Wednesday, May 7, 2014

Pemimpin adil dijanjikan perlindungan Allah

********************* DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ************************ Renungan ************************ "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32 *************************** Bersyukur ke hadrat Illahi, kita dipanjangkan usia, dapatlah kita memuzakarahkan isu semasa; kali ini kita ingin mengucapkan tahniah kepada pemimpin, kerajaan dan rakyat Brunei Darussalam kerana mendaulatkan hukum hudud mulai 1 Mei. **************************** Brunei melalui pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah, mengumumkan undang-undang syariah fasa pertama mula dikuatkuasakan dan ia akan dikuti dengan fasa-fasa berikutnya. Fasa pertama dan kedua bermula tahun ini manakala fasa seterusnya akan bermula tahun depan. ******************************* Bagi fasa pertama, hukuman penjara dan denda akan dilaksanakan antaranya untuk pesalah yang tidak menghadiri solat Jumaat dan hamil di luar nikah. Pada lewat tahun depan, hukuman seperti rejam dengan batu kerana kesalahan meliwat dan zina akan diperkenalkan. **************************** Ketegasan pemerintah Brunei untuk melaksanakan hukuman Allah sekalipun mendapat kecamanan organisasi dan masyarakat antarabangsa, amat mengharukan kita; kita terkesan dengan sebuah hadis yang menyatakan antara satu daripada tujuh golongan yang mendapatkan naungan Arasy Allah SWT di hari kiamat adalah pemimpin adil. ************************* Pemimpin adil dan berwawasan bukanlah 'bekerja' untuk 'memuaskan nafsu' rakyat dengan 'menimbunkan' kemewahan material seperti wang bertimbun dan makanan berlebihan kepada mereka tetapi berusaha keras menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat. Ini berpandukan doa yang sering kita mohonkan kepada Allah - 'Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar' yang bermaksud: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka." (QS. Al-Baqarah 201) ******************************* Pemimpin yang adil tidak rela diri dan rakyatnya dihumbankan ke neraka Allah SWT termasuklah kerana mengengkari hukum-hakam-Nya. Ini kerana sesungguhnya, kuasa tertinggi adalah milik mutlak Allah SWT; pemerintah hanya diamanahkan oleh-Nya untuk menjalankan hukum-hakamnya di bumi ini. Perkara ini dipertegaskan sejumlah besar cendekiawan Islam termasuklah negarawan Pakistan, Abul A'Ala Maududi. ***************************** Maududi dalam syarahannya mengenai 'asas-asas pemerintahan Islam' mengingatkan bahawa prinsip asas yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. ialah bahawa kekuasaan tertinggi dan mutlak hanyalah hak Allah semata-mata. Sesungguhnya bumi dan alam ini adalah kepunyaan Allah. ******************************* Udara, air, cahaya dan segala-galanya yang memenuhi hidup kita ini adalah diberi oleh Allah. Tubuh badan yang kita punyai ini beserta dengan tenaga dan organ-organ yang lengkap, semuanya dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT. ***************************** Kita langsung tidak mempunyai hak untuk mengaku yang kekuasaan mutlak itu hak kita. Di samping itu kita juga mesti menolak sebarang pengakuan sedemikian rupa daripada sebarang individu atau kumpulan. **************************** Antara perkara pertama Rasulullah s.a.w. mengajak manusia untuk percaya dan beriman ialah, kerajaan dan negara itu hanyalah kepunyaan Allah. Hanya Allah saja yang berkuasa untuk memerintah dan tiada siapa yang berhak untuk membuat undang-undang melainkan Dia. *************************** Perkara kedua dalam ajaran asas baginda ialah perundangan Rabbani bukannya diturunkan terus kepada manusia tetapi melalui Rasul-Nya. Rasulullah s.a.w. bukannya dipilih oleh sesiapa untuk menjadi pemimpin. ****************************** Baginda juga tidak memilih dirinya sendiri untuk menjadi pemimpin. Baginda telah dipilih oleh Allah agar dapat mendidik dan mentarbiyah manusia dengan tarbiyah Rabbani, menukar pemikiran dan peribadi manusia, menyampaikan perintah Rabbani kepada manusia dan melaksanakan urusan Rabbani itu melalui sesiapa yang menerima dan beriman kepada perintah-perintah tersebut. ******************************** Jadi, berdasarkan nasihat Maududi ini, adalah wajib untuk semua umat Islam tunduk kepada hukum-hakam Allah dan menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan dalam mereka melaksanakannya. Ingatlah setiap manusia tidak kira pemimpin atau orang dipimpin akan bertanggungjawab di hadapan Allah atas segala yang telah dilakukan semasa hidupnya. *************************** Jika pemimpin adil dijanjikan naungan Allah, rakyat juga dijanjikan sedemikian kerana mereka mungkin terdiri daripada peniaga jujur termasuk tidak menaikkan harga barang ikut nafsu, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid dan dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah.

