Wednesday, May 21, 2014

Teladani Rasulullah sebagai 'guru teragung'

******************************* DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ******************************* Renungan ******************************* "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32 *********************** Perkembangan politik semasa membabitkan kepimpinan di sebuah negeri ketika para guru kita menyambut Hari Guru, menyebabkan kita terpanggil untuk mengulasnya berpandukan apa yang ditunjuki oleh Nabi s.a.w. sebagai 'guru teragung' sepanjang zaman. ************************** Kita 'berasa ngeri' dengan peribadi dan akhlak sesetengah pemimpin yang 'mempermain-mainkan' politik (tindakan seperti letak jawatan, keluar parti, lompat sana lompat sini macam haiwan sarkas dan kemudian masuk semula parti) seolah-olah semua itu tiada langsung kaitan dengan pembalasan hari akhirat. **************************** Inginlah kita mengingatkan kepada semua termasuk diri sendiri bahawa setiap perilaku kita hatta sebesar zarrah akan ditanya di akhirat nanti. Kita ingin bertanya pemimpin politik sebegini, apakah sebenarnya yang mereka inginkan...nampak benar mereka berpolitik untuk kepentingan peribadi, memuaskan nafsu apa yang ada 'antara perut dan lutut' mereka...soal rakyat adalah hal sampingan...jika ada kepentingan (seperti pilihan raya) barulah pemimpin menyantuni mereka, apabila habis madu sepah dibuang. ************************* Jadi wahai pemimpin, malah sesiapa saja, teladanilah Rasul s.a.w. kerana penghidupan baginda mencakupi semua bidang kehidupan seperti seorang guru/murabi/pendakwah di masjid, sebagai insan biasa di kalangan keluarga dan sahabat, seorang lelaki bertakwa, sebagai seorang soldadu, tokoh pembaharuan, seorang politikus, negarawan, seorang pentadbir dan pemerintah sebuah kerajaan yang amat luas kerana seluruh Jazirah Arab sudah jatuh ke tangan Islam sebelum kewafatan baginda. ******************************* Jadi bagaimana pembawaan Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin? Apabila al-Quran mengesahkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh terbaik dalam semua bidang kehidupan (seperti ayat 21 Surah Al-Ahzab yang bermaksud: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak, dalam masa susah dan senang"), ia bukan sekadar perkataan tetapi dibuktikan dengan amalan. ************************* Ambil contoh perintah dalam al-Quran kepada ummah berkenaan kewajipan seperti solat, puasa dan sedekah; Nabi s.a.w. melakukannya lebih daripada ummah. Jika umatnya diwajibkan solat lima kali sehari semalam, Nabi s.a.w. solat melakukannya lapan kali manakala jika ummah hanya diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan, Nabi tidak akan membenarkan baki 11 bulan berlalu tanpa berpuasa manakala dari segi sedekahnya, tiada pengemis yang meninggalkan rumahnya kehampaan sedangkan baginda sendiri hidup miskin (selalu di rumahnya tiada makanan) sedangkan dia adalah pemerintah sebuah empayar yang besar. ***************************** Ketika hayatnya, Nabi s.a.w. menyertai hampir semua peperangan; ketika peperangan Uhud, baginda luka-luka dan pada Perang Ahzab, Nabi s.a.w. sendiri turun bersama-sama sahabat menggali parit di sekeliling kota Madinah. ***************************** Pada kebanyakan ketika Nabi bekerja keras dalam keadaan lapar di bawah terik matahari dan terpaksa mengikat batu di perutnya. Demikianlah Nabi s.a.w. sudah menunjukkan teladan, jadi kepada semua termasuk pemimpin...'bergurulah' kepada baginda s.a.w. agar kita selamat dunia dan akhirat. Amin

No comments: