Thursday, December 3, 2009

Mimpi menakutkan selepas kunjungi Perkuburan Baqi

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." - Maksud Ayat 27 Surah Al-Hajj
***

SELESAI menziarahi makam Rasulullah s.a.w., Sayidina Abu Bakar As-Sidik r.a. dan Umar Al-Khattab r.a. di Masjid Nabawi, kita akan keluar di sebuah pintu di mana jika kita memandang terus akan kelihatanlah tembok Perkuburan Baqi.

Tanah perkuburan ini adalah untuk penduduk Madinah semenjak zaman Jahiliah sampai saat ini. Di sinilah bersemadi lebih 1,000 para sahabat, isteri dan keluarga Nabi s.a.w.

Antaranya; Usman bin Affan, Siti Aisyah, Ummu Salamah, Zainab, Hafsah, Safiah dan Mariyah Al-Qibtiyah.

Putera-puteri Rasulullah s.a.w. yang dikuburkan di sini ialah Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kaltsum dan Ruqayyah.

Tanah perkuburan ini luas saujana mata memandang, dengan tanah seakan-akan hitam dengan nesan berbatu lama, tanpa nama.

Pertama kali saya pergi menziarahi perkuburan ini secara berkumpulan dengan panduan mutawif. Apabila tiba di tembok perkuburan berkenaan, mutawif pun menunjukkan kepada perkuburan sahabat dan kemudian membaca doa.

Selesai berdoa, mutawif pun menyuakan kain bagi membolehkan anggota rombongan bersedekah.

Apabila dimasukkan, wang satu riyal, mutawif menjerit: "Sepuluh, sepuluh. Ikhlas, ikhlas." Maka terpaksalah diraba poket bagi mengeluarkan wang 10 Riyal.

Selepas beberapa hari berada di Madinah, dan sudah pandai berjalan-jalan sendirian di sekitar Masjid Nabawi, sekali sekala saya kunjungi Perkuburan Baqi.

Di tepi tembok berpagar itulah saya merenung jauh ke tanah perkuburan, membaca doa berulang-ulang dengan keratan buku doa di tangan.

Di sini air mata cukup mudah mengalir apabila seseorang itu mengenang perjuangan kaum kerabat dan sahabat Rasulullah s.a.w.

Saya perhatikan beberapa mutawif berlegar-legar di kawasan itu. Apabila melihat ada kumpulan atau individu berhenti di tembok itu, mutawif ini cepat-cepat datang dan tanpa diminta akan membaca doa.

Kumpulan atau individu itu terpaksalah mengaminkan doa itu dan kemudian 'dipaksa menyedekahkan' sejumlah wang kepada mutawif berkenaan.

Suatu petang Khamis (ada sesetengah orang menganggapnya petang Jumaat), selepas solat Asar, saya kunjungi Perkuburan Baqi. Saya menyusuri temboknya, melihat-lihat makam dari jauh.

Sungguh tak disangka, saya bernasib baik kerana pintu perkuburan itu dibuka. Biasanya orang ramai berpeluang melihat makam dari luar tembok saja.

Saya pun menyertai ratusan jemaah yang memasuki perkuburan itu. Selepas melepasi pintu masuk, kelihatan satu satu papan tanda besar, ditulis mengenai adab-adab menziarahi perkuburan.

Kalau tidak silap saya, ada enam bahasa digunakan. Salah satunya bahasa Melayu/Indonesia. Alangkah hebatnya, bahasa Melayu fikir saya.

Seperti kebanyakan jemaah lain, saya pun menyertai kumpulan orang ramai menziarahi satu persatu makam di perkuburan itu.

Disebabkan tidak tahu berbahasa Arab, tidaklah saya tahu secara tepat makam-makam siapa diziarahi - sama ada kaum kerabat atau sahabat Rasulullah s.a.w.

Di suatu kawasan perkuburan, terdapat beberapa kubur baru digali. Lubang kubur ternganga, menanti jenazah di masukkan.

Di sisi liang lahad, saya perhatikan ada cangkul, penyodok dan peralatan lain. Apabila melalui kawasan berkenaan, tubuh saya seram sejuk.

Tidak lama selepas itu, terdengar suara menyuruh pengunjung keluar daripada kawasan perkuburan. Perkuburan ditutup kembali, dan pengunjung hanya dapat berdoa dari belakang tembok.

Malam itu saya hampir tidak dapat tidur. Sebaik memejamkan mata, terpapar pemandangan menakutkan.

Mimpi saya mengerunkan. Berpeluh-peluh tubuh saya malam itu. Entah pukul berapa saya dapat lelapkan mata, saya tidak tahu.

Siangnya, saya muhasabah diri, bertanya mengapa saya bermimpi menakutkan sedangkan Perkuburan Baqi adalah semulia-mulia tanah perkuburan.

Sehingga kini, saya masih belum mendapat jawapannya sekalipun saya sedar saya banyak dosa menyebabkan saya mengalami sesuatu paling menakutkan sepanjang hayat saya.

Ya, Allah, Kau ampunilah hamba-Mu yang daif ini. - Nukilan LanH

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

***Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Wednesday, December 2, 2009

Sekerat badan berada di Raudhah

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Kebenaran itu daripada Tuhanmu, oleh itu janganlah kamu termasuk golongan yang ragu-ragu." - Maksud Ayat 47 Surah Al-Baqarah
***

KESYAHDUAN ketika berada di Madinah An-Nabuwwah sukar digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi ketika berada di Masjid Nabawi. Solat di Masjid Nabawi adalah lebih afdal daripada 1,000 solat di masjid lain kecuali Masjid Al-Haram dan Masjid Al-Aqsa.

