Saturday, May 18, 2013

Apabila pagar/tembok masjid 'ditiadakan'...

********************* DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. *********************** Renungan ********************** Hadis diriwayatkan oleh Ibnul Abdul Barr dan Abu Naim bermaksud: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.;“Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik, baiklah manusia dan apabila mereka rosak, rosaklah manusia. Itulah dia pemimpin dan ahli fiqh (ulama).” ********************* TAHNIAH diucapkan kepada Ketua Menteri Melaka yang baru, Dato' Idris Haron. Selayaknyalah sebagai orang muda yang baru-baru ini menyambut hari jadinya yang ke-47 tahun (beliau belajar setingkatan dengan salah seorang adik saya di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (Sekolah Sains Ayer Keroh atau Mozac) Melaka, Idris mempunyai banyak idea untuk memajukan negeri Hang Tuah. ************************ Sehubungan itu diucapkan syabas kepadanya, namun diharapkan beliau tidak mengetepikan peribadi dan pandangan Dr Mohd Khalid Kassim (seorang pesara timbalan pengarah Hospital Melaka, berusia 63 tahun yang boleh dianggap ayah kepada Idris), wakil sulung dan tunggal PAS yang terpilih ke Dun Melaka, mewakili kawasan Bukit Baru. *********************** Sekalipun sudah ternampak riak-riak 'ketidak-senangan' Idris terhadap Dr Khalid seperti dalam isu kononnya PAS Bukit Katil cuba merampas tiga prasarana di Dun Bukit Baru (pejabat Japerun, Dewan Tun Ali dan Masjid Sayidina Ali) yang dengan segera dinafikan Dr Khalid, diharapkan perkara seperti ini tidak berpanjangan. Buanglah yang keroh, ambil yang jernih untuk manfaat seluruh umat Islam terutama penduduk setempat. *********************** Salah satu idea Idris selepas menjadi Ketua Menteri ialah agar pagar dan tembok masjid dibuka sebaliknya dibina dataran yang membolehkan orang awam beraktiviti termasuk beriadah bersama keluarga. Beliau membayangkan mencontohi Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah yang mempunyai dataran terbuka (kini berpayung gergasi terbuka dan terkatup secara automatik) yang membolehkan orang ramai beriadah dan beribadat di bawahnya. ************************* Apabila tiba waktu solat waktu, pada waktu sesak dataran itu dibarisi oleh jemaah (mereka berada mengikut garisan saf disediakan); ini bermakna solat dapat ditunaikan tepat pada waktunya dan secara berjemaah pula walaupun seseorang itu berada bersama-sama keluarganya. Selain itu di dataran berkenaan boleh dimajukan kegiatan membangunkan masyarakat Islam seperti berniaga, demonstrasi kegiatan setempat seperti membuat kraftangan dan persembahan 'hiburan halal'. ************************ Pada pendapat saya, idea Idris sungguh bagus; tetapi 'bagi berlaku adil' saya cuba mendapatkan pandangan beberapa rakan dan individu lain. Seorang rakan yang tinggal di Klang, Selangor (negeri ini diperintah oleh Pakatan Rakyat yang telah berusaha memakmurkan sejumlah masjid dan hasilnya dapat dilihat dengan kunjungan orang ramai dengan pelbagai aktiviti seperti perniagaan dan siri ceramah dan kuliah), berkata idea membuka pagar/tembok masjid hanya boleh dilaksanakan di masjid-masjid tertentu saja. ************************* "Mungkin kita boleh menjayakan konsep itu di sebuah dua masjid seperti di Masjid Negeri; insya-Allah jika ia mendapat sambutan menggalakkan, kita boleh luaskan konsep itu di masjid-masjid besar lain," katanya. ********************** Beliau memberi contoh Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam sebagai masjid yang berjaya dari segi menarik kunjungan orang ramai termasuklah keluarga yang mahu beriadah dan membeli barangan terpilih seperti kurma, tudung, buku-buku agama dan peralatan haji dan umrah di samping mengikuti ceramah dan kelas pengajian agama. **************************** Namun, katanya, adalah tidak praktikal untuk mengamalkan 'konsep masjid terbuka' di kawasan jenayah yang tinggi. Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, sekalipun masjid bertembok dan berpagar malah dewan solat masjid pun berkunci; pencuri tetap memecah tabung masjid dan melarikan barangan berharga seperti jam malah bahan logam kitar semula seperti kepala paip (tembaga) juga 'dikebas' mereka. *************************** Beliau juga mengingatkan bahawa 'konsep masjid terbuka' seperti diamalkan di Masjid Nabawi (Madinah) dan Masjidilharam (Makkah) yang dibuka 24 jam (tidak pernah ditutup) dijayakan dalam suasana 'hukum hudud' terlaksana. Katanya, kadang-kadang jemaah haji dan umrah terserempak dengan hukuman pancung yang dijalankan di kawasan terbuka, dan hal ini menyumbang kepada keharmonian kehidupan masyarakat apabila penjenayah tidak berani bertindak sebarangan. Jadi siapa yang berani mencuri dalam premis masjid-masjid di Tanah Haram? ************************* Sehubungan itu, beliau mencadangan agar Ketua Menteri Melaka mula memikirkan dan mempengaruhi pemimpin tertinggi negara untuk melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya di negara ini. "Jika terlaksana hukum hudud, insya-Allah akan selamatlah masyarakat kita apatah lagi di kawasan masjid-masjid yang sudah dibuang pagar dan temboknya," katanya. ********************** Malangnya, jika ditinjau Kabinet PM Najib Razak yang diumumkan beberapa hari lalu, hanya seorang tokoh berpengajian tinggi agama iaitu Dato' Jamil Khir Baharom dikekalkan. Tokoh lain seperti Mashitah Ibrahim; mana pergi...adakah kerajaan baru ini mahu menjauhkan diri daripada agama...? Atau tidak suka lagi dengan Mashitah yang semakin merapu dengan ulasan terbarunya dalam akhbar Sinar Harian, Mahu 'Ini kalilah' dapat 'Innalillah'. Ya, sampai hati awak Mashitah yang ada PhD tetapi merendahkan kalimah Allah sebegitu teruk! ************************* Seorang jemaah sebuah masjid berdekatan rumah saya berkata, beliau menyokong idea Idris, yang boleh membantu mengimrahkan masjid termasuk menarik golongan muda yang sebahagiannya selama ini melihat rumah ibadat sebagai tempat 'transit' golongan KRU (kumpulan rambut uban) dan RTM (rehat tunggu mati) meluangkan masa sebelum dipanggil Illahi. ************************ "Bagi menarik golongan muda, saya cadangkan jawatan AJK masjid dipilih secara demokrasi, taklah dilantik pihak tertentu sekarang ini. Biar ahli kariah dan jemaah sendiri pilih siapa yang hendak mereka jadikan pengerusi dan AJK-nya. Apabila AJK masjid di kalangan orang dipercayai dan disukai penduduk, insya-Allah mereka akan rajin dan pandai buat kerja, secara automatik masjid pun dapat diimarahkan. Ni tak, apabila orang bukan kaki masjid malah tak datang ke masjid dijadikan AJK masjid, macam mana masjid nak makmur?" ************************ Seorang lagi jemaah berkata dengan sinis: "Saya bimbang, kalau tembok dan pagar masjid dibuang (terutama di kampung dan kawasan pedalaman), jangan-jangan nanti ayam, lembu dan kerbau pula yang 'melepak dan berak kat masjid-masjid tu'."

No comments: