Monday, August 21, 2017

U Masjid (33): Assiratul Mustaqeem serlah pemburuan dunia/akhirat...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
**************


MINGGU lalu saya menaiki MRT laluan Kajang-Semantan yang dirasmikan PM Najib Razak pada 17 Julai. Saya memulakan perjalanan di stesen Kajang dan turun di Pasar Seni sebelum menaiki LRT dari stesen Masjid Jamek ke Titiwangsa untuk bertemu sahabat-sahabat lama di Jalan Pahang Barat.

Untuk ke stesen MRT Kajang saya menaiki tren komuter KTM di stesen Bandar Tasik Selatan selepas 'turun' dari bas ekspres di TBS. Tambangnya mengejutkan saya. RM3. Mahalnya. Ketika dalam tren, jam menunjukkan 1.00 petang; saya 'mengira-gira' masjid mana akan saya singgah untuk solat zuhur berjemaah dengan menjamakkannya dengan asar.

Alhamdulillah, sebelum tren menghampiri stesen Kajang, saya terpandang sebuah masjid 'comel' dengan reka bentuk menarik. Saya berazam untuk solat di masjid itu. Alhamdulillah, masjid itu memang terletak berdekatan stesen KTM Kajang dan sesuatu yang menambah kegembiraan, stesen MRT Kajang berada bersebelahan!

Dari stesen MRT Kajang saya menapak ke masjid itu. Lebih kurang 300 meter. Ketika menghampiri masjid, terlihat sejumlah buruh sedang membina tembok masjid. Bangunan masjid itu sendiri kelihatan baru selesai diubah suai. Masjid 'comel' itu berkonsepkan 'terbuka' - pengedaran udara sangat baik membolehkan jemaah solat dalam keadaan sungguh selesa.

Selepas solat, saya bertanyakan seorang lelaki tua India akan nama masjid itu. Percakapannya kurang jelas...saya 'merayau-rayau' mencari papan tanda...akhirnya ketemui sebuah yang ditulis: "Bangunan Madrasah Assiratul Mustaqeem (Masjid India Kajang) ini dibina dengan kos sepenuhnya oleh Abdul Hamid PV Abdu dan diwakafkan kerana Allah SWT pada 16hb Julai 2011 bersamaan 15 Syaaban 1432 Hijrah."

Stesen MRT Kajang sudah beroperasi, insya-Allah ia akan sesak dan sibuk tidak lama lagi. Apa yang membanggakan Madrasah Assitaul Mustaqeem sudah diubah suai (pembinaan tembok masih berterusan) bersesuaian dengan pembangunan di sekitarnya; ertinya pentadbirnya 'sangat bijak' mengambil kesempatan untuk 'meraih pahala' sebanyak mungkin dengan 'kebanjiran' orang ramai di kawasan itu tidak lama lagi.

Melihat persekitaran madrasah (mendapat kelulusan untuk didirikan solat Jumaat), bolehlah kita beranggapan pewakaf dan pentadbirnya 'berebut-rebut' untuk membuat kebajikan bagi meraihkan keuntungan dunia-akhirat sejajarnya doa yang kerap kita ungkapkan 'Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar' yang bermaksud: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka".) QS. Al Baqarah 201

Abdul Hamid PV Abdu, pewakaf dan pengerusi masjid, berkata rumah Allah itu diilhamkan daripada sebuah masjid kecil di bandar Madinah yang dilihatnya ketika beliau berkunjung ke kota suci itu.

Beliau berkata, Madrasah Assiratul Mustaqeem aktif menyediakan pengajian agama secara percuma kepada pelajar berumur antara lima hingga 15 tahun. Buat masa ini, seramai 30 pelajar mengikuti pengajian di madrasah itu selepas Asar hingga Isyak.

Antara subjek diajar guru agama yang bertugas adalah al-Quran, hafazan, tajwid dan fardu ain. Kelas diadakan di ruang bersebelahan dewan solat.

Kata Abdul Hamid, pengurusan masjid bercadang memanfaatkan kawasan kosong seluas 0.4 hektar di kawasan berkenaan untuk membina sekolah tahfiz.

Benar, sungguh damai ketika solat di masjid ini. Seorang pengunjung merakamkan: "Berada dalam masjid pada waktu zuhur hari itu amat menenangkan hati saya. Dengan angin petang yang bertiup masuk menyusuri landasan kereta api menambahkan lagi ketenangan dan kedamaian.

"Bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana dalam kesibukan lalu lintas dan dihimpit arus pembangunan termasuk stesen MRT Kajang, muncul sebuah surau (masjid) yang melonjakkan syiar Islam."

No comments: