Seboleh-bolehnya saya tidak mahu menulis mengenai apa didakwa salah laku Anwar Ibrahim. Penulis tidak mahu menggunakan istilah jijik (lxxxt) itu. Pengalaman membabitkan istilah itu mengajar penulis berhati-hati. Selain membabitkan hukum-hakam agama, ia juga menjejaskan suasana keharmonian dalam rumah tangga. Pada 1998 dulu, dua orang anak penulis yang ketika itu berumur 9 dan 7 tahun bertanya; "lxxx itu apa ayah?" Maka terkial-kiallah saya nak menjawabnya, "err, err,errr."
Kini saya menulis juga mengenai perkara ini selepas menjumpai risalah mengenainya di pintu masuk masjid baru-baru ini. Pada pandangan saya, kandungan risalah itu bernas untuk tatapan dan renungan bersama. Antara lain risalah sebaran (untuk jemaah solat Jumaat) dengan tajuk 'Isu lxxxt Dato' Seri Anwar Ibrahim ? Cara Penyelesaian' (saya tidak bersetuju dengan tajuk ini, bukankah lebih elok ditulis 'Isu dakwaan salah laku ke atas...') ditulis;
"Kita sedang terjebak dalam satu krisis perpecahan Melayu-Islam. Perpecahan ini sangat besar selepas pilihan raya, kesan daripada pemimpin-pemimpin kita yang berbalah sesama sendiri. Ancaman kepada Melayu masa kini ialah Anwar melakukan lxxxt (wahai penulis, takkan awak tergamak menuduh begini sedangkan kes ini baru di peringkat mendakwa saja, tak takutkah kamu kepada Allah, oleh itu tulislah secara berhemah).
"Isu ini bukan satu isu yang mudah. Semua orang akan buat berbagai-bagai tuduhan. Ini tidak baik dan dilarang oleh agama. Yang menyokong Anwar menuduh kerajaan berkonspirasi. Yang menyokong kerajaan pula sedang mencari bukti. Akhirnya orang Melayu Islam berbalah sesama sendiri, mempertahankan perkara-perkara yang mereka sendiri tidak jelas. Kesan tahun 1998 dulu, kita sudah merasa sangat buruk kepada bangsa dan negara.
"Bagi mengatasi kemelut dan masalah ini, yang terbaik ialah kita serahkan kepada Allah SWT. Caranya ialah semua orang Melayu Islam, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi masjid/surau, sekolah-sekolah dan universiti mencari satu hari khas untuk menganjurkan sembahyang hajat beramai-ramai memohon Allah SWT memberi petunjuk kepada mana-mana pihak yang bersalah dalam perkara ini. "Sembahyang hajat boleh diadakan di tempat masing-masing. Pohon sokongan semua pihak supaya kita dapat menyelamatkan negara kita dari malapetaka. "Mulai hari ini hentikan tuduh menuduh dan kita kembali kepada Allah SWT. Sebarkan supaya semua orang mengambil bahagian." - AL-SUFI
Cadangan Al-Sufi perlu pertimbangan semua pihak. Selain pandangan beliau, tazkirah di Masjid Balai Islam sebelum solat Jumaat tengah hari baru-baru ini juga menyegarkan jiwa. Penceramahnya berkata semua permasalahan dan kemelut dalam negara dapat diselesaikan jika pemimpin dan rakyat berpandukan al-Quran. Yang menjadi masalahnya, manusia itu tidak mahu al-Quran, katanya.
Tuduhan melxxxt dan berzina dan seumpamanya membabitkan harga diri. Tetapi hari ini dapat kita saksikan betapa lancang dan jahatnya mulut pemimpin dan bukan pemimpin. Berkata begitu, berkata begini sedangkan mereka tidak tahu kedudukan perkara. Mereka main agak-agak saja. Mana boleh main agak-agak dalam kes membabitkan maruah diri ini?
Membicarakan bab harga diri ini, penulis teringat bahan bernas yang kerap menjadi hujah seorang sahabat. Beliau membawakan kisah Shakespeare yang memetik kata seorang penasihat kepada Raja.
Kata penasihat itu, jika Tuanku kehilangan kerajaan, Tuanku tidak hilang apa-apa; kerajaan boleh dirampas balik dengan cara memperhebatkan perjuangan. Jika Tuanku hilang kesihatan (jatuh sakit) Tuanku baru hilang separuh daripada diri Tuanku; tetapi jika Tuanku hilang harga diri, Tuanku telah hilang segala-galanya.
Demikianlah pada ketika harga barangan keperluan asas termasuk tepung, beras dan minyak yang berterusan naik, semakin ramai orang yang hilang harga diri. Ada yang menjaja kisah terlampau diri sendiri. Ada pula membuka kisah aib orang lain. Jika dilihat dari satu segi, seolah-olah kedua-dua perkara ini (harga diri dan harga barang) telah diletakkan di atas neraca. Jika harga barang naik, maka harga diri akan jatuh.
Mungkinkah pada ketika harga diri naik, harga barangan akan jatuh? Jika direnung secara berilmu memang begitu. Jika seseorang itu terutama peniaga dan pemimpin dikawal oleh agama (takut kepada Allah), harga barangan keperluan akan berada pada tahap terkawal kerana barangan dan keperluan asas seperti padang ragut (beras, gandum), air dan api sudah terjamin di bahu kerajaan sebagai sebahagian tanggungjawab pemerintah kepada rakyat.
Seorang tuan guru dalam tazkirah pada satu majlis yang diikuti penulis baru-baru ini, mengingatkan hadirin dengan amaran menakutkan; dua daripada tiga hakim akan masuk nereka; manakala pemimpin (imam) zalim tidak akan dipandang langsung oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak.
Siapakah pemimpin yang zalim itu? Mereka adalah orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Mereka memerintah ikut nafsu dan syahwat. Mereka menangkan kroni. Mereka makan suap. Mereka mengamalkan undang-undang rimba. Menghumban manusia dalam penjara tanpa bicara. Inilah manusia yang paling dimurkai Allah SWT. Mereka paling jauh daripada rahmat Allah SWT.
Sementara itu peniaga yang jujur, hakim serta pemerintah yang adil, kedudukan mereka adalah di bawah Nabi-Nabi dan begitu hampir dengan Allah SWT, demikian kata tuan guru itu.
Jika semua orang termasuk pemimpin ada harga diri, harga barang akan berada pada paras dimampui orang awam kerana negara dibarakahi Allah SWT. Insya-Allah jika harga diri naik, harga barangan akan jatuh!
Tuesday, October 7, 2008
Monday, October 6, 2008
Hebat, hebat, pemuda Cina minta akhiri pelacuran di Brickfields
Sekarang ini pusat-pusat pelacuran di Brickfields kerap digempur pihak berkuasa. Syabas diucapkan kepada mereka yang berusaha membersihkan ibu kota daripada menjadi pusat maksiat.
Berkenaan pusat pelacuran di Brickfields, saya teringat satu artikel saya tulis mengenainya tidak lama dulu. Inilah artikel berkenaan.
Sepanjang hidup saya, tidak pernah saya rasai denyut kebangkitan rakyat seperti sekarang, sekali pun pada zaman reformasi Anwar Ibrahim (1998-1999). Jika dulu, ia banyak membabitkan orang Melayu, sekarang orang Cina dan India bersama-sama bangun menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan Umno-BN. Iklan
Dulu orang Cina dan India takut-takut dengan PAS, tetapi hari ini PAS sudah berada di hati mereka. PAS menjadi rujukan.
Mereka tidak takut-takut menyatakan pandangan kepada PAS dan meminta orang PAS menyelesaikannya. Kata mereka, orang Umno-BN dan agensi kerajaan tidak boleh diharap. Jadi mereka mahu serahkan permasalahan mereka kepada orang PAS.
Saya sebagai orang PAS, terkena tempiasnya. Baru-baru ini seorang pemuda Cina bernama Chong Mun-Keong berusia 29 meminta saya atau orang PAS lain menyelesaikan masalah ini. Beliau tidak takut menyatakan namanya. Tulislah dan tolong kemukakan masalah saya ini kepada pemimpin PAS, katanya.
Saya ingat masalah Chong tentulah berkaitan dan berkepentingan dengan dirinya secara terus seperti permasalahan longkang tersumbat atau kawasan kotor dan jalan berlubang. Tetapi tidak, Chong membawa isu besar membabitkan maruah negara Islam Hadhari dan imamnya (pemimpin).
Kata Chong, dia sudah tidak tahan lagi dengan kegiatan pelacuran berleluasa di Brickfields, tepatnya Jalan Sambanthan 4. Beliau mendakwa perniagaan daging mentah di kawasan itu berlangsung 24 jam - siang dan malam. Rumah-rumah kedai tiga tingkat di kawasan itu jadi pusat pelacuran.
"Sini ada macam-macam bangsa. Melayu ada, Cina ada, India pun ada. Semua sedia beri servis 24 'hours'," katanya.
"Saya tahu tujuh kedai dijadikan pusat pelacuran. Yang saya tidak tahu, tentulah lebih banyak. Saya mahu tanya apa sudah dibuat oleh itu kerajaan Barisan Nasional. Saya sudah 'report' sama itu polis, DBKL tetapi tidak ada apa-apa," katanya.
Chong tidak pula menyatakan dia sudah 'report' kepada Pejabat atau Jabatan Agama. Tetapi sebagai seorang bukan Islam, tentulah dia keberatan menghubungi atau ke pejabat berkenaan.
Pemuda Cina ini mendakwa pusat pelacuran ini menjadi tempat 'practise' anak-anak muda untuk menjadi perogol. "Apabila sudah biasa ke sana, mereka sudah gian, jadi apabila tidak dapat mereka pun jadi perogol," dakwanya.
"Itu sebab ahhh, banyak kes rogol dan bunuh terjadi. Ingat kes Canny Ong, Nurin. Dia orang sudah 'practise' jadi sudah gian, mereka rogollah orang lain," katanya.
Selain itu, dakwanya pusat pelacuran menjadi tempat penyebaran penyakit berbahaya seperti Aids. "Setiap pelacur layan satu 'customer' 15 minit, jadi berapa ramai 'customer' mereka dapat sehari dan berapa banyak 'customer' berpotensi dapat Aids atau VD," katanya.
"Saya banyak hairan dengan ini kerajaan," katanya. "Di Brickfields tiada masjid. Penduduk sudah lama pohon, sudah dapat tapak tetapi masjid itu tidak dibikin-bikin. Apa kata robohkan itu semua rumah kedai dan bina masjd di atas tapaknya?" kata Chong membuat cadangan.
Chong berpendapat apabila sudah ada masjid, maka kegiatan maksiat seperti pelacuran dapat diatasi. "Takkan dia orang berani buat kes dan kegiatan dekat masjid," katanya.
Selain membangkitkan isu pelacuran, Chong juga marah dengan kerajaan BN yang menggalakkan perjudian. "Awak mahu tahu, sebagai seorang Buddhist, saya sangat benci itu Sports Toto dan perjudian di Genting. Saya mahu itu Sports Toto dan Genting ditutup. Itu kerajaan BN buat apa?"
Chong juga marah dengan Najib Razak (Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Pengerusi BN) yang kerap ke Kelantan sekarang ini. "Kenapa mahu galakkan orang tanam tembakau? Kenapa Najib janji mahu beri harga baik untuk tembakau sampai tahun 2012 jika BN perintah Kelantan?" "Itu tembakau, aaah tidak baik. Banyak orang hisap rokok dapat kanser. 'Office' 'manyak' busuk. Banyak orang mati hisap rokok. Apa BN mahu bagi orang matikah?" katanya yang mengesyorkan supaya tanaman tembakau diganti dengan padi.
Chong kata, banyak orang 'Chinese' di tempatnya sudah sokong PAS. Tetapi PAS tak bertanding di tempatnya. Tak apalah, katanya, lain kali boleh undi calon PAS, jika ada. Tetapi kali ini tolong selesaikan masalah dia. Hapus pusat pelacuran dan segerakan pembinaan masjid di Brickfields!

Mencari Lailatulqadar yang belum ditemui
Ramadan berbaki beberapa hari lagi. Lima, 4, 3, 2, 1 dan Aidilfitri. Akhirnya Ramadan yang penuh barakah, jaminan pengampunan dan pembebasan daripada api neraka itu meninggalkan kita. Sebelum Ramadan ini berakhir, tiba-tiba terlintas di hati saya untuk mengisi kolum ini yang saya sudah tinggalkan sejak dua bulan lalu.
Tentunya saya beralasan sibuk sejak akhbar tempat saya bertugas terbit dua kali seminggu sejak pertengahan Ogos lalu. Tetapi pada akhir Ramadan ini, dalam kesibukan itu saya teruja membuat sedikit bakti dalam dunia penulisan ini, moga-moga ia ada manfaatnya dan dapat menolong saya di alam sana.
Kesedaran menulis datang selepas saya mendengar tazkirah zuhur hari ini (25 Ramadan/25 September). Pada kuliah itu, ustaz terbabit menyatakan jika keseronokan atau keasyikan Ramadan sudah menguasai jiwa barulah puasa kita membawa erti. Jika tidak, dikhuatiri puasa kita hanyalah sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau lebih tinggi sedikit iaitu menahan anggota diri daripada perkara-perkara bukan hak.
Bagaimana mahu mendatangkan keasyikan Ramadan? Ustaz itu mengkiaskan tingkah laku seorang peminat bola sepak, katakan penyokong tegar Perak. Penyokong ini bekerja di Kuala Lumpur, tetapi kerana fanatiknya kepada pasukan Perak, di mana saja ada perlawanan membabitkan pasukan ini , akan dihadirinya. Jika pasukan Yob ditakdirkan bermain di Pulau Pinang, peminat tegar ini akan melakukan apa saja supaya dia dapat ke sana.
Kalau perlu menipu untuk mendapat cuti, dia akan lakukan. Kalau tiada kenderaan, yang ada cuma sebuah motosikal Cup, dia sanggup menunggang dari KL ke Ipoh atau Pulau Pinang. Panas, hujan malah sakit, tidak dipedulikannya. Yang penting dia mesti menyaksikan pemain Yob beraksi. Cintanya kepada pasukan Yob sudah menjadikan dia begitu. Dia sudah asyik dengan dunia bola dan Yobnya.
Bagaimana mahu asyik dengan Ramadan? Ini soalan sukar dijawab. Ustaz itu berkata, orang yang sudah asyik mahsyuk dengan Ramadan, tidak peduli apa lagi. Kuih raya ke, baju raya ke, duit raya ke, semuanya tidak ada dalam kamus mereka. Sebaliknya mereka cukup cemas dengan ibadat dan penghambaan terhadap Yang Maha Kuasa kerana Ramadan semakin hari semakin menuju penghabisan, macam 'countdown' 5,4,3,1 dan Aidilfitri.
Demikianlah, orang yang asyik dengan Ramadan berasa sedih kerana ia akan berlalu. Tetapi kita ini, termasuk saya sebagai orang awam bagaimana pula? Kita pun tidak sabar dengan 'countdown' 5,4,3,2,1 tetapi akhirannya akan berbunyi 'Hip-hip horee, hip-hip horee, Esok hari raya!' Itulah saya dan sebahagian kita pada era 'jahiliah' (semasa zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa) dulu, tetapi kini saya mulai termenung memikirkan betapa tersasar jauhnya kita dalam menghadapi Ramadan dan Aidilfitri.
Saya mula tercari-cari Lailatulqadar yang tidak pernah saya temui. Macam mana hendak jumpa sebab saya sama seperti sebahagian besar generasi baru dibesarkan dalam suasana tidak menjuruskan ke arah itu. Ini kerana pengertian Ramadan dan Aidilfitri terpesong terlalu jauh daripada apa saya fahami sejak merajinkan diri menghadiri tazkirah dan kelas-kelas pengajian di masjid sejak beberapa tahun lalu. Bagi kebanyakan orang Melayu, Ramadan dan Aidilfitri sudah menjadi semacam satu budaya; tidak terikat kepada apa dikehendaki Islam daripadanya. Dan saya sebagai seorang Melayu terikut-ikut dalam budaya yang berat untuk saya katakan sonsang ini.
Permulaan Ramadan adalah barakah Allah SWT. Tetapi orang Melayu dan kini menjangkiti orang Malaysia, Ramadan bermakna bulan pesta - daripada pesta makanan kepada pesta membeli belah. Tataplah akhbar, terpapar kisah makanan dan penyediaan makanan. Gerai menjual makanan muncul di sana sini. Kisah ayam percik, kisah tahi itik, semuanya mewarnai Ramadan.Seolah-olah Ramadan itu pesta makan sedangkan puasa itu bermakna tidak makan.
Tidak cukup dengan itu muncullah buffet Ramadan di restoran, di hotel. Makan dan makanlah. Ramadan adalah untuk menahan nafsu termasuk mengekang makan dan minum tetapi Ramadan nampaknya adalah bulan untuk memuaskan nafsu makan. Kalau pada siang hari nafsu itu tidak dapat dipuaskan, tidak mengapalah, pada malam hari ia boleh dipuaskan, sepuas-puasnya.
Kemudian muncul pula bazar Ramadan, pasar Ramadan, 'sale' Ramadan dan bermacam-macam lagi perkara yang dikaitkan dengan Ramadan. Ramadan itu adalah untuk mengekang nafsu, tetapi nampaknya Ramadan adalah bulan untuk memuaskan nafsu. Nafsu membeli memuncak pada Ramadan, set perabot yang tidak pernah bertukar boleh bertukar pada Ramadan, langsir yang ok ditukar juga pada Ramadan, peti sejuk yang ok pun ditukar baru, kereta yang ok jadi tak ok pada Ramadan kerana mahu ditukar; malah rumah pun kalau boleh mahu ditukar Ramadan ini.
Pemimpin dan pemerintah menggamatkan lagi suasana. Ada yang mahu menjual puasa dan raya sebagai bahan promosi pelancongan. Mereka suruh orang luar datang, tengok apa orang Melayu buat pada bulan mulia ini. Mereka tidak suruh orang Melayu meningkatkan amal ibadat dan penghayatan terhadap bulan mulia ini supaya orang luar tertarik dengan Islam, tetapi mereka menyuruh orang Islam melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Islam seperti memasang pelita, sibuk dengan majlis makan-makan dan menganjurkan majlis di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul.
Seorang pemimpin sebuah negeri di selatan tanah air, dalam mempromosi aspek pelancongan, mengerahkan penduduk kampung memasang pelita, sebuah kampung dilaporkan menang dan mendapat hadiah lumayan selepas kira-kira 40,000 pelita menerangi kawasannya.
Bayangkan berapa banyak kos diperlukan dan apa yang dapat dikatakan tentang perbuatan membazir amalan syaitan ini? Seorang uztaz mengingatkan pemasangan pelita dengan niat dan pandangan terpesong misalnya percaya ia boleh memudahkan arwah saudara-mara kembali ke rumah masing-masing adalah perbuatan syirik dan merosakkan akidah. Orang taat sibuk dengan solat dan mengenang dosa diri dan nasib dalam kubur, ada penduduk kampung termasuk veteran sibuk bermain cahaya ribuan pelita tujuh likur.
Ketika ini pada ketika segelintir insan bertakwa menangisi Ramadan yang akan berakhir tidak lama lagi, ada kumpulan-kumpulan tertentu bertungkus-lumus menyiapkan program-program lara atas nama kemuliaan Syawal untuk disiarkan di skrin-skrin televisyen. Maka sepanjang raya, terpancar dan berkemundanglah segala program hiburan terutama nyanyian, tidak henti-henti 24 jam sehari.
Berakhir Ramadan, pesta makan-makan berlanjutan, sebulan lamanya. Yalah, kata mereka Syawal itu sebulan lamanya. Jadilah orang Melayu berpaksi kepada makan minum, berpesta, berhibur; pengajaran Ramadan tidak langsung melekat di hati mereka.
Bagi anak-anak inilah Ramadan dan Aidilfitri yang mereka ketahui. Mereka didedahkan perkara ini tahun demi tahun; melepasi usia kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Kalau tidak kesedaran, kemungkian mereka membawa konsep salah ini hingga ke liang lahad.
Mungkin pada usia tua seperti saya ini barulah timbul sedikit kesedaran bahawa Ramadan dan Aidilfitri yang bermati-matian kita raikan itu adalah tersasar daripada kehendak Islam. Islam tidak menyuruh kita bergolok gadai memenuh dan mengisi nafsu menyambutnya tetapi ada peraturan, tata cara dan disiplinnya.
Tujuan Ramadan adalah untuk menghasilkan insan bertakwa dan tawaran Allah SWT, menjanjikan pengampunan dan bebas daripada api neraka sewajarnya menjadi buruan setiap Muslim.
Itulah yang baru saya ketahui sejak akhir-akhir ini menyebabkan saya termenung memikirkan betapa sesat dan songsangnya saya selama ini. Mungkin itu antara sebab mengapa Lailatulqadar yang saya cari, belum terjumpa lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)