Friday, July 22, 2016

Teladani keberanian, kekentalan orang Turki

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan

"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62) 

SEMASA mengembara di republik-republik bekas Soviet Union - Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Turkmenistan - pada 1992, agak hairan juga saya mendengar penjelasan penduduknya bahawa mereka berketurunan Turki; malah mereka menyambut Bairam (bermaksud festival - hari raya) sama seperti di Turki

Disember tahun lalu (2015) ketika berkunjung ke Turki, bagi merungkai kehairanan saya selama lebih 20 tahun itu, saya bertanyakan seorang terpelajar Turki di Istanbul; ya katanya, sebahagian besar penduduk di Asia Tengah malah sehingga di wilayah China (Xinjiang) adalah berketurunan Turki; ada yang berjuang menuntut sebuah rantau merdeka dengan nama Turkestan Timur (East Turkestan).

Katanya, kumpulan-kumpulan orang Turki pada zaman moden ini melalui perjalanan sejarah berbeza; sekarang ini wujud negara Turki moden di Asia Minor dan sebahagian Eropah manakala di rantau Asia Tengah muncul negara merdeka seperti Kazakhstan, Uzbekistan dan Turkmenistan manakala Xinjiang dalam taklukan China. Namun beliau mengingatkan Tajikistan bukan berciri mirip Turki sebaliknya Parsi.

Demikian betapa hebat pengaruh orang dan empayar Turki; semasa pemerintahan Uthmanyiah dulu (1301-1922) terutama ketika kemuncak kuasanya seperti pada zaman Sultan Mehmet 11 (Muhammad Al-Fatih, 1451-1481 yang menawan Constantinople pada 1453) dan Sulaiman Agung (1520-1566) daulah ini menjadi pelindung kepada kerajaan Islam serata dunia dengan Melaka dan Aceh dikatakan turut mendapat manfaatnya. Malah kota suci orang Islam - Makkah dan Madinah diperintah ratusan tahun oleh orang Turki. 

Sebelum muncul Uthmanyiah, Turki dimasyhurkan dinasti Seljuk dan selepas Uthmaniyah, muncul republik Turki moden yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Ataturk pada 1924. Hari ini berdasarkan kunjungan saya ke Turki pada pandangan saya yang dangkal ini, rakyat Turki terbahagi kepada yang hendakkan kehidupan Islam dan masih berbangga dengan nilai dan cara hidup berkiblatkan Barat. 

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Sabihah Gokcen (Istanbul bahagian Asia, di Istanbul bahagian Eropah ada Lapangan Terbang Ataturk) ketika ke masjid (di Turki surau dipanggil masjid), saya dapati ruang wanitanya sesak dengan jemaah bersolat sebaliknya di luar masjid, sejumlah gadis berpakaian moden termasuk berbut tinggi berlegar-legar dan berderai ketawa.

Apabila mengembara di Turki hatta di kota besar seperti Istanbul pada waktu solat waktu, masjidnya sesak tetapi di luar manusia yang penampilannya seperti orang Barat bergerak bebas; masing-masing sibuk menjalankan urusan duniawi. 

Ramai orang Turki masih menyanjung tinggi Ataturk, buktinya makamnya di Ankara dikunjungi ribuan orang saban hari malah ada ukiran wajahnya bersaiz gergasi di sebuah bukit di Izmir. Orang Turki juga tidak lekang menyebut dan berbangga dengan Ataturk malah wajahnya menghiasi banyak premis rumah dan kedai.

Dalam situasi beginilah berlaku cubaan rampasan kuasa tentera bagi menggulingkan pemerintahan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). Erdogan dikatakan berusaha memberi nafas baharu Islam di negara sekular Turki di mana pengaruh tentera adalah tersangat kuat. Selain itu beliau berupaya melonjakkan ekonomi (taraf hidup) rakyat dan negara; dulu Turki berada di kedudukan ke-111 ekonomi dunia tetapi sekarang di kedudukan ke-16.

Apabila rakyat dijaga kebajikan mereka (dengan pemerintah menunjukkan kesungguhannya namun seperti biasa dan di mana-mana pasti ada golongan kurang senang), perasaan sayang timbul di hati mereka, lantas mereka turun beramai-ramai ke jalan raya bagi menggagalkan percubaan rampasan kuasa oleh tentera yang dikepali jeneral-jeneral berkiblatkan Barat termasuk Jeneral Akin Ozturk yang pernah berkhidmat di Israel.

Rakyat (orang awam) Turki sekali lagi menunjukkan keberanian dan kekentalan mereka, ada yang sanggup membaringkan diri di depan kereta kebal bagi menyekat kemaraan tentera. Warga Turki sekali lagi mengukir sejarah, mereka mungkin satu-satunya bangsa yang dapat 'menewaskan' cubaan rampasan kuasa oleh tentera yang dilengkapi peralatan canggih dan berat seperti kereta kebal dan jet pejuang.

Berhubung cubaan rampasan kuasa di Turki, kita sealiran dengan pemimpin PAS yang menggesa semua pihak untuk menghormati dan mendukung proses demokrasi, bertindak mengikut lunas undang undang dan tidak bertindak sehingga menimbulkan keadaan huru hara.

Kita difahamkan PAS berdiri teguh bersama hasrat rakyat Turki yang telah memilih kerajaan melalui proses demokrasi yang sah di samping menyokong kepimpinan Erdogan untuk memperkukuhkan demokrasi dan kuasa rakyat.

Apa yang dapat dipelajari daripada cubaan rampasan kuasa tentera yang gagal di Turki? Salah satu daripadanya adalah kesatuan rakyat yang jitu itu pun selepas pemerintah berusaha keras mengangkat kehidupan mereka agar dapat menyaingi taraf hidup di negara maju Eropah (Turki di ambang menganggotai EU).

Namun amat-amatilah sekalipun Erdogan dan partinya (AKP) berusaha keras menerapkan kehidupan Islam di bumi Turki; tiada paksaan untuk rakyat mengikutinya sekalipun 98 peratus daripada kira-kira 70 juta penduduknya beragama Islam.

Salah satu buktinya, sekalipun pemakaian tudung sudah dibolehkan di institusi pengajian, tetapi rakyat bebas berpakaian mengikut cara Barat tidak seperti di negara tertentu yang semua wanitanya perlu berhijab jika berada di tempat awam. Erdogan yang ketika di Sidang Kemuncak OIC di Istanbul beberapa bulan lalu, berkata dia bukan Syiah atau Sunnah tetapi Islam, mungkin boleh 'tersenyum' kerana majoriti rakyat 'sukakan' beliau sehingga sanggup mati menggagalkan rampasan kuasa tentera!

Pemimpin negara kita pula bagaimana; adakah rakyat sanggup mati mempertahankan anda, atau mereka awal-awal lagi sudah 'blah' menyelamatkan nyawa dan nasib masing-masing?

1 comment:

Unknown said...

SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI SOLEH JAFFAR,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR DAN AKHIRNYA AKI SOLEH JAFFAR MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI SOLEH JAFFAR SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI SOLEH JAFFAR …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR: 0853- 7778–3331

KLIK DISINI 2d 3d 4d 5d 6d

Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D dan alhamdulillah saya dpat Rp 150 juta dan semuaini
berkat bantuan angka dari AKI SOLEH JAFFAR]
karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
hubungi AKI SOLEH JAFFAR] DI 0853- 7778–3331
insya allah beliu akan menbatu k40esusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih.? <<< ]

الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

hubungi AKI SOLEH JAFFAR] DI 0853- 7778–3331 insya allah beliu akan menbatu k40esusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih.? <<< ]

الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل