Thursday, May 13, 2010

Sinar cahaya ayat Al-Kursi

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid." (HR. Abu Daud).

* Antara tanda hampirnya hari Kiamat ialah umat Islam berbangga den bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan berasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat termasuk solat berjemaah. Banyak masjid yang indah, besar dan cantik tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja. (Sedarkah Kamu Wahai Manusia, Wan Md Jamal Wan Md Saman)
***

ADA beberapa e-mel saya terima sebagai panduan hidup. Ini adalah salah satu daripada e-mel itu untuk dikongsi bersama pembaca.

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya adalah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam isterinya. Pada saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

1. Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap-tiap shalat fardu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5. Barang siapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Utamakan selamat dan sihat untuk duniamu, utamakan solat dan zakat untuk akhiratmu. Yang baik daripada Allah, yang tidak elok atau kurang tepat, kelemahan saya jua. Harap dimaaf jika ada kesilapan.

No comments: