DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62)
RENUNGKANLAH maksud ayat al-Quran ini: “Allah yang menciptakan kamu dalam keadaan lemah, kemudian dijadikan-Nya kamu kuat sesudah lemah, kemudian dijadikan kamu lemah dan tua bangka sesudah kuat. Allah menjadikan apa yang dikehendaki-Nya, sedang Dia Maha Mengetahui lagi Berkuasa." (Ar-Rum:54)
Ya, insaflah dulu negara kita lemah bagaikan bayi, sekarang dalam usia lebih 50 tahun mungkin sudah matang dan kuat…dan selepas itu apa? Hakikatnya setiap yang kuat itu akan menuju kelemahan dan mati…namun jika kena caranya terutama memohon kebarakahan Illahi, proses ‘ketuaan’ itu boleh dilambatkan bagi membolehkan anak bangsa terus menikmati rahmat-Nya di bumi bertuah ini.
Dulu Malaysia tiada, ia hanya wujud pada 16 September 1963. Namun sebelum itu asasnya sudah ada iaitu Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957. Tarikh keramat ini dianggap sebagai Hari Merdeka dan sekarang untuk mengharmonikan sambutan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada tempoh Ogos sehingga 16 September dinamakan bulan kemerdekaan negera.
Bersyukur ke hadrat Illahi, kita masih diberi peluang oleh-Nya menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-59 pada hari-hari terakhir bulan Zulkaedah dan tidak lama selepas itu Hari Raya Haji akan menjelang (pada tanggal 10 Zulhijah). Pada tanggal 9 Zulhijah, jemaah haji akan berada di kemuncak ibadat haji dengan berwukuf di Padang Arafah – menurut sesetengah ulama ini adalah hari (siang) paling mulia menyamai malam Qadar pada bulan Ramadan.

Ya, pada Ramadan, Allah menjanjikan rahmat pada permulaannya, pengampunan dosa pada pertengahan dan pengakhirannya bebas atau merdeka daripada api neraka. Pada bulan haji juga Allah menawarkan ganjaran tidak kurang hebatnya. Maka sayogialah kita berebut-rebut peluang ini, meningkatkan amalan untuk akhirnya melayakkan diri kita menjadi insan bertakwa kerana inilah produk (hasil) yang diharapkan melalui universiti Ramadan dan ibadat haji.
Namun sebahagian umat Islam terlepas pandang atau masih diseliputi kejahilan, terlupa akan hakikat pada Islam itu merangkumi segala bidang kehidupan, tidak terikat kepada amalan khusus saja seperti solat, puasa, zakat dan haji. Apabila ini berlaku, akan lahirlah insan yang tidak seimbang amalannya, dia berpuasa tetapi tidak bersolat, dia bersolat tetapi di luar solat mendedahkan sebahagian besar auratnya, dan dia berhaji tetapi menyanjung kehidupan sekular.
Pemisahan politik daripada agama adalah antara penyelewengan itu. Apabila politik tidak terikat dengan agama, penyelewengan begitu berleluasa kerana matlamat menghalalkan cara. Matlamat utama adalah untuk terus berkuasa, jadi akan diusahakan perkara itu sekalipun tindak tanduk adalah berlawanan dengan ajaran agama. Berdasarkan slogan untuk berkuasa dulu, kini dan selamanya, tindakan halal dan batil bercampur-aduk, sedangkan kehidupan seseorang Muslim itu hendaklah berdasarkan hukum-hakam halal haram yang termaktub dalam ajaran agama.
Sekarang ini, pada bulan kemerdekaan dan haji yang penuh kebarakahan ini, sesetengah pihak menyemarakkan politik perkauman dan membela maksiat seperti rasuah dalam usaha mengekalkan kuasa. Perkembangan ini begitu membimbangkan kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat termasuk diri kita sendiri. Amat bahaya jika setiap pemimpin bangsa mengapi-apikan kepentingan dan sentimen kaum masing-masing sedangkan perkara ini ditentang keras oleh Islam dan Rasulullah s.a.w. yang kedatangannya adalah untuk membawa rahmat kepada sekian alam, sekali gus mematikan semangat asabiyah jahiliah.
Selain itu pemimpin jahil menyemarakkan amalan jahilah ketika sambutan hari kemerdekaan. Adakah patut hari kemerdekaan yang begitu bermakna itu disemarakkan dengan majlis hiburan termasuk konsert yang membabitkan percampuran bebas lelaki-wanita. Sewajarnya kesyukuran dipamerkan kerana bebas daripada cengkaman penjajah, bukan terikut-ikut dengan cara hidup Barat yang bukan bertunjangkan agama dan budaya kita.
Amat-amatilah apabila pemimpin hidup bermaksiat termasuk berleluasanya amalan rasuah dan penindasan (jauh daripada landasan agama), maka Allah Taala menurunkan bala yang turut menimpa rakyat. Sekarang ini kehidupan rakyat tidak aman; jenayah seperti pembunuhan, perompakan, perzinaan dan buang bayi menjadi-jadi, menggambarkan institusi keluarga dan masyarakat serta negara sedang menuju kehancuran. Inilah neraka dunia, petanda kehidupan buruk akhirat nanti.
Syukurlah ulang tahun kemerdekaan sejak akhir-akhir ini kurangnya majlis-majlis liar yang menyebabkan anak muda kita tersasar termasuk dalam upacara dianjurkan pemimpin. Mungkin ada cahaya keinsafan, memberi kesempatan semua pihak terutama pemimpin membuang jauh-jauh majlis batil, sebaliknya menggantikannya dengan amalan mulia sejajar dengan kehendak agama.
Apa kata sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ini, pemimpin disertai anak muda mengimarahkan masjid atau bersolat berjemaah dan berselawat beramai-ramai serta mengadakan majlis ilmu di dataran, merendahkan diri merayu kurnia-Nya termasuklah pembebasan (kemerdekaan) daripada api neraka. Ya lupakan majlis lara seperti membuat 'countdown' 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1,,, Merdeka!.
Imam (pemimpin) adalah contoh ikutan, jadi bersempena sambutan kemerdekaan bertepatan dengan bulan mulia, marilah kita mengorak langkah permulaan bagi menyelamatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara kita daripada neraka dunia, juga api neraka Allah SWT dengan tidak membiarkan diri kita terus bergelumang dalam kemaksiatan!
Namun sebahagian umat Islam terlepas pandang atau masih diseliputi kejahilan, terlupa akan hakikat pada Islam itu merangkumi segala bidang kehidupan, tidak terikat kepada amalan khusus saja seperti solat, puasa, zakat dan haji. Apabila ini berlaku, akan lahirlah insan yang tidak seimbang amalannya, dia berpuasa tetapi tidak bersolat, dia bersolat tetapi di luar solat mendedahkan sebahagian besar auratnya, dan dia berhaji tetapi menyanjung kehidupan sekular.
Pemisahan politik daripada agama adalah antara penyelewengan itu. Apabila politik tidak terikat dengan agama, penyelewengan begitu berleluasa kerana matlamat menghalalkan cara. Matlamat utama adalah untuk terus berkuasa, jadi akan diusahakan perkara itu sekalipun tindak tanduk adalah berlawanan dengan ajaran agama. Berdasarkan slogan untuk berkuasa dulu, kini dan selamanya, tindakan halal dan batil bercampur-aduk, sedangkan kehidupan seseorang Muslim itu hendaklah berdasarkan hukum-hakam halal haram yang termaktub dalam ajaran agama.
Sekarang ini, pada bulan kemerdekaan dan haji yang penuh kebarakahan ini, sesetengah pihak menyemarakkan politik perkauman dan membela maksiat seperti rasuah dalam usaha mengekalkan kuasa. Perkembangan ini begitu membimbangkan kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat termasuk diri kita sendiri. Amat bahaya jika setiap pemimpin bangsa mengapi-apikan kepentingan dan sentimen kaum masing-masing sedangkan perkara ini ditentang keras oleh Islam dan Rasulullah s.a.w. yang kedatangannya adalah untuk membawa rahmat kepada sekian alam, sekali gus mematikan semangat asabiyah jahiliah.
Selain itu pemimpin jahil menyemarakkan amalan jahilah ketika sambutan hari kemerdekaan. Adakah patut hari kemerdekaan yang begitu bermakna itu disemarakkan dengan majlis hiburan termasuk konsert yang membabitkan percampuran bebas lelaki-wanita. Sewajarnya kesyukuran dipamerkan kerana bebas daripada cengkaman penjajah, bukan terikut-ikut dengan cara hidup Barat yang bukan bertunjangkan agama dan budaya kita.
Amat-amatilah apabila pemimpin hidup bermaksiat termasuk berleluasanya amalan rasuah dan penindasan (jauh daripada landasan agama), maka Allah Taala menurunkan bala yang turut menimpa rakyat. Sekarang ini kehidupan rakyat tidak aman; jenayah seperti pembunuhan, perompakan, perzinaan dan buang bayi menjadi-jadi, menggambarkan institusi keluarga dan masyarakat serta negara sedang menuju kehancuran. Inilah neraka dunia, petanda kehidupan buruk akhirat nanti.
Syukurlah ulang tahun kemerdekaan sejak akhir-akhir ini kurangnya majlis-majlis liar yang menyebabkan anak muda kita tersasar termasuk dalam upacara dianjurkan pemimpin. Mungkin ada cahaya keinsafan, memberi kesempatan semua pihak terutama pemimpin membuang jauh-jauh majlis batil, sebaliknya menggantikannya dengan amalan mulia sejajar dengan kehendak agama.
Apa kata sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ini, pemimpin disertai anak muda mengimarahkan masjid atau bersolat berjemaah dan berselawat beramai-ramai serta mengadakan majlis ilmu di dataran, merendahkan diri merayu kurnia-Nya termasuklah pembebasan (kemerdekaan) daripada api neraka. Ya lupakan majlis lara seperti membuat 'countdown' 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1,,,
Imam (pemimpin) adalah contoh ikutan, jadi bersempena sambutan kemerdekaan bertepatan dengan bulan mulia, marilah kita mengorak langkah permulaan bagi menyelamatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara kita daripada neraka dunia, juga api neraka Allah SWT dengan tidak membiarkan diri kita terus bergelumang dalam kemaksiatan!
1 comment:
Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di 082==313==669==888
atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di ---> 082==313==669==888
---> atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
Post a Comment