopak air dan keesokan harinya (untuk ke masjid untuk solat subuh), motosikal saya tidak boleh 'start'. Saya mencuba berkali-kali tetapi tidak boleh, mungkin enjin atau plagnya sudah dibasahi air.
Memandangkan masa awal, saya menolaknya ke sebuah bengkel motosikal berhampiran; kemudian pergi ke masjid dan selepas itu bersarapan bersama seorang saudara di sebuah gerai. Kemudian, dari situ saya berjalan ke sebuah surau berhampiran untuk berehat dan seterusnya solat dhuha, menunggu bengkel motosikal dibuka. Dalam perjalanan, saya temui seorang 'makcik cleaner' dan menyedekahkannya sedikit wang dan meminta dia mendoakan saya. Di surau, tidak putus-putus saya berdoa Allah permudah urusan saya.
Kira-kira jam 9.00 saya kembali ke bengkel. Bengkel sudah dibuka; namun saya cuba dulu 'start' motor saya. Dengan lafaz, Bismillah...saya menghentak kaki dan memusing 'throttle' - sungguh mengejutkan enjin motor mengaum brenggg, brenggg, brenggg...alhamdulillah.
Pengembaraan saya disambung, destinasinya ke Parit Buntar ke rumah seorang adik; di Parit saya mengisi minyak. Selesai urusan, saya 'start' motosikal. Tidak boleh. Saya cuba beberapa kali. Alhamdulillah, akhirnya hidup. Saya meneruskan perjalanan dengan 'perkara ini' terpahat di kepala, tak payahlah saya berhenti kerana kalau sudah berhenti mungkin motor saya tak boleh 'start' lagi.
Saya menunggang motosikal itu dari Parit ke Manong, Kuala Kangsar, Taiping, Kamunting dan apabila tiba di pinggir bandar Bagan Serai, saya berazam mendapatkan 'tiga perkara' apabila saya memberhentikan motosikal itu. Tiga 'perkara' itu adalah masjid, bengkel motosikal dan gerai makan. Di masjid saya boleh solat zuhur berjemaah, selepas itu makan dan jika motosikal tak boleh 'start' boleh dibaiki di bengkel.
Alhamdulillah, pencarian tiga dalam satu itu 'menemukan' saya dengan Masjid Tinggi Bagan Serai. Masjid ini sungguh cantik, bersih dan luas persekitaran dalam luarnya dan yang uniknya terdengar penuh syahdu beduk dipalu sebelum azan.
Maka, berehatlah 'teman' (saya) petang itu di Masjid Kampung Tinggi, makan di kedai makan berhampiran dan kemudian apabila 'start' motor, brenggg, brenggg, brenggg bunyinya...'hidup pula si tua ini' jadi taklah 'teman' menggunakan khidmat bengkel. Hanya dua daripada 'tiga perkara' 'teman' gunakan - alhamdulillah, 'teman' mencari tiga dalam satu tetapi ternyata dua sudah memadai, sekali lagi alhamdulilah, Kaulah Yang Maha Agung!
No comments:
Post a Comment