Tuesday, October 30, 2012
Berkorbanlah sebagai ibu bapa, anak...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya (meminum) al-Khmar (arak), berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."
"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum al-Khamr (arak) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah subhanahu wata'ala daripada sembahyang maka berhentilah kamu daripada mengerjakan pekerjaan itu." (Maksud ayat 90-91 Surah al-Maa'idah)
SALAH satu aspek diberi penekanan pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh yang saya hadiri pada 21 Oktober lalu adalah kepentingan kepada graduan mengasihani, menghormati dan mengenang budi ibu bapa masing-masing.
Yalah, pada majlis graduasi UTP kali ke-12, seramai lebih 1, 400 bekas pelajarnya akan memasuki pasaran industri dan mula mendaki tangga kejayaan dan kebanggaan hidup satu demi satu; jadi peringatan daripada pihak tertinggi universiti termasuklah Pro Canselornya, Tan Sri Sidek Hassan pada ucapan penutup, pada saya adalah tepat pada ketika masyarakat kita semakin hilang nilai kemanusiaan dan keagamaannya sebagai ibu bapa dan anak.
Biasanya orang akan bercakap mengenai anak (dalam kes ini graduan universiti) yang perlu menilai pengorbanan ibu bapa masing-masing sehingga mereka mengecapi kejayaan tetapi jarang pemikiran orang melampaui kepada hakikat bahawa sebagai ibu atau bapa kita juga adalah seorang anak, persoalannya di manakah ibu dan bapa kita semasa kita berasa bangga terbabit dalam pembinaan kejayaan anak-anak kita.
Sebenarnya, kejayaan awal (mendapat ijazah) daripada pelbagai pancoraba yang akan ditempoh anak kita itu adalah perhatian dan pengorbanan banyak pihak daripada kita sebagai ibu bapa, datuk neneknya, guru, ustaz, pengasuh, orang gaji, jiran, sahabat, pensyarah, tukang masak, tukang sapu, pemandu bas, makcik kantin dan sebagainya. Pendeknya, semua anggota dan institusi masyarakat (seperti sekolah, media massa dan masjid) mempunyai saham masing-masing.
Pada hari mulia Aidiladha ini, alangkah baiknya jika merujuk kepada kisah-kisah pengorbanan insan-insan mulia yang kisah mereka direkodkan dalam al-Quran. Antaranya kisah keluarga Nabi Ibrahim a.s. yang menyaksikan bukan saja Nabi Ibrahim berkorban sebagai seorang bapa (yang diperintah Allah menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s) tetapi juga sebagai seorang anak (mendakwah bapanya), sebagai seorang suami dan pelbagai peranan lagi. Demikian juga Nabi Ismail a.s. dan ibunya Siti Hajar yang berkorban diri bagi mendapat reda Illahi.
Secara kebetulan ketika saya berada di UTP, saya membawa buku bertajuk ‘Air Mata Ibu’ (terbitan BSP) karya Norani Abd Hamid dan sempatlah saya ‘mencuri-curi’ membacanya pada waktu terluang. Apabila saya membaca kisah-kisah sedih mengenai nasib ibu yang dipaparkan penulis, perasanlah saya bahawa dalam banyak kes bukan seseorang anak itu menjadi sombong sejak azali tetapi dibentuk demikian.
Antaranya, mereka menjadi sombong dan derhaka kerana pengaruh isteri (mahukan kehidupan mewah dan benci ibu mentua), kawan (terbabit dalam dunia dadah) dan pesona kehidupan duniawi. Kisah terbanyak dipaparkan adalah pengaruh isteri di atas kederhakaan seseorang anak.
Berdasarkan ini, pada pendapat saya adalah tepat untuk universiti mengingatkan graduannya supaya sentiasa kasih, menghormati dan mengenang jasa orang tua mereka. Ya, ketika baru melangkah dunia pekerjaan, insya-Allah semuanya ‘baik-baik’ belaka, tetapi selepas meniti kejayaan demi kejayaan dan terpaksa mengharungi desakan hidup seperti kesuntukan masa dalam membina kerjaya dan kepenatan membesarkan anak-anak dan ditimbuni hutang piutang, dikhuatiri sedikit demi sedikit mereka mula menyisihkan ibu bapa masing-masing.
Apatah lagi jika pasangan masing-masing adalah daripada ‘jenis sombong bodoh’, pengaruh mereka akan membuatkan si anak lupakan daratan. Kata orang, kerana isteri yang cantik punya hal, ibu bapa pun ditolak ke tepi. Itulah kisahnya yang dipaparkan melalui buku yang saya baca itu seperti ‘Si Tanggang Moden’, ‘Ikut Telunjuk Isteri’ dan ‘Buang Ibu di Rumah Kebajikan’. Si Tanggang dulunya adalah ‘anak ibu’ (anak baik) tetapi selepas berjaya dalam pelayaran dan memperisterikan wanita hartawan, tidak mahu mengaku ibunya sendiri.
Demikianlah kita berdoa bersungguh-sungguh agar anak-anak kita termasuklah yang bergelar graduan dijauhkan diri daripada sifat Si Tanggang itu (mulanya baik tetapi berakhir dengan menderhaka kepada ibu bapa sendiri) semata-mata kerana diri mula diulit dengan harta dunia, pasangan (isteri atau suami) cantik atau kacak, kemasyhuran dan kuasa.
Jadi pada pandangan hamba yang daif ini, adalah tepat untuk universiti mengingatkan anak didiknya untuk sentiasa berbakti kepada orang tua sepanjang hayat mereka malah selepas kematian seperti mendoakan dan berbakti atas nama mereka.
Friday, October 26, 2012
Dhul-hijjah, the blessed month of Hajj
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
Labbayk, Allahumma, Labbayk, Labbayk, La Shareeka laka, Labbayk Innal-hamda wan n’mata laka wal-mulk, La shareekala – (Here I am at Your service, O Lord here I am, No partner do You have, Here I am, Truly the praise and the favour is Yours and the dominion. No partner do You have).
Dhul-hijjah, the 12th month of the Muslim calendar of Hijra began on Wednesday, October 17, 2012. This is the month Muslim perform hajj, with its peak when they do ‘wukuf’ (to stop or gather) in Arafah (or Arafat) on the 9th Dhul-hijjah (Thursday, 25th Oct).
Wukuf, being the highest 'rukun' (component) of hajj must be rendered; without which hajj does not take place. The requirement is the presence in Arafat, regardless of whether the pilgrim is riding, walking, sitting or moving. In Arafat one is to spend the afternoon from dhuhr (midday)to maghrib (sunset) prayer times making du’aa (supplications) and repenting to leave Arafat with all of one's sins forgiven.
For Muslims who are not performing hajj in their homelands, they are encouraged to perform recommended deeds during the first 10 days of Dhul-hijjah such as fasting especially on ‘Wukuf’ day and giving charity. Then during Eid Adha (10th Dhul-Hijjah) when Muslims perform ‘solat’ (Eid prayers) and the days of Tashreek (11, 12, and 13th Dhul-Hijjah) they are recommended to do the slaughter or ‘korban’ (sacrifice) animals (such as sheep and cow).
Almost all of 28,000 Malaysian pilgrims are now in Makkah; they are among more than 3 million Muslims from all corners of the world gathered in the Holy Land to perform the hajj manasik (rites and ceremonies performed at hajj).
After Arafah, the pilgrims would then proceed towards Muzdalifah and pick up pebbles there to be used when stoning the Pillar of Aqabah or Qubra on Eid Adha (10th Dhul-Hijjah).
In Mina, they are required to stay for three nights where they will stone the three ‘jamrahs’ beginning with the first Pillar (i.e. the one which is furthest from Makkah), followed by the middle Pillar and lastly the Pillar of Aqabah.
The pilgrims will also shave their heads or cut their hair and then proceed to Makkah to perform the Tawaf Al-Ifadah (circling the Kaabah seven times which is an essential part of Hajj) and then perform Sa’y (walking seven times between the hills of Safa and Marwa).
While waiting for the the big day (Wukuf this Thursday, 25th Oct), pilgrims fulfill their days by performing prayers and 'tawaf' in the Grand Masjid of Makkah (Masjidil-Haram).
Some prefer to perform ‘umra’ (small hajj) again and again but they are advised not to it frequently as they needed a lot of energy to prepare for the hardship of hajj.
It is advisable to perform hajj when one is at a young age. Perhaps the time is right when one is in his thirties or forties because physically and mentally he is fit to fulfil some ‘robust’ obligations that need strength and stamina such as stoning the devils at the jamrahs in Mina.
Furthermore pilgrims have to use the power of their legs for activities such as walking frequently (perhaps five times daily for 'fardu' prayers) from one’s hotel room to the Prophet's Masjid (in Madinah) and Al-Haram Masjid (in Makkah). During hajj, a distance of one or two kilometers from the hotels and the masjids are normal.
For hajj or umrah obligations such as tawaf and sa’y, one has to walk a distance; for example for sa’y when one has to walk seven times between the hills of Safa and Marwah, the distance could be more than four kilometers (600 meters x 7)!
When performing the stoning of the devils, it is normal for pilgrims to walk quite a far distance, perhaps two to three kilometres from their tents in Mina to the jamrah. Pilgrims are supposed to stay for four days and three nights in Mina (10, 11, 12 and 13 Dzul-hijjah) dan stone the three jamras everyday during the stay except during 10th Dzul-hijjah (Eid) when pilgrims only stone the main jamrah (Jamrah Al-Aqabah).
Thus, to perform hajj one should be physically and mentally fit, so it is advisable to Muslim to take the necessary steps for example started saving from an early age, hoping and praying one could perform the fifth pillar of Islam at the earliest time possible and not at old age.
Writing about my own experience in the Holy Land after being there a few times, I loved to be ‘alone’ (without the presence of known companions near me) in places such as Majidil-Haram and while gathering in Plains of Arafah because I had the feeling of nearness to Allah SWT.
Without the presence of ‘a known person’ close to me, I could ‘freely’ pour out my heart to Allah SWT. I was free to shed tears without the feeling of being ‘observed’ by ‘close relatives and friends’.
When you are ‘alone’ it is easy for you to talk and admitted about your past sins and then beg forgiveness from the Almighty. In one such occasion, I was sobbing, lost for words. I reached for my small du’aa book and read the supplications, among others: "O Allah! I ask of Your integrity and soundness in my religion, my life, my family, and my possessions.
O Allah! Cover my shame, pacify my fears, guard me from what is in front of me and behind me, from what is on my right and on my left, over my head and under my feet.
O Allah! Grant health to my body. O Allah grants health to my hearing. O Allah! Grant heath to my sight. There is no deity except You.
O Allah! You are my Lord. There is no deity except You. You are my Creator and I am Your creature. I try to keep my covenant with You and to live in the hope of Your promise as well as I can. I seek refuge in You from my own evil deeds. I acknowledge Your favours to me, and I acknowledge my sins. Forgive me my sins, for there is no one who can forgive sins except You.
O Allah! I seek refuge in You from worry and sorrow. I seek refuge in You from impotence and sloth, from stinginess and cowardice, and I seek refuge in You from the burden of debt and from being humbled by men.
O Allah! Make the beginning of this day good, the middle prosperous, and the end successful. I ask You to grant me the good of this world and of the Hereafter. O Most Merciful of all Who show us mercy!
O Allah! You hear my words, You behold my situation, You know what is open and what is hidden within me; nothing is hidden from You. It is me alone who is in need, a humble seeker of Your forgiveness. I beseech You with humility in my heart, with trembling and fear, in prostration and utter helplessness.
O Allah! Grant me soundness of belief, goodness of character, forgiveness of my sins, and Your eternal pleasure in the Hereafter. – Ameen
Well, when a ‘hajji’ or ‘hajjah’ returns to his/her homeland, he or she has a huge burden or responsibility on his or her back. Among others, he or she is a messenger of good faith and must shine so that others could follow his or her steps.
Every year some 28,000 Malaysian Muslim performed the hajj. Hajj is the fifth pillar of Islam. So whoever has performed hajj, he/she is supposed to produce the finest in whatever they do, keeping in line with the teachings of the Prophet (blessings and peace be upon him, pbuh).
In ten years time, we would have roughly some 280,000 ‘hajjis’ and ‘hajjahs’ in the whole country. That figure is big enough to fight injustice in our country that is tarnished with corruption, mismanagement and abuse of power, money and resources. But where have the good gone? Why the silence?
‘Hajjis’ and ‘hajjahs’ are everywhere in the country. They cannot just remain silent over things that are against the teaching of Islam such as ignorance, injustice and corruption that exists and flourishes around them.
Yes, they have to uphold justice including during election time. So, to hajjis and hajjahs, prove it during this coming 13th general election!
Wednesday, October 24, 2012
Simpati kepada bakal haji, petugas Tabung Haji...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Wafatkanlah aku dan keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang saleh." (Maksud Ayat 101 Surah Yusuf)
TERSENTUH hati ini apabila mendengar khabar sejumlah bakal haji musim 1433 Hijrah (sekarang ini) yang nama mereka sudah tersenarai (ada yang sudah diberikan rantai tangan) dibatalkan pemergian mereka ke Tanah Suci. Seorang ustaz bercerita, ada seorang jemaah datang kepadanya, menangis teresak-esak menyatakan dia menerima panggilan telefon menyatakan dia tidak dapat 'lampu hijau' ke Tanah Suci sehari sebelum dia dijadualkan berlepas. Maka menangislah dia mengadu nasib.
Seminggu dua ini berdesing-desing telinga ini mendengar kisah bakal haji yang tak dapat ke Makkah dan juga kisah jemaah haji yang 'last minute' (waktu terakhir) dapat juga akhirnya ke sana.
Pelbagai pihak memberitahu 'suasana kelam-kabut' dalam mengatur jemaah ke Tanah Suci tahun ini disebabkan pihak berkuasa Malaysia gagal mendapat kuota tambahan jemaah haji. Biasanya selain kuota biasa 28,000 jemaah (1 peratus daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta orang), pihak Arab Saudi membenarkan tambahan jemaah, ada kalanya sehingga 10,000 orang.
Tahun ini tiada tambahan jemaah haji dengan pihak berkuasa Arab Saudi memberitahu hal itu disebabkan kegiatan pembangunan dan pengubahsuaian di kawasan sekitar Masjidilharam tetapi sesetengah pihak di Malaysia termasuk sesetengah pemimpinnya tidak habis-habis mempropagandakan hal itu disebabkan perhimpunan segelintir rakyat Malaysia dalam apa didakwa demonstrasi Bersih tempoh hari.
Berbual dengan bakal-bakal haji ini dan beberapa ustaz terdengarlah rintihan hati mereka yang saya celotehkan (coretkan) di sini. Kata seorang jemaah yang mendapat panggilan pengesahan ke Tanah Suci pada 'last minute' (dia sudah berangkat, didoakan dia mendapat haji mabrur): "Kenduri sudah saya buat sebulan lalu. Hampir setiap kali ke masjid, jemaah akan bertanya; 'ehh tak berangkat lagi?' Saya naik malu dibuatnya. Syukur, alhamdulillah dapat juga saya ke Tanah Suci."
Namun pada masa yang sama dia sempat menyindir dengan berkata: "Orang macam kita ini sudah lama mendaftar. Sudah dipilih dan disenaraikan untuk pergi tahun ini. Sudah ikut kursus termasuk kursus haji perdana. Namun Tabung Haji tidak mengesahkan tarikh pemergian kita sehingga 'last minute'. Ada orang tak mendaftar pun. Tak ikut kursus pun. Tak berhajat pun nak pergi haji. Tup-tup dia dapat surat suruh dia bersedia pergi haji. Ini apa hal ni?"
Jemaah ini merujuk kepada jemaah haji yang ditaja oleh pemerintah melalui kuota PM, menteri, kerajaan negeri, setiausaha kerajaan negeri dan sebagainya. Dikhabarkan PM menaja ratusan jemaah, ada pejabat setiausaha kerajaan negeri menaja 50 orang; jadi daripada semua negeri berapa ramai jemaah yang pergi secara ini? Mereka terdiri daripada imam, bilal, pengerusi JKKK, pemenang anugerah kecemerlangan dan sebagainya. Kalau satu negeri 500 orang yang pergi cara ini, daripada 13 negeri sudah ada 6,500 jemaah. Jadi baki kuota yang terbuka kepada orang awam cuma 21,500 jemaah.
Itulah sebabnya mengapa sukar benar pegawai Tabung Haji hendak 'release' nama dan tarikh jemaah yang dapat pergi haji. Kasihan petugas Tabung Haji. Mereka kena ikut arahan atasan sedangkan jemaah asyik menghubungi mereka, bertanya, "dapat ke tak dapat" atau "bila nak berangkat ni?" Pening juga petugas Tabung Haji. Ada 'tangan ghaib' lebih berkuasa yang membolehkan 6,500 jemaah pergi tanpa ikut proses biasa - mendaftar, menunggu bertahun-tahun lamanya; orang 'terpilih' ini tup-tup saja dapat pergi haji...ewah begitu mudah sekali.
Seorang jemaah lain memberi cadangan ini: "Kalau nak bagi hadiah kat orang-orang yang banyak jasa dan bakti itu, bagilah mereka buat umrah, kan umrah itu boleh dibuat bila-bila masa. Untuk haji ini bagilah orang yang benar-benar nak buat haji, mereka dah lama menunggu, kasihanilah mereka...ada lebih 900,000 orang dalam senarai menunggu. Apa pasal orang tak mendaftar haji pun boleh pergi dulu?"
Subscribe to:
Posts (Atom)