Thursday, May 19, 2016

Etika kewartawanan hanya untuk dipelajari?

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan

"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62) 

TANGGAL 3 Mei adalah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Sempena hari penuh bermakna bagi wartawan ini, izinkan saya mengimbau sedikit sebanyak pengalaman saya dalam profesion ini sejak memulakan kerjaya sebagai pemberita pada 1986. Ya, sudah 30 tahun saya terbabit dalam bidang ini.

Melihat perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi masa kini, terasa begitu berbeza dunia kewartawanan masa lalu dan kini. Pada zaman awal pembabitkan saya dalam dunia persurat-khabaran, ilmu kewartawanan perlu dipelajari sebelum seseorang itu memasuki bidang ini tetapi  hari ini sesiapa saja boleh ‘jadi wartawan’ dengan wujudnya alam maya tanpa sempadan.

Ramai ‘warga siber’ berperanan sebagai ‘tukang pecah berita’ (breaking news); jadi mungkin hari ini tiada orang tertunggu-tunggu untuk mendengar berita terkini di radio dan televisyen dan mengikuti laporan lebih terperinci dalam surat khabar pada keesokan harinya.

Disebabkan kurang ilmu kewartawanan secara mantap seperti mengetahui etika kewartawanan, ada ‘wartawan bikinan sendiri’ dalam dunia siber membuat laporan hentam keromo saja termasuk mengetengahkan pandangan dan emosi masing-masing.

Semasa saya menuntut dulu, seorang pensyarah kewartawanan berbuih-buih mulutnya menyatakan seseorang wartawan itu tidak boleh membabitkan dirinya (seperti memberi pendapat, pandangan dan rasa hati) dalam penulisan berita dan rencananya.

Masih terngiyang-ngiyang peringatan itu walaupun sudah hampir 35 tahun berlalu…laporkan saja sesuatu kejadian kerana awak pelapor bukan pengulas, katanya. “Tugas awak macam posmen, menghantar surat, isi dalam surat itu jangan awak pandai-pandai tambah,” tegasnya.

Tetapi hari ini apabila membaca dan mengikuti berita dan rencana (termasuk dalam akhbar arus perdana serta radio dan TV nasional) apatah lagi dalam dunia siber, terasa apa yang dikuliahkan pensyarah itu tidak terpakai lagi. Pelapor (wartawan) sudah mengambil bahagian dalam pemberitaan. Mungkin si wartawan membuat laporan seadanya tetapi telah ditambah itu sang editor, menjadikan laporan itu kelihatan ‘senget’ (bias).

Ambil contoh, sebuah laporan politik yang memperincikan keputusan pilihan raya, mengapa ada nada seperti ‘pihak kita’ bagi merujuk kepada Umno-BN? Adakah pihak media bekerja sebagai wartawan yang membuat laporan atau mengesahkan sudah menyebelahi pihak dinyatakan?

Kemudian dinyatakan pula, parti pembangkang sebagai ‘pihak lawan’, persoalannya sejak bila parti yang didakwa pembangkang itu menjadi lawan kepada golongan media? Bagi negeri-negeri dikuasai pakatan bukan Umno-BN seperti Selangor, mengapa dinyatakan sebagai negeri pembangkang; hakikatnya pemerintahnya adalah sah, mereka menang dalam pilihan raya!

Syarikat media gergasi yang ada di negara kita sering mendabik dada mereka mempunyai wartawan terbaik dan cukup terlatih, tetapi mengapa perkara asas kewartawanan ini mereka ‘tidak lepas’? Mengapa wartawan mereka sebelah kakinya sudah masuk ke kem yang disebelahi mereka, menunggu masa untuk memasukkan kedua-dua kakinya ke dalamnya?

Media ini mendakwa mereka bebas, objektif dan telus dalam laporan mereka; hakikatnya mereka seakan-akan sudah menjadi organ parti. Mereka mendakwa sebagai media arus perdana hakikatnya mereka tidak lebih daripada organ parti.

Oleh itu akhbar mereka perlu dilabel dan dicetakkan perkataan ‘Untuk Ahli Umno saja’, ‘Untuk Ahli MCA saja’ atau ‘Untuk Ahli MIC saja’, sama seperti syarat dikenakan ke atas Harakah yang dicop ‘Untuk Ahli PAS saja’.

Jika akhbar-akhbar arus perdana ini sudah disahkan sebagai organ parti, ia juga perlu diletakkan di rak-rak khas yang ditulis ‘Untuk Ahli Umno’ dan parti lain. Jika bukan ahli Umno dan parti BN lain yang membelinya, pihak berkuasa hendaklah melakukan rampasan dan serbuan dengan segera. Penjual dan penerbitnya hendaklah dikenakan tindakan juga.

Jika akhbar-akhbar alternatif seperti Harakah, Suara Keadilan, Roket dan terkini Amanah, didakwa ‘bias’ dalam laporan mereka, hal itu tidak menghairankan kerana kesemuanya adalah organ dan suara parti. Semua orang tahu, mereka tidak berselindung tetapi apabila media yang mendakwa sebagai akhbar nasional, tetapi bertindak bagaikan organ parti, terjejaslah imej dan kredibiliti wartawan.

Menyebelahi sesuatu pihak dalam pemberitaan ini juga dikesan dalam siaran berita luar negara. Tidak lama dulu menonton siaran berita luar negara mengenai pencerobohan ke atas Iraq, wartawan Barat yang bersama pasukan tentera Amerika dan Britain, mengungkapkan ‘perang kita…’ dan ‘tentera kita…’. Ini secara tidak langsung mengesahkan wartawan berkenaan adalah sebahagian daripada armada tentera Amerika atau Britain.

Perkembangan ini membuat hati ini tertanya-tanya apakah prinsip asas kewartawanan itu terpakai lagi. Atau apakah penulis tersilap tafsir asas kewartawanan yang diajar oleh pensyarah dulu? Rasanya tidak, tetapi itulah hakikatnya dunia…yang berkilau-kilau itu menjadi buruan manusia sama seperti kelkatu yang menyerbu lampu bercahaya tetapi semuanya musnah kemudiannya.

Ya, hanya jauhari mengenal manikam…sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia ini, marilah kita  menggembalikan nilai kemanusiaan diri kita seperti mematuhi etika kewartawanan bagi yang ‘teringin sangat’ menjadi wartawan termasuk mereka yang bergiat dalam dunia siber!

2 comments:

Unknown said...

asaya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

Unknown said...


SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI ALIH,, TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI ALIH DAN AKHIRNYA AKI ALIH MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI ALIH SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI ALIH …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI ALIH: (((_082 313 669 888_))), ATAU




KLIK DISINI 4d 5d 6d





Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan dan alhamdulillah saya dpat Rp 257 juta dan semuaini
berkat bantuan angka dari AKI ALIH]
karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
hubungi AKI ALIH] DI Nomor Ini (((_082 313 669 888_))),
insya allah beliu akan menbatu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang Aki Bisabantu Anda trima kasih.?





..(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
«´
_ ¨
..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..


وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