Monday, November 17, 2008

Hanya doa dan air mata iringi pejuang Islam

Ketika tumbangnya rejim Najibullah di Afghanistan pada 1992, dunia Islam berharap kerajaan baru Mujahidin yang ditubuhkan di Kabul akan menjadi contoh kegemilangan tamadun Islam zaman moden.

Ditambah kemunculan enam republik Islam di Asia Tengah (Azerbaijan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Kazakhstan), selepas kehancuran Soviet Union pada 1991, harapan kembali berbunga bahawa tamadun Islam akan kembali bersinar selepas hancurnya daulah Islamiyah Uthmaniyah Turki pada 1924, gara-gara 'permainan licik' Kamal Ataturk.

Malangnya impian itu menjadi igauan apabila Afghanistan menjadi 'neraka dunia'. Penduduknya yang sudah melalui kesengsaraan perang berikutan campur tangan Soviet Union terus menderita. Kali ini di tangan saudara seagama.

Di Afghanistan, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diamanahkan untuk memastikan sejahteraan ummah, gagal meleraikan kumpulan Mujahidin yang bertelagah. Pada awal dekad 90-an, ketua kumpulan Hizb-I-Islami, Gulbuddin Hekmatyar terus memerangi Presiden Burhanuddin Rabbani sekalipun diberikan jawatan perdana menteri.

Kemunculan kumpulan pelajar, Taliban adalah di luar jangkaan, tetapi mereka mendapat sokongan rakyat. Pada pertengahan dekad 90-an, mereka berjaya menguasai hampir keseluruhan bumi Afghanistan.

Kesungguhan Taliban melaksanakan hukum-hakam Islam, menyebabkan mereka dicemburui Barat. Suatu ketika tindakan mereka menghancurkan patung purba Buddha di Bamiyan, mencetuskan kemarahan dunia Barat.

Apabila tercetus Peristiwa 11 September 2001, tidak semena-mena Taliban menjadi sasaran. Taliban didakwa melindungi pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden. Lanjutan dendam Barat kepada Taliban, Amerika menggunakan kesempatan itu untuk 'menguji' senjata-senjata canggihnya di bumi yang hampir musnah itu.

Hasilnya Afghanistan hancur tetapi Amerika dengan bongkaknya berkata demokrasi sedang berkembang selepas meletakkan bonekanya, Hamid Karzai sebagai presiden.

Tidak cukup dengan kemusnahan Afghanistan, Amerika terus 'melanyak' sebuah lagi negara umat Islam - Iraq. Sama seperti Afghanistan, rejim Saddam Hussein juga tumbang dengan mudah.

Jentera perang Amerika jelas tiada tandingan jika perang berlangsung secara berhadapan. Pengajaran Perang Vietnam mungkin menjadi perangsang pejuang Iraq menggunakan taktik perang gerila yang menyaksikan korban besar di kalangan tentera Bersekutu akhir-akhir ini.

Kehancuran Iraq (satu-satunya negara Arab dan umat Islam) yang pernah membedil Israel dengan peluru berpandu Scud ketika Perang Teluk 1991, menyebabkan rejim Zionis itu semakin sombong dan ganas.

Seorang demi seorang pemimpin Palestin dibunuhnya. Hasil buruan terbesar mereka ialah syahidnya pemimpin Hamas, Sheikh Ahmad Yassin dan Abdel Aziz Rantisi.

Dunia hari ini menyaksikan seluruh negara umat Islam hilang 'maruah'nya. Daripada Libya yang terkenal dengan sikap anti-Baratnya sehinggalah kepada Arab Saudi yang sejak dulu lagi pro-Barat, semuanya mempamerkan 'ketakutan' yang amat sangat kepada Washington.

Malah ada negara umat Islam sudah mengamalkan kurikulum pendidikan dengan nasihat pakar-pakar Amerika. Konsep jihad dihapuskan daripada buku-buku teks sekolah.

Universiti Al-Azhar yang menjadi mercu kehebatan tamadun Islam juga tidak terlepas daripada pemantauan Washington.

Ketika seluruh umat Islam yang cintakan agamanya terkapai-kapai, OIC terus dengan retorik dan sidangnya yang tidak habis-habis. Yang terbaru Malaysia sebagai Pengerusi OIC (kini bekas), menyatakan surat telah dihantar kepada 'penjenayah' Bush dan Blair berhubung situasi meruncing di Iraq dan Palestin. Jawapan Bush dan Blair ialah mereka 'amat prihatin' dengan masalah yang ditimbulkan oleh OIC itu!

OIC menganggap ini kejayaan besar sedangkan pada masa yang sama darah ummah terus membasahi bumi Palestin, bumi Iraq, bumi Kashmir, bumi Afghanistan, bumi Chechnya, bumi Uzbekistan, bumi Xinjiang, bumi Mindanao, bumi Aceh dan akhir-akhir ini bumi Ambon dan selatan Thailand.

Bagi kebanyakan ummah prihatin, hanya doa dan air mata yang mampu mereka hadiahkan bagi mengiringi pejuang-pejuang Islam di mana saja mereka berada.

Kepada yang lain, terutama pemimpin-pemimpin negara umat Islam, 'teruskan tidur anda yang panjang' itu dan biarkanlah anak-anak anda (generasi muda) hanyut dengan gaya hidup yang 'mengidolakan' 'Winston, Carlsberg, Levis, Texan, KFC, McDonald's, Bollywood, Hollywood, Sureheboh, Empat Nombor Ekor' dan 'yang sewaktu dengannya'.

1 comment:

aditya.aulia139@gmail.com said...

Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY (ISKANDAR LENDERS) via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}



W/A:::[+62] 816-1754-7646 [Chats Only]
TEL.....☎[+62] 816-1754-7646 [Calls Only]
e_mail:::[aditya.aulia139@gmail.com]
https://wordpress.com/view/iskandarlestari.wordpress.com
[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]