Tuesday, August 9, 2016

Cerita dari kota…(Bahagian II)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Maksud Ayat 56 Surah Adz-Zariyat)
***

SELEPAS ke Kuala Lumpur minggu lalu, saya berkesempatan ke Kuantan, menghantar seorang anak ke UIAM dan kemudian kembali ke ibu kota dengan bas ekspres seterusnya ke Pelabuhan Klang menaiki tren Komuter KTM.

UIAM Kuantan terletak di Indera Mahkota; pada kunjungan lalu, di kawasan ini dapat disaksikan jalan raya, sesetengah bangunan serta rumah dan kenderaan diselaputi debu kemerah-merahan, semuanya ‘angkara’ bauksit. Syukur, alhamdulillah, pada kunjungan kali ini, kawasan ini sudah bebas daripada pencemaran bauksit.

Dulu ketika memandu, kita akan berselisih dengan lori termasuk treler, kebanyakannya diselaputi debu dan tanah kemerah-merahan membawa muatan tanah dipercayai mengandungi bauksit, bergerak bersama-sama kenderaan lain yang sebahagian daripadanya juga berdebu. Kenderaan ini mengangkut tanah merah mengandungi bauksit dari kawasan perlombongan di Felda Bukit Goh, Felda Bukit Kuantan dan Felda Bukit Sagu ke Pelabuhan Kuantan untuk dieksport. 

Dalam tempoh lama kawasan bandar Kuantan dan sekitarnya dibiarkan punah akibat kerakusan pemimpin dan kapitalis memburu kekayaan dunia. Malah dulu, ketika memandu di jalan raya menuju Indera Mahkota, dapat dilihat aktiviti melombong bauksit (jengkaut mengangkut tanah untuk dimasukkan ke dalam lori) berlaku berhampiran rumah penduduk dan bangunan kedai.

Ya, 'kemusnahan alam' berlaku dengan hebatnya di depan mata orang awam (di bandar besar seperti Kuantan dan bukannya dalam hutan yang tersembunyi daripada mata orang awam), tetapi syukurkah penentangan dan bantahan jitu rakyat termasuk yang diketuai ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Indera Makota, Fauzi Abdul Rahman akhirnya membawa kegiatan berkaitan perlombongan bauksit digantung.

Hasil perjuangan rakyat yang tidak mengerti putus asa, sebahagiannya disebabkan sesetengah penguasa ‘berhati keras dan batu’; hari ini kawasan Indera Mahkota dan sekitarnya ‘bebas’ daripada pencemaran bauksit – kesan-kesan merah di bangunan dan kenderaan sudah hilang sekalipun di sesetengah tempat  di jalan raya karat bauksit tetap ada.

Penduduk Indera Mahkota dan sekitarnya boleh menarik nafas lega, tetapi apa pengajaran boleh diambil daripada ‘insiden bauksit’? Salah satu daripadanya dalam menghadapi ‘ketidakadilan dan ketidak-pedulian’ sang penguasa, rakyat perlu bersatu hati dan berterusan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir bagi menghadapi mereka bernafsu rakus termasuk yang hati batu. Ya, terus berjuang dan berjuang sehinggalah untuk kesejahteraan semua sehingga kita mati!

Orang berhati batu, terutama di kalangan pemimpin mengutamakan keuntungan dunia; mereka tidak mengenal kebenaran lantas tidak peduli derita orang lain...penduduk mahu matikah, itu persoalan mereka. Apa yang penting aku mahu hidup berkuasa dan kaya dulu, kini dan selamanya.

Mereka yang menutup pintu hati (hati keras) daripada kebenaran inilah adalah sejahat-jahat manusia. Kemelut demi kemelut yang melanda negara seperti kes bunuh yang semakin meningkat manakala rasuah bermaharajalela sebahagiannya adalah disebabkan oleh orang berkuasa terutama pemimpinnya yang sudah keras hati, tidak dapat menerima kebenaran. Hati mereka sudah beku, Mereka pekakkan telinga kepada teguran, mereka fikir mereka saja betul. Mereka mahu kaut keuntungan kononnya bagi menjamin 'tujuh keturunan mereka tak habis makan'!

Di negara kita, gunung, rimba, sungai, lembah dan paya banyak sudah punah angka pemimpin dan kapitalis rakus tetapi ironinya mereka mengaku sebagai pencinta alam sekitar malah terlalu kasih kepada negara ini; hakikatnya apabila musibah melanda negara seperti jerebu, awal-awal lagi mereka sudah menghantar ahli keluarga ke luar negara!

Dari Terminal Sentral Kuantan saya menaiki bas ekspres ke KL. Tambangnya RM24.40. Mahal juga bisik hati saya. Di KL bas ini yang melalui Gombak terus menuju ke Stesen Bas Pekeliling dan kemudian meneruskan perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan.

Saya yang berpindah tempat duduk daripada belakang ke kerusi dekat pemandu, berbual-bual dengannya. Dia mengomel, apa punya dasar ni, bas dari Timur pun perlu ke TBS. Stesen itu di selatan KL, bas kena 'harungi' kesesakan jalan raya yang teruk. Apa, apakah TBS itu untuk 'jaga' dan untungkan kroni? Dulu bas ke Selatan saja ke situ kini semua bas perlu ke sana. Bagi saya, TBS itu bermaksud Terminal Bercelaru Selatan, katanya geram.

Dari TBS saya menaiki Komuter KTM menuju Pelabuhan Klang. Tambangnya RM7.20. 'Kena' tukar tren di KL Sentral. Di sini tren ke Pelabuhan Klang tak ikut jadual, lambat lebih sejam. Mula-mula tidak ramai penumpang menunggu tetapi ketika tren sampai, beratus-ratus orang menyerbu masuk...sehingga ada lelaki 'termasuk' dalam koc 'pink' wanita.

Pengumuman dalam tren KTM mengingatkan penumpang lelaki jangan 'menceroboh' koc wanita...mereka diminta berpindah...yalah kalau tren KTM 'punctual' (tepati masa), penumpang yang 'aman' tidaklah 'terkocoh-kocoh' tetapi kalau dah terlambat lebih sejam mereka menjadi panik dan main rempoh saja. Apa antara pengajarannya? KTM tolonglah 'be punctual', sekarang ini pun ramai orang komplain komuter KTM tidak boleh diharapkan sangat!

2 comments:

77777 said...

SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI ALIH,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI ALIH DAN AKHIRNYA AKI ALIH MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI ALIH SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI ALIH …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI ALIH: 082==313==669==888

KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D

Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D dan alhamdulillah saya dpat Rp 150 juta dan semuaini
berkat bantuan angka dari AKI ALIH]
karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
hubungi AKI ALIH] DI 082==313==669==888
insya allah beliu akan menbatu k40esusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih.? <<< ]

الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

hubungi AKI ALIH] DI 082==313==669==888insya allah beliu akan menbatu k40esusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih.? <<< ]

الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

Unknown said...

My first website:
Thay man hinh opppo gia re
cach test man hinh oppo