Di Masjid Nabawi, menjadi idaman jemaah untuk solat di Raudhah yang mulia. Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah s.a.w. dan Saiyidatina Aisyah r.anha dengan mimbarnya.

Kelebihan Raudhah telah diriwayatkan secara mutawatir daripada Rasulullah s.a.w. bahawa ia adalah sebahagian daripada syurga.

Ia adalah suatu tempat mulia di dalam Masjid An-Nabawi, selain menjadi tempat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat beribabat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasulullah s.a.w. Ia juga merupakan sebuah taman syurga. (sumber buku Rahsia Madinah oleh Khalil Ibrahim Mulia Khothir).

Suatu hari pada musim haji lalu (1422 Hijrah), saya dan rakan-rakan sebilik, berbincang bagaimana untuk memasuki Raudhah.

Masjid amat sesak, menyukarkan seseorang itu solat di bahagian depan, apatah lagi memasuki Raudhah. Bahagian depan masjid biasanya dikepung dengan tabir.

Sebaik-baik saja selesai solat waktu, jemaah berebut-rebut memasuki Raudhah. Sebahagian besar jemaah dalam Raudhah enggan berganjak menyukarkan pengunjung baru memasukinya.

Seorang sahabat berusaha memasuki Raudhah dengan menunggu di pintu masuk pada jam 2.00 pagi. Masalahnya kita tidak tahu pintu mana akan dibuka dulu.

Kadang-kadang kita menunggu di Bab As-Salam tetapi yang dibuka Bab Abu Bakar. Apabila dibuka, jemaah berlari-lari menuju Raudhah. Dalam sekelip mata, Raudhah sudah penuh.

Untuk mengenal kawasan Raudhah, warna permaidaninya boleh dijadikan panduan. Warna permaidani di Raudhah berbeza daripada di kawasan lain. Ketika saya di sana dulu, warnanya seakan-akan putih manakala di kawasan lain merah.

Untuk memasuki Raudhah seseorang itu perlu sentiasa menunggu-nunggu kesempatan.

Selalunya jemaah bertolak-tolakkan untuk masuk. Saya perhatikan apabila seseorang jemaah memasuki kawasan itu dan cepat-cepat angkat takbir untuk solat, dia tidak akan ditolak jemaah lain ataupun pengawal. Ertinya dia selamat untuk meneruskan solatnya.

Suatu hari, saya terlihat ada ruang untuk solat tetapi ketika itu saya berada dalam kedudukan kurang sesuai.

Apabila masuk saja kawasan itu, saya pun cepat-cepat angkat takbir. Saya ingat saya sudah selamat, rupa-rupanya tidak. Seorang pengawal berdekatan, menolak saya keluar dari kawasan Raudhah itu!

Demikian betapa susah memasuki Raudhah ketika musim haji. Suatu hari, seorang sahabat berkata dia sudah dapat masuk Raudhah tetapi separuh saja.

Saya tanya macam mana. Dia kata dia dapat solat dengan kakinya di permaidani merah tetapi apabila sujud, kepalanya mencecah kawasan permaidani warna putih.

Alhamdulilah, akhirnya dia dapat juga memasuki Raudhah walaupun separuh badan saja! -Nukilan LanH

***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN

Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’

* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.

* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).

* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).

***Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.

Tuesday, December 1, 2009

Mendengar suara ghaib membaca al-Quran di sisi Kaabah

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., mafhumnya: "Orang yang mengerjakan haji dan orang yang mengerjakan umrah adalah utusan Allah Azzawajalla. Jika mereka berdoa nescaya Allah menerima doa mereka dan jika mereka memohon ampun, nescaya Allah mengampuni mereka."
***

AHMAD dapat menunaikan haji selepas bertahun-tahun bersusah payah menabung dalam Tabung Haji. Sewaktu di Makkah, sedang Ahmad beribadat di depan Kaabah, tiba-tiba dia mendengar suara orang membaca kitab suci al-Quran, dengan suara merdu di situ.

Ahmad tercengang kerana ada suara sedangkan pembacanya tidak kelihatan. Dia berfikir, mungkin yang membaca itu malaikat suruhan dan utusan Allah untuk memberkati Baitullah dan Masjidilharam.

Selepas tamat musim haji, Ahmad menuju ke kota suci Madinah al-Munawwarah bersama-sama jemaah haji sekumpulan dengannya.

Di Masjid Nabawi dia berpeluang bersolat fardu berjemaah, solat sunat, berzikir dan berdoa, untuk kesejahteraan hidupnya di dunia dan di akhirat. Ahmad suka bersedekah kepada orang yang memerlukannya.

Pada suatu malam, kira-kira jam 11.00, sedang dia beribadat di dalam Masjid Nabawi, tiba-tiba datang seorang lelaki Arab kacak dengan wajahnya bersih nian, memberikan isyarat jari telunjuk kepada Ahmad.

Lantas Ahmad terlintas di dalam hati untuk memberikan sedekah kepada Arab tadi. Tiada wang kecil dalam koceknya, kecuali sekeping wang kertas 100 riyal (kira-kira RM100).

Tanpa berfikir, terus saja diberikannya kepada Arab tadi. Apabila dia menoleh ke belakang, lelaki Arab tadi telah ghaib daripada pandangannya.

Mungkinkah lelaki Arab itu malaikat Allah, yang berpura-pura memohon sedekah, untuk menguji ketulusan dan kemurahan hati seorang hamba Allah, apakah dia bersyukur atau kufur dengan segala limpah rezeki dan nikmat-Nya, demikian fikir Ahmad. – Nukilan ABDUL WAHAB MUHAMMAD NOR