Tuesday, June 30, 2020

Zulkaedah 8: Sukar ziarahi pesakit...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan telah Kami turunkan kepada engkau peringatan, supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, supaya mereka semuanya berfikir." (An-Nahl: 44)

Zulkaedah 8

SEORANG saudara yang juga jiran saya baharu meninggal dunia. Dia meninggal dunia di hospital. Semua urusan berkaitan jenazah dibuat oleh pihak hospital. Jenazahnya dihantar terus ke masjid kampung kami untuk disolatkan dan kemudian dibawa terus ke kubur.

Saudara ini sudah dimasukkan ke hospital 10 hari sebelum meninggal. Sekarang ini peraturan melawat pesakit amat keras. Selama terlantar di hospital, tidak ada saudara-mara dibenarkan melawat.

Ketika ini seorang sepupu saya juga dimasukkan ke hospital. Menurut emaknya (emak saudara saya), dia pun tak dibenarkan melawat si anak. Katanya, dia menitipkan makanan dan pesanan anaknya (seperti tongkat seperti diminta si anak) kepada pengawal berhampiran kawasan wad.

"Entah sampai, entahkan tidak," katanya. "Tetapi itulah peraturan sekarang ini."

Beliau berkata adik beradik si pesakit (anak menantunya) yang datang melawat termasuk dari negeri lain, tidak dibenarkan masuk. Maka terpaksalah mereka berkampung dalam kereta di kawasan pakir. Demikianlah, betapa susah untuk menziarahi saudara mara apatah lagi sahabat taulan yang dimasukkan ke wad hospital kerajaan sekarang ini.


ARTIKEL IRINGAN (lama)

Pulangkan duit gaji perolehan daripada hasil tak sah taraf...

Seorang ustaz pernah memberitahu penulis supaya mengasingkan wang faedah (riba) yang dimasukkan dalam akaun bank. Dulu faedah dibayar sekali gus dalam setahun, tidak sekerap sekarang. Disebabkan simpanan saya tidak banyak, jumlah faedahnya kecil saja, tidak lebih RM100.

Katanya, keluarkanlah wang faedah itu dan berikan kepada pihak yang mahu melakukan projek pembangunan umum seperti membina jalan dan jambatan serta membiayai program sekolah seperti sukan tahunan dan majlis penyampaian hadiah.

Menurutnya, wang itu perlu dikeluarkan, usah dibekukan dalam akaun. “Ini penting kerana wang itu boleh dimanfaatkan untuk kegunaan dan kepentingan umum. Tetapi janganlah wang itu untuk kegunaan sendiri atau memasukkannya dalam tabungan berkaitan ibadat seperti tabung masjid,” pesannya.

Demikianlah betapa sejak dulu lagi, kita diajar supaya mengasingkan wang perolehan daripada sumber haram dan diragukan supaya tidak bercampur dengan hasil halal yang diperolehi melalui titik peluh kita.

Lima belas tahun lalu, apabila usia semakin meningkat, saya mulai sedar bahawa wang gaji yang saya perolehi daripada kerja perit jerih itu terdapat juga unsur-unsur meragukan.

Ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat akhbar gergasi, surat khabar yang diterbitkan mengandungi unsur-unsur tidak sihat seperti penyiaran iklan arak dan judi. Surat khabar Melayu harian berbahasa Melayu sehingga hari ini masih menyiarkan keputusan nombor ekor (judi) manakala akhbar bahasa Inggeris selain menyiarkan keputusan judi turut menyiarkan iklan arak.

Perolehan daripada iklan judi dan arak dicampurkan bagi meningkatkan pendapatan syarikat dan wang inilah digunakan oleh membayar gaji pekerja termasuk pemberian bonus dan x-gratia dua atau tiga kali ganda gaji asal pada setiap hujung tahun.

Disebabkan isu wang perolehan daripada hasil judi ini menjadi hangat ketika ini, terluanglah kesempatan untuk saya 'refresh' (mengingatkan kembali) pengurusan media massa, tauke-tauke media dan juga kepada peneraju negara mengenai satu dua perkara yang tidak Islamik dalam pekerjaan kita.

Selain wang haram judi, diharapkan kita dapat 'berfikir lagi jauh ke depan' untuk sama-sama memansuhkan unsur-unsur tidak Islamik lain termasuk dalam akhbar - sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu, terutamanya terbitan hari minggu - dalam usaha bersaing untuk muncul sebagai akhbar No 1 negara, menyajikan ruangan dan gambar-gambar artis wanita dalam keadaan tidak senonoh sama sekali.

Gambar wanita mendedahkan pangkal buah dada, kadang-kadang terlondeh dengan hanya menutup 'benda itu' saja, nampaknya sudah menjadi perkara biasa, seolah-olah ia sudah diterima masyarakat.

Seorang tuan guru pernah menegur dengan berkata: "Nampaknya semua orang sudah jadi syaitan bisu, tidak ada orang berani menegur, hatta sekalipun anaknya berpakaian tidak senonoh."

Jika bahan bacaan berkenaan dikhaskan untuk pembaca dewasa, 'damage' (kerosakan)nya tidaklah sebegitu besar berbanding statusnya sebagai akhbar untuk seisi keluarga.

Alangkah malunya seorang bapa apabila si anak terikut-ikut mahu memperagakan pakaian yang digayakan artis dalam akhbar ataupun bertanyakan soalan sensitif apabila tidak faham sesuatu yang dibacanya dalam ruangan seks dan rumahtangga.

Selain menyiarkan gambar-gambar tidak senonoh, sesetengah akhbar masih bebas menyiarkan iklan arak malah semua akhbar menyiarkan keputusan empat nombor ekor (judi) sekalipun dalam akhbar yang sama mungkin ada rencana yang menyatakan haram dan padahnya berjudi atau minum arak.

Seorang wartawan muda pernah menghubungi saya, mengemukakan soalan dan meminta nasihat: "Saya kerja di………sebagai penyunting bahagian sukan. Apabila saya 'buat page tu, di tepinya ada 'ad' (advertisement) 'empat nombor ekor'. Macam mana ni bang, pendapatan saya ni haram ke halal, atau saya dikira syubahat ke bang?"
Saya katakan kepadanya, tanyalah ustaz, tentulah ustaz lebih arif.

Demikian betapa serba salahnya seseorang Muslim yang bekerja dalam suasana (environment) demikian kerana apabila dia mendirikan solat, dia akan memohon - ya Allah, Kau tunjukkanku jalan yang lurus - jadi kalau Allah sudah bukakan pintu hatinya untuk mengikuti jalan lurus, tentulah suasana tidak Islamik itu tidak akan mententeramkan jiwanya.

Jadi jawapan yang terbaik bagi syarikat akhbar ini, asingkan wang haram seperti hasil iklan judi, arak dan penjualan majalah separuh lucah daripada perolehan lain. Gunakan ‘wang haram’ itu untuk membiayai projek awam seperti pembikinan jalan dan jambatan manakala wang halal itu membayar pekerja yang mahukan gaji bersih daripada unsur syubahat.

Kepada pekerja yang prihatin termasuk wartawan yang beriya-iya mahukan golongan veteran di Pulau Pinang memulangkan wang yang didakwa ‘daripada hasil judi’, kini tibalah giliran anda untuk memulangkan sebahagian gaji anda selama ini kerana ia juga daripada sumber haram iaitu iklan empat nombor ekor (judi).

Kepada pemimpin Umno-BN termasuk Adun atau ahli Parlimen yang bercakap berdegar-degar dalam isu judi ini, pulangkanlah sebahagian daripada elaun atau gaji anda kerana sebahagian daripada wang berkenaan adalah daripada sumber (cukai) judi, tidakkah anda sedar kedai judi berlambak di seluruh tanah air manakala di Genting Highlands terpacak salah sebuah pusat perjudian paling besar di Asia?

Demikian juga dengan cukai rokok dan cukai arak. Perolehan cukai arak terlalu besar memandangkan terlalu banyak premis menjual minuman keras ada di seluruh negara, malah tin dan botol arak bersepah-sepah di jalanan, menunjukkan betapa hebatnya pengunaan arak di negara ini.

Malah ada laporan menyebut pengambilan minuman keras di negara ini adalah antara 10 negara tertinggi di dunia, menyamai sesetengah negara di Eropah. Hakikat inilah negara yang dicanangkan sebagai negara Islam contoh, tetapi bagaimana pengambilan arak boleh menyamai Perancis atau Denmark?

Jelas sebahagian hasil negara adalah daripada sumber haram dan meragukan termasuk cukai arak, judi dan rokok. Kepada kakitangan awam yang prihatin terutama orang politik yang terkinja-kinja bercakap mengenai arak dan judi, silalah kembalikan wang elaun atau gaji anda yang dipercayai ada unsur-unsur haram itu atau syubahat itu. Lakukan ini, jangan pandai bercakap saja!

Monday, June 29, 2020

Zulkaedah 7: Warga Selangor rindu masjid...

DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan 

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (QS. Fushilat: 33) 

Zulkaedah 7

Warga Selangor rindu masjid...

HUJUNG minggu (27-28 Jun) saya menghantar seorang anak balik ke kampus universitinya di Selangor. Peluang itu saya manfaatkan, yalah selepas tiga bulan tak berjalan jauh, menziarahi seorang sahabat di Gombak.

Tentunya, antara cerita utama 'orang veteran' (KRU = kumpulan rambut uban atau RTM = rehat tunggu mati) macam kami adalah berkaitan masjid. Saya sungguh bersimpati kepadanya apabila  beliau memberitahu dia masih tak dapat solat Jumaat sejak Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu. 

Usianya sudah lebih 75 tahun,  jadi semangat untuk ke masjid berkobar-kobar kerana memikirkan kalau kena tunggu lama-lama; dikhuatiri kesihatannya merosot manakala hayat pula pada bila-bila masa diambil Allah SWT.

Saya pula, Alhamdulillah sudah dapat menunaikan solat Jumaat empat kali, terakhirnya pada 26 Jun lalu. Sekali lagi, Alhamdulillah, bersyukur saya kerana di negeri kami, selain solat Jumaat, jemaah juga boleh solat lima waktu secara berjemaah.

Rakan saya memberitahu, selain solat Jumaat, solat berjemaah lima waktu pun masjid belum lagi dbuka kepada orang ramai.

