Monday, November 28, 2022

3 Jamadilawal 1444: Pada ketika kita berdoa untuk Malaysia kita...(U)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan 

Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah." 


ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan kita nikmat-nikmat yang tak terhitung. Sekali lagi Alhamdulillah kerana sekarang ini kesedaran agama tersangat tinggi termasuk di kalangan media massa.


Kerap kita mendengar dan melihat doa-doa diungkapkan untuk menyelamatkan Malaysia, negara kita yang tercinta daripada bala bencana termasuk pandemik Covid-19 Syukur, sama ada siaran di TV dan radio kerap dibacakan doa-doa ini. Doa untuk kesejahteraan dan keselamatan semua rakyat dan negara Malaysia. Amin.


Asas agama kita mudah - tunaikan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya. Alhamdulillah dalam menunaikan perintah Allah SWT, masyarakat berlumba-lumba ke arah kebaikan. Malah dalam kemelut akibat pandemik Covid-19 ini, berlumba-lumbalah orang awam, pertubuhan dan kerajaan menghulur tangan membantu rakyat (orang susah). 



Malah banyak juga NGO bertebaran di luar negara menghulurkan bantuan termasuk melakukan korban di pelbagai negara seperti Yaman, Syria, Palestin, Sudan apatah lagi di Kemboja dan Filipina.



Namun agak menyedihkan dalam kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan itu, termasuk, memanjatkan doa-doa agar Allah SWT mengasihani kita...nampaknya kita tak berapa berusaha pula untuk menyekat perkara-perkara yang Allah SWT benci...kita sungguh-sungguh takut Allah SWT akan murka kepada kita...



Ambil contoh mudah, atas nama MEWAKILI Malaysia, ada atlet kita dalam Sukan Olimpik Tokyo  ditunjukkan secara meluas dalam media massa kita dalam keadaan.............(subhanallah, malu untuk kita ungkapkan di sini). 



Ya, atlet ini mewakili Malaysia...dia membawa dirinya mewakili kita semua...atas nama rakyat dan negara Malaysia. Sekalipun itu perlakukan dan pembawaan dirinya, sebagai rakyat Malaysia dan negara Malaysia, kita bimbang kita akan dipertanggungjawabkan di depan Allah SWT nanti. Apa kita nak jawab di depan Allah SWT...atlet ini sebahagian daripada kita kerana dia membawa bendera Malaysia iaitu sebahagian daripada kita...apa kita buat, ada buat teguran?



Dalam kita merintih-rintih memohon Allah SWT menyelamatkan kita pada ketika kita yang sama kita menyokong maksiat kepada Allah SWT. Kita tak berkutik pun (buat teguran dan bantahan) tentang hal ini, malah pemimpin-pemimpin sebuah parti yang dulunya BERKOBAR-KOBAR menentang hal-hal sebegini seperti penganjuran ratu cantik dan penyediaan arak dalam kapal terbang, tidak BERSUARA pun. Mereka sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan, sewajarnya merekalah yang ke depan menghalang MAKSIAT ini.



Itulah, kita terus berdoa dan berdoa, namun dalam pada yang sama buat-buat buta pada hal-hal MAKSIAT ini atau setidak-tidak kita bersubahat kerana tak buat teguran pun atau kepada yang sudah BERKUASA tu tentu ada sedikit sebanyak KUASA...ya Allah tolonglah kami..kami sebagai rakyat tak berdaya dalam hal ini...La Haulawah...semoga Allah SWT mengampunkan kita dan mengangkat pandemik ini...


No comments: