Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, dan (6) hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi." (Hadis riwayat Hakim)
Syawal 24
Fa bi ayyi ālā'i Rabbikumā tukażżibān
MAAF kerana terlewat sikit dalam mem-'posting' artikel ini. Ini kerana pada jam 12.45 tengah hari bekalan elektrik ke rumah saya dan kawasan persekitaran terputus (black out). Maka berpanas dan berpeluh-peluhlah kami kerana kipas, penghawa dingin semuanya tidak berfungsi.
Seorang cucu saya yang masih bayi balik dari Segamat bersama ibu ayahnya, asyik menangis saja - yalah dia kepanasan. Kita 'orang tua' ini yang panas dan lecon baju, berkeluh-kesah apatah lagi bayi yang tak mengerti itu.
Kita sebagai 'orang tua' yang tak mahu mengerti hal ini...susahlah. Hidup mesti sabar...kita mesti mengerti akan nikmat-nikmat Allah yang terlalu banyak kepada kita (seperti bekalan elektrik) dan apabila nikmat itu ditarik walaupun sedikit, kita sudah jadi tak tentu arah.
Jadi sebelum nikmat-Nya ditarik balik, insaflah. Hakikatnya manusia akan hilang apa dia nikmati. Kebanyakan orang tidak menyedari nikmat dicurahi Illahi yang dianggap biasa seperti kemampuan bercakap, melihat dan berjalan sehingga ia ditarik balik. Manusia menang tidak menginsafinya sehinggalah ‘mulut mereka dipenuhi tanah’ (maksudnya sudah berada dalam kubur). Sesudah mati barulah diketahui nikmat hidup.
Seorang ustaz dalam kuliah mingguannya di masjid berhampiran rumah penulis ketika membentangkan permasalahan nikmat ini menarik perhatian penulis. Katanya, nikmat itu hanya dapat dirasai apabila berlaku perkara bertentangan; misalnya nikmat sihat dirasai apabila seseorang itu sakit; nikmat berjalan selepas kaki tiada; nikmat kaya selepas jatuh miskin; dan nikmat berkeluarga selepas bercerai-berai.
Ustaz itu berkata nikmat Allah SWT tersangat banyak, tidak terhitung manusia. Beliau membawa kisah seorang lelaki bani Israil yang beribadat ratusan tahun, kemudian mendakwa dia memasuki syurga kerana banyaknya amalannya. Allah memerintahkan ditimbang amalan dia dengan nikmat sebelah matanya; ternyata timbangan mata itu lebih berat menyebabkan dia dilemparkan ke dalam neraka.
Seorang Muslim perlu menyedari nikmat terbesar Allah SWT kepadanya adalah Islam, iman dan tergolong umat Nabi Muhammad s.a.w. Kata ustaz tidak guna menjadi kaya atau berkuasa tetapi tidak termasuk tiga kategori ini. Katanya, umat Nabi Muhammad s.a.w. sangat beruntung kerana nabi-nabi pun mahu menjadi umat rasul akhir zaman tetapi tidak terlaksana.
Bersyukurlah kepada-Nya...belajarlah untuk merasai nikmat itu. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rahman, Fa bi ayyi ālā'i Rabbikumā tukażżibān yang bermaksud; maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan...
Allah SWT mengulangi ayat ini sebanyak 31 kali, tetapi ramai manusia tak mengerti. Siang malam asyik bekerja. Mengejar dunia. Tak ingat Tuhan.
Ingatan keras ustaz dalam tazkirahnya boleh dijadikan ingatan dan panduan dalam kehidupan. Katanya: "Sungguh, terlalu banyak nikmat Allah SWT sudah kita nikmati: yang belum kita rasai hanya MASUK KUBUR, oleh itu bersiap sedialah!" Fa bi ayyi ālā'i Rabbikumā tukażżibān (maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan...)
Tuesday, June 16, 2020
Monday, June 15, 2020
Syawal 23: Hidup susah mati jangan susah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah."
Syawal 23
Hidup usah mati jangan susah...
ZAMAN kesukaran ekonomi sekarang ini, ramai daripada kita berkeluh kesah, marah-marah dan melakukan pelbagai tindakan negatif lain, tetapi carilah jalan keluar daripada kemelut ini.Yalah protes, protes juga, tetapi hari tetap berjalan, yang mana 'semua aktiviti' perlukan wang!
Ahli ekonomi malah politik menyarankan dua langkah bagi menghadapi permasalahan ini - satu, berjimat cermat dan kedua, menambah pendapatan.
Bagi berjimat, mungkin jika dulu selalunya kita mendapatkan rawatan sakit di klinik swasta, kini cuba-cubalah di klinik komuniti atau klinik kerajaan lain yang mengenakan caj RM1 saja bagi pesakit bukan kakitangan kerajaan. Ya 'save' juga duit kita daripada kena bayar RM30-RM50 untuk sekali rawatan misalnya demam kepada RM1 saja.
Kita juga boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan LRT (sekarang ada pas pukul rata RM30 sebulan) dan menyewa rumah lebih jauh dari tempat kerja kerana kediaman di luar kota insya-Allah adalah lebih murah. Mungkin dengan menaiki bas, kos 'transport' kita dapat kurangkan...yalah ini satu langkah berjimat cermat.
Bagi menambah pendapatan pula, apakata kita 'apply' satu lagi kerja. Jika kita budak pejabat atau kerani, apa kata kita jadi atendan pam minyak atau 'jaga' pada sebelah malam, Ya, kita habis kerja jam 5.00 petang; pukul 6.00 petang kita 'masuk kerja kedua' sampai jam 12.00 tengah malam. Masalahnya jika kita mahu kerja di pam minyak, 'mana mahu letak budak Bangla yang ramai-ramai tu'?
Bagi yang pandai memasak dan berbakat berniaga, apa kata kita 'buat nasi lemak atau kuih' dan jual di tepi jalan. Jual di atas 'boot' kereta pun boleh. Yang penting mahu tambah pendapatan bagi menghadapi kenaikan harga barang. Ataupun pada hujung-hujung minggu kita jadi 'salesman' - jual produk seperti pencuci malah karpet seperti dibuat sesetengah 'Bangla dan Pakistani' yang rupa mereka mirip-mirip Shah Rukh Khan.
Pandai-pandailah kita berniaga sebab sekarang ini sudah ramai orang jual nasi lemak di tepi jalan. Ramai juga anak muda sudah jual burger. Jangan pula kita begitu beriya-iya nak berniaga sehingga bergaduh dengan 'dia orang'.
Wahai pembaca yang mahu berjimat cermat atau memulakan perniagaan, buatlah apa yang sesuai bagi menghadapi zaman susah ini, tetapi ada satu pesanan seorang 'tok guru' saya yang wajar dikuti oleh tuan puan sekalian. Kata 'tok guru' saya itu manfaatkan masa anda tidak kiralah zaman senang atau zaman susah anda!
Sekalipun anda ada dua kerja dan sibuk bagaimanapun; pastikan anda menunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim yang beriman.Yalah, dulu semasa ada satu kerja, anda ada masa untuk solat maghrib dan isyak secara berjemaah malah mengikuti kuliah di masjid sekarang tidak lagi sebab sibuk di 'petrol pump', tetapi iktiharkan agar dapat terus solat berjemaah.
Kemudian pada masa bekerja (misalnya menjadi jaga yang duduk-duduk saja tu), penuhkan masa itu dengan berzikir dan berselawat. Bayangkan jika kita istiqamah dapat berzikir dari awal malam hingga subuh sambil 'menjaga kawasan kita' berapa banyak pahala yang sudah kita dapat.
Demikian juga ketika menjual nasi lemak - sambil duduk-duduk menunggu pelanggan itu, berzikir dan berselawatlah. Jangan biarkan waktu berlalu dengan termenung kosong dan bagi penjual perempuan tolonglah mengenakan pakaian menutup aurat sepenuhnya - ini tidak ramai makcik dan kakak menjual nasi lemak memakai kemeja-T lengan pendek, banyak mata memandang jadi berapa banyak dosa yang kita tanggung! Rezeki masuk sikit, dosa menggunung pula, jadi 'pakailah betul-betul'!
Kemudian bagi yang menaiki bas dan menunggu lama di klinik, manfaatkan masa itu dengan membaca buku atau lebih baik lagi baca al-Quran. Membaca al-Quran di mana ada kesempatan ini banyak diamalkan di negara Arab tetapi ia amat asing di negara kita. Kalau tak dapat baca Quran, perbanyakkan zikir dan selawat; ini tak orang kita asyik termenung dan berbual-bual kosong saja.
Demikian juga apabila beratur panjang berurusan di pejabat pos, pejabat JPJ dan sebagainya, ringankanlah mulut itu untuk berzikir, mengingat-ingat Allah. Daripada buat 'benda mengarut' seperti berbual kuat dengan orang di depan dan belakang kita, lebih baiklah ucap 'Alhamdulillah' banyak-banyak.
Yalah, takkan susah nak sebut, Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah. Kalau susah sangat, nyanyikan lagu nasyid ini; "Alhamdullillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat, oh oh oh oh..." Ya jangan sesekali kita sia-siakan masa kerana di dunia ini kita sudah susah, takkah di akhirat nanti kita nak susah juga?

Sunday, June 14, 2020
Syawal 22: Tiga 'ta' pembinasa lelaki?
Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang; salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
“Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (Surah Muhammad:31)
Syawal 22
Tiga 'ta' pembinasa lelaki?
SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tidak lama dulu di masjid kampung saya ada majlis ceramah yang ustaznya menyentuh bab suami isteri.
Sejumlah ustaz ada mengatakan, lelaki (suami) perlu ada tiga 'ras' untuk kebahagiaan rumah tangga yang berkekalan iaitu WARAS (berkaliber sebagai pemimpin rumah tangga yang sentiasa berfikiran matang), BERAS (kemampuan menyediakan nafkah kehidupan) dan KERAS (kesihatan yang baik);
Ustaz-ustaz juga mengutarakan tiga 'ta' yang menjadi pembinasa lelaki. Namun jika dikendalikan dan dipandu secara benar, ia akan menyediakan aset untuk ke SYURGA. Yang pertama adalah TAKHTA iaitu kedudukan, pangkat dan kuasa. Orang yang gila 'ta' ini tidak pernah puas dengan kedudukan yang sudah diraihnya.
Jika tiada kuasa, dia mahu kuasa, jika sudah ada jawatan dan kuasa dia mahu yang lebih tinggi lagi. Dia sentiasa lapar kuasa, mungkin dia mahu kedudukan setinggi langit. Dia akan buat apa saja untuk mendapatkan kedudukan ini - soal halal haram - tiada dalam kamus kehidupannya. Yang penting orang puji dan sanjungnya berdasarkan kedudukan, pangkat dan kuasa yang dia ada.
'Ta' kedua kata si ustaz, adalah HARTA. Orang gila harta ini juga akan berbuat apa saja untuk memperbanyak kepunyaannya, halal dan haram tolak ke tepi. Harta ini adalah dalam pelbagai bentuk, yang paling penting adalah wang.
Terlalu ramai orang gila wang, ada yang siang malam berhempas pulas bekerja kerana mahukan wang yang banyak. Mereka akan gembira melihat angka besar wang mereka dalam bank. Dengan melihat angka saja mereka rasa senang, tidakkah itu gila namanya.
Mengenai 'gila harta' ini, Nabi kita (s.a.w.), ada memberi amaran dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Andaikata anak cucu Adam (manusia) memiliki dua lembah emas, nescaya dia tetap menginginkan lembah (emas) yang ketiga, dan tidaklah penuh perut anak cucu Adam melainkan tanah, dan Allah memberi taubat kepada orang yang mahu bertaubat (kepada-Nya)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ustaz itu memberitahu 'ta' ketiga adalah WANITA. Ramai lelaki yang nampak perkasa dengan mudah tewas dengan wanita yang lemah lembut sifatnya. Ramai raja, pahlawan, 'spy' (pengintip) malah ada ahli agama tersungkur di kaki wanita.
Dengan pujuk rayu wanita sudah cukup untuk mencairkan hati lelaki, semuanya akan digadaikan termasuklah takhta dan harta. Inilah pembinasa lelaki paling hebat. Namun jika lelaki (suami) solih dan wanita (isteri) solihah dapat berganding bahu menyebarkan kebaikan, insya-Allah, mereka akan sama-sama ke syurga.
Dalam satu lagi ceramah yang saya dengar, si ustaz memberitahu perihal kelemahan orang lelaki dan wanita. Katanya, wanita cukup mudah tewas dengan harta kekayaan seperti assesori kehidupan seperti emas permata.
Longgokkanlah harta di depan sesetengah wanita, hati mereka akan cair. Orang tua ganyut yang meminang pun akan diterima asalkan dia berharta dan berkuasa. Cubalah orang tua tiada harta, tiada kuasa dan kedudukan mahu menyunting, mahukah mereka?
Jika sesetengah perempuan lemah pada godaan harta benda, orang lelaki pula mudah tewas dengan perempuan, kata ustaz itu. Orang tua keriput yang berkuasa jika sudah kahwin orang muda, akan didengar dan diikuti saja kehendak isteri mudanya. Disepak dan diterajang oleh si isteri pun tak apa; bagi orang lain itu satu penghinaan, bagi si tua bangka tak sedar diri mungkin ia suatu keseronokan pula...syoknya kena sepak kerana yang melakukannya si intan payung cantik.
Kedudukan, pangkat dan kuasa tidak wajar dikejar; itu bukan matlamat orang beriman; bagi mereka kehadiran di dunia ini adalah untuk mendapatkan keredaan Illahi semata-mata. Namun bagi orang yang tidak mengejar dunia, dunia akan mengejarnya pula. Itulah kedudukan, pangkat dan kuasa akan diberikan kepada mereka.
Tiga 'ta' itu (TAKHTA, HARTA dan WANITA) jika dipimpin di jalan benar, semuanya adalah penyumbang ke arah syurga Allah, jika disalahgunakan akan menjerumuskan seseorang lelaki ke NERAKA Illahi!

Subscribe to:
Posts (Atom)