***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***
DEMONSTRASI Bersih 1 diadakan pada 10 November 2007, Bersih 2 pada 9 Julai 2011, Bersih 3 pada 28 April 2012, Bersih 4 pada 29-30 Ogos 2015 manakala Bersih 5 pada 19 November 2016. Daripada lima demonstrasi ini, saya menghadiri empat daripadanya; yang terakhir pada Bersih 5.
Berbicara mengenai Bersih secara automatik ia dikaitkan dengan demokrasi yang diungkapkan oleh seorang sarjana Barat, Jim Hightower sebagai: "Democracy is not something that happens, you know, just at election time, and it's not something that happens just with one event. It's an ongoing building process. But it also ought to be a part of our culture, a part of our lives." (Demokrasi bukannya sesuatu yang berlaku, sebagaimana difahami kebanyakan orang, hanya ketika pilihan raya, dan ia bukan berlaku dengan hanya satu peristiwa. Ia adalah proses pembinaan yang berterusan. Ia sewajarnya menjadi sebahagian daripada budaya kita, sebahagian daripada kehidupan kita.”
Apabila kita memahami demokrasi bukan hanya berkaitan pilihan raya, wajarlah kita merujuk pelbagai perkara dan perkembangan yang berlaku sebelum sesuatu pilihan raya diadakan; berkenaan hal ini kita berpendapatan tuntutan lapan perkara yang dikemukan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) boleh membantu pemahaman kita.
Lapan tuntutan Bersih pada peringkat awal adalah membersihkan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, masa kempen minimum 21 hari, usaha ke arah pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah dan akhir sekali menghentikan politik kotor.
Ya, lapan perkara ini adalah tuntutan Bersih yang pada pandangan kita wajar ditangani secara berhemah dan bijaksana oleh pengendali pilihan raya, dalam kes negara kita Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Delegasi Bersih ini sudah menemui dan mengadakan perbincangan dengan peneraju SPR, malangnya melalui apa didakwa media massa arus perdana negara ini, tuntutan, pandangan dan hasil perbincangan tidak menyertakan langsung suara mereka sebaliknya yang diuar-uar dan diperbesarkan adalah kenyataan daripada pemimpin SPR dan tokoh politik Umno-BN.
Sekarang ini pun SPR sibuk dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya, pandangan parti pembangkang dan pelbagai pihak lain ditolak ke tepi, sekali gus menyebabkan pemimpin mereka bersemangat meneruskan demonstrasi Bersih seterusnya.
Berdasarkan pengalaman saya menyertai demonstrasi Bersih, rakyat mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil; pihak yang akan menang apabila diadakan pilihan raya bukanlah fokus utama. Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain sebagai rakyat Malaysia hanya mahukan pilihan raya bersih dan adil tetapi apakah ‘hadiah’ yang mereka terima akibat memperjuangkan nilai murni ini?
Dalam salah satu perhimpunan Bersih yang saya sertai, selepas sejenak menyaksikan kehebatan kesepaduan bangsa Malaysia berjumlah puluhan ribu orang bagi mencapai satu matlamat murni itu, bunyi letusan tembakan kelongsong gas pemedih mata oleh FRU menyedarkan saya bahawa ada pihak tidak senang dengan tautan erat rakyat itu.
Apabila kelongsong-kelongsong gas mendarat tepat di tengah-tengah orang ramai, asapnya menyelubungi udara, maka bertempiaranlah lari Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan pelancong ‘mat salih’ menyelamatkan diri masing-masing. Disebabkan terlalu keras penderitaan diri (nafas sesak, mata pedih, kulit bagaikan disengat-sengat), saat itu mereka tidak peduli lagi, mereka lari dan melakukan rempuhan bagaikan orang hilang akal.
Melayukah, Cinakah, Indiakah, mat salihkah, sesetengahnya tidak peduli lagi, mereka langgar saja, yang paling penting mereka mahu menyelamatkan diri masing-masing. Siapa yang sudah terkena tembakan gas itu tahulah sendiri deritanya; ketika itu tidak terfikir lagi soal bangsa.
Namun apabila suasana dan diri mereka kembali tenang, barulah naluri kemanusiaan dan kemuliaan peribadi terserlah kembali; senario Melayu kembali menolong Cina, Cina tolong Melayu atau Melayu tolong India, malah Cina tolong mat salih kembali dapat dilihat!
Itulah kita mahu tetapi semuanya dirosakkan pemimpin yang mahu berkuasa dulu, kini dan selamanya iaitu rejim Umno-BN! Selagi pihak ini berkuasa melalui cara tidak bersih, selagi itu rakyat dizalimi dan menanggung derita berpanjangan seperti harga barangan keperluan dan kos perkhidmatan yang naik mencanak. Jadi marilah kita bersama-sama bersihkan proses sebelum diadakan pilihan raya seperti disarankan sarjana Jim Hightower - Democracy is not something that happens, you know, just at election time...
No comments:
Post a Comment