Tuesday, May 28, 2013

Pengajaran Negeri Sembilan untuk iktibar PAS Melaka

******************** DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ********************** Renungan ****************** "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim) ************************** SELEPAS PAS Negeri Sembilan mendapat 'anak sulung' pada PRU12 (2008) melalui kemenangan Mohamad Taufek Abdul Ghani (kini Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan) di Dun Paroi; pada PRU13 lalu (5 Mei 2013), parti Islam itu kembali kepada angka '0'; sebaliknya PAS Melaka pula mencatatkan kelahiran anak sulung apabila calonnya, Dr Khalid Kassim menang di Dun Bukit Baru yang terletak dalam Parlimen Bukit Katil di mana calon favorit Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam tersungkur di tangan anak muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin. ************************* Tentunya pengembalian angka 0 (seperti dialami PAS Negeri Sembilan) pada PRU14 nanti tidak diingini PAS Melaka. Sehubungan itu adalah amat mustahak PAS Melaka mengambil iktibar; mulai sekarang melakar jalan untuk melebarkan pengaruh terutama di kalangan generasi muda di samping menambat sanubari generasi lama meskipun mereka sudah sebati dengan slogan 'dulu, kini dan selamanya'. ***************************** Seorang sahabat saya berpandangan, PAS di negeri-negeri Koridor Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) perlu meresap jauh dan sebati dengan masyarakat bagi membolehkan PAS melebar pengaruh. Katanya, sebarang kegiatan mempunyai ciri pengasingan seperti solat di 'surau orang PAS' tidak wajar ditonjolkan sebaliknya orang PAS hendaklah meresap dan dominan sebagai anggota masyarakat di masjid-masjid, dalam pelbagai kegiatan setempat seperti majlis kenduri, kahwin dan kematian. ***************************** Seorang lagi sahabat mencadangkan, golongan muda PAS mempelopori pelbagai bidang kegiatan ekonomi setempat seperti pertanian dan membaiki kenderaan (terutama motosikal). Hal ini sejajar dengan pandangan Mohd Taufek (Pj PAS Negeri Sembilan) bahawa jentera parti menghadapi kekangan disebabkan pelbagai masalah terutama kewangan. Kekuatan ekonomi penduduk, terutama 'orang PAS' amat penting, mereka boleh menjana kepada kemantapan dan nilai parti di mata masyarakat. ****************************** Berdasarkan analisis keputusan PRU13 bagi Dun Bukit Baru; Dr Khalid tewas di tiga UPU bermajoriti Melayu yang tinggi iaitu Kampung Bukit Katil (Sekolah Demang Hussin), Kampung Bukit Katil (SRA JAIM) dan Bukit Pulau sebaliknya menang di UPU pengundi seimbang atau bukan Melayu lebih ramai seperti di Bukit Beruang, Kampung Ku Sayang, Bukit Baru Dalam dan Padang Jambu. **********************8 Dan, seperti dijangka, undi awal dan pos memberi kelebihan besar kepada BN; namun keputusan akhir memihak kepada Dr Khalid yang mendapat 9,292 undi berbanding lawannya, Karim Yaakob 9,244 undi. Ya, Dr Khalid menang dengan hanya 48 undi! ****************************** Pada pendapat saya untuk mengekalkan kemenangan dan mencatat kejutan pada PRU14, PAS perlu berusaha keras mengekalkan sokongan orang bukan Melayu dan generasi muda di samping menawan hati golongan 'orang lama' di kampung-kampung. Seorang sahabat yang juga orang kuat UPU Bukit Baru berkata, pihaknya akan berusaha menawan hati JKKK dan jawatankuasa masjid-masjid; manakala Pemuda PAS akan menunjukkan contoh murni seperti menawarkan khidmat percuma di majlis keraian seperti kenduri kahwin. *************************** Berdasarkan peningkatan jumlah pengundi muda, adalah penting untuk PAS memahami kehendak golongan ini. Resapilah kumpulan ini dan selamilah kehendak mereka. Adalah tidak bijak untuk kita membuat 'tawaran syok sendiri' tenpa memahami kehendak mereka. Jika tawaran kita silap, kita akan menerima padahnya seperti yang dialami oleh bekas ketua menteri. Mungkin sungutan ini yang saya perolehi daripada sebuah blog, dapat menjelaskan perkara itu. ********************** Ali Rustam, kami tak mahu litar go-kart - Mat Motor ***************************** Kami sempat sembang dengan beberapa mat motor yang tersadai di sebuah stesen minyak di Semabok. Dalam pertemuan itu, kami sempat bertanyakan beberapa soalan kepada mat rempit yang bernama Mat Jen sebelum dia meneruskan aksi gilanya itu. ************************ Salah satu soalan yang kami ajukan ialah mengenai litar lumba. Mat Jen berasa amat kecewa dengan sikap Ketua Menteri Melaka yang tidak memahami hati muda mat motor dan sanggup membina litar go-kart sedangkan ramai anak muda mahukan sebuah litar lumba motosikal. ********************************* Soalan lain sempat kami tanya adalah mengenai kempen PRK Merlimau. Mereka sebenarnya tidak suka akan politik tetapi telah dibayar oleh BN antara RM250-RM300 untuk membuat provokasi di kawasan Pakatan Rakyat. ************************** Rempit merupakan gejala yang kurang sihat kerana boleh mengundang bahaya kepada diri pelumba dan juga orang yang berada di persekitaran. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengundang maut jika gejala ini terus berleluasa. ************************** Malam tadi sekitar jam 1.30 pagi, aksi-aksi mat motor dapat dipertontonkan bagaikan tiada pengawasan dari pihak polis. Mereka bermaharajalela ke sana ke mari tanpa bimbang akan pihak polis. Aksi mereka ini bagaimanapun terhenti seketika apabila sebuah peronda polis datang. ************************ Namun mereka tidak sedikit pun gentar atau untuk beredar dari lokasi perlumabaan itu. Lokasi perlumbaan itu adalah dari Melaka Sentral hingga ke Simpang Tiga lampu isyarat Semabok. Mereka bagaikan menggila di jalan raya seperti telah dirasuk syaitan. ************************** Jika mat motor ini gagal dibanteras oleh pihak polis, maka mereka lebih berkuasa. Mengapa beratus-ratus mat rempit bermaharajalela hanya dipantau oleh peronda polis yang hanya ada tiga orang sahaja? Cukupkah dengan angka itu untuk membuat penangkapan? *************************** Tetapi dalam arena politik, pihak polis lebih agresif dalam bertindak ke atas penyokong Pakatan Rakyat. Berpuluh kereta dihantar termasuk dengan trak "water canon" sedangkan tiada sesuatu yang berbahaya jika dibandingkan dengan mat motor ini. *************************** Mereka lebih cenderung untuk terlibat politik berbanding dengan keadaan jenayah yang semakin berleluasa. Ketua Menteri pula sibuk dengan pembangunan tetapi lupa dengan gejala merempit ini. Syok sendiri membina litar go-kart yang tiada pengunjung berbanding dengan perlumbaan motor ini. ***************************** Sepatutnya kerajaan Melaka membina litar lumba untuk perlumbaan motosikal bukannya litar go-kart yang belum tentu mengaut keuntungan dan bukan semua mat motor mahu terlibat perlumbaan go-kart ini. Daripada laman:- http://kijang59.blogspot.com

No comments: