Rakan lain mencatatkan: "Meriah aktiviti makan cendol 'free' di masjid ni sebelum solat Jumaat. Sedap cendolnya!"
Penulis LanH menambah: "Cendol 'free' bukan saja disediakan sebelum solat Jumaat. Selepas solat Jumaat pun masih ada. Apa lagi selepas solat, LanH pun menyertai barisan untuk mendapatkan cendol 'free'. Memang sedap dan terasa dingin apabila cendol berais melalui tekak. Namun masalahnya kenapa sikit sangat...kalau dapat cendol mangkuk besar kan 'best'? Ewah...tak sedar diri dan tak bersyukur pula penulis LanH ini!
Sebenarnya 'cerita cendol free' yang disediakan di pekarangan Masjid Baru Temerloh ini hanyalah satu daripada banyak 'benda free' yang 'ditawarkan' oleh sejumlah masjid (sumbangan ada kalanya diberikan orang persendirian) yang pernah dikunjungi penulis LanH sejak dulu sampai sekarang.
Ada sebuah masjid yang terkenal kerana menyediakan pisang pada setiap kali solat Jumaat. Seorang ustaz pernah komen: "Kenapa beri pisang, pisang dan pisang. Sesekali bagilah epal, oren, anggurkah!!!"
Air (minuman) 'free' juga disediakan sesetengah masjid. Pihak berkenaan meletakkan bekas besar air seperti oren dan milo berais. Maka bolehlah jemaah 'singgah dan basahkan tekak' sebelum memasuki masjid.
Di sebuah masjid lain ada orang berjariah dengan menyediakan timbunan bahan bacaan yang berkaitan hal ehwal agama - baguslah...bagi 'orang kaki membaca' ini peluang baik namun saya perhatikan orang awam tidak tertarik dengan bahan bacaan ini - selalunya timbunan itu 'tidak luak' berbanding pisang atau cendol yang walaupun selalu diberi atau disediakan akan tetap 'licin'!
No comments:
Post a Comment