Tuesday, June 28, 2022

Zulkaedah 29, 1443: Haji, hajah perlu jaga penghormatan (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Sesiapa yang membaca 'Astaghfirullah al Lazi La Ilaha' illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilahi' (Aku meminta keampunan daripada Allah Taala yang tiada Tuhan melainkan-Nya, yang hidup lagi berdiri dengan sendiri-Nya, dan aku meminta taubat kepada-Nya), diampunkan dosanya walaupun dianya lari dari medan perang." (HR. Imam Abu Daud, Tarmizi dan Al-Hakim)


Haji sebagai salah satu Rukun Islam bolehlah diibaratkan sebuah madrasah bagi melahirkan insan lebih baik daripada semalam tetapi apa disaksikan ada juga insan bergelar haji tetapi amalan dan sikapnya lebih buruk daripada sebelum mengerjakan haji. Ada pula yang statik, perangainya sama saja - dulu, kini dan dibimbangi buat selamanya - sehingga dia dijemput Allah SWT ke alam barzakh.


Salah satu karakter orang bergelar haji paling menarik saya saksikan (filemlah) adalah Haji Bakhil melalui filem Labu Labi. Tak tahulah saya sama ada dia mendapat 'title' haji kerana sudah menunaikan haji atau saja-saja dipanggil haji. Punyalah kedekut orang ini, orang gajinya (Labu dan Labi) tidak diberikan ganjaran sewajarnya.


Di dalam buku 'Teman Anda Ke Tanah Suci' karya Dato' Mohd Saleh Awang (Misbaha) terbitan Times Books International, ada dinyatakan kelebihan orang yang telah mengerjakan haji, antaranya dia adalah utusan Allah.


Misbaha menulis: "Jemaah haji adalah utusan Allah sebagaimana tersebut dalam hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud: 'Orang yang mengerjakan haji dan orang yang mengerjakan umrah adalah utusan Allah. Jika mereka berdoa, nescaya Allah menerima doa mereka dan jika mereka memohon ampun, maka Allah akan mengampuni mereka."


Sebelum meneruskan muzakarah mengenai insan bergelar haji dan hajah ini, terlebih dahulu penulis yang sudah menunaikan haji memohon maaf; bukanlah tujuan penulis mendedahkan keburukan mana-mana pihak, lebih-lebih lagi penulis sendiri banyak jeleknya, tetapi untuk sama-sama merenung, bermuhasabah diri, memikirkan yang terbaik untuk hari muka.


Berdasarkan pengamatan penulis, ramai sahabat-sahabat bertukar baik atau menjadi lebih baik selepas bergelar haji. Alhamdulillah kerana jika dulu tidak kerap ke masjid, selepas bergelar haji hampir setiap waktu berjemaah di masjid.


Malahan kelas pengajian di masjid yang diadakan pada setiap malam antara solat maghrib dan isyak sentiasa diikuti. Tidak cukup dengan itu, insan bergelar pak haji ini sanggup berpindah daripada satu masjid ke masjid lain yang berdekatan semata-mata bagi menambah ilmu dalam mencari keredaan Illahi.


Mak hajah pun tidak ketinggalan menyertai pak haji; jika ada kelas pengajian di masjid, dia pun turut serta. Adalah menjadi pemandangan biasa, mak hajah membonceng motosikal pak haji ke masjid untuk solat berjemaah, biasanya waktu maghrib dan selepas itu mengikuti pengajian sebelum masuk waktu isyak.


Jika dulu bertudung tiga segi atau disimpul di kepala atau di bawah dagu, alhamdulillah selepas kembali dari Makkah sudah memakai tudung labuh, dipadankan pula dengan abaya labuh, mungkin yang dibeli ketika di Tanah Suci dulu.


Namun ada pak haji dan mak aji (hajah) yang perangainya tidak berubah. Seorang sahabat lama yang sudah bergelar haji memberitahu, kelemahannya yang masih belum dapat diatasi ialah 'pantang melihat perempuan berdahi licin'.


Dia yang sudah mempunyai dua isteri, berkata apabila terpandang perempuan cantik, mulalah dia tidak keruan. Dia akan berusaha berkenalan seterusnya menambat hati perempuan berkenaan.


"Perkara ini, saya kalah. Mudah-mudahan Tuhan ampunkan saya," katanya yang mengaku pada penulis dulu masa muda-muda dia pernah berzina.


"Saya sudah bertaubat termasuk pergi Makkah, tetapi pasal bab perempuan ini, saya angkat tangan. Mungkin ini balasan Tuhan kepada saya, perangai buruk ini masih ada," rintihnya.


Penulis juga diberitahu seorang lagi sahabat bahawa kawannya yang sudah bergelar haji, juga masih dengan perangai lamanya yang tidak tahan melihat perempuan cantik.


Dia yang juga sudah beristeri dua, masih ada waktu untuk mengorat sedangkan anaknya sudah berderet dan dia sendiri hampir bermenantu seterusnya mendapat cucu.


Kisah hajah pula tidak banyak penulis ketahui. Apa yang terzahir depan penulis atau dalam akhbar dan majalah ada hajah yang pakaiannya 'lebih teruk' berbanding dulu.


Seorang hajah yang penulis kenali, dulunya kerap berbaju kurung longgar bertudung tetapi sejak akhir-akhir ini selepas berkahwin sekali lagi selepas kematian suaminya, mula berpakaian kebaya dan kadang-kadang mengenakan celana ketat. Entahlah, dia sudah buang tabiatkah atau menyesuaikan dirinya yang berkahwin lelaki muda.


Ada isteri pemimpin yang sudah hajah pun terus mendedahkan kepala dan rambut. Artis yang sudah bergelar hajah juga turut buat perangai. Ada yang kejap bertudung kejap tidak, ada yang menenggekkan kain di kepala dan ada menggelek (goyang gerudi) keterlaluan di pentas sedangkan dia bergelar hajah. Ada artis yang sudah bergelar hajah, sanggup mempamerkan aset tubuh mereka dalam akhbar, majalah dan rancangan televisyen, apa sudah jadi ini?


Adalah wajar bagi insan bergelar haji dan hajah menjaga imej mereka. Nama atau gelaran yang diberikan kepada mereka (haji atau hajah) perlulah dijunjung tinggi. Penghormatan masyarakat sejak sekian lama kepada pak haji/bang haji dan mak aji/kak hajah, usahlah digadaikan.


Malangnya, pada hari ini, semakin ramai insan bergelar haji dan hajah tidak mempedulikan harga diri mereka dan penghormatan yang diberikan. Inilah yang perlu kita bimbangkan; kita tidak mahu semakin ramai Haji Bakhil, Haji Penyamun Tarbus, Haji Kaki Rokok dan Hajah Seksi, Hajah 20 Persen, Hajah Tudung Sekerat, Hajah Tudung Senget, dan Hajah Tak Bertudung mewarnai kehidupan kita!


Monday, June 27, 2022

Zulkaedah 28, 1443: Welcome Dhul-hijjah, the blessed month of Hajj (U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance.


Labbayk, Allahumma, Labbayk, Labbayk, La Shareeka laka, Labbayk Innal-hamda wan n’mata laka wal-mulk, La shareekala – (Here I am at Your service, O Lord here I am, No partner do You have, Here I am, Truly the praise and the favour is Yours and the dominion. No partner do You have).

Dhul-hijjah is the 12th month of the Muslim calendar of Hijra. This is the month Muslim perform hajj, with its peak when they do ‘wukuf’ (to stop or gather) in Arafah (or Arafat) on the 9th Dhul-hijjah. 

Wukuf, being the highest 'rukun' (component) of hajj must be rendered; without which hajj does not take place. The requirement is the presence in Arafat, regardless of whether the pilgrim is riding, walking, sitting or moving. In Arafat one is to spend the afternoon from dhuhr (midday)to maghrib (sunset) prayer times making du’aa (supplications) and repenting to leave Arafat with all of one's sins forgiven.

For Muslims who are not performing hajj in their homelands, they are encouraged to perform recommended deeds during the first 10 days of Dhul-hijjah such as fasting especially on ‘Wukuf’ day and giving charity. Then during Eid Adha (10th Dhul-Hijjah) when Muslims perform ‘solat’ (Eid prayers) and the days of Tashreek (11, 12, and 13th Dhul-Hijjah) they are recommended to do the slaughter or ‘korban’ (sacrifice) animals (such as sheep and cow).

Muslims from all corners of the world gathered in the Holy Land to perform the hajj manasik (rites and ceremonies performed at hajj). After Arafah, the pilgrims would then proceed towards Muzdalifah and pick up pebbles there to be used when stoning the Pillar of Aqabah or Qubra on Eid Adha (10th Dhul-Hijjah).

In Mina, they are required to stay for three nights where they will stone the three ‘jamrahs’ beginning with the first Pillar (i.e. the one which is furthest from Makkah), followed by the middle Pillar and lastly the Pillar of Aqabah. The pilgrims will also shave their heads or cut their hair and then proceed to Makkah to perform the Tawaf Al-Ifadah (circling the Kaabah seven times which is an essential part of Hajj) and then perform Sa’y (walking seven times between the hills of Safa and Marwa). While waiting for the the big day (Wukuf), pilgrims fulfill their days by performing prayers and 'tawaf' in the Grand Masjid of Makkah (Masjidil-Haram).

Some prefer to perform ‘umra’ (small hajj) again and again but they are advised not to it frequently as they needed a lot of energy to prepare for the hardship of hajj. It is advisable to perform hajj when one is at a young age. Perhaps the time is right when one is in his thirties or forties because physically and mentally he is fit to fulfil some ‘robust’ obligations that need strength and stamina such as stoning the devils at the jamrahs in Mina. Furthermore pilgrims have to use the power of their legs for activities such as walking frequently (perhaps five times daily for 'fardu' prayers) from one’s hotel room to the Prophet's Masjid (in Madinah) and Al-Haram Masjid (in Makkah). During hajj, a distance of one or two kilometers from the hotels and the masjids are normal.

For hajj or umrah obligations such as tawaf and sa’y, one has to walk a distance; for example for sa’y when one has to walk seven times between the hills of Safa and Marwah, the distance could be more than four kilometers (600 meters x 7)! When performing the stoning of the devils, it is normal for pilgrims to walk quite a far distance, perhaps two to three kilometres from their tents in Mina to the jamrah. Pilgrims are supposed to stay for four days and three nights in Mina (10, 11, 12 and 13 Dzul-hijjah) dan stone the three jamras everyday during the stay except during 10th Dzul-hijjah (Eid) when pilgrims only stone the main jamrah (Jamrah Al-Aqabah). Thus, to perform hajj one should be physically and mentally fit, so it is advisable to Muslim to take the necessary steps for example started saving from an early age, hoping and praying one could perform the fifth pillar of Islam at the earliest time possible and not at old age.

Writing about my own experience in the Holy Land after being there a few times, I loved to be ‘alone’ (without the presence of known companions near me) in places such as Majidil-Haram and while gathering in Plains of Arafah because I had the feeling of nearness to Allah SWT. Without the presence of ‘a known person’ close to me, I could ‘freely’ pour out my heart to Allah SWT. I was free to shed tears without the feeling of being ‘observed’ by ‘close relatives and friends’.

When you are ‘alone’ it is easy for you to talk and admitted about your past sins and then beg forgiveness from the Almighty. In one such occasion, I was sobbing, lost for words. I reached for my small du’aa book and read the supplications, among others: 

O Allah! I ask of Your integrity and soundness in my religion, my life, my family, and my possessions.

O Allah! Cover my shame, pacify my fears, guard me from what is in front of me and behind me, from what is on my right and on my left, over my head and under my feet.

O Allah! Grant health to my body. O Allah grants health to my hearing. O Allah! Grant heath to my sight. There is no deity except You.

O Allah! You are my Lord. There is no deity except You. You are my Creator and I am Your creature. I try to keep my covenant with You and to live in the hope of Your promise as well as I can. I seek refuge in You from my own evil deeds. I acknowledge Your favours to me, and I acknowledge my sins. Forgive me my sins, for there is no one who can forgive sins except You.

O Allah! I seek refuge in You from worry and sorrow. I seek refuge in You from impotence and sloth, from stinginess and cowardice, and I seek refuge in You from the burden of debt and from being humbled by men.

O Allah! Make the beginning of this day good, the middle prosperous, and the end successful. I ask You to grant me the good of this world and of the Hereafter. O Most Merciful of all Who show us mercy!

O Allah! You hear my words, You behold my situation, You know what is open and what is hidden within me; nothing is hidden from You. It is me alone who is in need, a humble seeker of Your forgiveness. I beseech You with humility in my heart, with trembling and fear, in prostration and utter helplessness.

O Allah! Grant me soundness of belief, goodness of character, forgiveness of my sins, and Your eternal pleasure in the Hereafter. – Ameen

Well, when a ‘hajji’ or ‘hajjah’ returns to his/her homeland, he or she has a huge burden or responsibility on his or her back. Among others, he or she is a messenger of good faith and must shine so that others could follow his or her steps.

Hajj is the fifth pillar of Islam, so whoever has performed hajj, he/she is supposed to produce the finest in whatever they do, keeping in line with the teachings of the Prophet (blessings and peace be upon him, pbuh). 

Sunday, June 26, 2022

Zulkaedah 27, 1443: 'Awek' punca kemalangan jalan raya meningkat? (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan 

"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21) 


MALAYSIA dan Maghribi adalah antara negara paling tinggi kadar kemalangan jalan raya manakala yang terendah adalah Norway dan Malta.

Di Malaysia, pihak berkuasa dikatakan sudah buntu menangani masalah ini kerana pada setiap kali operasi keselamatan jalan raya pada musim perayaan, jumlah kemalangan dan kematian terus meningkat. 

Pelbagai faktor dikaitkan dengan peningkatan kemalangan jalan raya; pada tulisan kali ini saya mengajak pembaca yang pihak berkuasa berfikir di luar kotak; memuhasabah akan kebarakahan dan keselamatan serta jaminan Allah ketika berada di jalan raya terutama lebuh raya. 

Sebagai pengguna lebuh raya yang hampir saban hari menaiki bas ekspres (tidak memandu sendiri), saya berpeluang memandang bebas panorama keindahan alam termasuklah iklan-iklan gergasi (billboard) di sepanjang lebuh raya. 

Daripada banyak-banyak iklan barangan dan perkhidmatan dipaparkan di 'billboard' berkenaan, sebahagiannya mempamerkan gambar-gambar gergasi wanita yang ada daripadanya dalam aksi tidak senonoh, misalnya ada iklan seorang wanita muda lagi cantik sedang memeluk sebatang kayu bulat yang besar. 

Ada pula wanita yang sedang melompat, bajunya terangkat sehingga menampakkan pusatnya, ada gambar wanita sedang sedap tidur di atas tilam katilnya dan paling dahsyat (pada pendapat saya), gambar wanita berpakaian seksi yang memfokuskan tepian bahagian sensitif tubuh (juga sentitif pada pandangan mata lelaki) seperti ketiaknya. Iklan ini bukan satu tetapi saya sedari ada beberapa buah sepanjang lebih 100 kilometer perjalanan saya itu. 

Terpandang iklan-iklan ini, saya 'tertunduk malu', terasa sebal di muka; inikah gambaran luaran (yang dapat dilihat secara fizikal termasuk oleh pelancong asing) sebuah negara Islam yang sering diuar-uarkan itu? Saya pernah berjumpa seorang pelancong dari Afrika Selatan yang berkata dia datang ke Malaysia semata-mata untuk menyaksikan dan mengalami sendiri 'kesyahduan' Islam di sini; jadi apa katanya jika terpandang iklan gergasi wanita menunjukkan ketiak? 

Berdasarkan pengalaman saya, iklan-iklan provokatif seperti ini tidak saya temui ketika berada di lebuh raya negara maju seperti Britain; mungkin mereka sedar kehadiran 'awek-awek yang menunjukkan ketiak' ini adalah bahaya kepada keselamatan pengguna lebuh raya. 

Pihak berkuasa manakah yang bertanggungjawab ke atas iklan-iklan gergasi ini? Sebagai pengguna lebuh raya yang terpaksa 'mengorek' wang bagi membayar tol (dalam dalam kes bas ekspres, membayar tambang), saya berpendapat saya berhak untuk menyatakan bantahan terhadap pengeksploitasi tubuh wanita di tepi lebuh raya ini. 

Saya tidak rela mata saya dibiarkan untuk menatap ketiak wanita ketika saya menggunakan lebuh raya. Saya bayar tol untuk mendapatkan perkhidmatan lebuh raya yang bagus dan bukan untuk melihat ketiak atau pusat wanita! 

Mungkinkah kemalangan terus meningkat kerana cara hidup jahiliah kita yang mengundang kemarahan Allah SWT? Mana adalah barakahnya kehidupan dan jaminan keselamatan jika ketiak dan pusat wanita sudah dipamerkan di sepanjang lebuh raya!

Saturday, June 25, 2022

Zulkaedah 26, 1443: Islam berkembang pantas di Perancis

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Maksud Surah Ar-Rum: 21)


MASALAH komunikasi - demikian antara cabaran utama penulis di Eropah (kecuali United Kingdom, UK) kerana kebanyakan penduduk rantau ini bercakap dalam bahasa masing-masing. Al-maklumlah mereka bangga dengan bahasa masing-masing.


Kebanggaan bangsa dan negara-negara Eropah ini dengan bahasa masing-masing tanpa 'mempedulikan sangat' bahasa Inggeris, mungkin boleh dijadikan hujah tak semestinya hanya bahasa Inggeris 'gah' sebagai bahasa ilmu.  UK pun bukan ahli Kesatuan Eropah (EU), negara Eropah menggunakan mata wang Euro, UK tetap  'dulu, kini dan selamanya' bangga dengan mata wang pound-nya!


Dalam Parlimen Eropah iaitu jantung demokrasi EU ada 24 bahasa rasmi. Kerusi rasmi Parlimen Eropah adalah di Strasbourg, Perancis namun kebanyakan urusan kerja dan operasinya dilakukan di Brussels, Belgium. 


Di negara-negara Eropah ini termasuk Perancis, percubaan bercakap dalam bahasa Inggeris mengundang rasa kurang senang; sesetengah responden buat endah tak endah; malah ada yang mempamerkan muka masam mencuka. Ada orang berlawak, lebih baik cakap bahasa Melayu daripada bahasa Inggeris di Perancis.


Sapaan 'good morning' di Perancis tak dilayan; saya cuba belajar cakap 'bonjour' yang bererti selamat (pagi); ehh ada balasan pula, mereka pun cakap 'bonjour' juga - tak tahulah saya sama ada sebutan Perancis saya itu betul atau tidak!


Kegagalan berkomunikasi dengan penduduk tempatan menyebabkan saya mati kutu. Namun Alhamdulillah dengan bantuan seorang pelajar Malaysia yang membawa saya ke beberapa masjid seperti Grande Mosquee de Paris dan Grande Mosquee de Compiegne, saya ditemukan dengan individu-individu yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sekali lagi Alhamdulillah, kerana kalau tidak demikian, artikel ini mungkin tak dapat ditulis!


Dalam perjalanan untuk solat zuhur berjemaah di Grande Mosquée (Masjid Besar) de Compiègne, penulis ditemukan dengan seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Jamil sahaja. Beliau yang sibuk memasang kabel elektrik meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan penulis sekalipun tangannya sibuk memasang itu dan ini. Rakannya, Idris berketurunan Perancis-Chad, asyik mengangguk-angguk kepala sahaja kerana tidak faham bahasa Inggeris.


Jamil yang berketurunan Perancis-Algeria, berkata memang benar Islam sudah menjadi agama terbesar di Perancis. Namun jangan salah faham, katanya. Islam agama terbesar dengan anggaran 5-6 juta orang kerana kebanyakan orang Perancis (hampir 70 juta) sudah tidak teguh lagi anutan Kristian mereka.


Kini, Perancis muncul sebagai negara Eropah yang paling ramai penduduk Islam selepas Russia. Peningkatan penduduk Islam sangat cepat dianggarkan 2.5 peratus dalam lima (5) tahun. Sebagai bekas negara penjajah, ramai anak jajahan dari Algeria, Tunisia, Maghribi, Chad dan sebagainya membina kehidupan baharu di Perancis. Ada yang berkahwin dengan penduduk asal; membentuk masyarakat baharu Perancis.


Di Eropah, sekalipun menara-menara gereja terserlah dari kejauhan di hampir setiap penempatan penduduknya, namun pengisian di gereja hampir tiada. Di sebuah gereja besar, pada suatu pagi Ahad, penulis saksikan hanya lebih kurang 50 orang sahaja hadir. Itu pun hampir semuanya golongan veteran. Mana anak-anak mudanya? Mungkinkah kebanyakkannya tidak lagi beragama?


Kekosongan inilah dilihat sebagai peluang Islam mendapat tempat di hati generasi baharu yang orang tua mereka gersang daripada agama. Generasi muda tercari-cari erti kehidupan...mereka mungkin menemui Islam dan inilah dibimbangi pemerintah dan pemimpin sesetengah negara Eropah.


Pengaruh Islam cuba dilenyapkan, hak wanita Islam untuk bertudung dinafikan manakala masyarakat Islam mengalami diskriminasi dan menerima pelbagai ugutan. Perancis bangga dengan Revolusi Perancis 1799 yang membentuk identiti negara sekular era moden yang mendukung lunas-lunas liberal. Bagi mereka bagaimana penghayatan dan pengamalan Islam boleh berlaku di negara ini?


Ya, di sini simbol agama dilarang, amalan Islam seperti pemakaian hijab di tempat awam tidak dapat diterima, namun satu hal yang dapat disaksikan oleh 'mata kepala' penulis sendiri - sesekali ketemu jua wanita berhijab di sini dan ada seorang dua insan yang dilihat sedang solat di tempat awam!


Friday, June 24, 2022

Zulkaedah 25, 1443: Zaman fitnah: Kembalilah kepada hukum-hakam Islam (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (ke hadapannya. Begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya, ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh, dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (seksa)-Nya." (Ali 'Imran 3: 30)


APAKAH kunci jawapan kepada masyarakat hari ini yang diselubungi aneka maksiat, jenayah dan fitnah termasuk menggunakan media massa. Tidakkah setiap orang, masyarakat dan negara perlu kembali kepada Islam bagi meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.


Alangkah harmoninya jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran Islam, setiap permasalahan yang dihadapinya akan diselesaikan dengan kaedah Islam. Bukankah kaedah hukum-hakam Islam ini mudah sekali, yang jelas haram usah dilakukan, yang sah dari segi syarak, buatlah. 


Setiap perbuatan manusia itu tertakluk kepada hukum-hakamnya – wajib, haram, sunat, makruh dan haram – jadi untuk selamat dunia dan akhirat caranya cukup mudah; patuhi ketetapan hukum.


Misalnya, jika menonton filem atau video lucah hukumnya haram, apatah lagi menerbit, mengedar, menyiar video atau gambar lucah. Takkan kaedah mudah ini tidak diketahui oleh rakyat negara ini – daripada mereka yang serendah-rendah kedudukan sehinggalah ketua agama dan negara? 


Tentunya terhadap pelanggar hukum-hakam ini ada hukumannya; orang yang menonton filem lucah dikenakan hukuman sebegini dan demikian halnya dengan orang yang menerbit dan mengedarkan gambar lucah.


Begitu indah dan hebatnya Islam, sehingga hal seperti perlakukan seks membabitkan suami isteri juga ada hukum-hakamnya. Ada perlakukan seks yang wajib, ada yang haram, sunat, makruh, harus dan haram. 


Sebagai contoh haram melalukan hubungan seks ketika isteri haid dan makruh jika suami atau isteri ada masalah. Jika perlakukan seks suami isteri juga peraturannya; apatah lagi hukum terhadap perkara membabitkan seks yang jelas keharamannya.


Jika menonton video lucah adalah haram, tentunya menerbit dan mengedarkan video dan gambar lucah adalah 'terlebih' haram dan pelakunya perlu dihukum seberat-beratnya. Demikian juga mereka yang menuduh orang lain melakukan hubungan seks haram (berzina), kesalahannya amat berat, mereka perlu mengemukakan empat orang saksi. Jika gagal, mereka telah melakukan qazaf, mereka perlu disebat sebanyak 80 kali.


Namun apa yang menghairan dan mendukacitakan kita, situasi ini tidak berlaku di negara kita. Penyebar fitnah termasuk penerbit dan pengedar video lucah masih tidak dikenakan tindakan sekalipun mereka mengaku melakukannya. Mereka bebas untuk berkata-kata, malahan dianggap wira pula oleh pihak tertentu.


Nampaknya, kegentaran terhadap kehebatan hukum-hakam Islam tidak ada, oleh itu semakin menjadi-jadilah aneka maksiat, jenayah dan fitnah. Kita amat bimbang segala kejahatan ini gagal dibendung sebaliknya berleluasa yang akan memusnah dan menghancurkan masyarakat seterusnya negara kita.


Jadi pada zaman penuh fitnah ini, kita berharap dan berdoa agar hukum-hakam Islam dapat ditegakkan. 


Sesungguhnya pada hukum Islam ini (hudud) ada kehidupan; inilah jalan bagi menyelamatkan manusia yang semakin parah jalan kehidupannya. Apabila manusia tidak dipandu oleh hukum-hakam Allah, mereka menjadi sesat; mereka bukannya tidak dapat mewujudkan tamadun hebat kerana rakaman al-Quran menyatakan kehebatan tamadun Aad, Tsamut dan sebagainya tetapi tanpa roh yang dapat menyelamatkan mereka dunia dan akhirat.


Apa yang kita bimbangi, adakah kisah kaum Aad dan Tsamut akan berulang di tanah air kita. Ya, bangunan dan infrastruktur lainnya begitu hebat tetapi penghuninya semakin jauh daripada Allah SWT kerana rakyat dan pemimpin terutama orang berkuasa, berpengaruh dan berharta semakin berani mempermain-mainkan hukum-Nya.

Thursday, June 23, 2022

Zulkaedah 24, 1443: Ideas for masjid committees (U)

In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. 

Reflection

"Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80)


Da’wah (calling) to Allah is obligatory upon every Muslim man and woman, as long as he has certain knowledge of the issue at hand. The Prophet (peace be upon him - pbuh or s.a.w.) said: “Convey from me, even if it is one verse.” (Related by al-Bukhary from Abdullaah ibn Amr) 

In today’s world, Muslims can use modern technology to share the message of Islam; one good example is the internet. It’s a pity many Muslims do not recognize the unique opportunity the internet offers for conveying Islam. 

Muslims communities in Malaysia especially among the Malays in the 'kampungs' and outskirts of town, prefer the traditional way of preaching knowledge. Since starting frequenting masjids to follow the ‘tazkirah’ (Islamic lessons) which are usually held everyday between ‘maghrib’ (dusk) and ‘isyak’ (night) prayers more than 15years ago, only a few times did I come across the speaker who make use of power point facilities. 

In those sessions, an ‘ustaz’ would normally sit on his chair with the desk in his front, near the ‘mimbar’ (pulpit), facing the ‘jemaah’ (congregation). He would sit in his chair from the beginning to the end of the lesson. 

Normally classes in masjids would be held between the ‘maghrib’ and ‘isyak’ prayers. The duration is not long, often not more than an hour. The ‘ustaz’ would talk from his chair and it would be always be one-way communication. 

From my own experience only one or two ‘ustazs’ would open to questions from the floor. No dialogue would be held even though at the beginning of the lesson, a few ‘ustazs’ would say they were having a ‘muzakarah’ (exchange of ideas) session.

Religious lessons in masjids are held in traditional settings. I observe that there had been no changes, and no wonder those who attended the classes were from the veteran group, many of them pensioners. At times they were teased as 'ahli' (members of) KRU ('Kumpulan Rambut Uban' or Group of Silver Hairs) or worst still 'OKK' (Orang ke kubur or Those who are heading to their graves) and RTM (rehat tunggu mati, waiting to die). 

It is difficult to see a young man at any of these classes. Perhaps, young men were not keen or attracted to attend such a traditional class were only the ‘ustaz’ were in action, while the audience was passive. In 'kampungs masjids', the chances of 'veterans' attending prayers and functions are greater than those in towns and cities.

Many of the old folks that came to classes did not bring any books and writing equipment’ they only listened, some of them were seen falling asleep during lessons. Since they were only listening, they would fall into the third group that Allah SWT rewards – that is those involved in knowledge discussions/ 

The huge reward goes to those who study to gain knowledge. They come to masjids with suitable raquirements such as books, notebooks, pens and pencils. They jot down notes just like universities students. But in masjids seldom do we find persons who takes lessons seriously. If university students had to take notes, veteran ‘jemaah’ in masjids only lend their ears. 

The almost unchanged traditional religious classes reflect the slow learning process of Muslims which is against the fast moving information and communication technology (ICT). In my opinion this development is a setback for Muslims because the ICT leap is great for John Naisbitt (1990) had said: “In telecommunications we are moving to a single world wide information network, just as economically we are becoming one global market place. We are moving toward the capability to communicate anything to anyone, anywhere, by any form – voice, data, text, or image – at the speed of light.”

If in masjids Muslim could not adapt to the new communication era what would be said about their ability to maximize the new technologies in the field of ‘da’wah’. Regarding the varieties of da'wah methods, I like the concept of the programme 'Tanyalah Ustaz' which is aired by TV3 and TV9 at 6.30-8.30 every morning. In this programme, participants and even viewers from all over the country could ask questions on the topics chosen by the ustaz.

Imported Islamic programmes also showed that there are always two way communication involving the speaker and his/her followers. If the imam of a masjid gives a talk, we could see an open discussion among them; attendees would probe questions and being answered by the imam. In my opinion, by following this method of da'wah, a person could easily broaden his knowledge as he would ask on the things he does not know. Perhaps committee members of our masjids could have a thought about this two way communication being held in their masjids especially during 'prime time hours' such as between maghrib and isyak prayers. 

The big question here is why are young men and women and even children shying away from masjids in Malaysia? In cities and big towns such as Kuala Lumpur and Kota Bharu, this phenomena is not abvious but in smaller towns and villagers, some masjids and ‘suraus’ (small masjids) , are idle, they might be used used once or a few times in a week. 

If masjids fail to attract the young masses, it is the duty of leaders including community and masjid officials to make the house of Allah appealing to them. In this aspect communication is very vital and important.

Muslims should look into their shortcomings in the field of communication. ‘Da’wah’ is not only restricted to giving lessons and sermons by the traditional way in the masjids but also to use the new technologies so that knowledge could be transmitted to anyone at any point. 

Years ago while visiting Masjid Khadijah in Geylang, Singapore, I noticed committee members of the masjid from its youth wing were very active in doing the da'wah work via ICT. They work hard to provide vital Islamic knowledge by using internet. A committee member said they realized that many youth do not have time to follow talks at masjids during 'the traditional learning hours' (between maghrib and isyak prayers) as they were at work or travelling, so they provide them alternatives via modern day technologies.

By utilizing the internet, knowledge and messages could reached audiences all over the world, as it allowed easy and inexpensive way of communicating with people from around the globe. With the internet, people are no longer totally dependent upon an 'ustaz' or attending the traditional lessons held in masjid between maghrib and isyak prayers. 

Internet users are growing a very fast rate in South East Asia; in Indonesia it was about 40 million online users while in Malaysia 15 million users. In today’s world of ICT, almost every office worker had a PC or a laptop or has access to it. Even, almost every home have one. 

Remember, everyone has a duty do da’wah work as it is an obligatory upon every Muslim man and woman. Duty of da-ee (those who do the da’wah work) is not only for people who spent their time in Islamic study field, but it include whole ummah of Islam and da’ wah to non-Muslim bringing them to the right way which is Islam. 

So anyone can start from basic ways such as writing Islamic article on web-site, conveying Islamic knowledge to our friends, including the non-Muslim and informing about Islamic web-sites or audios of Muslims lectures in order to make them know Islam in the positive way. 

But a word of caution, you must be knowledgeable first for example on what is 'halal' (permissible' and 'haram' (forbidden) including when writting your 'masterpiece' - for a start why not attend every day the traditional lectures at masjids held between maghrib and isyak prayers? Be patient and don't complaint, then 'insya-Allah' (God willing) you are on the right track to have Allah's blessing!

Wednesday, June 22, 2022

Zulkaedah 23, 1443: What's after SPM?

In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection


"Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80)


THE SPM result is out. Recently I read with interest an education pamphlet; among others it noted: 


The common questions after SPM are:


(a). What to study? Foundation studies, A-Level, STPM...(b). Where to study? Government schools/colleges, local private universities/colleges...(c). What options do I have? Study, work, take Kit-Kat (take a break), don't know...


After SPM, many students are in dilemma and do not know what to choose. This is the time when big decision is to be made in order to chart your next course of study that will eventually determine your next life cycle.


The common routes after SPM are; Foundation Program, Cambridge A Level, Diploma, Local Matriculation, STPM and others such as Australian Matriculation, American Degree Program and Canadian Pre-U.


In an education page of a local newspaper not long time ago, a writer wrote: "A total of 440,682 candidates sat the SPM last year. With the results out recently, it is time for SPM school-leavers to decide on their future — whether to pursue their studies or otherwise.


"And if it is the former, the choice of programme and education institution is not to be taken lightly as it will most likely determine the course of one’s life. Therefore, the decision must be an informed one, taking inclination, interests, abilities and the SPM results into account."


Well dear readers; SPM is 'the stepping stone' for almost all Malaysian students before they could purse their education in the fields they intended or dream off. Passing SPM (some with flying colours) is the first step before students are on the route to be drilled with more 'difficult examinations' in the future such as STPM and A-Level.


If students have to face examinations, then in life we too have to face 'examinations' set up by our Creator - Master of the Universe, Allah SWT. Dear readers, on Monday late afternoon over Radio IKIM I was so touched upon hearing a Chinese woman 'saudara kita' (Muslim convert) saying that everybody would be tested by Allah SWT and if we passed a test, Allah SWT would give us a much tougher one... she said after passing SPM, we had to faced  more difficult examinations...well the route would be harder and harder until we leave the world (die).


The Chinese Muslim likened her 'SPM' to the day she was diagnosis of having cancer...Subhanallah, my throat became dry when I heard this! If her 'SPM' was cancer, then what would be her 'STPM', 'diploma' and so on. She continued her story by telling how once she was suspected of being contacted with the HIV virus...well dear readers, compared to her, perhaps our 'SPM' 'was nothing'!


The higher we are on the ladder of success, the trials (examinations) would be harder...remember the prophets were the ones who were tested with great trials followed by those close to them in terms of 'iman' (faith). 


Subhanallah dear readers, this world is the place of trials and tribulations. It is not a place for us 'to only enjoy our life' - without facing up and down in life. Scholars had reminded us this world is the place of striving and the Hereafter is the place of reward or punishment, where the believers will be rewarded with Paradise and the disbelievers will be punished with Hell. 


The scholars said Paradise is good and none but those who were good will enter it. Allah is Good and accepts nothing but that which is good. So the way of Allah with His slaves is to test them with calamities and tribulations, so that the believer may be known from the 'kaafir' and so that the truthful may be distinguished from the liar, as Allah says: “Do people think that they will be left alone because they say: ‘We believe,’ and will not be tested.


"And We indeed tested those who were before them. And Allah will certainly make (it) known (the truth of) those who are true, and will certainly make (it) known (the falsehood of) those who are liars, (although Allah knows all that before putting them to test).”  - al-‘Ankaboot 29:2-3



Victory and success cannot be achieved except after tests which will bring the good forth from the evil and tell the believer apart from the kaafir, as Allah says: “Allah will not leave the believers in the state in which you are now, until He distinguishes the wicked from the good. Nor will Allah disclose to you the secrets of the Ghayb (Unseen)." - Aal ‘Imraan 3:179



Among the trials with which Allah tests His slaves in order to distinguish the believers from the disbelievers is that which He mentions in the 'ayah' (verse): “And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Saabiroon (the patient).



"Who, when afflicted with calamity, say: ‘Truly, to Allah we belong and truly, to Him we shall return.’ They are those on whom are the Salawaat (i.e. who are blessed and will be forgiven) from their Lord, and (they are those who) receive His Mercy, and it is they who are the guided ones.” - al-Baqarah 2:155-157



To all readers especially myself who was at 'the lowest level of imam' when tested with tribulations please remember what the Prophet s.a.w. had said: “No misfortune or disease befalls a Muslim, no worry or grief or harm or distress – not even a thorn that pricks him – but Allah will expiate for some of his sins because of that.”  (Imam al-Bukhaari, 5641) 



An 'ustaz' said trials just like examinations are to be faced. "Please don't run away from trials or examinations. Ask yourself if a SPM student could run away from sitting his/her examination. But one thing that differentiate a person from another person in facing trials is their relationship to the Almighty. It is also on how he/she look at the problem. At times we look at a trial is like 'a mountain that would be about to fall open us but others look it as a 'kacang putih' (easy to handle and solve) one. A great scholar once said 'if you 'have Allah SWT on your side' then your problem would be of no magnitude at all'."


The 'ustaz' said, only in the remembrance  of Allah do hearts find peace! Allah says: “Those who believe and whose hearts find tranquility in the remembrance of Allah, verily in the remembrance of Allah do hearts find tranquility.” (Surah Ar-Radd: 28)



He also says: “Therefore remember me, I will remember you and be grateful to me and do not reject faith.” (Surah Al-Baqarah: 152)



And from the hadith, on the authority of Abu Hurairah (r.a.), the Messenger of Allah (s.a.w.) said that Allah said: “Indeed I Am as My servant presumes Me to be. And I Am with him when he remembers Me, so if he remembers Me to himself then I remember him to Myself. And if he remembers Me amongst a company, I remember him amongst a company greater than it and if he draws close to Me a span of a hand I draw near to him the span of an arm. And if he draws near Me the span of an arm, I draw near him the span of two outstretched arms. And if he takes a step towards Me, I quickly step towards him.” (Imam Al-Bukhari and Muslim)



In another hadith on the authority of Abu Musa al-Ash’aree (r.a.), the Messenger of Allah said: “The comparison of the one who remembers Allah and the one who doesn’t is like that of the living and the dead.” (Imam Al-Bukhari)



To be calm in life (including facing His trials) the basic thing is to performed all orders from Allah SWT and refrain from doing all things forbidden by Him. For example, He orders us to 'solat' (prayers) just do it and He forbidden us from drinking liquor then leave it. If a student readies himself/herself for his/her SPM or STPM so that he/she would not panic, then what are we waiting for...be ready for our turn to be tested by Allah SWT! 

Tuesday, June 21, 2022

Zulkaedah 22, 1443: Pleasing Allah while holidaying (U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. 

Reflection 

The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. 


AN article by Reuters Life entitled ‘Take your manners with you on holiday’ published in the Sun recently captured my heart. The article noted on what we should do and avoid starting from our behaviour in the cramped conditions of airplanes. 

When on the planes it noted these following tips: -

* Do not intrude on to your fellow passenger’s territory. Keep elbows firmly tucked in; ease your chair gently into a reclining position to avoid a sudden invasion of the limited legroom of the passenger behind. (From the writer’s (LanH’s) experience, I have noticed some passengers; not only in planes but buses, lacking this. They just push back their seats to the maximum without even looking at the passengers behind what more say sorry or make an apology to them. In buses some of them turn on the air conditioning system to full blast without acknowledging some passengers would be already 'shivering’)! 

* Friendly conversation with your neighbours can be enjoyable, but know when to quieten down. (Well in planes, normally passengers adhere to this trait but in buses – I mean in Malaysia – I have witnessed some passengers speaking loudly and making noises throughout the whole journey, say from Kuala Lumpur to Melaka which is a two-hour journey. Then there are people who talk loudly over their phones; the whole bus would hear their voices). 

* Drink in moderation. Boisterous behaviour will alienate (and irritate) your fellow passengers. Help the elderly (or those of diminutive stature) to stow (or remove) luggage in the overhead compartments. (During an Emirates flight from Manchester to Dubai a few years ago where the plane was only half full, the writer noticed a young ‘Mat Saleh’ who was sitting alone in an empty row of about five seats, who drank heavily and then collapsed and slept on all the seats. The plane crew members just left the young man alone). 

* Be patient when it comes to disembarking and remember to thank the crew member for their service. (It is normal to see some passengers who do not have the patience to walk out of the plane. When the red light went off, they would rush to remove their belongings from the plane’s overhead compartment and wait on the walkway and not in their seats).

The articles also recommended other tips such as: - 

* Abiding by foreign customs while travelling is essential, so read that boring tip at the beginning of the guide book about customs and etiquette in your chosen destination. 

* Keep your eyes peeled for how those around you are behaving and follow their example. Avoid the arrogance of imaging that everyone in your travel speaks English – or should do.

* Be aware of any major faux in advance, for example showing the soles of your feet in Thailand or eating with your left hand in India. 

* Research the etiquette you’ll need on a daily basis, particularly in regard to money – for example haggling and tipping. 

* The beach is a public area where we strip down to the equivalent of our underwear…...(ooh, this is too much for me to continue writing from this Mat Saleh's point of views). 

Well readers, I end up here writing about the tips from a Western view point and move on to check on Islamic writers’ views about holidaying. I searched for tips in magazines such as Anis (published by Galeri Ilmu Sdn Bhd) and books (such as Panduan Musafir, A Guide to Travellers) and come up with these few ideas. 

* Our intention for a holiday must be correct – we do it only to please Allah the Almighty (SWT). We must clear our minds from worldly pleasures such as showing off our wealth and abilities. 

* Making preparations mentally and physically; the same preparations we undertake before our hajj journey. A journey must be well prepared and with purpose – not just for the sake of holidaying and going out of our way aimlessly. 

* Always pray to Allah SWT that He would protect us from involving in sinful activities and save us from His wrath. Learn how to pray in the plane.

* Begin our journey by saying our 'du'a and doing our ‘solat’ (prayers). Fulfil our daily obligations such as ‘solat’ five times (during our journey that satisfies special requirements we are allowed to combine and shorten some of our solat).

* It is also advisable during our journey we carry on doing our recommended prayers and saying our ‘zikrullah’ (remembrace Allah SWT by reciting words in praise of Him).

* Bring along our Qur’an and a few good books including our du’a (prayers) book so that we could fill our time reading them while travelling on long journeys such as in planes, trains and buses. 

Muslims should know that Allah SWT through the Qur’an encourages them to travel; the last ‘ibadah’ in ‘Rukun Islam’ that is performing one’s hajj signals that a Muslim must leave his home to make the journey to Makkah. 

In the Qur’an, Allah mentions: “Say (unto them, O Muhammad): Travel in the land and see the nature of the sequel for the guilty!” (Al-Naml or the Ant 27: 69) 

Allah also mentions: “Say (unto the disbelievers): Travel in the land, and see the nature of the consequence for the rejecters.” (Al-An’am or Cattle verse 11) 

In Surah Al-Ankabut (29:20) He mentions: Say: "Go about the earth and see how He created for the first time, and then Allah will recreate life." Surely, Allah has power over everything. 

If we follow His true path, from our journeys we would be able to strengthen our ‘iman’ (faith), increase our knowledge and experience, we would be able to make friends and Allah SWT ‘insya-Allah’ (God willing) will provide for all our needs. 

Even though Muslims can visit any locations except places where sins activities are held, places of worship of other religions and places that were cursed by Allah SWT (they are discouraged from doing so), the Prophet s.a.w. in a hadith said: “Do not prepare yourself for a journey except to three ‘masjids’, i.e. Al-Masjid-AI-Haram, the Masjid of Aqsa (Jerusalem) and my Masjid." 

Well, from now on why not prepare ourselves that one day we would be able to pray in the Haram Masjid doing 'umra' (minor hajj) or better still hajj itself. We would also be able to pray in the Prophet’s Masjid and visit his grave along with two of his best companions – Abu Bakr and Umar al-Khattab in the masjid. 

And as for visiting the Al-Aqsa Masjid, let us Muslims throughout the world be united to free the lands of the Palestinians from the hands of Zionist regime. Let us make du’a (pray) that this third holiest masjid in Islam would be freed soon! 

Monday, June 20, 2022

Zulkaedah 21, 1443: Muslim diamanah kunci gereja...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)


* Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. - Maksud Ayat Al-Quran, Al-Isra', 17:1.*  


ALHAMDULILLAH akhirnya saya sampai ke Baitulmaqdis (Jerusalem) - kota suci tiga agama - Islam, Kristian dan Yahudi (Judais). Sekali lagi, Alhamdulilah dapatlah saya beribadat di sejumlah masjid di Haram Al-Syarif (kawasan Al-Aqsa yang dalam bahasa Inggeris selalu disebut Temple Mount) seperti Masjid Jamek Qibli (Al-Aqsa), Masjid Kubah Batu (Dome of the Rock), Masjid Marwani serta Bab Al-Rahma.


Selain itu, rombongan kami dibawa melawat tapak suci penganut Kristian seperti Gereja Holy Sepulchre iaitu tempat paling suci bagi penganut agama itu kerana mereka percaya ia sebagai lokasi penyaliban Kristus (Jesus) dan kuburan beliau.


Gereja ini yang juga dikenali sebagai Gereja Makam Suci dan Gereja Kebangkitan merakamkan pelbagai catatan sejarah antaranya membabitkan kejatuhan kota Baitulmaqdis dan penyerahan kuncinya ke tangan Khalifah Umar Al-Khattab pada 637 Masihi. 


Setelah kekalahan Byzantium, Jerusalem perlu diserahkan kepada khalifah sendiri. Umar datang ke Jerusalem untuk memenuhi undangan Patriac Sophronius, penguasanya, bagi melakukan serah terima kota Jerusalem. 


Maka termeterilah 'Perjanjian Aelia' yang terkandung jaminan Islam bagi kebebasan, keamanan dan kesejahteraan penganut Kristian beserta lembaga-lembaga keagamaannya.


Selesai membuat perjanjian, Umar hendak melaksanakan solat, Sophronius mempersilakan khalifah untuk solat di dalam Gereja Holy Sepulchre. 


Umar menolak, beliau solat di tangga gerbang timur gereja. Beliau berkata, “Patriac, tahukah kamu mengapa aku tidak mahu solat di gereja kamu? Kamu akan kehilangan gereja ini kerana setelah aku pergi, orang Islam akan mengambilnya daripada kamu dan berkata, “Di sinilah Umar dahulu pernah bersolat”. Penolakan Khalifah Umar inilah yang selanjutnya menyelamatkan gereja tersebut hingga utuh sampai sekarang.


Sebuah masjid didirikan berdekatan tempat Umar solat, yang masih utuh hingga hari ini. Menara Masjid Umar jelas kelihatan dari pekarangan Gereja Sepulchre.


Sekarang ini dua keluarga Islam terbabit dalam menyimpan kunci dan urusan membuka dan menutup gereja ini. Menurut pembimbing rombongan kami, langkah ini selain membuktikan tolerasi antara penganut agama, ia juga menyelamatkan sengketa mazhab dalam agama Kristian berhubung pentadbiran dan pengurusan gereja tersebut.


Dua keluarga Muslim ini diberi kepercayaan berkenaan sejak abad ke-12. Keluarga Joudeh diberi amanah untuk menyimpan kunci gereja itu sementara keluarga Nuseibeh pula bertanggungjawab membuka pintu gereja setiap awal pagi dan menguncinya semula pada sebelah petang.


Di gereja ini ada sekurang-kurangnya enam mazhab Kristian iaitu Ortodoks Yunani, Ortodoks Armenia, Katolik, Ortodoks Syria, Ortodoks Koptik Iskandariah-Mesir, dan Ortodoks Habsyah Tewahedo. Katolik Rom, Yunani, dan Armenia memegang 70% pemilikan gereja ini.


Demikianlah wujud toleransi dalam mengamalkan agama masing-masing antara penganut Islam dan Kristian di tanah Suci Baitulmaqdis terutamanya selepas ditunjukkan contohnya oleh Khalifah Umar Al-Khattab dan kemudian penguasa Islam lain seperti Salahuddin Al-Ayubi yang sewajarnya 'difikir-fikir' dan 'direnung-renung' oleh 'orang kita'.


Namun kita jangan lupa bahawa sebenarnya yang berkuasa di kota Baitulmaqdis sekarang adalah rejim Zionis (Israel atau Tel Aviv) yang terkenal dengan kezalimannya. Adalah penting untuk kita 'merenung sejenak' perbezaan rejim ganas ini dengan orang Yahudi. 


Bagi orang Islam, sepanjang penelitian kita terdapat sejumlah hadis yang menunjukkan bahawa Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. pernah berhubungan dengan orang Yahudi. Antaranya sebuah hadis yang bermaksud: “Bahawasanya Nabi s.a.w. menggadaikan baju besi kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya." - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Sebuah lagi hadis bermaksud: “Daripada Aisyah r.a. berkata Nabi s.a.w pernah membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w. menyerahkan baju besinya." - Riwayat Al-Bukhari


Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi s.a.w. dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?” - Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961)


Berdasarkan ini, adalah tidak benar untuk menyatakan tidak boleh berhubungan (termasuk bermuamalat) dengan orang Yahudi; tetapi yang tidak bolehnya meniru perangai dan sikap sesetengah orang Yahudi yang kini terkenal dengan rejim Zionisnya yang membelasah penduduk Palestin/Islam semahu-mahunya. Zionisme diwujudkan pada 1897 oleh Theodor Herzl dan daripadanya terdirinya 'negara' (rejim) haram Israel di atas tanah Palestin pada 1948 dan kemudian mereka 'menjarah' pula tanah suci Baitulmaqdis selepas Perang Enam Hari 1967.

Sunday, June 19, 2022

Zulkaedah 20, 1443: Hosting a Croat...(U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful, 'Selawat' (blessings) and 'salam' (peace be upon) Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection


"And I did not create the jinn and mankind except to worship Me. I do not want from them any provision, nor do I want them to feed Me." (Surah Adh-Dhariyat 51: 56-57)



RECENTLY I was almost lost for words when a Croat stepped inside my house. She was Franka Gulin, 32, from Sibenik, Croatia but worked in China. She had a stint at China Radio International in Beijing and had been there for three years.


Franka was holidaying in Malaysia and during her stay here, her friend, Nelawati Ngadul from DBP with some companions brought her for 'sightseeing' and as Nelawati was my wife's friend, they choose to pay us a visit.


Subhanallah (Glory to God), I was least expected 'to have a Croat inside my house'...my ''thinking' of the Croats was not a positive one either...perhaps events during the Yugoslav particularly Bosnian war in early 1990-s painted ugly pictures in my mind about them.


During that time I was at a foreign desk of a daily newspaper; I edited and translated news on the conflict and fighting between the Bosnian Muslims, Orthodox Christian Croats and Serbs and splashed them on the pages of international section of the paper.


Regarding the war, Wikipedia noted that both Bosnia and Herzegovina and Croatia were engaged in the early 1990-s Yugoslav wars, armed conflicts which followed the break-up of SFR Yugoslavia into five sovereign countries: Bosnia and Herzegovina, Croatia, Republic of Macedonia, Slovenia, and FR Yugoslavia (later broke up into Serbia, Montenegro and Kosovo).


Croats, Bosniaks and Serbs (including Bosnian Croats and Bosnian Serbs) fought each other exchanging alliances in a series of conflicts. The majority of the wars were fought on Bosnia–Herzegovina territory, where Croats established the Croatian Republic of Herzeg-Bosnia.


However, after the wars Bosnia and Herzegovina and Croatia retained the same border they had during SFR Yugoslavia, and through the Dayton Accords, Bosnia and Herzegovina was divided into two entities based on three constituent peoples: Republika Srpska (for Serbs) and Federation of Bosnia and Herzegovina (for Bosniaks and Croats). According to the CIA World Factbook, 7,269 Croatian refugees still live in Bosnia and Herzegovina and the country has 131,600 internally displaced persons.


"Well, now I have a Croat inside my house; oh, on what subject am I going to talk to her," my mind kept on thinking and luckily (Alhamdulillah, all praise to Allah), 'it came suddenly into my mind' that the Croats were good in football and several years ago their national team had even appeared in a World Cup.


After exchanging greetings and making ourselves comfortable, I tried to attract Franka attention by telling her how I admired their football national team which had appeared in Euro and World Cups. She was interested and mentioned a few names of players such as Davor Suker which I too had heard.


Suker was the 1998 FIFA Word Cup tournament's top scorer which was held in France. This tournament was Croatia's first after gaining independence. Surprisingly Croatia finished third; it is interesting to note (for Malaysian team please wake up) on admission to FIFA, Croatia was ranked 125th in the world but following the 1998 World Cup campaign, the side rose to third place in the rankings!


Franka who claimed to be fluent in English, Italian, Spanish and of course Croatian; said she was fascinated to see the various races living harmony in Malaysia. "Your countrymen are so lucky, you don't have to go to China to see a Chinese or go to India to see an Indian," she said philosophically, perhaps thinking about her own country and region which was devastated by war between the Bosnian Muslims, Croats and Serbs about two decades ago.


"As a journalist who had travel around the globe, my advise to people of diverse ethnics and religions to respect one another...that's the key of living in peace and harmony," she advised us.



Saturday, June 18, 2022

Zulkaedah 19, 1443: Islam telah memasuki hati warga Eropah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32


AKHIRNYA saya sampai di Paris, kota cinta dan fesyen dunia bagi muda-mudi. Tetapi bagi orang tak berapa muda seperti saya, nilaian keberadaan di Paris dan kota-kota besar seperti Amsterdam dan Brussels adalah bagi menyoroti nadi masyarakatnya terutama Muslim Eropah.


Berceloteh mengenai Islam di Eropah, terkenang saya buku sejarah sekolah menengah milik abang yang saya tatapi ketika di sekolah rendah puluhan tahun dahulu. Ada dimuatkan bab Islam di Andalusia selepas Sepanyol ditawan panglima Tariq ibn Ziyad dan Gabenor Musa Ibn Nushair pada 711 Masihi.


Atas perintah Musa, Tariq berjaya menyebarkan Islam di Semenanjung Iberia (kini Sepanyol dan Portugal) dan seterusnya sebagai perintis pembukaan Islam di Eropah.


Tentera Tariq yang terdiri daripada 7,000 orang mendarat di Gibraltar, dan dikatakan Musa menghantar 5,000 orang tentera lagi bagi memperkukuhkan kedudukan tentera Islam.


Bagi menghadapi ancaman tentera Tariq, raja Visigoth, Raja Roderick, dikatakan telah mengumpulkan tentera seramai 100,000 orang. Tariq berhadapan dengan tentera Kristian Visigoth dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Guadalete. 


Dalam pertempuran yang berlaku di Sungai Guadalete itu, Tariq dan tenteranya menewaskan tentera Visigoth dan seterusnya membina tapak perkembangan Islam di Eropah


Ketika pertama kali mendarat di pantai Iberia, Tariq dikatakan mengarahkan para tenteranya membakar semua kapal. Sebelum bertempur dicatatkan bahawa Tariq menyampaikan sebuah ucapan yang masyhur kepada tenteranya. Sebahagian ucapannya berbunyi:


"Wahai pahlawanku, ke mana akan kau lari? Laut di belakangmu, di hadapanmu musuh. Hanya harapan keberanian dan ketabahan ada bersamamu. ... Amirul Mukminin, Alwalid bin Abdalmalik, memilihmu daripada kalangan pahlawannya untuk melakukan serangan ini;...Satu-satu hasil yang dikehendakinya ialah supaya kalam Allah SWT dijunjung di tanah bertuah ini, dan agama benar bertapak di sini..."


Mengenang kehebatan panglima Tarriq, sebuah bukit diabadikan atas namanya iaitu Jabal At-Tariq atau Gibraltar yang kekal hingga ke hari ini. (Sumber Wikipedia)


Apa yang menyebakkan hati saya tatkala membaca buku sejarah abang saya adalah catatan mengenai kemaraan Islam di Eropah akhirnya tersekat dalam satu pertempuran di Tours (Perancis)  pada 732 Masihi antara pasukan Frank dan Burgundy pimpinan Charles Martel dengan tentera Muslim pimpinan Abdul Rahman al-Ghalifi (daripada bani Umayyah).


Kejayaan Charles Martel yang bermakna Penukul disifatkan sesetengah  cendekiawan Barat memberhentikan kemaraan  Islam ke Eropah sekali gus mengekalkan Kristian terus diamalkan penduduknya.


Namun hari ini, pembaca jangan terkejut jika ada pihak mendakwa Islam sudah menjadi agama terbesar di sesetengah negara Eropah termasuk Perancis. Buktinya, masjid sesak dikunjungi terutama pada solat Jumaat dan dua perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.


Di Paris, penulis sempat ke Grande Mosquee de Paris (Masjid Besar Paris) dan bercakap dengan seorang pegawainya yang berkata setiap Jumaat masjid itu mencatatkan kehadiran 7,000 - 8,000 jemaah manakala pada dua perayaan besar Islam sehingga 15,000 orang.


Ditanya mengenai jumlah masjid di Paris, pegawai itu berkata 'terlalu banyak' (tak terkira atau tak ada catatan mengenainya), dan istimewa mengenai Masjid Besar Paris yang berkonsepkan seni bina Islam Andalusia (seperti Al-Hambra yang siap dengan taman-tamannya), ia dibuka untuk kunjungan 'not yet Muslim'.


Pada hari penulis membuat kunjungan, ramai orang keluar masuk...ya pengunjung bebas ke sana antara jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari kecuali Jumaat. Ertinya masyarakat bebas untuk menyaksikan sendiri amalan ummah dan keindahan Islam dan sama ada mereka mendapat hidayah atau tidak; itu hak Allah SWT.


Islam hari ini sudah berada dalam hati sesetengah masyarakat Perancis hatta Eropah. Itulah dibimbangi pemerintah-pemerintah negara benua ini. Namun air sungai jernih yang mengalir deras dari pergunungan tinggi tak dapat disekat.


Penulis suka memetik kata-kata indah Hindun binti Utbah (isteri Abu Sufyan yang terkenal  dengan kisah memamah hati Sayidina Hamzah ketika Perang Uhud) apabila ditanya kenapa dia memeluk Islam. 


Katanya, bukan dia memeluk Islam tetapi Islam telah masuk ke dalam hatinya. Hari ini, sesetengah orang Eropah pun sama - Islam telah masuk ke dalam hati mereka. 

Friday, June 17, 2022

Zulkaedah 18, 1443: Perpecahan ummah undang serangan kafir laknatullah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w


Renungan


Azab Kubur Akibat Memfitnah


Dikatakan, "sepertiga azab kubur adalah akibat memfitnah." Daripada Ibnu Umar, daripada Rasululllah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Ketika Allah menjadikan syurga, berkata kepadanya. "Katakanlah!" Dia berkata, "berbahagialah orang yang memasukiku." Lalu Allah berkata. "Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, tidak akan memasukimu lapan golongan; orang yang biasa meminum arak, berzina, memfitnah, dayus (orang yang cemburu kepada orang yang sepatutnya tidak dicemburui dan tidak cemburu kepada orang yang seharusnya dicemburi), orang yang buas, lelaki yang suka menyerupai perempuan, orang yang memutuskan sanak saudara dan orang yang tidak memenuhi janjinya pada-Ku." Dia berkata, "jika Allah berbuat demikian...maka aku berjanji kepada Allah akan demikian..." Namun tidak dia penuhi. - Hidayah Mac 2011


(ARTIKEL ULANGAN)

BETUL kafir laknatullah (kuasa-kuasa Barat) cepat-cepat patuhi resolusi PBB dengan menyerang Libya tetapi tidak mengambil 'pot' (endah) resolusi PBB terhadap Palestin, namun adalah wajar untuk umat Islam merenung kelemahan mereka paling ketara – perpecahan sesama sendiri menyebabkan helang dan burung botak cepat saja mengerjakan mangsanya.


Libya bukan kisah pertama negara umat Islam pada alaf baru ini diserang si helang dan kuncu-kuncunya. Iraq dan Afghanistan adalah bukti jelas betapa rakusnya si burung durjana ini. Kedua-dua negara ini tiada hal untuk kuasa besar menguji senjata sofistikated terbaru mereka. Rejim Saddam Hussein yang gah dari segi propaganda itu disapu licin mereka (dengan Saddam terpaksa menyorok dalam lubang tikus sebelum digantung mati), apatah lagi kumpulan Taliban yang tidak mendapat sokongan puak-puak bertelagah di Afghanistan.


Puak-puak Mujahidin di Afghanistan mempunyai peluang terbaik merintis jalan kegemilangan negara mereka selepas tumbangnya rejim Najibullah yang pro-Soviet pada 1992, tetapi mereka telah mensia-siakannya dengan bercakaran sesama sendiri. Pertelagahan ini mendedahkan negara kepada campur tangan asing sama seperti dialami Libya.


Selepas askar Soviet dihalau keluar, Afghanistan kekal menjadi 'neraka dunia'. Penduduknya yang sudah melalui kesengsaraan perang berikutan campur tangan Soviet Union terus menderita. Kali ini di tangan saudara seagama dan kemudian oleh si penjarah Amerika.


Di Afghanistan, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diamanahkan untuk memastikan sejahteraan ummah, gagal meleraikan kumpulan Mujahidin yang bertelagah. Pada awal dekad 90-an, ketua kumpulan Hizb-I-Islami, Gulbuddin Hekmatyar terus memerangi Presiden Burhanuddin Rabbani sekalipun diberikan jawatan perdana menteri.


Kemunculan kumpulan pelajar, Taliban adalah di luar jangkaan, tetapi mereka mendapat sokongan rakyat. Pada pertengahan dekad 90-an, mereka berjaya menguasai hampir keseluruhan bumi Afghanistan.


Kesungguhan Taliban melaksanakan hukum-hakam Islam, menyebabkan mereka dicemburui Barat. Suatu ketika tindakan mereka menghancurkan patung purba Buddha di Bamiyan, mencetuskan kemarahan dunia Barat.


Apabila tercetus Peristiwa 11 September 2001, tidak semena-mena Taliban menjadi sasaran. Taliban didakwa melindungi pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden. Lanjutan dendam Barat kepada Taliban, Amerika menggunakan kesempatan itu untuk 'menguji' senjata-senjata canggihnya di bumi yang hampir musnah itu.


Hasilnya Afghanistan hancur tetapi Amerika dengan bongkaknya berkata demokrasi sedang berkembang selepas meletakkan bonekanya, Hamid Karzai sebagai presiden.


Tidak cukup dengan kemusnahan Afghanistan, Amerika terus 'melanyak' sebuah lagi negara umat Islam - Iraq. Sama seperti Afghanistan, rejim Saddam yang sejak sekian lama menzalimi kumpulan umat Islam lain seperti orang Kurdis dan Syiah juga tumbang dengan mudah.


Jentera perang Amerika yang jelas tiada tandingan, kini dihalakan ke Libya. Penyerangan mudah dilakukan kerana berlalu perbalahan dan perpecahan dalam negara. Kafir laknatullah hanya mencari alasan untuk menamatkan pemerintahan diktator zalim Muammar Gaddafi yang telah menerajui negara itu lebih empat dekad.


Namun satu persoalan timbul: 'Seberani-berani' Amerika menyerang dari jauh dengan Tomahawk, kenapa mereka ragu-ragu menyerang Iran yang sudah terlalu lama menyakiti hatinya? Mungkinkah kesatuan rakyat Iran tersangat kuat sehingga Amerika terpaksa fikir banyak kali?

Thursday, June 16, 2022

Zulkaedah 17, 1443: Sedangkan lidah lagi tergigit...

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 


Renungan


"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)


Sebagai makhluk-Nya (Allah SWT) yang lemah, ada kehendak dan impian kita tercapai dan ada yang tidak. Ya, betapa banyak azam kita tidak tercapai-capai jua. Kita merancang, yang menentukannya Allah SWT.

Tidak lama dulu, ketika tertonton 'highlight' (babak menarik) sebuah drama Cina di televisyen, tersentak hati saya sebentar ketika mendengar perbualan dua gadis. Seorang daripadanya merungut-rungut kerana banyak kehendaknya tidak tercapai. 

Jawapan si temannya mengejut dan menyentak jiwa saya. Antara lain katanya, "kalau kamu mahu semua kehendak kamu dipenuhi kamu jadilah tuhan!"

Ya, Allah-lah Yang Berkuasa, kita tidak ada (punya) apa-apa. Tidak semena-mena saya menjadi insaf...sekalipun kata-kata ini diucapkan oleh seorang gadis Cina tanpa tauhid, terasa terpukul diri ini bahawa kita ini hanya HAMBANYA; Namun kita 'berlagak', berperasan kita boleh buat itu dan ini, berperasan kita berjaya kerana usaha kita.

Kita terlupa Allah SWT-lah penentu segala-galanya. Dia boleh memberi kita berjaya atau tidak, Dia juga penentu sama ada kita boleh mendapatkan sesuatu atau tidak. Semuanya terletak pada-Nya...namun kita selalu terlupa. Kita nakkan berjaya saja, tak dapat terima gagal atau segala perkara yang dianggap negatif lain seperti jatuh sakit, dibuang kerja dan hilang pangkat dan jawatan.

Adakah dalam hidup ini kita mahu terima yang 'best' (baik-baik saja)?Benarkah kehidupan di dunia ini ada bahagia selama-lamanya? Semakin tuanya diri ini, semakin sedarlah saya bahawa kehidupan ini sebenarnya dilalui secara pergiliran - ada kehendak kita dipenuhi ada yang tidak; ada bahagia ada derita, ada senang ada susah, ada masa gembira dan ada masa berduka - semuanya berlangsung silih berganti ibarat siang dan malam; gelap dan terang. 

Pemikir Melayu-Islam yang tersohor di Nusantara, Allahyarham Buya Hamka dalam salah sebuah buku yang pernah saya baca (tak ingat lagi tajuknya) ada mengungkapkan bahawa jika kita melihat istana yang tersergam indah; janganlah ingat di dalamnya penghuninya sentiasa hidup berbahagia dan bersukaria - di sana juga ada derita dan air mata! Jadi janganlah kita tertipu dengan apa yang kita lihat. 

Hidup adalah satu perjalanan menuju noktahnya, kematian. Masalahnya kita tidak tahu bila dan bagaimanakah noktah itu. Apa saja boleh berlaku dalam perjalanannya;ada ulama mengkategorikan kehidupan seperti berikut: kita bermula dengan baik tetapi bertukar buruk dan akhirnya mati dalam kejelekan (su'ul khatimah); kita bermula dengan buruk tetapi hujung hayat menjadi baik dan mati dalam kebaikan (husnul khatimah); kita bermula dengan baik dan mati dalam baik (inilah yang terbaik) dan kita bermula dengan buruk dan mati pun dalam keadaan buruk (ini paling teruk). 

Kemudian ada sebuah hadis menyebut: Daripada Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: beliau diberitahukan Rasulullah s.a.w. bersabda: "...Sesungguhnya salah seorang antara kamu beramal amalan ahli syurga sampai antara dia dengan syurga tinggal sejengkal, kemudian didahului ketentuan sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka dan masuklah ia ke dalam neraka; dan salah seorang kamu melakukan amalan ahli neraka sampai antara dia dan neraka tinggal sejengkal, kemudian didahului ketetapan, sehingga dia melakukan amalan ahli syurga sehingga dia masuk ke dalam syurga.“ - Imam Bukhari

Ya, wahai pembaca, kita tidak tahu nasib kita pada masa depan; jadi pada kesempatan ini inginlah saya yang daif ini mengingatkan diri sendiri dan pembaca usahlah kita berlagak sombong mengecop seseorang itu banyak dosalah; dia, hatta bekas mayat dia pun tidak layak dibawa pulang dan sebagainya kerana sebagai insan serba lemah kita tidak tahu hakikat seseorang termasuk dia sudah beriman atau tidak; yang tahu hanya dia dan Allah SWT saja. 

Bukankah kita sudah biasa mendengar taubat seorang penjahat yang telah membunuh 99 orang; kemudian melengkapkannya menjadi 100 orang; tetapi taubatnya diterima Allah SWT dan dia dimasukkan ke dalam syurga; jadi apakah kelayakan kita untuk berkata itu dan ini mengenai seseorang itu sedangkan dosa kita sendiri bertimbun; sekarang ini Allah SWT 'sembunyikannya' jika Dia 'mendedahkannya' habislah kita! Kemudian kita juga tahu ada 'ahli syahid' yang dihumbankan ke neraka! 

Kita perlu sedar dunia dan segala isinya sentiasa berubah. Ada pasangan yang bahagia pada awal perkahwinan, kemudian kerap berlaku 'Perang Teluk' yang membawa kepada perceraian. Pasangan yang kekal ke akhir hayat pun bukan sentiasa 'happy' saja; ada masa bahagia ada masa derita - bukanlah peribahasa Melayu ada menyebut "sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri..." 

Ya, dunia sentiasa berubah dan sejarah (dunia) biasanya dirakamkan oleh pihak yang menang (berkuasa). Ada sebuah peribahasa Afrika berbunyi: “Until lions have their historians, tales of the hunt shall always glorify the hunters” (sehinggalah sang singa mempunyai penulis sejarah, kisah perburuan akan hanya menggambarkan kehebatan si pemburu). 

Kini kita digembar-gemburkan segala yang muluk-muluk mengenai si pemburu; singa di hutan siapa peduli? 

Pemburu berlagak 'hero' sedangkan di hutan tadi, dia lari lintang pukang menyematkan diri hanya selepas mendengar bunyi 'deheman' raja rimba. Tetapi di kampung, dia berlagak, bercerita dia telah menikam sang singa!  

Wednesday, June 15, 2022

Zulkaedah 16, 1443: Penulis fitnah disebat 80 kali?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Siapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka ia akan mendapati Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan dunia, maka ia akan mendapatkan dunia itu. Dan, siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan seorang perempuan untuk dinikahi, maka ia akan mendapatkan perempuan itu." (HR Bukhari-Muslim daripada Umar bin Khathab)


MATLAMAT tidak membenarkan cara. Apapun niat individu termasuk pemimpin atau bekas pemimpin mendedahkan apa didakwa tembelang dan temberang orang, kaedah Machiavelli ini tidak dibenarkan.


Alangkah baiknya jika aib (sekalipun dakwaan itu benar) orang ditutup rapat-rapat kerana keaiban diri sendiri pula ditutup oleh Yang Maha Kuasa. Untuk apa menghabiskan masa tua yang tinggal sebentar cuma itu menimbun dosa; sebaliknya memaksimumkannya untuk mencari bekalan sebanyak-banyaknya ke alam yang pangkat, kuasa, kemasyhuran dan duit serta emas permata tidak berguna lagi.


Jika keaiban orang sengaja kita dedahkan, segala keburukan diri kita pula akan didedahkan bukan saja di dunia ini tetapi tersangat dahsyat di akhirat nanti di mana seseorang itu hanya mengharapkan perlidungan Allah SWT.


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, menyatakan: "Barang siapa melepaskan seorang mukmin daripada kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat..."


Sesiapa yang menulis sesebuah buku misalnya, perlu ingat apa yang mereka sampaikan itu, dosa dan pahalanya akan mereka tanggung secara berkekalan sehingga berakhirnya kesan daripada penulisan mereka itu. Ya, ia mungkin tidak akan berakhir sehinggalah dunia ini kiamat. Jadi bayangkan berapa juta pahala atau dosa (ribuan tahun kesan positif atau negatif akibat tulisan) yang akan dihimpunkan oleh seseorang penulis itu.


Jika seorang penulis menghasilkan karya yang menjurus kepada kebaikan, pahala kebaikan daripada usahanya itu akan terus dinikmatinya sekalipun dia sudah berada ribuan tahun dalam kubur namun seorang penulis yang menghasilkan tulisan berupa racun fitnah, dosanya akan ditanggung berterusan sehinggalah kesan daripada tulisannya itu berakhir. Bagaimana ini akan berakhir sedang keburukan itu akan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain?


Sebenarnya maut terlalu dekat dengan kita, terutama mereka yang diberi tanda-tandanya seperti tua, badan sakit-sakit, rambut beruban, gigi luruh dan mata yang kurang nampak. Jadi bersedialah untuk menjadi penghuni kubur dan bukannya menyemarakkan fitnah melalui penulisan buku.


Imam Syatibi Rahimahullah di dalam kitabnya 'Al Muafaqat menyatakan: "Beruntunglah sesiapa yang mati dan mati bersama-sama dosa-dosanya, dan celaka yang berpanjangan bagi sesiapa yang mati dan dosa-dosanya terus kekal berterusan 100 tahun dan 200 tahun diazab dengannya di dalam kubur…"


Mengenai bahana menolong menyebarkan berita fitnah seperti yang berlaku setiap hari sekarang ini, Haji Ahmad Haris Suhaimi dalam kitabnya 'Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun' (Penerbit HRs Consultant, Singapura) antara lain menulis: "Menolong menyebarkan fitnah jahat tidak kurang besar tanggungan dosanya seperti juga orang yang mula-mula menimbulkan fitnah itu.


"Sebab itulah apabila berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana orang-orang munafik mula menyebarkan berita fitnah terhadap Saiyidah Aishah r.a., suaminya iaitu Rasulullah s.a.w., maka beberapa sahabat juga (kerana terlupa) turut menyebarkan berita fitnah ini tanpa membuat penyelidikan dahulu. "Maka setelah agak lama berlakunya penyebaran fitnah sehingga menyusahkan hati baginda s.a.w. baharulah setelah itu wahyu diturunkan untuk membersihkan Saiyidah Aishah r.a. daripada tuduhan itu. Lalu hukuman hudud iaitu rotan 80 kali dikenakan terhadap mereka yang mula-mula membawa fitnah ini dan juga mereka yang menolong menyebarkan fitnah ini, walaupun jika ada yang mendakwa mereka hanya menyampaikan berita itu saja."


Sejak akhir-akhir ini media massa dan juga orang perseorangan termasuk pemimpin begitu giat menolong menyebarkan dakwaan pemfitnah. Pembuat fitnah mendakwa pelbagai perkara termasuk perkara keji seperti zina, liwat dan dosa-dosa besar lain. Tidakkah sesuatu dapat dipelajari daripada kisah Aisyah yang difitnah itu?


Jika sahabat yang tanpa sedar telah terbabit menyebarkan berita fitnah mengenai Aisyah, dikenakan rotan 80 kali, tidakkah penulis yang menolong menyiarkan berita fitnah termasuk dalam kes liwat dan zina layak dirotan 80 kali?


Demikianlah betapa Islam memandang serius perkara membabitkan fitnah ini. Selanjutnya, Haji Ahmad Haris Suhaimi menulis: "Ingatlah selalu pesanan Allah SWT kepada kita dalam menghadapi cerita-cerita yang tidak baik tentang orang lain dengan firman-Nya yang bermaksud '(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita (bohong) itu dari mulut ke mulut, dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal ia di sisi Allah adalah besar'. (Surah Al-Nur Ayat 15)


"Dan ingatkan pesanan Rasulullah s.a.w. tentang maruah seorang Muslim dengan sabda baginda yang bermaksud: 'Maruah seorang Muslim itu adalah satu lubang daripada lubang-lubang api nereka'. Ini bermaksud, jangan suka memburuk-burukkan peribadi seorang Muslim, kerana perbuatan itu seperti bermain dengan lubang-lubang api nereka.


"Apapun jika seorang Muslim itu terbukti bersalah sekalipun, kita disunatkan menutup keaibannya, melainkan kesalahannya sudah terlalu amat besar yang mana ia perlu diberitahu kepada pihak berkuasa.


"Ingatlah selalu firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 192 yang bermaksud: "Dan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh!"

Tuesday, June 14, 2022

Zulkaedah 15, 1443: Alhamdulillah'...there's light at the end of the cave...

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. 

Reflection 

The Declining Day (Al-'Asr) 

1. By the declining day, 

2. Lo! Man is in a state of loss, 

3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. 


DURING the last school holidays, my family and I visited Perlis's well-known limestone cave, 'Gua Kelam' in Kaki Bukit, about 30 kilometers north of the state capital, Kangar. 

As we arrived too early (at about 8.00 am), the cave was still not open for visitors; nevertheless my two teenage boys who were 'in high spirits for adventure', made their way inside; and I who feared for their safety followed after failing to stop them. 

"Kelam' is a Malay word for 'dusky' or 'shadowy', thus 'Gua Kelam' literally means 'Shadowy Cave' and in my opinion 'Gua Kelam' should not be translated into 'Cave of Darkness' as has been done by many people including from the tourism industry. 

Dusky means 'there is still light -- very, very faint'; but during 'our adventure' we found out that it was total darkness in the cave. Perhaps 'our visit' was outside 'the official hours and not welcome'; thus not a light was switched on at that time. So, we were in darkness; luckily one of my sons had his hand phone; the faint light from it was our only 'source and hope' as we moved deeper! 

Since it was the first time we explored the cave, we did not know how long and 'what it was like and where 'the 'cave walk' would end. As we moved further inside, my heart beat faster; I prayed to Allah SWT for our safety; at the same time saying to myself "what a foolish thing my boys have done." 

In the dark, my mind was 'fast thinking including about the worst'...we would 'be finished' if the roof of the cave came crashing upon us, what if there were snakes at our feet, what would happen if the 'walkway' gave way...but looking at my sons who were in high spirits in the dim light of the hand phone, I coaxed myself...please think positively...hey LanH, have you not heard the phrase; there's light at the end of the tunnel...well the difficulty we were facing would come to an end, 'insya-Allah' (God willing). Just please be 'sabar' (patient)! 

But that did not stop me from 'making some reflections on myself' -- LanH, it is too dark inside a cave, if the darkness and gloomy situation in it distressed and made you afraid, please do think that one day you would be sent inside a place of total darkness without any hope of returning! What was that place? 

Please LanH, do not forget that one day you would be buried six feet underground, without any light inside it, not even 'the light from your hand phone' -- that is your grave! Everyone would 'enter' their graves; there is no exception what more choice! 

Death is the end of this life and there is no returning to this life in any form. Life in the grave is a state of transition and waiting. It is also known as 'barzakh' which means 'a barrier between two things'. It is a barrier between the worlds the dead had just left and the Resurrection on the Day of Judgment. (Qur'an 23:100) -- Life in the Grave (Invitation to Understanding Islam, PERKIM) 

So, what was it inside a grave? In a 'hadith', Prophet Muhammad s.a.w., said: "I have never seen a sight more horrifying than the grave." (Tirmizi) The passing of the dead to the world of the grave coincides with the beginning of their awakening to the the Truth. The Noble Qur'an says, "And the agony of death comes with Truth. That is what (the disbelievers and evildoers) used to flee from!" (50: 19) 

The souls of the righteous ones experience a gentle, quick and satisfied exit. Their souls will be taken to the heavens while the disbelievers and the evildoers will realize at death about the Punishment in the Fire that awaits them. They will struggle to prevent the removal of their souls from their bodies. 

They will be in great pain as their blood vessels and nerves are ripped apart when their souls are forcibly removed. The Prophet s.a.w. was reported to have said that if human beings could hear their cries at death, they would faint. Their names will be recorded in the Register of Hell (Sijjeen) - Qur'an 83: 7-8 

The Prophet s.a.w. was also reported to have said: "If one does not find salvation in the grave, then what follows is very hard upon him." (Ibn Majah and Tirmizi) 

If we happened to be in the darkness of a cave, a very dim light such as from a handset is very much appreciated; surely we need 'light' when we are inside our own grave. What is 'that light'? Perhaps we could learn something from the story of Prophet Yunus (Jonah) alahis salam (peace be upon him) who had to overcome 'three layers' of darkness. What were 'those three layers of darkness'? 

When Prophet Yunus set off in despair, abandoning his ummah after giving up hope of them coming to the right path, Allah the Exalted planned for him to be thrown into the sea, and instructed a whale (nun) to swallow him (but not digest) so that he stayed in the dark belly of the whale contemplating his mistake in abandoning his ummah without Allah's instruction and there he repented. 

So Prophet Yunus was left in the darkness inside the stomach of a fish, darkness of the deepest sea and lastly darkness of the blackest night. In was inside the fish belly, that he made du'aa (supplication) - ‘Laa ilaaha illa Anta, subhaanaka inni kuntu min al-zaalimeen (There is no god but You, glory to You, verily I was one of the wrongdoers).’ 

Prophet Muhammad s.a.w. said to his companions: "“Shall I not tell you some words which, if distress or grief befalls any of you and he makes this du’aa, it will bring him joy? It is the du‘aa’ of Dhoo’l-Noon (i.e. Yunus or Jonah): ‘There is no god but You, Glory to You; verily I was one of the wrongdoers.’” (Saheeh al-Jaami‘, no. 2605)

Well, back to 'the grave story' - if we needed light 'when we are buried six feet under' then let us be on His straight path - according to an 'ustaz' whose lessons I followed closely twice a month at a masjid near my house; the light was from our 'good deeds' during our lives such as 'solat' etc (performing all obligations under 'Rukun Islam'), Qur'an reading and learning, giving charity, 'dhikir' (praising Allah SWT), 'salawat' (prayer for peace and prosperty to the Prophet s.a.w.) and many more. 

And never forget to du'aa to Allah SWT for example: "O Allah! Cover my shame, pacify my fears, guard me from what is in front of me and behind me, from what is on my right and on my left, over my head and under my feet." Remember this du'aa is to be supplicated when we 'on the Earth and not when we are inside it!' 

 Another 'ustaz' said knowledge is also 'cahaya' (light); it would light you up in this world and Hereafter. Thus seeking knowledge is obligatory upon every Muslim, said the Prophet s.a.w. (Ibn Majah) 

Well, when we are in the dark of a cave, we need a 'cahaya' (light) what more when we are buried six feet under. 

While 'straying' in 'Gua Kelam', we badly needed ‘cahaya’ and 'Alhamdulillah' (praises be to Allah SWT) we finally realized there was 'cahaya' at the end of the cave. Gua Kelam is more like a tunnel - at last we reached the other side of the hill which has such lovely scenery including at a 'Secret Garden'. 

A sign placed at the end of Gua Kelam, notes that 'our journey in darkness' was only 370 meters - if the walk in the dark of not more than 10 minutes was 'full of suspense', what would be said about 'our journey with a 'one way ticket' inside our own graves'...so please think wisely and carefully before its too late! 

n conclusion, dear readers, we (I included) need badly 'cahaya' or 'nur' (Arabic) or light in this world, what more when we are buried inside 'our graves' (barzakh) and in the Hereafter!

Monday, June 13, 2022

Zulkaedah 14, 1443: Azan dan iqamah sudah, solatnya bila?...(U)

 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21) 


BAHARU-BAHARU ini terpesona saya mendengar seorang ustaz membuat huraian mengenai kehidupan dalam tazkirahnya di sebuah masjid berhampiran rumah saya.


Antara lain katanya, tempoh kehidupan kita terlalu singkat, jadi mengapa terus leka. Ya ramai daripada kita perasan nak hidup 'dulu, kini dan selamanya'.


Dulu, ketika dilahirkan kita sudah 'dibangkan' (diazankan) di sisi telinga kanan kita diikuti 'dikamatkan' (iqamah) di sisi telinga kiri. Kata sang ustaz, kalau azan dan iqamah sudah, bila solat akan dilangsungkan?


Biasanya, kata sang ustaz, tempoh waktu antara azan dan iqamah adalah antara 5-10 minit tetapi sebaik saja iqamah 'dilaungkan' oleh bilal, solat akan didirikan dengan segera. Tiada tempoh menunggu lagi.


Demikianlah bandingan kehidupan seseorang manusia. Dia sudah diazan dan diiqamahkan, menunggu masa saja untuk disolatkan (solat jenazah). Tentunya kehidupannya di dunia adalah tersangat pendek, jadi masih ada waktukah untuk terus berleka?


Ya apabila semakin tua diri ini, semakin terasa pula terlalu sikit bekalan untuk dibawa ke alam sana. Kadang-kadang terasa cemas di hati, diri ini sebenarnya tiada apa-apa bekalan untuk dibawa ke sana. Ringkasnya diri ini sebenarnya 'tiada apa-apa'.


Seorang ustaz lain kuliah dwi-bulanan di sebuah masjid berhampiran rumah saya, berkata 'orang yang hidup hatinya', ada yang mula 'menggulung tilam' mereka sebaik saja memasuki umur 40 tahun seterusnya 'membuat pecutan' terakhir sebelum ajal menjemput mereka.


Apakah makna 'menggulung tilam' itu? Ustaz membawa kisah Umar Abdul Aziz (hidup pada 682-719 Masihi) iaitu salah seorang khalifah Bani Umaiyah yang juga dianggap Khalifah Al-Rasyidin yang kelima selepas Abu Bakar r.a., Umar al-Khattab r.a., Uthman Affan r.a. dan Ali Abu Talib k.w.j. yang mengungkapkan kata-kata tegas penuh ketakutan kepada Allah SWT kepada isterinya, Fatimah selepas dilantik khalifah yang kerajaannya terbentang dari Lautan Atlantik di barat ke India di sebelah timur dalam usia 35 tahun.


Umar berkata dia tak ada masa lagi untuk berseronok-seronok dengan anak isterinya, masa yang ada termasuk waktu tidurnya di atas tilam empuk dalam istana indah, perlu dikorbankan seluruhnya untuk Allah SWT termasuk melayan keperluan rakyat. Kalau isterinya bersedia menjalani kehidupan begitu berpanjanganlah jodoh mereka, jika tidak suka, dia sedia menceraikannya "dan kamu carilah lelaki lain yang boleh membahagiakan kamu." 


Sungguh Umar Abdul Aziz telah menjalankan pemerintahan dengan penuh ketakutan kepada Allah SWT sehinggalah dia meninggal dunia dua setengah tahun kemudian dalam usia 37 tahun. Sungguhpun pemerintahannya tersangkat singkat, keadilannya disanjung Timur dan Barat, membolehkan namanya diletakkan sebaris dengan khalifah Al-Rasyidin yang empat.


Khalifah Umar Abdul Aziz telah 'menggulung tilamnya' sebelum berusia 40 tahun (baginda meninggal dalam usia 37 tahun) tetapi adakah kita ini (termasuk sayalah tu) yang telah tua ini (melebihi setengah abad itu) masih mahu berleka-leka dengan kehidupan dunia yang singkat ini? 


Masa yang berbaki terlalu pendek tetapi apa yang telah kita buat?  Ya, bagi diri ini nampaknya tiada apa yang saya sudah buat kerana masih leka dan lalai.


Buatlah kebaikan walaupun kecil; ia mungkin kecil di sisi kita dan manusia tetapi percayalah jika dilakukan ikhas semata-mata kerana-Nya, insya-Allah kita akan melihat hasilnya, termasuk di dunia lagi. 


Amat-amatilah kisah si burung kecil yang berusaha memadamkan api besar yang dinyalakan untuk membakar Nabi Ibrahim a.s. dengan membawa air di paruhnya; usahanya mungkin dilihat kecil oleh makhluk tetapi besar di sisi-Nya. Hendaklah kita menjadi seperti burung itu yang tidak meminta jasanya dikenang tetapi hanya mengharapkan reda Illahi.


Akhir sekali sebagai insan yang menumpang di bumi-Nya (ada hadis menyebut kita di dunia ini ibarat seorang musafir yang menumpang teduh dan melepas lelah di bawah sebatang pohon sebelum berangkat pergi), janganlah sesekali lupa bahawa diri kita ini sudah diazankan dan diiqamahkan, hanya menunggu masa untuk disolatkan...

Sunday, June 12, 2022

Zulkaedah 13, 1443: Stail orang London, British

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan 

"Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai daripada (hal) ini, maka Kami singkapkan daripadamu (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam." (Maksud Ayat 22 Surah Qaf)


KETIKA berada di London pada 2008 dahulu, saya berhajat ke Paris menaiki kereta api Eurostar yang melalui bawah Selat Inggeris. Di London, stesennya adalah St Pancras International manakala di Paris, stesen  Gare du Nord. Perjalanan adalah dua jam dan kemasukan ke Perancis dipermudahkan dengan pemeriksaan pasport di London.


Namun isteri saya tak bersetuju menyebabkan hasrat saya ke 'kota cinta dunia' itu tak kesampaian sehingga kini. Namun, Alhamdulillah, insya-Allah mulai 29 Mei ini (2022) saya akan ke Perancis. Doakan agar perjalanan saya dipermudahkan Allah SWT.


Sementara menunggu celoteh dari Perancis, pembaca tatapilah artikel yang saya tulis mengenai orang Inggeris. Kata orang, orang Inggeris dan Perancis tak sekepala dan sebulu...dahulu berlaku Perang 100 Tahun antara mereka.Sejarah melakarkan bagaimana seorang gadis desa Joan of Arc mencatat nama dalam sengketa ini. 


Gaya orang Inggeris sudah saya lihat, jadi inilah dapat saya celotehkan buat masa ini. Orang British terkenal dengan stail dan gaya mereka. Mereka mempertahankan tradisi dan budaya termasuklah dari segi penampilan (berpakaian) bercakap dan bergaya penuh sopan, namun mungkinkah ini benar bagi generasi lama British, semakin lama semakin pudar di kalangan golongan muda?


Ketika mengunjungi Britain, saya dapati apa yang didakwa sebagai stail dan sifat sopan santun orang British memanglah benar dan bukan dibuat-buat. Ketika sampai di Lapangan Terbang Manchester, seorang pegawai imigresen ‘mat salih’ dengan penuh sopan mengalu-alukan kedatangan saya. Malah dia sempat membuat lawak, membuatkan saya cepat rasa selesa walaupun berada di sebuah negara asing.


Keceriaan ini sukar saya ditemui di lapangan terbang antarabangsa lain. Di Moscow, pegawainya masam mencuka, di Teheran juga begitu, dan yang paling mendukacita pegawai imigresen di Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah yang bekerja seolah-olah tiada manusia di depan mereka. Mungkinkah mereka tidak ada perasaan sesama manusia (human contact) kerana sudah terlalu terbeban bekerja menguruskan kemasukan jemaah haji dan umrah yang jutaan orang itu?


Orang British penuh protokol walaupun di kalangan orang awam dan di tempat awam pula. Misalnya untuk menaiki bas, penumpang beratur; demikian juga di kaunter-kaunter bayaran di pasar raya.


Pernah suatu ketika, saya yang sudah berada di kaunter untuk membayar dua helai kemeja diminta kasyier kembali ke tempat saya mengambil barangan itu kerana katanya saya perlu mendapat satu baju ‘free’ (percuma). “Bolehkah saya tidak mengambil baju itu?” tanya saya yang malas ke tempat asal.


Jawapannya tidak boleh, kalau sudah dibagi ‘free’ kena ambil, tidak boleh tidak ambil. Demikian ‘ketat’ peraturan di sini, kalau katanya sudah bagi ‘free’, kena ambil, tidak ambil sudah menjadi satu kesalahan. Maka terpaksalah saya ke tempat berkenaan yang agak jauh dan apabila kembali terus ke kaunter bayaran, memotong barisan panjang pembeli.


Mereka yang beratur itu memandang saya semacam saja, rasanya bagai mahu ditelan-telannya saya. Tetapi saya buat selamba, nasib baiklah si kasyier cepat-cepat menerima baju saya dan membereskan urusan saya dengan segera. Kalau tak malulah saya, kerana terpaksa beratur di belakang ‘mat-mat salih’ yang masam mencuka.


Menaiki pengangkutan awam juga pengalaman mengujakan. Ketika mahu menaiki bas National Express di stesen bas Manchester ke London, pemandu bas bertopi mengalu-alukan kedatangan dengan mengucapkan selamat siang. Di tanah air sudah ratusan malahan ribuan kali saya menaiki bas ekspres, tidak pernah pemandu mengucapkan selamat kepada saya apatah lagi memberi salam.


Bas bertolak tepat pada masanya dan paling menakjubkan tiba di destinasi pada waktu yang tertera di tiket. Bas itu bertolak tepat 11.00 pagi dan tiba di stesen Victoria, London jam 4.30 petang seperti dijanjikan! Mungkinkah orang British sangat menghargai dan menjaga masa manakala janjinya tepat – kamu bayar dan kami sediakan perkhidmatan sama seperti dijanjikan.


Pengumuman yang dibuat dalam pengangkutan awam juga menarik perhatian saya. Suara ‘British accent’ (sebutan British) yang lembut terngiang-ngiang di kepala. Bagi orang awam pula, mereka tidak lokek dengan istilah seperti ‘excuse me’ (minta maaf) ketika terbersin dan batuk dan ‘thank you’ (terima kasih).


Tandas awamnya pun bersih, walaupun tidak ada bekalan air untuk dibuat ‘cebuk’ seperti di tanah air.


Stail orang British di meja makan restoran juga menarik perhatian saya. Mereka, terutama golongan tua boleh duduk lama-lama di meja sambil menikmati secawan kopi atau teh sambil berbual-bual panjang. Mereka minum sikit-sikit (sipping), mungkin merasai dan kenikmati keenakan kopi atau teh agaknya. Mereka tidak terburu-buru seperti sesetengah orang kita, menggogop dengan kasar dan cepat-cepat beredar.


Orang British ada stail atau seni sekalipun sedang makan. Mereka makan perlahan lahan, gigit sedikit-sedikit dan kunyah lama-lama. Sekalipun kita fikir mereka menghabiskan banyak masa di meja makan, sebenarnya inilah cara terbaik menikmati sesuatu hidangan. Makan dengan perlahan-lahan dan penuh nikmat, itulah antara pembawa kebahagiaan dalam kehidupan.


Berdasarkan pengalaman singkat melihatkan betapa stail dan bergayanya orang British, mengertilah saya mengapa mereka bermatian-matian mempertahankan budaya hidup ini. Yalah, ini orang Inggeris, bagaimana orang Perancis?