Marilah kita berdoa bersungguh-sungguh agar wabak penyakit ini diangkat oleh Allah SWT, dan salah satu natijahnya dapatlah sahabat veteran saya melepaskan rindunya untuk kembali beribadat di rumah Allah. Amin

ARTIKEL IRINGAN (lama)

Haji medan terbaik muhasabah diri

Bersyukur ke hadrat Allah SWT, seramai kira-kira 22,000 jemaah haji kita kini berbondong-bondong ke Tanah Suci bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima, menyertai lebih dua juta jemaah lain dari seluruh pelosok dunia. ************************** Kita ucapkan tahniah kepada mereka yang menjadi insan terpilih sebagai tetamu Allah dan didoakan kepada mereka mendapat haji mabrur yang balasannya tiada lain hanya syurga. Insya-Allah. ********************** Dalam kesempatan ini, kita ingin mengingatkan diri kita dan sekian umat Islam terutama jemaah haji supaya istiqamah dalam perjuangan untuk hidup sebagai seorang Muslim dan mati juga sebagai seorang Muslim. Sehubungan itu semua tata hidup kita termasuk berpolitik perlulah berpandukan apa yang diajarkan dan ditunjuki oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, Muhammad s.a.w. **************************** Antara nikmat Allah yang agung adalah Dia telah menjadikan kita sebagai bahagian daripada umat manusia terbaik, Nabi Muhammad s.a.w. iaitu dengan menjadikan Islam sebagai agama kita; "Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (QS. Ali Imran: 85) ************************** Junjunglah al-Quran sebagai undang-undang kita, "Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus." (QS. Al-Isra': 9) ************************ Muhammad s.a.w. sebagai nabi kita, "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung." (QS. Al-Qalam: 4) ************************* Dan Kaabah sebagai kiblat kita, "Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya." (QS. Al-Baqarah: 144) *********************** Hal ini mengharuskan kita bersyukur kepada Allah, Zat yang Maha Tinggi. Insya-Allah jemaah yang ke Tanah Suci akan kembali; ini beberapa nasihat kepada haji dan hajah, semoga hal ini bermanfaat bagi kita semua: ************************ 1. Syukur kepada Allah Taala kerana kita telah berhasil menyelesaikan kewajiban yang agung dan penuh barakah ini. "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku (Allah) akan menambah (nikmat) kepadamu." (QS. Ibrahim: 7) ************************ 2. Hendaknya haji menjadi titik tolak perubahan dalam hidup kita. "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (QS. Ar-Ra'du: 11) ************************** 3. Banyak orang pulang haji dengan membawa hidayah, yang paling pokok adalah kita pulang haji dengan membawa hidayah. "Tunjukilah kami jalan yang lurus." (QS. Al-Fatihah: 7) *************************** 4. Kita baru saja meninggalkan pendidikan dan pelatihan iman dan amal, kewajipan kita melanjutkan apa yang sudah kita pelajari. "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." (QS. Al-'Ashr: 1-3) *********************** 5. Jangan lupakan, "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." (QS. Al-Hujurat: 10) *********************** 6. Betapa seringnya engkau angkat tanganmu berdoa kepada Allah pada hari-hari yang baik itu, maka jangan engkau hentikan, "doa adalah ibadah." (HR. Abu Dawud, Nasai, Ibnu Maja dan dishahihkan oleh at-Tirmidzi) ************************* 7. Jadikan seluruh hidupmu sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w. dan bersungguh-sungguhlah untuk mengamalkannya. "...Tidaklah hambaku senantiasa mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amal-amal sunnah hingga Aku mencintainya..." (HR. Bukhari) *********************** 8. Engkau telah kembali dengan membawa prasangka baik kepada Allah. Dosa-dosamu juga telah terlebur. Keadaanmu laksana bayi yang baru dilahirkan oleh seorang ibu. Maka janganlah engkau padamkan cahaya di hatimu dengan lumpur dosa. ************************ 9. Boleh jadi engkau juga telah berjanji kepada Allah untuk bertaubat (meninggalkan dosa), maka jangan engkau ulangi lagi. "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami..." (QS. Ali Imran: 8) ************************** 10. Saranan yang utama untuk meneguhkan keistiqamahanmu adalah dengan melaksanakan dakwah (mengajak manusia) kepada Allah. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (QS. Fushilat: 33) *************************** Saudaraku, para hujjaj, setelah pulang haji tanyakan pada dirimu, apakah engkau masih merasakan letih dan lelah? Pasti kamu akan menjawab, "tidak." Begitulah hidup di dunia, kita merasa lelah kerana Allah, kemudian kita akan bersantai dan bersenang-senang untuk selama-lamanya di syurga yang tinggi, yang tak akan pernah terdengar perkataan sia-sia di dalamnya. ******************** Kepada Allah-lah kita memohon kebaikan dan kurnia-Nya; semoga dengan bergelarnya kita sebagai haji dan hajah dapatlah kita berperanan sebagai seorang Muslim yang beriman dan beramal dalam semua bidang kehidupan termasuk dalam berpolitik. ************************* Berpolitiklah mengikut Islam; berdasarkan apa yang ditunjuki oleh Allah dan Rasul-Nya Muhammad s.a.w. Insya-Allah, kita akan selamat dunia dan akhirat sebagaimana doa yang selalu dititipkan oleh jemaah haji ketika bertawaf di sisi Kaabah - Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar - yang bererti: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.... Amin

Sunday, June 28, 2020

Zulkaedah 6: Bantu wanita ke jalan Allah

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya." (Ibrahim:34)

Zulkaedah 6

Bantu wanita ke jalan Allah

HAMPIR separuh (lebih 49 peratus) pengundi di Malaysia adalah wanita oleh itu sumbangan golongan ini adalah besar bagi kejayaan mana-mana pihak dalam pilihan raya umum (PRU).

Semua pihak perlu memikirkan hal ini dan melakukan tindakan segera bagi memenangi hati wanita kerana mereka mungkin menjadi penentu kemenangan pilihan raya.

Isu-isu wanita perlu diketengahkan dan ditangani secara bijaksana kerana sebarang kelemahan di pihak kita akan memungkinkan musuh meraih sebanyak mungkin undi daripada golongan ini.

Semua pihak perlu memberikan yang terbaik kepada golongan wanita sejajar dengan ketetapan Allah SWT melalui Kitab dan Rasul-Nya. Namun pelaksanaan hal ini tidak mudah kerana wanita sebagai golongan lemah yang dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam s.a.w.; sebahagiannya mudah terpengaruh dengan manis dunia termasuklah hiburan dan laranya. Kelemahan inilah yang dieksploitasi oleh pihak lawan yang terus berjanji memberikan yang muluk-muluk kepada wanita penyokong atau pengundinya.

Di sini kita lihat betapa pentingnya golongan lelaki sebagai pemimpin (termasuklah sebagai suami dan bapa) berperanan untuk mendidik orang di bawah mereka. Bukanlah Allah SWT telah berfirman melalui ayat 6 Surah At-Tahrin yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka, yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala).”

Insya-Allah apabila kebanyakan wanita sudah dirapati dan dipasakkan ilmu agama dalam diri masing-masing, mereka akan tahu menilai mana intan dan mana kaca; pihak mana yang berjuang untuk keselamatan mereka di dunia dan akhirat dan pihak mana yang hanya menjanjikan kemanisan dunia yang bersifat sangat sementara. Ya berusaha keras dan berdoalah agar wanita-wanita kita diberi taufik dan hidayah untuk memilih antara kaca dan permata.

Namun memasakkan ilmu ke dada-dada wanita kita bukan proses mudah atau boleh dilakukan menjelang pilihan raya saja. Pendidikan bermula daripada bayi dalam kandungan lagi, berterusan di alam bayi, alam kanak-kanak, remaja, dewasa, tua sehinggalah seseorang itu masuk ke alam kubur. Ertinya pendidikan adalah proses seumur hidup. Persoalannya adakah kita bersedia dan cukup prasarananya untuk menjayakan cita-cita mendidik seluruh masyarakat ini?

Sekalipun kelihatan berat, tetapi usaha perlu dilakukan dengan doa tanpa putus-putus. Insya-Allah apabila wanita kita terurus matlamatnya, kita akan sentiasa mendapat sokongan mereka termasuk ketika pilihan raya.

Saturday, June 27, 2020

Zulkaedah 5: Tanam rumput tak mungkin tumbuh padi...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Orang yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahanam. Dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Orang yang menghendaki kehidupan di akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, iaitu seorang yang beriman, maka merekalah orang-orang yang mendapat balasan yang baik." (al-Isra' 17: 16-19)

Zulkaedah 5

Tanam rumput tak mungkin tumbuh padi... 

PADA usia lebih setengah abad ini, saya cuba bergaul dengan sebanyak mungkin golongan - daripada jemaah tabligh sehinggalah golongan geladangan termasuk pengemis di jalanan. Sungguh tidak mudah membuang rasa ego; sukar sekali untuk duduk-duduk bersama-sama golongan fukara ini yang amat dikasihi Rasulullah s.a.w.

Suatu hari ketika satu majlis ‘bayan’ jemaah tabligh, terdengar ungkapan ini yang begitu mengesankan hati saya. Kata si penyampai, kalau kita tanam rumput tidak mungkin tumbuh padi; tetapi kalau kita tanam padi, insya-Allah rumput (menerung) akan tumbuh.

Apa yang dimaksudkannya, jika kita mengejar dunia (menanam rumput) tidak mungkin kita dapat hasil akhirat (padi) tetapi jika kita menanam benih akhirat (padi), insya-Allah kedua-duanya kita dapat. Malah dunia (rumput) akan tetap mengikut si pengejar akhirat.

Pengalaman saya ketika bertawaf di Kaabah, bacaan paling kerap kedengaran di kalangan jemaah adalah ‘Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasana, waqina azabannar’ yang bermaksud “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan peliharalah kami daripada seksa neraka.” (Surah Al-Baqarah, ayat 201)

Ya, koreksilah diri kita, marilah kita sama-sama berusaha mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat. Namun apa yang dapat disaksikan hari ini sebahagian besar manusia jadi pengejar dunia dan jarang benar memikirkan bahagian (saham) mereka di akhirat.

Marilah kita melihat contoh-contoh mudah dalam kehidupan bagi membuktikan kita ghairah mengejar dunia dan mengabaikan akhirat. Sebagai orang media, saya mengambil akhbar sebagai contoh. Dalam dunia penerbitan (termasuklah persuratkhabaran), malah dunia bisnes amnya, matlamat utama adalah untuk mendapat keuntungan – lagi besar lagi baik.

Sumber utama pendapatan akhbar adalah daripada jumlah jualan dan iklan. Bagi menarik pembaca (melariskan akhbar), antara kaedahnya adalah menyiarkan laporan sensasi dan penyiaran gambar artis terlondeh sana sini. Bagi iklan pula, penerbit jarang memikirkan soal haram, yang penting wang masuk. Jadi tidak hairanlah jika iklan perjudian seperti empat nombor ekor terus disiarkan akhbar. Akhbar laris, penerbit, peneraju dan wartawan berasa mereka berada di puncak dunia.

Demikian juga kisahnya dalam dunia penerbitan filem. Bagi memikat orang ramai menonton, diselitkan adegan ranjang dan artis-artis menonjolkan susuk tubuh masing-masing. Sebahagian besar daripada adegan dan aksi itu tidak perlu pun, ia hanya mahu dijadikan gimik atau daya tarikan semata-mata.

Jadi di sini, dapat dilihat betapa pihak-pihak berkaitan berlumba-lumba berusaha untuk mendapatkan bahagian mereka di dunia. Benar mereka boleh mendapatkan bahagian mereka di dunia seperti keuntungan besar seperti yang diidam-idamkan, tetapi bagaimana pula bahagian mereka di akhirat kelak?

Sebenarnya bahagian mereka di dunia itu pun menjadi sia-sia jika rezeki yang diperolehi tiada kebarakahan Allah SWT. Tidakkah kita insaf bahawa ada orang berpendapatan RM10,000 sebulan masih berkeluh kesah mereka tidak cukup wang sedangkan orang bergaji RM2,000 dapat membereskan urusan keluarga mereka dengan baik?

Bagi insan yang sedar akan dosa dan pahala atas setiap apa yang mereka kerjakan; usaha mereka dapat dijadikan modal dalam meraih keuntungannya di akhirat nanti. Misalnya seorang penulis yang berdakwah melalui penanya, mengajak orang membuat kebajikan; selain wang upah didapatinya, balasan pahala juga menantinya di akhirat nanti.

Seseorang yang menulis artikel lucah atau fitnah atau seorang jurugambar mengambil gambar artis separuh bogel juga akan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat; di dunia dalam bentuk wang ringgit juga (tetapi tanyalah sama duit itu barakah atau tidak) manakala di akhirat nanti balasan seksa yang tidak terhingga azabnya. Ini kerana dia telah menjual agamanya (melanggar hukam-hakam agama) semata-mata untuk mendapatkan sedikit keuntungan di dunia.

Orang yang melakukan maksiat membabitkan dirinya sendiri seperti melihat filem lucah tentunya tidak sama dosanya dengan si tukang pembuat dan penyebarnya. Demikian juga pengikut dan pemimpin – si pemimpin adalah lebih berdosa kerana telah menyesatkan begitu banyak orang.

Sama seperti pemimpin yang menyesatkan ribuan atau jutaan pengikut, orang media yang menjadi tukang fitnah atau penyebar gambar lucah juga akan menanggung dosa teramat berat kerana sebaran mereka menjangkaui ratusan ribu malah jutaan pembaca.

Jika sebuah akhbar dicetak 350,000 naskhah sehari, kemungkinan jumlah pembacanya 1,000,000 orang; jadi cuba bayangkan dosa yang terpaksa ditanggung jika 2,000,000 biji mata terjojol menatap gambar lucah yang mereka siarkan!

Friday, June 26, 2020

Zulkaedah 4: Ustaz tegur 'sound system' masjid...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan 

"Bahawasanya manusia itu dijadikan berkeluh kesah, apabila ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah, apabila beroleh kebajikan dia bersifat kikir dan menahan kebajikan, melainkan orang-orang yang mendirikan solat." (Al-Ma'arif: 19-22) 

Zulkaedah 4

Ustaz tegur 'sound system' (sistem suara) masjid...

PAGI ini ketika menonton 'Tanyalah Ustaz' di TV9, ada saya mendengar tetamu undangan Sheikh Abdul Karim Al-Makki yang bercakap mengenai 'muazzin' (bilal) membuat ulasan sedikit sebanyak mengenai 'sound system' masjid-masjid di tanah air kita.

Katanya, ada masjid yang pembesar suaranya tak berapa elok...pengerusi dan AJK masjid perlulah lihat kekurangan itu. Kebanyakan masjid mempunyai dana mantap, oleh itu tidak ada halangan untuk mereka 'melabur' mendapatkan 'sound system' yang bagus.

'Sound system' tak bagus menyebabkan pelbagai masalah tak bagus seperti jemaah tak dapat disantuni selayaknya ketika khutbah Jumaat dan sesi tazkirah dan kuliah. Ada jemaah tertidur dan tidak kurangnya hilang minat.

Dan kata Sheikh 'mike' yang bermasalah mendatangkan masalah kepada penggunanya seperti bilal, imam, pengkuliah dan penceramah. 

Ada yang menyampaikan bahan secara penuh semangat, berkobar-kobar dengan pelbagai persediaan sedangkan suara mereka 'best' tetapi disebabkan masalah 'mike', mereka dilihat sebagai 'memboringkan' pula. Mereka juga boleh dijangkiti penyakit, antaranya penyakit kerongkong, batuk-batuk.

Sheikh merujuk kepada 'sound system' Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Subhanallah, 'sound system' mereka tersangat hebat...bergema dan mengentar serta menggementarkan hati ketika dialunkan azan dan bacaan solat. Dari semua penjuru, suara-suara itu boleh didengari...jadi mana ada jemaah yang tidur atau tertidur...

Mengenai 'sound system' masjid ini, teringat saya komentar seorang ustaz yang mengajar di sebuah masjid di negeri kami - "Awak tahu tak harga 'mike' Siti Nurhaliza...kalau kita boleh dapatkan 'mike' macam itu alangkah bagusnya..."

Pejam mata apabila tabung derma disorong depan mata...

ARTIKEL (lama) IRINGAN

BEBERAPA minggu lalu, saya menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Gombak, Selangor. Masjidnya besar dan selesa. Khutbah Jumaat disampaikan khatib penuh bersemangat, antara lain membidas seorang tokoh antihadis. ******************************* Sebelum itu, sesi tazkirah menjelang azan Jumaat juga menggetarkan jiwa, antaranya menyentuh perlakuan pemimpin yang menyalahi iktikad dan ucapan berhubung hukum Allah sedangkan perkara itu terkandung dalam kitab Mustika Hadith, terbitan Jabatan Perdana Menteri (JPM). ****************************** Contohnya ada pemimpin yang mengungkapkan kata-kata seperti "hukum apa ini" dan "kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju." ****************************** Terpegun saya mendengar khutbah dan tazkirah 'penuh bersemangat dan jitu itu' yang sudah pasti jarang atau lebih tepat lagi tidak pernah 'kedengaran' di masjid-masjid negeri yang belum lagi diperintah Pakatan Rakyat. ***************************** Syabas, saya ucapkan di atas 'keterbukaan' itu, namun 'ada satu hal' yang tidak berkenan di mata dan hati saya berlaku ketika khatib berkhutbah di mimbar. Saya amat-amati pada saat jemaah diperlukan untuk 'concentrate' (menumpukan sepenuh perhatian) kepada khutbah, seorang anak muda berjubah dan berserban bergerak dari satu saf ke satu saf dengan kantung besar di tangan. *************************** Dia berjalan sambil mengutip derma; 'kelibatnya' sahaja sudah cukup membuatkan jemaah mengalih tumpuan daripada khatib dan ketika dia melintasi jemaah, ada pelbagai aksi dilihat seperti jemaah terkial-kial mengeluarkan dompet, ada mengeluarkan wang dan ada yang seolah-olah 'menayangkan' wang kertas yang mahu didermakan. *************************** Perlakukan si pengutip derma dan gelagat penderma mungkin lebih teruk daripada mengungkapkan kata-kata 'diam' kepada rakan se-Jumaat. Kerap benar sebelum khutbah, bilal akan membacakan sebuah hadis daripada Imam Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: "Apabila kamu berkata kepada rakan kamu untuk diam sedang imam berkhutbah, maka dikira sia-sia Jumaat kamu." ********************** Beberapa tahun lalu ketika saya menjadi jemaah Jumaat secara tetap di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan, ada seorang tua 'terhinjut-hinjut' berjalan dari saf ke saf mengutip derma ketika khutbah; penampilannya begitu menyentuh hati. Saya pun turut sama menderma, fizikal sang pengutip derma membuatkan kita belas kepadanya, dan secara automatik tangan diseluk ke poket, mahu menderma. ********************************* Namun selepas disedarkan melalui kelas pengajian apabila ada ustaz memberitahu kaedah fiqh, mengutamakan perkara lebih utama daripada yang utama, barulah saya tahu perbuatan menderma ketika khutbah Jumaat itu tidak wajar - yalah menderma itu sunat sedangkan menumpukan konsentrasi kepada khutbah itu wajib, jadi tidak mungkin yang sunat dapat mengatasi yang wajib. Melakukan perkara sunat boleh jadi tidak sah kerana kita telah mengabaikan yang wajib. ***************************** Keyakinan saya mengenai perkara ini menjadi semakin jitu apabila saya 'terjumpa' sebuah buku panduan jabatan mufi sebuah negeri mengenai perbuatan menderma ketika Jumaat ini. Namun, apa yang saya musykilkan mengapa buku ini tidak disebarkan secara meluas, pembaca boleh memikirkannya sendiri. ******************************* Dalam buku yang bertajuk 'Garis Panduan Penggunaan Wang Masjid Dan Surah Negeri...' itu ada disebut mengenai hukum mengerakkan tabung derma antara jemaah ketika imam sedang berkhutbah: *************************** "Perbuatan mengerakkan tabung derma masjid semasa khatib sedang membaca khutbah sekiranya menyebabkan ahli Jumaat terganggu atau memalingkan mereka daripada mendengar khutbah maka ia termasuk perbuatan yang tidak digalakkan dan menghilangkan fadilat Jumaat. ************************** "Justeru, amalan tersebut walaupun mempunyai tujuan yang baik tetapi tidak digalakkan kerana pelaksanaannya boleh menimbulkan gangguan kepada jemaah. Jawatankuasa masjid dinasihatkan agar mencari kaeadah lain umpamanya mengedarkan tabung sebelum khutbah dimulakan, meletakkan tabung di setiap pintu masuk masjid, memperbanyakkan tabung untuk memudahkan jemaah menderma dan membuat pengumuman kepada jemaah agar menderma." ******************************** Selepas yakin bahawa perbuatan menderma ketika khutbah Jumaat adalah tidak wajar, apabila ada tabung derma yang disorongkan di depan saya, kerap benar saya pura-pura pejam mata, namun ada jemaah yang 'kuit' perut atau tangan saya, 'menyuruh' agar tabung itu dijalankan, maka mahu tidak mahu saya menolaknya! **************************** Ya saya bimbang perbuatan itu boleh menjejaskan Jumaat saya dan jemaah lain, tapi persoalannya apa yang boleh saya lakukan?

Thursday, June 25, 2020

Zulkaedah 3: Tunai haji 2070...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32

Zulkaedah 3

Tunai haji 2070...

SEKALIPUN bakal jemaah haji Malaysia tidak dapat menunaikan Rukun Islam kelima tahun ini, adalah penting untuk memuzakarahkan perkara berkaitan haji. Syawal adalah bulan permulaan haji. Bulan berikutnya adalah Zulkaedah seterusnya Zulhijah yang merupakan bulan kemuncak haji.

Jemaah haji berhimpun bagi berwukuf (rukun paling penting dalam ibadat haji) di Arafah pada tanggal 9 Zulhijah seterusnya bermalam di Mina dan melontar batu di jamrah pada tanggal 10 (Hari Raya HajI), 11, 12 dan 13 Zulhijah (hari-hari Tasyrik).

Galakan menunaikan  haji pada usia muda amat membanggakan, alhamdulillah sekarang ini begitu ramai 'orang muda' menunaikan haji sedangkan dulu haji adalah sinonim dengan orang tua termasuk yang sudah pencen.

Bagi diri saya, rangsangan mengalakkan orang muda menunaikan Rukun Islam kelima ini datang selepas saya melihat pada badan sebuah bas jemaah Indonesia di Mina ketika saya menunaikan haji pada 2002 ditulis: "Saudaraku jemaah haji, kami berharap anda memberi kesempatan untuk selain anda supaya bisa (dapat) melaksanakan syariah haji."

Kata-kata perangsang ini amat bermakna bagi menyuntik semangat orang ramai termasuk golongan muda agar merancang pemergian mereka ke Tanah Suci.

Umat Islam tidak boleh lalai dalam menyedia serta menyiapkan diri serta bekalan untuk ke Tanah Suci. Salah satu keperluannya adalah dari segi kewangan, oleh itu saya mengesyorkan agar anak muda mula menyimpan sejumlah wang secara tetap misalnya RM100 setiap bulan apabila sudah bekerja.

Insya-Allah jika dilakukan pada usia 23 tahun (selepas bekerja apabila tamat pengajian universiti dengan ijazah pertama) dengan membuka akaun di Tabung Haji (ramai generasi muda sudah ada akuan sejak kanak-kanak kerana ada kesedaran di kalangan ibu bapa) seterusnya memuat pendaftaran menunaikan haji dengan jumlah simpanan minuman RM1,300; insya-Allah dalam tempoh 10-15 tahun (jika menyimpan RM100 sebulan) kita sudah ada cukup wang untuk menunaikan haji pada usia 30-an dan 40-an..

Namun perlu diingat, tahun pemergian ke Tanah Suci adalah berdasarkan giliran selepas kita membuat pendaftaran haji di Tabung Haji. Seorang anak yang saya daftarkan namanya pada tahun 2014 sebagai hadiah keputusan SPM-nya yang baik, diberi giliran menunaikan haji pada 2070...masya-Allah.

Wednesday, June 24, 2020

Zulkaedah 2: Kembali ke jalan Allah...

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Orang-orang mukmin, hatinya menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Maksud Ayat 28 Surah Ar-Ra'ad)

Zulkaedah 2

Kembali ke jalan Allah...

"Dan serulah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang beramai-ramai mengunjungi (rumah Engkau, Baitul Lahil Haram) dengan keadaan ada yang berjalan kaki dan ada yang menunggang berjenis-jenis unta yang kurus disebabkan perjalanan yang datang dari segenap ceruk pelosok dan rantau yang jauh." (Maksud Ayat 27 Surah al-Haj)

"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Maidah 5:08)

Kini kita di ambang musim haji. Pada bulan terakhir setiap tahun (Zulhijah) disyariatkan ibadat haji. Haji adalah kemuncak manifestasi seseorang Muslim; ini dapat dilihat daripada bacaan talbiyah "Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka" yang bermaksud: "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu."

Ya, semua yang berkaitan dengan kehidupan ini kemuncaknya adalah penyerahan diri kepada Allah SWT. Hal ini mencakupi hal sekecil-kecilnya yang dianggap manusia seperti memasuki tandas sehinggalah sebesar-besarnya iaitu mengorbankan diri demi agama-Nya (syahid) semuanya perlu dilakukan berdasarkan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Jika dilakukan selain daripada jalan ini, semuanya tertolak dan menjadi sia-sia saja.

Berdasarkan ini, kita dengan rendah diri menyeru kepada Muslimin Muslimat kembalilah ke jalan Allah dan Rasul-Nya bagi mencari jalan keluar daripada pelbagai kemelut yang kita hadapi hari ini sama ada dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, organisasi termasuk siasah, bangsa, negara seterusnya antarabangsa.

Berkorbanlah berdasarkan jalan yang telah ditunjuki oleh Rasul s.a.w. yang telah diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat kepada sekalian alam agar kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Subhanallah, tidak guna kita mencapai kejayaan gemilang di dunia tetapi gagal di akhirat. Inilah yang perlu difikirkan dan diusahakan jalannya keluarnya (penyelesaian) oleh setiap orang beriman - antaranya sentiasa menegakkan kebenaran dan berlaku adil dalam setiap tindak tanduk kita termasuklah dalam menerajui negara, negeri, organisasi malahan keluarga kita sendiri.

Sempena musim haji yang mulia ini, kita menyeru semua pihak berkorbanlah dalam segala segi termasuklah perasaan, harta benda hatta tubuh badan kita yang kemuncaknya adalah penyerahan nyawa seperti dilakukan oleh Nabi Ismail a.s. dan ayahandanya, Nabi Ibrahim a.s. demi bagi mendapatkan keredaan Yang Maha Kuasa.

Apabila direnung-renungkan (muhasabah) akan pengorbanan para anbiya dengan kemuncaknya oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang amat kita kasihi, apalah sangat 'pengorbanan kita' - ayuh kita lupakan segala sengketa untuk seiring di jalan lurus semata-mata bagi mendapatkan keredaan-Nya. Allaahu akbar...

Tuesday, June 23, 2020

Zulkaedah 1: Musim haji dan masjid...

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan 

"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari)

Zulkaedah 1

Musim haji dan masjid...

MASA berlalu begitu pantas. Kini kita berada dalam bulan Zulkaedah. Musim haji tiba lagi, persoalannya, bagaimana ibadah haji tahun ini ketika dunia diselubungi masalah akibat COVID-19?

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 197 dinyatakan masa untuk mengerjakan ibadat haji adalah beberapa bulan yang termaklum (dari 1 Syawal, Zulkaedah hingga sebelum terbit fajar pagi hari ke-10 Zulhijah).

Amat-amatilah, umat Islam dan masjid amat berkait rapat. Pada musim haji, jemaah bertumpu ke dua masjid agung iaitu Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Bagi mereka yang sudah menunaikan haji, kenangan jemaah bergegas dan berpusu-pusu menyertai solat waktu di Masjidilharam dan Masjid Nabawi pasti sukar dilupakan. 

Pernah saya saksikan sejurus sebelum subuh, seorang jemaah wanita berkulit hitam (agak saya orang Afrika) yang tersungkur di atas jalan ketika bergesa-gesa ke Masjid Nabawi, dapat bangun dengan segera untuk ke masjid bagi menunaikan solat subuh berjemaah.

Demikian juga kenangan ke masjid pertama didirikan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Masjid Quba’ pasti sentiasa dalam ingatan. Berkenaan masjid ini, Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 108, bermaksud: “Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba’) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya.”

Sewajarnyalah kebiasaan jemaah haji bergegas ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi untuk solat waktu berjemaah dilanjutkan ketika berada di tanah air. Ini kerana ada banyak kelebihan jika seseorang dapat solat berjemaah di masjid termasuk bersegera ke sana.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari menyebut: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya; “Jika sekiranya manusia mengetahui betapa besarnya kelebihan datang awal ke masjid untuk solat fardu berjemaah, nescaya mereka akan berlumba-lumba melakukannya.”

Apa diharapkan keghairahan ke masjid ini dapat dikekalkan insan bergelar haji. Mereka perlu mengekalkan momentum segera ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah pada setiap waktu. Malah ada ganjaran istimewa menanti seorang ‘kaki masjid’ sehingga ada sebuah hadis Rasululullah s.a.w. menyebut mereka adalah salah satu daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah SWT pada hari kiamat nanti.

Alhamdulillah, masjid-masjid di negara kita cukup ‘gah’ (besar), indah dan mempunyai nama yang indah pula. Ada dinamakan mengikut nama sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Masjid Abu Bakar As-Sidiq, Masjid Uthman Ibn Affan, Masjid Abu Ubaidullah Al-Jarrah dan Masjid Amru Al As, tak kurang juga dinamakan berdasarkan unsur kebaikan dalam bahasa Arab seperti Masjid An-Nur, Masjid Al-Hidayah dan Masjid At-Takwa.

Namun apa yang menyedihkan, jemaah pada solat waktu di sesetengah masjid negara kita kurang memberangsangkan. Untuk jemaah memenuhi tiga saf di depan pun agak sukar. Perkembangan ini ternyata mendukacitakan, lebih malang lagi ada penduduk sesebuah kariah yang sudah bergelar haji pun agak berat untuk ke masjid.

Seorang ustaz dalam ceramahnya yang saya ikuti, memberitahu pada zaman umat Islam diperlekeh oleh musuhnya termasuk sikap ditunjukkan Presiden Amerika, Donald Trump; mereka perlu mempamerkan kekuatan dan kesatuan – salah satu caranya dengan beramai-ramai ke masjid bagi menunaikan solat waktu secara berjemaah.

Menurutnya jika jemaah solat subuh adalah seramai jemaah solat Jumaat, itu salah satu petanda kebangkitan ummah. Sekalipun hal ini belum berlaku di tanah air kita, menurut seorang kawan saya yang menyertai jemaah tabligh yang bergerak ke seluruh pelosok dunia,  umat Islam di negara minoriti Islam seperti Sri Lanka sudah melakukannya.

Oleh itu, marilah kita, terutama ‘pak haji’ dan ‘abang haji yang dikasihi’ beramai-ramai memakmurkan masjid-masjid kita. Jangan biarkan pada masjid kita, tiangnya lebih banyak daripada jemaah!

Monday, June 22, 2020

Syawal 30: Syawal sudah habis, usaha dapat 5 raya lagi...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Keutamaan beriktikaf di dalam masjid
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kerahiban umatku adalah duduk-duduk dalam masjid."

Keterangan
Fahamilah bahawa duduk-duduk itu boleh dimaksudkan sebagai iktikaf. Bagi orang mukmin, tempat paling utama untuk beruzlah ialah di dalam masjid. Bukannya beruzlah di gua-gua batu atau di pondok-pondok di tengah hutan dan sebagainya. - Hidayah
***

HARI ini tanggal 30 Syawal - jadi Syawal (bulan raya) sudah berakhir, meninggalkan kita dengan 1,001 nostalgia pada ketika norma baharu terpaksa kita tempohi akibat COVID-19.

Tidak lama dahulu, saya menghadiri satu majlis kuliah di masjid, ustaz yang bertazkirah menyatakan sebenarnya ada lima hari raya yang perlu direbut dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan istikamah oleh setiap Muslim. Inilah hari raya yang sebenarnya, katanya, menyebabkan sesetengah jemaah seperti saya ternanti-nanti butir-butir mutiara dari mulutnya.

Katanya, kita boleh berhari raya apabila berakhirnya sesuatu hari itu dengan tidak melakukan sebarang dosa pun - sama ada dosa kecil dan besar.

Fikir saya, sebagai insan biasa tentunya ini mustahil kerana semua orang berdosa kecuali Nabi saja yang maksum. Jadi tidaklah dapat kita berhari raya, tetapi teruslah berusaha, jika tidak hari ini, esok, lusa, tulat sehinggalah kematian menjemput diri.

Kedua, katanya, kita boleh berhari raya jika kita menghembuskan nafas terakhir kita sebagai orang beriman, pendeknya mati dalam husnul khatimah. Inilah hari raya paling gemilang saat kita meninggalkan dunia fana ini buat selama-lamanya.

Ketiga, kita boleh berhari raya jika kita selamat melintas titian akhirat, siratal mustakim. Orang mukmin, sebelum melintas titian ini, insya-Allah akan berpeluang minum air daripada telaga Khausar Nabi, katanya.

Keempat, hari raya seterusnya apabila kita berjaya menjejakkan kaki di syurga, katanya.

Dan kelima katanya, hari raya terhebat adalah apabila Allah SWT mengizinkan kita sebagai hamba-Nya melihat wajah dan zat Yang Maha Kuasa.

"Jadi berusaha keras dan berdoa bersungguh-sungguhlah bagi mendapatkan hari-hari raya ini," kata ustaz berkenaan.

Sunday, June 21, 2020

Syawal 29: Kitab dimakan anai-anai...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik." (Al'A'raf ayat 26)

Syawal 29

Kitab dimakan anai-anai...

SUBUH hari ini saya solat berjemaah di sebuah lagi masjid di luar kampung saya. Sama seperti di masjid-masjid lain yang saya kunjungi, melangkah masuk masjid ini jemaah perlu menulis nama, mencatatkan bacaan suhu badan dan nombor telefon serta menurunkan tandatangan.

Seperti biasalah, jemaah perlu memakai pelitup  muka, membawa sejadah dan membersihkan tangan.

Sebelum solat sunat subuh, saya melalui sebuah rak buku, tersimpan al-Quran dan kitab-kitab. Saya dapati naskhah-naskhah al-Quran dan kitab-kitab mempunyai tanda-tanda di makan anai-amai. Cebisan tanah dan garisan laluan anai-anai kedapatan di rak itu. Tanda-tanda juga ada di buku dan naskhah al-Quran.

Masya-Allah, selepas tiga bulan ditinggalkan, sesetengah masjid kita berada dalam 'norma baharu'. Di masjid itu saya perhatikan kebersihan lantai juga terabai. Tahi cicak kedapatan di lantai dan lebih malang lagi, disebabkan pagi tadi hujan, titisan air hujan jatuh ke karpet dalam dewan solat masjid.

Sebuah besen besar diletakkan di tengah-tengah dewan solat itu menandakan ada kebocoran bumbung yang serius. Selain itu, di tempat berlaku titisan kecil, diletakkan sejadah bagi mengelakkan karpet daripada basah teruk.

Setakat ini saya belum lagi 'melawat' tandas mana-mana masjid, jadi taklah saya tahu 'situasi terkini' di sana. Sebelum ini pun, tandas-tandas masjid dilaporkan berada dalam keadaan 'kurang menyenangkan', tak tahu pula saya keadaannya pada NORMA BAHARU ini.

ARTIKEL IRINGAN

‘Solatlah di belakang imam sebelum kamu disolatkan di depannya’
(sebuah artikel lama)

PADA tahun 70-an penulis bersekolah di Perak dan ketika cuti, dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Melaka kerap singgah di masjid untuk solat. Masih terbayang, kebanyakan pekarangan masjid terutama di Perak ketika itu terdapat papan tanda ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’.

Slogan ini masyhur dan sehingga kini masih ada pekarangan masjid diserikan papan tanda ini sedangkan papan tanda baru seperti mengenai kepentingan pemakaian topi keledar dan larangan merokok tidak berapa dihiraukan.

Amat menghairankan melihat papan tanda kempen memakai topi keledar di sesetengah masjid sudah rosak dan dibuang sebaliknya papan tanda ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’ masih utuh.

Tentu ada kelebihan slogan ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’. Pengertian slogan ini sungguh mendalam, terbayang keikhlasan mereka yang terbabit sama ada pencipta slogan, pembuat papan tanda dan pemasangnya. Pembaca sendiri boleh merasakan keikhlasan itu berbanding slogan pemakaian topi keledar atau maklumat mengenai pengharaman merokok.

Penulis cuba-cuba mencari pencipta slogan itu tetapi gagal menemuinya. Namun pencarian di Goggle menunjukkan ada 16,000 entri mengenai ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’.

Apa yang menarik ada penyumbang mengubah suai slogan itu menjadi ‘Solatlah di belakang imam sebelum kamu disolatkan di depannya’. Maksudnya semasa hidup bersembahyanglah sebagai makmum sebelum kamu jadi mayat, diletakkan di depan imam untuk disolatkankan.

Sungguhpun slogan ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyang’ menggunakan bahasa amat mudah tetapi ia tidak terlepas dari menjadi polemik. Berikut disiarkan tulisan Dr Ghani Ismail sebagaimana dipetik daripada http://www1.tganu.uitm.edu.my/upena/ARKIB_May2008.htm

“Ungkapan ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi,’ atau ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’ sering kita lihat di sesetengah masjid atau surau di negara kita sebagai ingatan kepada umat Islam agar jangan mengabaikan atau meninggalkan solat yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas hamba-Nya.

Langkah menulis ungkapan tersebut sama ada pada papan tanda atau pada dinding masjid/surau adalah satu usaha murni sebagai salah satu cara berdakwah, iaitu sentiasa saling ingat-mengingati sesama kita ke arah melaksanakan perintah agama.

Persoalan yang timbul ialah penggunaan bahasa dalam ungkapan tersebut. Walaupun polemik terhadap penggunaan kata ‘disembahyangi’ atau ‘disembahyangkan’ telah lama berlalu, impaknya jelas bahawa masyarakat kita masih memberikan perhatian terhadap penggunaan bahasa yang betul.

Ini menunjukkan petanda yang baik bahawa penggunaan bahasa Melayu masih tidak diabaikan oleh masyarakat kita.

Berbalik kepada persoalan di atas, sekadar pengetahuan, penggunaan kata ‘disembahyangi’ dikatakan agak kurang tepat kerana pada kebiasaannya penggunaan imbuhan akhiran kata kerja pasif di –i memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi. Dalam konteks ungkapan di atas, secara mudahnya kata ‘disembahyangi’ mungkin membawa maksud orang yang telah mati menjadi lebih bersungguh-sungguh untuk bersembahyang atau bersama-sama menunaikan sembahyang ke atas jenazahnya!.

Berbanding dengan penggunaan kata ‘disembahyangkan’ adalah lebih tepat kerana penggunaan imbuhan di–kan dalam konteks ungkapan tersebut jelas membawa maksud benefaktif, iaitu melakukan sesuatu untuk orang lain. Memang benarlah bahawa orang lain akan menyembahyangkan jenazahnya nanti. Itulah uniknya bahasa Melayu. Kesalahan menggunakan kata akan menyebabkan maksudnya menjadi kurang tepat.”

Sekalipun sembahyang perkara kedua dalam Rukun Islam, terlalu ramai umat Islam mengabaikannya. Penulis teringat seorang ustaz ketika menekankan bagaimana beratnya solat, merujuk kepada buruh yang mampu mengangkat batu-batan berat tetapi apabila tiba waktu solat tidak mampu menunaikannya; sesetengah tidur pada waktu solat zuhur.

“Ini menunjukkan solat itu amat berat, ada manusia boleh mengangkat batu tetapi tidak mampu menunaikan solat,” katanya.

Beliau juga mengingatkan akan 15 azab menunggu orang yang melalai apatah lagi meninggalkan sembahyang.

Katanya, enam perkara adalah azab di dunia iaitu; dihilangkan keberkatan umurnya, terhapus tanda-tanda orang soleh pada mukanya, segala amalannya tidak dikurniakan pahala, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT, tiada doa daripada para solihin untuknya dan yang terakhir keluar roh daripada jasadnya tanpa iman.

Sementara itu azab ketika hampir mati; kematiannya penuh kehinaan, kematiannya di dalam kelaparan yang hebat dan kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat.

Dia juga menerima azab di dalam kubur iaitu kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya, dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di atas bara api itu manakala datang seekor ular bernama Syujja' Aqra, suaranya laksana petir, ia berkata, "Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan

menyeksa kamu dari zuhur hingga asar kerana kamu meninggalkan fardu zuhur, dari asar hingga maghrib kerana meninggalkan fardu asar…” Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari kiamat.

Ada pun azab ketika bertemu Allah SWT; datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar, tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya dan baginya azab amat pedih.

Ingatan untuk sembahyang selalu dipesan oleh ustaz tetapi cabaran melaksanakannya amatlah berat. Ada hadis menyatakan suruhlah anak kamu solat ketika berusia tujuh tahun dan rotannya mereka jika tidak menunaikannya apabila dia berusia 10 tahun. Ini menunjukkan betapa beratnya untuk istiqamah menunaikan solat; hatta seseorang mampu mengangkat batu yang amat berat tetapi untuk solat dia tidak mampu!


Saturday, June 20, 2020

Syawal 28: Terubatkah rindu masjid?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain daripada Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku." (Surah Yaasin, ayat 23) 


Syawal 28

Terubatkah rindu masjid?

SAYA suka solat di beberapa masjid. Tidak tetap di sebuah masjid saja. Jumaat (semalam, Syawal 27) saya solat Jumaat di sebuah masjid di kampung sebelah kampung saya.

Pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, tata cara solat Jumaat di masjid ini dibuat secara 'ekspres'. Selepas azan masuk waktu Jumaat (Zuhur), seperti biasa saya berdiri untuk solat sunat sebelum Jumaat.

Namun ketika saya memulakan solat, bilal sudah bersedia menyerahkan tongkat kepada khatib (imam) dan selepas imam memberi salam, bilal melaungkan azan kali kedua. Ertinya jemaah di kampung ini 'skip' solat sunat sebelum Jumaat.

Selepas solat Jumaat, imam membaca doa ringkas (khutbah pun dibuat secara ringkas) dan selepas itu jemaah pun bersurai. Sekali lagi saya kehairanan. Saya yang sedang solat sunat selepas Jumaat, terpaksa 'meng-ekspres-kan solat saya, kerana sedar lampu dan pendingin udara sudah ditutup.

Saya tertanya-tanya mengapa tata cara solat di masjid ini dibuat secara 'ekspres' sedangkan di masjid kampung saya, ada masa untuk jemaah solat sunat sebelum dan selepas Jumaat. Jemaah tak 'terkejar-kejar' untuk bersurai seperti di masjid ini. 

Pada pandangan hamba yang naif ini, berilah 'can' untuk jemaah 'berlama-lama sikit' di masjid. Allah, sikit saja. Berilah mereka peluang untuk solat sunat yang mengiringi solat wajib seperti solat Jumaat itu. 

Ramai jemaah kerinduan dengan masjid. Selepas tiga bulan, 'tiada budi bicarakah' untuk mereka mengubati rindu dendam itu...setidak-tidaknya biarkan mereka untuk solat sepuas-puasnya di rumah Allah itu...

*********************

ARTIKEL (lama) IRINGAN

Beri peluang remaja ‘lepak’ di masjid…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)

BEBERAPA hari lalu saya ke KL menemui sahabat dan membereskan urusan lain. Saya solat berjemaah subuh di sebuah masjid. Selepas imam berdoa tanpa berwirid, seorang petugas menggesa jemaah keluar segera kerana dia mahu mengunci masjid. Beliau mendakwa itu arahan jabatan agama kerana tidak mahu ‘insiden tak diingini’ berlaku di masjid.

Kira-kira jam 8.00 pagi saya singgah di sebuah masjid lagi untuk solat dhuha. Pintu masjid tersergam indah ini semuanya dikunci. Jadi tak dapatlah saya masuk ke ruang solat hatta ke tandas sekalipun. Terpaksalah saya berpuas hati dengan solat di atas jubin ‘sejuk’ di beranda masjid.

Ketika  waktu menghampiri zuhur saya singgah lagi di sebuah masjid. Malangnya masjid di kawasan perniagaan sesak ini pun belum dibuka. Semua pagarnya bermangga. Mungkin masjid ini hanya dibuka sejurus sebelum masuk waktu zuhur.

Demikianlah ‘suasana’ masjid di ibu kota malah boleh dikatakan di seluruh negara. Masa masjid ditutup lebih lama daripada dibuka. Mungkin masjid digunakan pada masa solat lima waktu, masa lain sentiasa ditutup.

Terfikir di benak saya, jika masjid terutama di ibu kota dan bandar besar lain ‘sentiasa’ ditutup (tidak mesra kepada orang ramai) bagaimanakah masjid dapat berfungsi sebagai  pusat kegiatan orang Islam.

Saya ambil contoh mudah di kawasan kediaman rumah pangsa yang sesak di KL, anak-anak tidak betah duduk di rumah yang sempit dan pada cuti sekolah ini mereka akan ‘merayau-rayau’ dan ‘melepak’ di sana sini. Mereka ‘melepak’ di pusat membeli-belah dan pelbagai tempat yang kurang sihat.

Daripada anak-anak melepak di persekitaran kurang baik apa kata pihak berkuasa membuka masjid untuk anak-anak ‘melepak’ di persekitaran rumah Allah ini. Selain pelbagai aktiviti boleh dianjurkan, ‘time’ solat kita ajak anak-anak ini tunaikan solat berjemaah. Selama ini kita bercakap mengenai gejala buruk remaja dan ‘retua’ seperti kes penagihan dadah yang tinggi, kelahiran anak tak sah taraf yang hampir mencapai setengah juta orang tetapi apakah langkah kita telah buat untuk membendungnya?

Adakah kita sudah beri alternatif kepada anak-anak muda daripada melepak dan terbabit dalam kegiatan kurang sihat? Saya berpendapat salah satu kaedah tanpa memerlukan modal besar adalah dengan menjadikan masjid mesra orang ramai (TIDAK DIKUNCI) di mana remaja dan ‘retua’ boleh ‘melepaskan perasaan’ dan menghabiskan masa mereka secara sihat di sini.

Ya, kenapa kita tidak makmurkan masjid-masjid kita; firman Allah SWT: “Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. at-Taubah:18)

'Memakmurkan’ masjid adalah daripada kata dalam bahasa Arab yang antara lain bermaksud mendiami, menetapi, menyembah, mengabdi (berbakti), membangun (mendirikan), mengisi, memperbaiki, mencukupi, menghidupkan, menghormati dan memelihara.

Persoalannya mengapa kita tak memakmurkan masjid-masjid kita yang gah tersergam indah itu tetapi kerap MENGUNCINYA? Jadi apabila gejala buruk kian teruk, salahkan diri kita sendiri kerana tidak bertindak menepati kehendak Illahi.
Adakah masjid-masjid kita sekarang ini didirikan atas dasar takwa atau untuk kebanggaan? Berkenaan masjid yang didirikan di atas dasar takwa, Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 108, bermaksud: “Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba’) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya.”

Demikianlah, wahai pihak berkuasa pada ketika masyarakat kita kronik dengan permasalahan sosial sekarang ini, kembalikanlah fungsi masjid – imarahkan rumah Allah itu termasuk menarik golongan muda yang sebahagiannya selama ini melihat rumah ibadat sebagai tempat 'transit' golongan KRU (kumpulan rambut uban) dan RTM (rehat tunggu mati) meluangkan masa sebelum dipanggil Illahi!

Subhanallah, sedarlah adalah lebih baik untuk remaja dan 'retua' kita ‘lepak’ di masjid daripada ‘lepak’ di pub, disko dan pelbagai tempat kurang elok lain. Jadi beri peluang anak-anak ‘lepak’ di masjid cuti sekolah ini; oleh itu JANGAN DIKUNCI masjid atau pagarnya!





Friday, June 19, 2020

Syawal 27: Cermin muka...

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)


Syawal 27: Cermin muka...

SEMALAM (Syawal 26) ada saya catatkan kisah seorang lelaki, bekerja sebagai penjaga lampu-lampu awam kota London yang sentiasa 'happy' ketika menjalankan 'job' (kerja)nya. - Rujuk salinan ceritanya di bawah

Dia 'happy' mengikut 'standard' (piawai) dialah. Kita sebagai orang Islam, ada pendekatan diajarkan agama kita iaitu sebagai 'a way of life', kata orang putih atau bermaksud 'Islam sebagai satu cara hidup'. Islam ada pendekatan untuk 'meng-happy-kan' diri kita - malah bukan saja 'happy' di dunia dan 'happy' di akhirat.

---------------------------------------------------------------------
Di bahagian bawah artikel ini ada saya sertakan satu bahan tulisan saya dalam bahasa Inggeris berhubung cara kita menjadi 'happy' (enjoy life) dan pada masa sama menjaga syariat Allah untuk kebahagian dunia dan akhirat.
--------------------------------------------------------------------

Seorang ustaz dalam tazkirahnya di masjid berhampiran rumah saya tak lama dulu, berkata Islam sungguh indah kerana merangkumi semua bidang kehidupan - daripada kita bangun awal pagi sampailah kita tidur kembali pada sebelah malam. 

Semua disentuh, daripada hal-hal dianggap kecil seperti cara masuk tandas sehinggalah kepada perkara dianggap besar seperti memerintah negara dan mentadbir dunia.

Oleh demikian, hal untuk 'happy'pun ada diajar oleh Islam. Berkenaan dengan wajah kita sama kita pamerkan wajah 'happy' atau tidak, seorang ustaz mengesyorkan supaya meluangkan sedikit waktu di depan cermin. 

Ada doa ketika melihat wajah kita di cermin...lihatlah secara teliti wajah kita di cermin. Mimikkan muka seakan suka atau sedih, gembira atau marah atau terlalu marah. Wajah kita (sekarang sudah tua dan berkedut) ketika ketawa dan ceria nampak boleh tahanlah, tetapi marah apatah lagi terlalu marah adalah amat teruk, kata sesetengah orang macam muka syaitan atau hantu.

Jadi, wajah mana kita mahu orang lain lihat diri kita...oleh itu sentiasalah riang gembira hatta ketika melakukan kerja-kerja yang tidak kita suka atau berat. Jika orang putih (seperti kisah dalam Marry Poppins) riang ria menyanyi-nyanyi, menari dan sebagainya, kita boleh BERZIKIR, BERSELAWAT, BERTAKFAKUR, BERNASYID dan sebagainya.

Misalnya lagu bernasyid yang antara baitnya berbunyi: Tiada apa milik kita, SEMUANYA MILIK ALLAH atau Raja-Raja mati, rakyat pun mati, semua akan mati...apabila didendangkan akan menyejukkan hati kita selain dapat ganjaran daripada-NYA.


'Happy'-nya dia...

MALAM tadi (17 Jun 2020) ketika mahu menonton 'My Quran Time', ketika menukar-nukar 'channel', saya  direzekikan Yang Maha Kuasa tertonton bahagian pengenalan sebuah filem Inggeris, kalau tak silap saya bertajuk 'Mary Poppins Returns'.

Pada bahagian ini ditunjukkan sketsa ringkas seorang lelaki yang bertugas sebagai penjaga lampu-lampu awam di tepi jalan-jalan raya kota. Lampu awam menggunakan bahan bakar yang sesuai masa itu . London pada masa itu digambarkan sedangkan mengalami 'zaman kemelesetan' *great depression), agaknya selepas Perang Dunia Pertama.

Apa yang menariknya si tukang penjaga lampu, 'happy' (gembira) menjalankan tugasnya. Sambil menjolok lampu untuk memadamkannya, dia menyanyi-nyanyi gembira. Bukan saja kanak-kanak gembira melihat dan mengikutinya tetapi juga orang dewasa malah 'alam' seperti burung. Dia 'happy' saja sama ada ketika sedang bekerja atau bergerak di tempat-tempat lain.

Si tukang ini bergerak dari sebatang tiang lampu ke tiang lain dengan basikal buruknya. Dilihat secara 'zahirnya' lelaki ini kekurangan daripada pelbagai segi, tetapi mengapa dia 'happy', 'happy' dan 'happy' saja? Apabila dia 'happy' semua orang malah 'makhluk lain' di sekelilingnya juga 'happy' sama. Dunia terlihat sebagai tersangat indah - semua orang dan alam pun 'happy'.

Begitulah, saya 'terpaku' sebentar di depan kaca TV menyaksikan sketsa itu. Terkesan saya bahawa dunia ini sebenarnya perlu dilihat daripada persepsi diri kita sendiri. Jika kita 'happy' dan mempamerkan hal itu, seluruh dunia akan bersama dengan 'ke-happy-an' kita itu (maaf kerana guna perkataan ini).

Jika kita melihat diri kita dan dunia ini dengan penuh kemurungan, penuh penderitaan, penuh penindasan dan ketidakadilan, seluruh dunia akan bersama dengan 'mood' kita itu. Jika kita murung, kita akan bersama dengan orang murung malah dunia yang murung.

Dalam kes pertama (happy), 'ke-happy-an' kita itu akan menyebabkan kita akan dapat melihat 'ke-happy-an' dunia. Barulah kita dapat hayati suasana penuh warna-warni dan serba keindahan dan kebaikan di sekeliling kita.

Kita akan dapat menikmati kehijauan pohoh-pohon, rerumput, kebiruan laut seterusnya merasai desiran angin, nyanyian burung, deburan ombak dan sebagainya. Kita dapat merasai bau rerumput apatah lagi bunga-bungaan. Atau tika hujan, kita dapat mencium keenakan bau hujan!

Atau selepas kita pergi lebih jauh lagi, kita dapat rasakan alunan zikir hidupan dan makhluk alam ini yang beriringan dengan bisikan hati kita ---ALLAH, ALLAH, ALLAH, ya sungguh Kau Maha Hebat, ya Tuhanku...

Enjoy life while seeking the true path

***
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessing and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
Establish worship
and pay the poor-due
and obey the messenger,
that haply ye may find mercy. (Nur 24:56)
***

I consider myself very lucky because each time I am in the Holy Land, I have had the opportunity to buy quality English books on Islam; in 2002 one of the books that gave great impact on me was ‘Way To The Qur’an’ by Khurram Murad, in 2005 it was ‘Don’t Be Sad’ by Dr Aaidh ibn al-Qarni’, and during a recent visit (June 2010), it was ‘Enjoy Your Life’ by Dr Muhammad ‘Abd Al-Rahman Al-‘Arifi.

‘Enjoy Your Life’ is on the art of interacting with people, as deduced from a study of Prophet Muhammad’s (pbuh) life. This book which was published by Darussalam with its tagline ‘Global leader in Islamic books’ which has its head office in Riyadh, Saudi Arabia.

Some time after my second haj (2005), I found out Dr Aaidh book ‘Don’t Be Sad’ was translated into Malay but till today I haven’t come across a Malay version of ‘Enjoy Your Life’. Perhaps publishers, authors and translators could sit down to translate it from the English version or better still from the original Arab version.

Life has its up and down. But for the majority of us, me included, it is very hard to maintain our composure and feelings when we were down the drain. To wipe off this situation, Dr Muhammad has the answer. He wrote: “Enjoy your life, for it is brief and there is no time in it for anguish!” Yes, we have no time to be sad on thrifty matters but wake up and be alive to reap His giving and rewards in this world and the Hereafter.

But to enjoy His giving and rewards, we have to be in the straight path. Isn’t that are what we ask from Allah the Almighty in each ‘rakaat’ in our prayers when we read an ‘ayat’ in the Surah Al-Fatihah (the Opening): “Guide us on the Straight Path.”

Regarding this Dr Muhammad in his introduction of the book notes a very touching story. “As a seventeen year old, I came across a book called, ‘How to Win Friends and Influence People’ by Dale Carnegie, which I found out to be quite excellent and which I subsequently read several times. The author suggested that one should read the book once a month, which is exactly what I did. I began to apply its principles when dealing with others and witnessed amazing results.

“Carnegie would often mentioned a principle and then cite various examples of this by way of incidents related to prominent figures such as Roosevelt, Lincoln, Joseph, and so on. I contemplated and realised that the author’s only goal was to attain worldly happiness. What if he were to have known Islam and the etiquettes it teaches? He would surely have achieved eternal as well as ephemeral happiness!

“How about if he were to have turned his wonderful interpersonal skills into worship, with which he would drawn closer to Allah? When I later discovered that Carnegie had committed suicide, I knew for certain that his book, despite its merits, had not benefitted him.

“I then began to search our own history and discovered that the life of Allah’s Messenger (bpuh), his Companions, and anecdotes of some of his prominent men of this ummah are more than enough for us to learn lessons from. From then on, I began to author this book concerning the art of dealing with others. Hence, this book is not a product of a month or a year’s toil. Rather, it is the result of twenty years of serious study.”

Dear readers, Muslims and non-Muslims let us be in His straight path. For the Muslims, I quote this from ‘Way to the Qur’an’ by Khurram Murad (The Islamic Foundation, London): “Our lives will remain meaningless and ruined unless they were guided by the Qur’an, the word of God.”

Yes, how panicked I was when I read the book for the first time eight years ago. After reading the book, I realized that many things we do in life are not in accordance with the word of Allah. For example, where is the Islamic law, are we good only in reading the Qur’an but hesitate to implement His order? Who are we to belittle His order in His own book; but the irony is that we keep on reading His book!

For non-Muslims perhaps this guide given by PAS Vice President, Salahuddin Ayub who I met a few days ago might help. He said relations between Muslims and non-Muslims in Pakatan Rakyat has reached a high level where young non Muslims leaders including from DAP could quote from the Qur’an in their speeches.

“This is interesting,” he said, “perhaps you (writers and editors) could arrange special interviews with these young leaders such as Nga Kor Ming, Tony Puah or Anthony Loke and have frank talks on their motives quoting phrases from the Quran. Perhaps they are learning or what...? This is interesting...”

If they are learning, then it is timely to talk about Islam. First of all what is Islam all about? In the book ‘Essence of Islam’ (Islamic Outreach-ABIM), it is stated that Islam means complete submission or surrender to the will of Allah, The Most High.

Islam also means peace and the way to achieve peace. Islam teaches that there is only one God, who is called Allah in Arabic. Since the time of the emergence of the first man on earth, God in His mercy raised among men numerous prophets or messengers, such as Abraham, Isaac, Jacob, Joseph, Moses, David, and Jesus. The last of all the messengers was Muhammad (bpuh).

Islam is not a new religion. It consists of the same basic message which God has given in all true religions, and all prophets brought this same message for our guidance. Muhammad (pbuh), the final Prophet and Messenger of God, taught us the full and complete meaning of Islam (surrender and commitment to the will of God) through his words, his actions and the revealed Book – the Holy Qur’an.

Quoting from the Qur’an means those concerned had read the Holy Book. That is a good sign; get the facts right from reliable sources. The Qur’an is in Arabic; perhaps an English translation might help; why not pick up the works of Mohammed Marmaduke Pickhall?

If it is still hard to understand, pick up Islamic books, readers might find a few gems in it. I found some in the book ‘Enjoy Your Life’.

I quote this paragraph from its Publisher’s Foreword: “Solutions to all the problems of the Muslim nation are present in the life of Allah’s Messenger (pbuh). His life is certainly an example for us to follow and a model for us to refer to at all times. No matter what problem arises in our lives, if we look to the Prophet’s Seerah for a solution, we will surely find it.”

If all problems could be solved, then we could enjoy our life in this world and insya-Allah (God willing) in the Hereafter since we live in accordance to what Allah and His prophet had revealed and ordered us in His Holy Book, the Qur’an.


Thursday, June 18, 2020

Syawal 26: 'Happy'-nya dia...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)

Syawal 26

'Happy'-nya dia...

MALAM tadi (17 Jun 2020) ketika mahu menonton 'My Quran Time', ketika menukar-nukar 'channel', saya  direzekikan Yang Maha Kuasa tertonton bahagian pengenalan sebuah filem Inggeris, kalau tak silap saya bertajuk 'Mary Poppins Returns'.

Pada bahagian ini ditunjukkan sketsa ringkas seorang lelaki yang bertugas sebagai penjaga lampu-lampu awam di tepi jalan-jalan raya kota. Lampu awam menggunakan bahan bakar yang sesuai masa itu . London pada masa itu digambarkan sedangkan mengalami 'zaman kemelesetan' *great depression), agaknya selepas Perang Dunia Pertama.

Apa yang menariknya si tukang penjaga lampu, 'happy' (gembira) menjalankan tugasnya. Sambil menjolok lampu untuk memadamkannya, dia menyanyi-nyanyi gembira. Bukan saja kanak-kanak gembira melihat dan mengikutinya tetapi juga orang dewasa malah 'alam' seperti burung. Dia 'happy' saja sama ada ketika sedang bekerja atau bergerak di tempat-tempat lain.

Si tukang ini bergerak dari sebatang tiang lampu ke tiang lain dengan basikal buruknya. Dilihat secara 'zahirnya' lelaki ini kekurangan daripada pelbagai segi, tetapi mengapa dia 'happy', 'happy' dan 'happy' saja? Apabila dia 'happy' semua orang malah 'makhluk lain' di sekelilingnya juga 'happy' sama. Dunia terlihat sebagai tersangat indah - semua orang dan alam pun 'happy'.

Begitulah, saya 'terpaku' sebentar di depan kaca TV menyaksikan sketsa itu. Terkesan saya bahawa dunia ini sebenarnya perlu dilihat daripada persepsi diri kita sendiri. Jika kita 'happy' dan mempamerkan hal itu, seluruh dunia akan bersama dengan 'ke-happy-an' kita itu (maaf kerana guna perkataan ini).

Jika kita melihat diri kita dan dunia ini dengan penuh kemurungan, penuh penderitaan, penuh penindasan dan ketidakadilan, seluruh dunia akan bersama dengan 'mood' kita itu. Jika kita murung, kita akan bersama dengan orang murung malah dunia yang murung.

Dalam kes pertama (happy), 'ke-happy-an' kita itu akan menyebabkan kita akan dapat melihat 'ke-happy-an' dunia. Barulah kita dapat hayati suasana penuh warna-warni dan serba keindahan dan kebaikan di sekeliling kita. 

Kita akan dapat menikmati kehijauan pohoh-pohon, rerumput, kebiruan laut seterusnya merasai desiran angin, nyanyian burung, deburan ombak dan sebagainya. Kita dapat merasai bau rerumput apatah lagi bunga-bungaan. Atau tika hujan, kita dapat mencium keenakan bau hujan!

Atau selepas kita pergi lebih jauh lagi, kita dapat rasakan alunan zikir hidupan dan makhluk alam ini yang beriringan dengan bisikan hati kita ---ALLAH, ALLAH, ALLAH, ya sungguh Kau Maha Hebat, ya Tuhanku...

ARTIKEL IRINGAN

Live a simple, happy and rewarding life
***
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
The Opening

In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate,
Praise be to God, the Sustainer of all the Worlds,
The Merciful, the Compassionate,
Lord of the Day of Judgement
Thee alone do we worship and Thee
Do we ask for help.
Guide us on the Straight Path,
The path of those on whom Thou has bestowed Thy Grace
Not of those upon whom is Thy Wrath,
Nor those who have gone astray.
Ameen. (O God! do grant us our request)

***

ON Wed, May 4, 2011 at 8:39 PM, one Asiah Md Sharif sent me this email.

“SALAM (Greetings). I'll keep this short. Last year there was an appeal for donations to help Nawawi bin Hassan, leaving for further studies in Jordan. I made my contribution but called phone number given to verify details.

“The boy appeared to keep my number. Two days ago, I got a message from him asking if I could help him again. He needs approximately RM1,600 to pay for his fees by 1 June to enable him to sit for his exams. I asked for his address but was given a Maybank account number.

“I went online to see if Maybank operates in Jordan and found out there was none. They have business in Bahrain, though. Anyway, he just texted me his address, a P. O. Box 7, Faculty of
Syariah, Mu'tah University 61621, the Hashemite Kingdom of Jordan.

“What do you think? I would like to help.”

I opened my e-mail quiet late that night after having a hard day. From early morning to afternoon, I was at the Melaka Hospital to attend to the needs of my mother who has a weekly medical check up there and then rushed off to Bangi from Melaka for an appointment. I reached home at about 7.00 pm and then rushed to a masjid nearby for prayers, followed by the weekly ‘tazkirah’ (short sermon) by one of my favourite ‘ustaz’ (religious teacher).

The ‘ustaz’ talked on the subject about life after death. Actually our lives began after death, in this world many of us were sleeping soundly, we only realize it when we were deep inside our graves, I heard the voice of the ‘ustaz’ faintly and at time I dozed off because I was very sleepy.

Seeing Asiah’s email, I thought I could not just ignore it. She needed a fast solution. With a very sleepy mind, I only wrote this: “Waalaikumusalam Cik/Puan Asiah. Alhamdulillah (Praise to Allah SWT), you are very kind. In your case, I am very sorry I don't have any suggestion. It's up to you, the important thing is your intention (niat), insya-Allah (God willing), Allah would rewarded you, once again sorry, and wassalam.”

Yes, in everything we do, the most important thing is our ‘niat’. If it is in line with what Allah The Almighty (SWT) told us to do or stay away from it, then we would happy to do it with the feeling that He would reward us. If our ‘niat’ (for example to help the needy only for Allah’s shake) but then we realized that we were swindled in the process, just forget about it but to be extra careful in the future. In doing this we would be happy in life, insya-Allah.

Once during a bus journey, I had a good conversation with a young man who was seated next to me. He told me how he was fascinated and influenced by writings of Dale Carnegie who had produced marvelous books such as ‘How to Win Friends and People’.

When I told him, Carnegie had committed suicide, he was stunned. How could such a renowned ‘guru’ take his own life? I too didn’t know that Carnegie had committed suicide until I read a book ‘Enjoy Your Life’ by Dr Muhammad ‘Abd Rahman Al-‘Arifi (Darussalam) who among others wrote: “I contemplated and realized that the author’s only goal was to attain worldly happiness.

“What if he were to have known Islam and the etiquettes it teaches? He would surely have achieved eternal as well as ephemeral happiness! How about if he were to have turned his wonderful interpersonal skills into worship, with which he would have drawn closer to Allah.

“When I later discovered that Carnegie had committed suicide, I knew for certain that his book, despite its merits, had not benefited him.”

One secret to lead a happy life is to live a simple one. Enjoy a simple life, insya-Allah it would lead you to a peaceful life. The problem with us (me included) is to follow the script of the ‘mad world’. A writer once wrote: “In our daily lives, we often rush through tasks, trying to get them done, trying to finish as much as we can each day, speeding along to our next destination, and then leaving so that we can go to our next destination.

“At the end of the day, we realize what madness this all is. We often become exhausted and stressed out from the grind and chaos and business of the day. We don’t have time for what we really want to be doing, for spending time with loved ones, for doing things we are passionate about.”

Once while I was driving, I heard a motivator on Radio IKIM said this phrase that struck deep inside my heart: “In doing good things, don’t bother what other people say or think about you; in fact people are too busy about themselves, only you think bad about yourself.”

She said at the age of 58, she regretted of having wasting so much time chasing for worldly pleasures and have lost those precious moments such as building love with loved ones, those near us and the human race. In fact love has no boundary; the highest is to Allah The Almighty, His Prophet Muhammad (pbuh), one’s mother and father to all His creations including creatures animals and plants.

The rat race has made us what we are today. Everybody is busily chasing something, but almost all of us do not know what we are after. If it is wealth (property for example house), we would not stop after having a house, we would purse for another. If it is a car, we would not at the car we had already owned (for example a Proton Saga) but move on to own an Avanza, Mercedes and so on. If it is money, if we had already RM10,000 in our bank account, we would purse to have RM100,000 or a million ringgit.

If it is about career, we would not be satisfied at being at the clerical level. We would aim to be a CC (chief clerk) and up the ladder to be a manager. If it is about position in politics, we would not be satisfied to be only a leader in our ‘kampung’ (village), ‘kawasan’ (division) or state. We would try our best at any cost to be a top leader, perhaps a minister or even a prime minister. To be on the top, we step on and stab others.

So when all this (worldly) madness ends Ibn Abbas relates, he heard the Holy Prophet saying: “Even if there were for a man two valleys full of wealth he would aspire for a third one, and nothing would fill man’s belly but dust, and Allah turns to him who turns to Allah.

The nature of the human race, they would not realize that they at the lost not until their mouths are filled with earth (they are dead). Abu Hurairah narrates that once the Holy Prophet (pbuh) said: “Let me show you the reality of this world.” I requested him to do that. He took me to a place of refuse outside Medina. There I saw human skulls and bones sunk in filth with dirty rags scattered all around.

Addressing me he said: “These are human skulls that embodied brains filled with greed. These people were like many amongst you who live today. Like all of you they pinned their hopes on things worldly. These skulls are lying without skins and after a few years they will become part of the earth.

“They struggled hard to eat the spicy dishes only to swallow this filth today. The state in which they exist now cannot be tolerably seen by those who have eyes to see. The very sight of those who enjoyed the fragrance to tasty food makes you hate them.

“These dirty rags are the worn-outs of the gaudy dresses that made men proud. Now they are the mercy of winds which move them the way they like. And these are the bones of those animals that carried human beings only to make them feel proud. Anyone can shed a tear or two at the tragic end.” Abu Hurairah stated that the tears welled up in his eyes and he wept bitterly.

In conclusion, lead a simple life, adhere to the teaching of the Prophet s.a.w., insya-Allah you would be contemplated and happy in life. What is more in life than to lead a meaningful one that could lead us to gain and benefited in this world and the Hereafter.

Isn’t that we hoped for when we say our du’a (supplication) - Allah Humma Rabbana Aatina Fid Dunya Hasanah Wa Fil Akhirate Hasanah Wa Qina Azaban Naar. (O’ Allah! Our Sovereign Lord, grant us good in this world and the world hereafter and protect us. from the torment of hell).

Wednesday, June 17, 2020

Syawal 25: Minum 'air lalat'

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan

"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)

Syawal 25

Minum 'air lalat'

TENGAH hari ini direzekikan Allah SWT saya menunaikan salah satu daripada hadis Rasulullah s.a.w. Sedang 'syok' makan, seekor lalat terbang menjunam memasuki air minuman saya - segelas ais kosong. Air masak, kata orang Melaka.

Lalat itu masih hidup, menggelepar di atas permukaan air itu. Saya berkira-kira nak buang air itu. Aiii lalat ini, kacau 'stim' betul. Orang tengah syok menikmati makan tengah hari, dia buat hal. Siapa nak minum air yang sudah dimasuki lalat. Eeeee.

Namun, pada detik itu juga saya teringat sebuah hadis, atau lebih tepat lagi Allah mengingatkan saya sebuah hadis...seorang cendekiawan mencatatkan: Selain mengajarkan etika dalam menjalani hidup. Rasulullah s.a.w. pun pernah mengatakan sesuatu yang ada hubungannya dengan sains dan perubatan.

Salah satunya hadis tentang lalat yang masuk ke dalam minuman. Apabila ada seekor lalat yang masuk ke dalam minuman, Rasulullah s.a.w. menganjurkan untuk menyelupkan lalat itu seluruhnya ke dalam minuman, lalu setelah itu lalatnya dibuang, dan kita boleh melanjutkan menikmati minuman itu. Sebab keadannya kembali bersih daripada kuman penyakiti.

Datang ilham kepada saya daripada Allah SWT untuk mempraktikkan hadis Rasulullah s.a.w. Saya pun merendamkan seluruh lalat itu, selepas itu membuang lalat yang masih hidup itu lantas berdoa selepas membaca Surah Al-Fatihah dengan penuh khusyuk: "Ya, Allah, aku mahu mengikuti hadis Rasul-Mu, Kau selamatkan daku daripada api neraka-Mu, dan sembuhkan segala penyakit pada tubuhku...lantas saya minum air itu, setegok demi setegok sampai habis...

Ya, saya telah berusaha membuang segaja kejijikan yang bersarang di hati hanya untuk taat kepada Mu dan Rasul-Mu, ya Allah, oleh itu tolonglah hamba-Mu yang daif ini, yang dalam tubuh ini bersarang penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya apatah lagi penyakit rohani seperti sakit hati, riak, takkabur, sombong, ujub dan sebagainya. Ya, Allah Kau tolonglah hamba-Mu ini...Amin

ARTIKEL IRINGAN

Ikhlas pencetus barakah dalam kehidupan (artikel lama)

PENULIS bukanlah dikenali ramai. Mungkin nama pena LanH itu saja dikenali pembaca setia tetapi tidak bagi sosok diri penulis termasuklah di kalangan pemimpin PAS sendiri. Ditakdirkan pada bulan Ramadan dua tahun lalu, penulis ada menerima sehelai kain pelikat dan sekotak kurma yang dihadiahkan oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff. *********************************** Mungkin YB Rantau Panjang itu pun tidak mengenali diri penulis; jadi penulis beranggapan pemberian itu adalah tersangat ikhlas - tiada mengandungi sebarang maksud sebaliknya beliau hanya mahu mendapat keredaan Allah SWT semata-mata. Mungkin beliau menghampiri kalimat yang diucapkan oleh Sayidina Ali Abu Talib iaitu tidak mengharapkan apa-apa pun daripada penerima hatta ucapan 'terima kasih' sekalipun. ************************ Kain pelikat yang dihadiahkannya tiada jenama - bukanlah daripada jenis mahsyur termasuk yang kerap diiklankan di TV seperti Atlas. Malah bukannya cop Gajah Duduk yang terkenal itu. Tetapi kain pelikat itu tiada sebarang cop. Ertinya ia mungkin daripada jenis yang sederhana mutu dan harganya. *********************************** Namun selepas digunakan dengan lasak selama dua tahun, penulis dapati kain pelikat itu masih utuh. Kainnya tidak menjadi nipis malah warnanya juga tidak pudar dan luntur. Keadaan itu berlainan daripada kain pelikat jenis murah yang pernah penulis gunakan - ia cepat menjadi nipis malah terkoyak pula. Kain pelikat yang sudah nipis ini janganlah dibawa solat di masjid; kadang-kadang ketika sujud, orang di belakang boleh nampak bayangan 'benda aib' kita! Isshh, sungguh memalukan. ************************** Demikian penulis berpendapat, pembahagian sesuatu barangan secara ikhlas ada kebarakahannya. Namun jika tidak ikhlas sebaliknya, Kain pelikat mahal malah berjenama pun tidak tahan lama. Kejap saja sudah koyak, mana tahu tersangkut pada paku di kerusi atau dicuri orang ketika dijemur di ampaian. *********************** Ketika musim pilihan raya atau kempen parti, amat-amatilah kain pelikat atau batik yang diberi. Jika selepas dipakai sekejap saja sudah koyak atau lesap, mungkin tiada kebarakahannya - mungkin pemberinya tidak ikhlas, ada udang di sebalik 'mi' (batulah)! **************************** Berceloteh mengenai bab ikhlas ini, tentulah ramai pembaca sudah arif dengan kisah seorang syeikh dengan iblis membabitkan sebatang pokok yang menjadi sembahan penduduk kampungnya. Ketika syeikh dalam perjalanan mahu menebang pokok itu, iblis yang menyerupai seorang tua menahannya. Pergaduhan terjadi, syeikh itu menang. Bagaimanapun sebelum sempat syeikh itu menebang pokok tersebut, iblis membuat tawaran istimewa; jika pokok itu tidak ditebang syeikh itu akan mendapat wang setiap hari di bawah bantalnya. ************************************ Setiap hari syeikh mendapat wangnya tetapi suatu hari tiada wang. Syeikh meradang dan bergegas mahu menebang pokok itu. Di pertengahan jalan dia bertemu iblis menyamar orang tua. Pergaduhan terjadi; kali ini syeikh kalah teruk; sebelum mati dia sempat bertanya mengapa kali ini dia kalah. Jawab iblis, kali pertama dulu awak ikhlas kerana Allah, kali kedua anda mahukan duit! ******************************** Jadi wahai pembaca budiman; ada jurang besar antara pemberian kain pelikat kerana Allah dan pemberian kerana kepentingan politik terutama untuk memancing undi. Jika pemberian kerana Allah ada kebarakahannya di dunia apatah lagi ganjaran yang lumayan menunggu di akhirat nanti. Inilah yang menjadi idaman dan igauan orang beriman - meraih sebanyak-banyak pahala terutama pada Ramadan yang mulia ini tetapi yang paling penting mendapat keredaan-Nya kerana tiada manusia boleh masuk syurga semata-mata kerana pahalanya! ***************************** Rebutlah peluang untuk beramal Ramadan ini hatta mengagih-agihkan kain pelikat, batik dan kurma kerana ibadat pada bulan ini akan anugerahi Allah berlipat kali ganda pahalanya berbanding bulan lain. Ibadat khusus di mana yang wajib diberi ganjaran 70 kali ganda manakala yang sunat bagaikan amalan wajib sebagaimana sabda junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu, dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda...” **************************** Namun, ingatlah wahai semua, terutama diri ini, pemberian perlu dilakukan secara ikhlas bukan ada agenda di sebaliknya. Renung-renunglah kisah syeikh dengan iblis (orang tua) dalam usahanya mahu menebang pokok sembahan orang kampung; niat yang ikhlas saja diterima Allah, selain daripada itu tertolak semuanya. ************************** Kepada pemimpin, berilah (kain pelikat) kerana Allah, insya-Allah anda akan diganjari-Nya; tetapi jika anda memberi kerana ada kepentingan politik (ada udang sebalik batu), anda mungkin mendapatkan apa yang diidam-idamkan seperti menjadi Yang Berhormat, tetapi ingatlah akan bencana yang akan menimpa anda di sana (akhirat) nanti! **************************** Di sana kehidupan kekal abadi sedangkan kalau jadi Adun atau ahli Parlimen tempohnya terlalu singkat - lima tahun cuma; ingat-ingatlah bahawa sehari di akhirat sana adalah bersamaan 1,000 tahun di dunia. Jadi tempoh lima tahun menjadi YB itu tiada erti apa-apa. **************************** Kesimpulan buatlah segala-galanya termasuk memberi kain pelikat secara ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Insya-Allah kita semua akan selamat di dunia dan akhirat. Amin.