Tuesday, May 6, 2014

'Reunion' punya pasal...

******************** DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ******************* Renungan ********************** "Maka hendaklah engkau hukum di antara mereka, menurut apa-apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu mereka daripada apa-apa yang didatangkan kepada engkau daripada kebenaran..." (Al-Maidah: 48) ***************************** TERGELAK 'satu surau' apabila tok guru berkata; begitu mudah berlaku perceraian sekarang ini, salah satu sebabnya pembabitan orang ketiga termasuklah rakan lama yang ditemui di majlis-majlis 'reunion' (perjumpaan semula)..."hai kadang-kadang terjumpa semula bekas rakan setadika pun 'tersangkut'...apalah hal budak-budak sekarang ni..." **************************** Ya, dengan kemajuan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), amat mudah untuk manusia berhubung; ramai memanfaatkannya untuk mengumpulkan rakan-rakan lama sama ada di sekolah, universiti dan tadika (hah! hah!), seterusnya mengatur majlis perjumpaan semula. Dulu sukar mengatur 'reunion' tetapi tidak sekarang. *************************** Ada banyak kebaikan 'reunion' ini seperti dapat menjalin semula persahabatan di samping mempereratkannya, tetapi 'ada juga keburukannya' bagi orang yang mencari kesempatan seperti 'memercikkan kembali nostalgia percintaan lama apabila terjumpa bekas buah hati' sedangkan si empunya diri sudah berumah tangga malah ada yang anak-anaknya 'sudah selori'. ***************************** Ya, pada majlis 'reunion' kerap benar kita 'tersilap' dalam pembawaan diri. Jika kita berusia 50 tahun, 'reunion' dengan bekas rakan-rakan sekolah dan universiti akan menyebabkan kita 'terawang-awangan' seakan-akan kita kembali ke zaman remaja itu, yang hakikatnya sudah berlalu lebih 30 tahun lalu. ************************ Pada majlis ini, jika tidak dikawal dengan syariat agama, akan berlakulah perkara tidak diingini, maklumlah sebahagian besar daripada kita gagal menguasai diri (kita seolah-olah sudah kembali ke zaman muda kita) dengan mempamerkan perlakuan dan sikap seperti ketika remaja dulu seperti bertepuk tampar, ketawa berdekah-dekah, menyanyi secara terlalak-lalak, menghisap rokok dan yang lebih teruk lagi terbabit dalam minuman keras dan pergaulan bebas. ************************* Jika kita hadir di majlis itu secara 'solo', dan kebetulan bertentang mata semula dengan bekas buah hati yang datang secara 'solo' sedangkan masing-masing sudah berumah tangga dan beranak pinak, tidakkah bibit-bibit lama akan kembali terbuka dan jika ia dilayan itulah permulaan kepada masalah...yang akhirnya membawa kepada porak-peranda sebuah keluarga. **************************** Banyak orang boleh melupakan kisah lama, menyedari realiti di depan mata sekali gus 'mengnyahkan' godaan syaitan untuk 'bermain kayu tiga', namun banyak juga orang tewas terjelepok kerana terlalu menurutkan nafsu. *************************** Pada peringkat awal diatur pertemuan rahsia, akhirnya tembelang terbongkar jua, akhirnya jatuh tersungkur mengheret diri dalam senarai ribuan pasangan yang memfailkan kes perceraian mahkamah syariah. Dilaporkan satu perceraian berlaku pada setiap 10 minit dengan sejumlah 56,760 perceraian direkodkan pada 2012. *********************** Kes perceraian tinggi di kalangan orang Islam ini sedikit sebanyak menjejaskan nama orang Melayu. Demikian lagi banyak hal negatif lain membabitkan orang Melayu seperti paling ramai menghuni Pusat Serenti, paling ramai miskin dan lebih malang lagi, 'tidak boleh dipercayai' sehingga ada ungkapan berbunyi 'janji Melayu'. ************************ Saya bawakan hal-hal negatif mengenai orang Melayu ini apabila terkesan dengan kenyataan berani seorang saudara kita (baru) di Radio IKIM baru-baru ini bahawa orang Cina takut masuk Islam kerana mereka menyamakannya dengan 'masuk Melayu'. ************************* 'Masuk Melayu' adalah sesuatu yang orang bukan Islam mahu elakkan. Mengapa begitu? Seorang saudara kita (daripada kaum Tiongkua) pernah mengadu kepada penulis sebahagian orang Melayu tidak mengamalkan ajaran agama sebaliknya memandang rendah dan menghina kefahaman saudara kita mengenai Islam. *********************** Katanya, orang Melayu yang didampinginya mendakwa 'Islam mereka adalah yang terbaik' sedangkan selepas beliau mengikuti pelbagai kelas pengajian Islam, beliau mendapati sebahagian orang Melayu adalah Islam baka saja, mereka tidak pun menunaikan tuntutan agama. ********************** Misalnya, katanya, ada perempuan Melayu berkata, bertudung itu tidak wajib. Mereka ini bukan orang tidak pandai, malah ada daripadanya lepasan universiti. Mereka mendakwa, dalam Quran pun tiada perintah untuk orang perempuan bertudung. **************************** Wanita itu berkata sebagai saudara baru, dia menjadi 'confuse' (keliru). Kawan-kawan perempuannya berkata, "awak perlu ikut kami kerana kami lebih Islam daripada kamu! Kami lebih tahu pasal Islam berbanding kamu. Kami lebih dulu Islam daripada kamu." ************************** Begitu juga dalam amalan kehidupan lain, katanya. Sebahagian orang Melayu tidak beramal dengan kehidupan Islam. Sebagai contoh, dakwanya, bekas suaminya (wanita ini memeluk Islam ketika mahu berkahwin) sendiri bertindak menceraikan sesuka hatinya dan tidak mengikut ajaran Islam dalam soal seperti nafkah. **************************** "Saya tahu Islam amat tekankan tanggungjawab suami atau bekas suami. Sepanjang perkahwinan, dia pun tidak mengajar saya pasal Islam. Selepas bercerai saya ingat mahu lepaskan Islam, tetapi mujurlah saya berpeluang untuk pergi belajar, misalnya ke PERKIM. Dulu saya terumbang-ambing tetapi kini saya cuba cari cahaya kebenaran (nur) itu. Itulah sebabnya saya hubungi awak." ***************************** Katanya, orang Melayu tidak boleh dijadikan contoh sebagai pengamal Islam terbaik. Dalam kes penceraian saya, pegawai di pejabat agama pun mengenakan tekanan ke atas saya. Sebagai saudara baru, saya terasa tersisih, orang Melayu tidak dapat menolong saya manakala orang Cina termasuk saudara-mara sudah lama menjauhkan diri, katanya yang membahasakan diri sebagai Nur. *************************** Gambaran Melayu di kalangan orang bukan Islam sudah buruk sehingga mereka berani menyatakan mereka tidak memeluk Islam sebab tidak "tidak mahu masuk Melayu." ******************************* Jadi orang Melayu, perlulah ambil perhatian, termasuk janganlah jadikan majlis 'reunion' sebagai tapak untuk 'menyemarakkan cinta lama' yang dikhuatiri akan menambahkan kes perceraian, sekali gus menyebabkan orang bukan Islam menjauhkan diri daripada Islam kerana takut 'masuk Melayu'!

Saturday, May 3, 2014

'Muhasabah' at the Royal Museum - Final Part

************** In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ***************** Reflection ***************** 'Aisha narrated this hadith: "Usama approached the Prophet on behalf of a woman (who had committed theft). The Prophet said, 'The people before you were destroyed because they used to inflict the legal punishments on the poor and forgive the rich. By Him in Whose Hand my soul is! If Fatima (the daughter of the Prophet ) did that (i.e. stole), I would cut off her hand'." (Sahih Bukhari) * *********************** WHAT do you feel after visiting a palace? While flipping the pages of the visitors' book at the Royal Museum (Old Royal Palace) at Jalan Istana which I visited recently, I noticed some visitors described the buildings, rooms, the things exhibited and their settings and decorations as 'amazing', 'awesome' and 'nice indeed'. ************************* Notice that the visitors were not forced to praise whatever they saw at the palace, they willingly wrote their praises; this means that they sincerely acknowledged the beauty of what they saw from the bottom of their hearts. ************************* If a visit to a palace could 'melts' our hearts into acknowledging its beauty and magnificent setting, then please do some 'muhasabah' (reflection) about the world (a very large palace) in which we are sent to 'do our job' on a 'temporary basis' say in 60 or 70 years (the average life of a human being). Does the world not leave any impression in your heart? **************************** Do some fast thinking; if a palace which was built by workers and its settings and decorations too was done by human beings, could 'steal' our hearts and we willingly (without being forced) praises the beauty of it, then why must our hearts (I included) 'too cold' and 'ignorant' to acknowledge the beauty and perfectness of this world and of course its Creator, The Mighty Allah SWT. **************************** What's 'that palace' to be compared with this world, this universe and so on? Why it is that we are reluctant to praise to the place where we live in and the 'magic' all around us, whats more their Creator? ************************** Isn't it very, very amazing to see the sky stands without pillars and in ourselves and around us too there are thousands and thousands of 'magic' - imagine isn't it strange that the coffee we drink is black in color but when we urinate, the water is crystal clear or slightly yellow? ************************ Actually what I would to stress is the the greatness of Allah SWT, Master of the whole universe. We do not have to witness supernatural things but by observing all His creations around us would be enough for us to surrender, kneel down on our knees and 'sujud' (prostrate) and admit that He is the Greatest, the Most High (Allah-u-Akbar). ************************ When we are ready to surrender to Allah SWT after acknowledging His Greatness and admitted our weakness (limitations) and how lowly we are as we are created from semen(which human beings would reject if they were given free of charge), then it would be much easier for us to face tribulations of life. ************************** For example in the case of the missing flight MH370, we would ready to surrender in His fate; He is our Lord who could do as He wishes - in Surah Yasin of the Qur'an, ayah 80 and 81, Allah SWT says: "Is not He Who created the heavens and the earth Able to create the like of them? Aye, that He is! for He is the All-Wise Creator, But His command, when He intendeth a thing, is only that He saith unto it: Be! and it is." ********************* If by visiting a palace, one could pour out his or her praises on its beauty, the same applies to men and women who open up their hearts to acknowledge the beauty of this world and praise it and of course to its Creator but the question is how to do it and most important of all, the correct way. *********************** Well, we need a divine guidance; and God, out of His abundant Love and Mercy for mankind, has not left us in darkness to discover the right path by trial and error alone. Coupled with our intellectual capability to reason, God bestowed upon us divine guidance that outlines the Criterion for truth and the knowledge and reality of our existence in this world and the Hereafter. ***************************** From the beginning of mankind God sent exemplars or prophets to convey His revelation and to invite all mankind to the path of true peace and obedience to one true God. This is Islam. This message was conveyed to all nations and tribes in this world throughout successive generations through more than 124,000 prophets - from Prophet Adam a.s. to Muhammad s.a.w. - all inviting mankind to the same path. (The Light of Revelation, Islamic Outreach-ABIM) ******************************** But human history is a chronicle of man's drift between light and darkness. Regarding this matter I would like to comment on the latest development in the Muslim world after an Egyptian court sentenced 529 members of the outlawed Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) to death after a one-day mass trial that allowed no genuine defense! *************************** It was the biggest mass death sentence handed out in Egypt's modern history. Turmoil in Egypt deepened since the army overthrew Egypt's first freely elected president, Dr Mohamed Morsi of the Muslim Brotherhood, in July. Security forces have killed hundreds of Brotherhood members in the streets and arrested thousands. ************************* Well to the Egyptian junta led by General Abdel Fattah As-Sisi, please take note that Cairo was host (and of course it is a member country) of an Organization of Islamic Cooperation (OIC) leaders meeting which produced the 'Cairo Declaration on Human Rights in Islam' (Resolution Number 48/19-P) which is adopted in Cairo on 5th August 1990 (14 Muharam 1411H) which in Article 2 notes: ***************************** (a) Life is a God-given gift and the right to life is guaranteed to every human being. It is the duty of individuals, societies and states to protect this right from any violation, and it is prohibited to TAKE AWAY LIFE except for a Shari'ah prescribed reason. ************************** (b) It is forbidden to resort to such means as may result in the genocidal annihilation of mankind. *************************** (c) The preservation of human life throughout the term of time willed by God is a duty prescribed by Shari'ah. ******************************* (d) Safety from bodily harm is a guaranteed right. It is a duty of the STATE to safeguard it, and is prohibited to breach it without a Shari'ah-prescribed reason. **************************** As-Sisi was reported 'to have an eye' for 'the throne' of Egptian President; well if you As-Sisi forced your way to that position of power and glamorous and flattered lives in luxurious palaces, then have a thought about former dictators around your land such as Muammar Gaddafi of Libya, Saddam Hussein of Iraq, Zine El Abidine Ben Ali (Tunisia), Abdullah Ali Saleh (Yemen) and your own 'master' Hosni Mubarak...where have they been? ************************ Some are 'struggling' inside their graves, others are pulling their remaining strength to survive in life, have you not, As-Sisi (and we) learned any lesson?