Friday, August 22, 2008

Melayu hancur kerana dadah, Cina kerana seks

Perbualan saya dengan seorang pembantu perubatan sebuah klinik komuniti yang kerap bertugas di pusat serenti mendedahkan satu hakikat menakutkan.

Katanya, pada tahun 1990 dulu dia bertugas di Pusat Serenti Tampin. Pusat itu menampung 3,000 penghuni, 90 peratus daripadanya Melayu, 75 peratus daripada mereka HIV positif!

Itu dulu, keadaan sekarang tentulah lebih teruk, kata pembantu perubatan berbangsa Cina itu.

Beliau mendakwa gejala dadah sekarang terlalu serius. Dakwaan menyatakan ada sejuta penagih ada kebenarannya dan paling malang sekali kebanyakannya orang Melayu.

Apabila berjinak-jinak dengan dadah dan berkongsi jaram, penagih terdedah kepada HIV dan Aids. Mereka ini adalah bangkai hidup - menunggu masa saja untuk mati, katanya yang kerap mengendalikan kes korban HIV ini.

Berlainan dengan pemuda Cina, katanya, jumlah yang mati kerana dadah tidaklah 'sehebat' orang Melayu. Malangnya, ramai pemuda Cina mati akibat Aids dan HIV yang didapati melalui seks rambang.

Pemuda Cina, katanya, sama ada yang berjaya atau gagal dalam bisnes, ramai yang jadi kaki mabuk dan perempuan. Untuk meraikan sesuatu kejayaan, mereka adakan pesta di mana perempuan dan arak menjadi mainan.

Bagi yang gagal katanya, mereka juga menjadi kaki botol dan akhirnya terdampar di katil bersama-sama perempuan murahan. Mereka terdedah kepada jangkitan HIV dan Aids.

Sama ada pemuda Melayu yang kaki dadah atau lelaki Cina yang kaki perempuan, ramai daripada mereka HIV positif dan menunggu masa saja untuk mati, dakwanya.

"Saya salah seorang daripada kakitangan kementerian yang terpaksa menguruskan mereka. Hari ini kita bercakap dengan mereka (mangsa HIV), tahu-tahu esok lusa mereka sudah tiada," katanya.

No comments: