Tuesday, June 7, 2016

Jika ‘songlap’ duit, sila kembalikan…

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari) 

MENJELANG Ramadan yang mulia kita diminta bermuhasabah (mengkoreksi diri). Ada ustaz dalam tazkirah di masjid menyentuh kemestian bertaubat bagi membolehkan seseorang memasuki Ramadan dengan hati suci bersih.

Ada tiga syarat bertaubat iaitu segera berhenti melakukan perkara dosa (maksiat), menyesal perbuatan lalu dan berazam tidak mengulanginya. Ini bagi kesalahan dengan Allah SWT tetapi jika kita bersalah dengan manusia ada satu lagi syarat iaitu berjumpa orang atau pihak terbabit, meminta maaf dan menyelesaikan apa-apa yang kita terhutang.

Itulah, kata sang ustaz, berdosa kepada Allah SWT mudah kita memohon ampun, Allah SWT sangat suka kepada orang bertaubat tetapi kesalahan sesama manusia amat berat; jika kita ada terambil hak orang kita wajibkan pulangkannya.

Misalnya, sesiapa yang menyeleweng, pecah amanah atau menyonglap harta dan wang tidak kiralah RM1 atau berbilion-bilion ringgit, di samping meminta maaf dia perlu kembalikan wang itu. Dan jika orang atau pihak terbabit sudah meninggal dunia, wang itu perlu dipulangkan kepada waris dan jika waris pun susah dicari, dermakan wang itu dengan doa agar ganjaran pahala diberikan kepada orang terbabit. Tetapi jika dia tiba-tiba ‘muncul’ wangnya tetap perlu dikembalikan sekalipun kita sudah menderma kesemua wang berkenaan.

Jika kita bersalah mengambil wang individu dalam jumlah tak banyak, mungkin kita boleh pulangkan tetapi bagaimana kita songlap wang rakyat yang bukan sedikit tetapi berjuta-juta dan berbilion-bilion ringgit, bagaimana kita mahu mencari jalan keluar? Demikian juga bagi kesalahan mendera orang termasuk rakyat dari segi fizikal seperti membantai mereka dalam tahanan atau menyembur gas asid di sesuatu perhimpunan, bagaimana kita mahu mendapat pengampunan? Allah tetap akan mengampunkan kita tetapi bagaimana dengan manusia termasuklah yang diadili secara palsu kerana kita menggunakan ‘saksi palsu’ dan ‘hakim korup’?

Demikianlah, kata seorang lagi ustaz dalam tazkirahnya, kesalahan manusia sesama manusia amat berat. Apatah lagi pemimpin terhadap rakyatnya. Pemimpin perlu adil dan amanah kerana antara tujuh golongan yang mendapat lindungan Arasy Allah SWT adalah imam (pemimpin) yang adil. Abu Hurairah r.a. meriyawatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  “Terdapat tujuh golongan yang akan mendapat lindungan Arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripada-Nya.  Mereka adalah imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT, seseorang yang hatinya terpaut pada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu serta berpisah kerana Allah SWT, lelaki yang digoda perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan dia takutkan Allah, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan tangan kirinya, dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” – Riwayat Imam Muslim

Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Maka bergembiralah mana-mana pemimpin yang dapat berlaku adil. Namun ingatlah kita semua adalah pemimpin kerana pemimpin adalah daripada setinggi-tinggi kedudukan (raja, presiden, perdana menteri) sehinggalah kepada seorang suami yang bertanggungjawab terhadap orang di bawah tanggungjawabnya dan hamba ke atas harta tuannya.

Dalam kesinambungan tamadun manusia malah kehidupan manusia sendiri dua komponen pihak iaitu pemimpin dan orang dipimpin (rakyat) perlu wujud (ada). Jika tiada rakyat, tiadalah pemimpin, jika ada rakyat pasti ada pemimpinnya. Peri pentingnya hubungan pemimpin dan rakyat dapat dilihat daripada kata-kata mutiara seperti 'raja dan rakyat tiada terpisah jua', 'baik pemimpin baiklah rakyat' dan 'raja adil raja 'disembah'; raja zalim raja disanggah'.

Pemimpin bertanggungjawab ke atas rakyatnya. Jika mereka adil, ganjaran hebat menanti mereka tetapi jika pemimpin zalim seperti makan rasuah, songlap duit rakyat dan mendera rakyat seperti mengenakan cukai melampau, rakyat perlu menggantikan mereka. Ini kerana sepanjang sejarah negara kita sukar menemui seseorang pemimpin sudi meminta maaf kepada rakyat seterusnya dengan rela meletakkan jawatan. Apa yang ada adalah pemimpin yang hendak berkuasa dulu, kini dan selamanya (menongkat langit).

Apa guna terus mengekalkan pemimpin korup kerana demokrasi yang menjadi amalan negara kita memelihara hubungan pemimpin-rakyat. Rakyat memilih pemimpin, maka timbullah slogan seperti 'daripada rakyat untuk rakyat' dan 'daripada rakyat kepada rakyat'. Di sini jelas sekali kepentingan rakyat...jika rakyat hidup menderita dalam sebuah negara yang kaya raya tentunya ada yang tak kena. Mungkin berlaku ketidak-telusan di sana sini. Sempena kedatangan Ramadan yang mulia, adakah pemimpin kita bersedia meminta maaf kepada rakyat? Diucapkan Ramadan Kareem kepada semua pembaca!

1 comment:

Unknown said...


SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI ALIH,, TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI ALIH DAN AKHIRNYA AKI ALIH MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI ALIH SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI ALIH …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI ALIH: (((_082 313 669 888_))), ATAU




KLIK DISINI 4d 5d 6d





Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan dan alhamdulillah saya dpat Rp 257 juta dan semuaini
berkat bantuan angka dari AKI ALIH]
karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
hubungi AKI ALIH] DI Nomor Ini (((_082 313 669 888_))),
insya allah beliu akan menbatu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang Aki Bisabantu Anda trima kasih.?



وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