Monday, May 11, 2020

Secebis Kisah Ramadan 18: Jadilah si 'copycat'

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah daripada tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." (Al-A'raaf Ayat 26)

Secebis Kisah Ramadan 18

Jadilah si 'copycat'

RAMADAN sudah masuk hari ke-18. Sekalipun PKPB dilanjutkan sebulan lagi (kita tidak digalakkan keluar rumah), bayaran zakat fitrah perlu dibereskan. Jika dulu bayarannya boleh dibuat sehingga sebelum solat raya, kali ini bagaimana...kena tanya muftilah...sebab kali ini tiada solat raya bagi orang awam di masjid (mungkin hanya pegawai syarak dan AJK dibenarkan).

Baru-baru ini saya terkejut apabila imam masjid kampung saya yang bermotosikal, muncul di muka pintu rumah saya. Ya, lama saya tak nampak tuan imam...sudah hampir dua bulan, rindu juga rasanya. Terkenang saat solat berjemaah subuh pagi Jumaat imam baca Surah Sajadah yang panjang tuuu...kalau solat kat rumah saya tak ada 'yang berani' baca surah ini.

Rupa-rupanya, imam yang merangkap amil, datang mengutip zakat fitrah. Kreatif juga imam ini. Jika orang kampung tak dapat pergi masjid, dia dan amil lain pergi ke rumah ke rumah. Imam pakai topeng. Imam tahu SOP - dia menjarakkan diri...tak bersalaman dengan saya.

Dua minit urusan sudah selesai. Ini termasuk pembacaan doa. 'Ligat' juga imam ini, fikir saya melihat dia bergegas ke rumah lain. Bagi saya imam ini kreatif dalam menjalankan tugasnya. Apabila tak boleh buat perkara A, dia buat perkara B. Dia cari jalan alternatif. Dia pun tahu takkan semua orang kampung nak bayar zakat fitrah secara 'online'...

Imam menunjukkan kemampuannya berfikir secara kreatif...berfikir di luar kotak. Tak salah untuk imam-imam lain menirunya, melakukan 'copycat'. Atau membuat pembaharuan lagi, supaya hasilnya lebih baik.

Banyak bangsa maju sebab mengamalkan budaya 'copycat'. Mereka 'copy' buatan orang, lepas itu mereka 'modified'-nya. Hasilnya, produk yang mereka keluarkan lebih baik daripada yang asal. Ya ambil tahu penghasilan sesuatu barangan itu, jangan nak jadi pengguna saja.

Bahkan, jika ada yang berusaha mengambil tahu siapa dan bagaimana sesuatu barangan itu dihasilkan, pengetahuannya hanyalah setakat itu saja. Jarang benar seseorang itu berusaha ‘pergi’ lebih jauh lagi.

Sewajarnya kita melanjutkan pengetahuan (perasaan ingin tahu) untuk menghasilkan benda lebih baik daripada yang yang kita gunakan. Inilah namanya perubahan dalam pemikiran kreatif yang sudah menjadi budaya sesetengah bangsa maju.

Orang Jepun terkenal sebagai ‘copycat’ paling hebat di dunia. Hasil kerja (barangan) dari Eropah, mereka ‘modified’ untuk kegunaan masyarakat Asia dan hari ini terbukti usaha gigih mereka membuahkan hasil lumayan.

Sebut saja apa saja barangan, daripada kereta kepada peralatan rumah – kebanyakannya tertera perkataan ‘Made in Japan’. Bukankah ini menunjukkan betapa besarnya manfaat jika seseorang mempunyai pemikiran kreatif?


ARTIKEL IRINGAN

1 – 1 of 1
Blogger Apollo 2020 said...
Terdapat 4 golongan manusia:

1-Tahu apa yang dia tahu
2-Tahu apa yang dia tak tahu
3-Tak tahu apa yang dia tahu
4-Tak tahu apa yang dia tak tahu

Biasanya pelajar-pelajar di sekolah dan universiti ialah golongan ke-3 dan ke-4.

Sebelum masuk belajar di U, mereka tak tahu apa yang mereka nak tahu.

Jadi mereka akan terus belajar, pergi kelas, salin nota, jawab kuiz, test, tutorial, report, assignment dan akhir sekali final exam tanpa berfikir sama ada apa yang diajar oleh pensyarah itu mereka betu-betul faham.

Mereka tak akan sedikit pun berfikir sama ada ilmu yang diajar itu berkualiti atau tidak. 
Pensyarah hanya kerja makan gaji. Mereka tidak peduli tentang kualiti lmu pengetahuan yangg disampaikan kepada para pelajar. Apa yang penting ialah pelajar-pelajar mendapat 'pointer" yang tinggi.

Biasanya, pelajar yang mendapat markah yang tinggi ialah mereka yang kuat menghafal tanpa memahami konsep sesuatu ilmu @ subjek.

Mereka hanya hebat menjawab soalan di universiti tetapi  dalam pemahaman ilmu yang sebenar mereka tidak faham, tidak boleh menjelaskan apatah lagi mengembangkan ilmu pengetahuan tersebut.

Selepas memegang segulung ijazah, yang sebenarnya mereka tidak tahu apa yg mereka tahu selama 'menuntut ilmu' di universiti.

Orang yang berfikiran kreatif sebenarnya ialah golongan pertama dan ke-2.

Mereka tahu apa yang mereka ingin tahu dan mereka akan mengkaji sendiri apa yg mereka hendak tahu.

Apabila mereka sudah faham sesuatu ilmu pengetahuan itu, mereka akan menjadi tahu apa yang mereka tahu.

Selepas itulah mereka akan mengembangkan ilmu itu kepada suatu idea baru dan lebih mendalam.

Seperti Sir Isaac Newton. Beliau berfikir kenapa buah epal boleh jatuh ke atas tanah, tetapi syurga tidak jatuh ke bumi.

Ini yang membuatkan beliau mengkaji apa yang beliau nak tahu.

Apabila beliau faham tentang konsep daya tarikan graviti, beliau mengembangkannya kepada 3 hukum yang sekarang ini dikenali sebagai 3 Hukum Newton. Sila google utk maklumat lanjut.

Sehingga sekarang ketiga-tiga hukum Newton ini masih dipakai oleh para jurutera dan saintis walaupun selepas lebih 400 tahun diilhamkan oleh Newton sendiri.

Oleh itu fikir-fikirkanlah kita golongan yang mana?

No comments: