Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Maksud Ayat 56 Surah Adz-Zariyat)
***
Renungan
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Maksud Ayat 56 Surah Adz-Zariyat)
***
APABILA KM Melaka, Idris Haron berdegar-degar mengingatkan rakyat kononnya sitaan aset berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat, sebahagian usaha menjatuhkan pemimpin dan membunuh orang Melayu, saya bertanya seorang ustaz mengenainya dan dia tegas menyatakan "tolonglah jangan memperbodohkan rakyat sebegitu sekali" - don't mess up the rakyat!
Jika di Melaka, KM-nya boleh 'membawa masuk dan mengembang-biak' slogan 'Don't Mess with Texas' yang 'diciplak' dari Amerika menjadi 'Don't Mess with Melaka', harap-harap gertakannya bahawa Amerika mahu membunuh Melayu tidak diterima rakyat sebagaimana orang menerima slogan 'Don't Mess with Melaka' yang menurut sesetengah pihak salah dari segi 'grammar' (tatabahasa)nya. Misalnya seorang Adun berhujah slogan itu sewajarnya berbunyi 'Don't Mess Up Melaka'.
Memang betul, Wikipedia - the free encyclopedia, mencatatkan bahawa "Don't Mess with Texas was a slogan used on a campaign to reduce littering on Texas roadways by the Texas Department of Transportation", tetapi bentuk bahasanya (bahasa pasar) mungkin hanya sesuai untuk negeri Amerika itu saja (negeri Texas adalah tempat KM Melaka belajar ilmu kejuruteraan dulu) dan jika diaplikasikan di tanah air kita, slogan itu seolah-olah satu ugutan, apatah lagi ia bercanggah dengan usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan!
Wikepedia juga mencatatkan di bawah tajuk 'Unauthorized use of the trademark' bahawa "Malacca State Government in Malaysia used the slogan with the same design and same phrase but changed it to "Don't Mess With Melaka" in 2014, but its Chief Minister claimed the copycat claim was baseless."
Ya, KM Melaka boleh berhujah kononnya slogan 'Don't Mess with Melaka' tidak diciplak sesuka hati daripada kempen 'Don't Mess with Texas' kerana pihaknya sudah berhubung dengan pihak berkuasa di Texas, Amerika Syarikat dan mendapat maklum balas yang cukup menggalakan mengenai kempen 'Don't Mess with Melaka' itu.
Slogan 'Don't Mess with Melaka' nampaknya dapat diterima oleh rakyat sekalipun dengan berat hati (mungkin kerana ia tidak ada implikasi besar ke atas kehidupan mereka), tetapi apabila KM Melaka mendakwa Amerika mahu menjatuhkan pemimpin dan membunuh orang Melayu, pemimpin politik yang sejiwa dan seangkatan dengannya pun dilihat cuba menjauhkan diri mereka!
Misalnya, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas dakwaan bahawa sitaan aset berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat sebahagian usaha membunuh orang Melayu.Katanya, beliau tidak tahu apa yang ada dalam fikiran Ketua Menteri Melaka ketika membuat dakwaan itu.
Demikianlah sebagaimana kata sang ustaz yang ditanya pandangannya, nampaknya pemimpin yang hendak terus berkuasa 'dulu, kini dan selamanya' sudah terlampau dalam membodoh-bodohkan rakyat. Kalau nak 'membodek' pun, janganlah ter'over' sehingga menganggap rakyat tidak dapat berfikir langsung.
Selain menakutkan rakyat dengan dakwaan Amerika mahu membunuh orang Melayu, KM Melaka juga turut mengelirukan mereka (mess up the rakyat) dengan mendakwa kemampuan rakyat untuk mengadakan rumah terbuka Hari Raya melangkaui bulan Syawal (lebih 29 hari) membuktikan ekonomi mereka bagus dan kondisi itu adalah disebabkan kecekapan pemimpin Umno BN dalam mentadbir negara!
Berdasarkan pengalaman, pada Aidilfitri tahun ini, kebanyakan rakyat menyambutnya secara sederhana saja (hidangan membabitkan daging seperti rendang sudah habis pada 1 Syawal lagi ataupun tak cukup) namun yang kerap mengadakan rumah terbuka adalah pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka...ya orang Umnoputra kaya-kaya belaka sedangkan rakyat makan tulang saja. Jadi tolonglah pemimpin, 'don't mess up the rakyat'!
No comments:
Post a Comment