Saturday, March 31, 2012

Perbankan Islam okey, bagaimana Kewartawanan Islam?

*******************
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Jalan Mudah Menuju Syurga

Abu Darda' r.a. menyatakan, Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: "Barang siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah mempermudahkan baginya suatu jalan menuju syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana redanya dengan apa yang mereka perbuat.

"Sesungguhnya orang yang berilmu itu dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi termasuk ikan-ikan di dalam air. Dan kelebihan orang berilmu daripada orang yang beribadah (tanpa ilmu) itu adalah bagaikan kelebihan bulan daripada seluruh bintang yang lain.

"Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi itu tidak mewariskan dinar atau dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Barang siapa mengambilnya, maka dia mengambil bahagian yang baik." (HR. Abu Daud dan Termizi) - Hidayah Rabiulakhir 1433/Mac 2012

*****************

Teruja sungguh saya mendengar taklimat mengenai Perbankan Islam di sebuah masjid berhampiran rumah saya baru-baru ini. Ceramah dengan tajuk 'Perbankan Islam: Satu Kewajipan' oleh seorang pegawai kanan Bank Muamalat itu antara lain menyentuh perjuangan getir umat Islam negara ini menegakkan sistem perbankan mengikut syariah terutama bagi membendung amalan riba yang membawa kepada penubuhan Bank Islam pada 1983.

Perjuangan ini berterusan sehinggalah bank konvensional juga akhirnya menawarkan produk-produk Islam dan kini lesen sudah diberikan kepada 17 institusi kewangan bagi menjalankan Perbankan Islam. Kini banyak IPT menawarkan pengajian Perniagaan Islam, Kewangan Islam dan Perbankan Islam. Semua ini bagi menyelamatkan umat Islam daripada bahana menjalani kehidupan menyimpang daripada ajaran Islam terutama amalan riba yang orang berterusan mengamalkannya diberi amaran bahawa Allah dan Rasul-Nya mengisytiharkan perang terhadap mereka.

Syabas kepada 'orang bank' yang menjalankan peranan dan menjayakan tugas mereka. Dalam kehidupan singkat ini, saya percaya setiap orang hanya mampu berperanan dalam bidang masing-masing. Jika 'orang bank' boleh tersenyum dengan kejayaan Perbankan Islam, bagaimana pula dengan 'orang surat khabar (media)', apakah kini sudah wujud 'Kewartawanan Islam'. Sebagai seorang wartawan inilah bidang saya, apa yang sudah dilakukan oleh wartawan Islam termasuk diri ini dalam memurnikan amalan dunia kewartawanan sehingga ia sejajar dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya?

Beberapa artikel saya sebelum ini menyentuh mengenai penubuhan Sekolah Kewartawanan Islam yang lulusannya diharapkan dapat mengimbangi graduan-graduan keluaran sekolah kewartawanan sekular yang berkiblatkan dunia ilmu Amerika dan Eropah, tetapi usaha melahirkan wartawan tawaduk yang tunduk kepada halal dan haram nampaknya bergerak terlalu perlahan.

Malah dunia kewartawanan tanah air semakin dicemari paparan dan amalan tidak beretika; tidak payahlah kita bercakap mengenai Kewartawanan Islam, etika kewartawanan yang dipelajari di sekolah-sekolah kewartawanan sekular pun dilanggar semahu-mahunya. Wartawan bukan lagi bersifat pelapor; tetapi menyebelahi pihak-pihak yang disokong dan mahu dimenangkannya.

Tataplah paparan akhbar harian yang dikatakan media arus perdana itu atau ikuti buletin TV dan radio, hampir semua bahannya menyokong satu pihak dan mencerca pihak lawannya. Pihak disokong diberi liputan meluas untuk membelasah lawannya, malangnya yang dibelasah tidak diberi ruang sedikit pun untuk membela diri. Apakah perkara seperti ini diajar di sekolah-sekolah kewartawanan?

Semasa saya menuntut dulu, seorang pensyarah kewartawanan berbuih-buih mulutnya menyatakan seseorang wartawan itu tidak boleh membabitkan dirinya (seperti memberi pendapat, pandangan dan rasa hati) dalam penulisan berita dan rencananya.


Masih terngiyang-ngiyang peringatan itu walaupun sudah hampir 30 tahun berlalu. Laporkan saja sesuatu kejadian kerana awak pelapor bukan pengulas, katanya. “Tugas awak macam posmen, menghantar surat, isi dalam surat itu tidak ada kena mengena dengan awak,” tegasnya.

Tetapi hari ini apabila membaca berita dan rencana, terasa apa yang dikuliahkan pensyarah itu tidak terpakai lagi. Pelapor (wartawan) sudah mengambil bahagian dalam pemberitaan. Mungkin si wartawan membuat laporan seadanya tetapi telah ditambah itu sang editor, menjadikan laporan itu kelihatan ‘senget’ (bias). Sekarang ini, keadaannya 'terlalu senget' sehingga orang awam pun berasa jijik dengan sesetengah media massa.

Perkembangan ini membuat hati ini tertanya-tanya apakah prinsip asas kewartawanan itu terpakai lagi. Atau apakah penulis tersilap tafsir asas kewartawanan yang diajar oleh pensyarah dulu?

Bagi penulis, seseorang wartawan Muslim itu bukan hanya perlu tahu dan mengamalkan etika kewartawanan, tetapi lebih penting tahu dan mengamalkan asas-asas Islam. Mereka perlu peka tentang perkara halal dan haram.

Sebelum memulakan kerja, mereka tahu dan sedar Yang Maha Berkuasa sedang memerhatikan mereka. Bersandarkan ilmu yang menyuluh, mereka tahu yang mana halal dan haram.

Melaporkan berita secara tepat adalah halal tetapi memesongkan berita adalah haram. Menyiarkan berita pihak berkuasa menggempur kedai judi adalah kerja kebajikan tetapi menyiarkan keputusan empat nombor ekor adalah haram. Tetapi menyiarkan keputusan judi inilah menjadi amalan akhbar-akhbar kini; apakah perlakuan haram ini mahu dilakukan dulu, kini dan selamanya...

Wartawan beriman juga tahu menyiarkan kisah artis mencari jalan pulang (mencari Tuhan) adalah bagus tetapi mereka juga tahu menyiarkan gambar artis terlondeh sana, terbuka sana adalah haram; jadi mereka akan buat yang halal dan meninggalkan yang haram. Inilah yang kita mahu dalam dunia kewartawanan kita. Bersediakah wartawan-wartawan kita berubah, berhijrah?

Mengenai etika kewartawanan Islam seorang penulis menyatakan ia ada sedikit perbezaan dengan etika kewartawanan Barat yang mengutamakan kebebasan tanpa batasan dalam semua perkara.

Seorang wartawan Islam perlu sedar dia adalah seorang pelapor yang merakamkan kejadian sebenar seperti lensa kamera; mereka sentiasa merasai diri dalam pemerhatian Allah SWT. Wartawan Islam dibatasi dengan hukum-hukum syariat halal-haram.

Seorang wartawan Islam itu sekali gus seorang pendakwah. Lembut lidah pendakwah dalam menyampaikan risalah Allah, lembutlah bahasa wartawan. Tinggi hemah ulama, tinggilah hemah wartawan. Tajam pandangan ulama,, tajamlah pandangan wartawan. Keras ulama mencegah kemungkaran, begitulah sikap wartawan. Wartawan juga perlu menjawab segala kebohongan yang dilemparkan terhadap Islam.

Berikut adalah sebahagian daripada etika kewartawanan Islam yang boleh dijadikan panduan:

1. Betulkan niat iaitu bekerja semata-mata untuk mencari keredaan Allah.

2. Memulakan setiap kerja dengam Bismillah dan apabila selesai mengucap Alhamdulillah.

3. Berada di medan penulisan kerana melaksanakan kewajipan dan fardu kifayah.

4. Kekalkan pendirian menulis hanya atas dasar kejujuran.

5. Bercita-cita menegakkan yang makruf dan mencegah/ menentang kemungkaran.

6. Melaksanakan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia dengan mengambil kira hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Membenci dan meninggalkan perkara yang haram dan makruh.

7. Menimba ilmu Islam melalui pengajian (berguru) di samping pembacaan dan pemerhatian.

Penulis ini mengingatkan bahawa pena adalah pedang jihad bukan senjata yang memuntahkan peluru-peluru fitnah, tohmahan dan seumpamanya. Sentiasa menimbang akan dosa dan pahala sebelum melakukan penulisan.

Wednesday, March 28, 2012

Seeking for the 'correct path' in life

*************
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
"Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80)

*************
MY daughter was one of the 468,808 students who sat for the Sijil Pelajaran Malaysia SPM) examination last year. During 'du'a' (suplication) after 'subuh' (dawn) prayers on 21st March; the date the examination results was announced, I prayed to Allah SWT for my daughter's success; and not forgetting all students from the Islamic faith.

At noon that day, with a sad face and traces of tears on her face, my daughter showed me her examination results slip; she failed to score straight A's from the 11 subjects she sat for; she had B+ for two subjects. I consoled her, saying she should not looked at the results that way; she should be thankful to Allah SWT, the Beneficent, the Merciful for His generosity in rewarding her with such an excellent result.

So be thankful to Allah SWT always at what we have or to what we had been rewarded with; why look at what He has not given us (for example my daughter's wish to have A's for all her subjects) but be thankful to what He had blessed us. Regarding worldly matters, scholars have his advice - look down at the have nots; for example if you are sad driving an old car be happy because you are safe from rain and shine compared to a cyclist and if you own a bike, be happy because there are many others who do not have any and have to walk.

Well, to all youngsters out there, what's next after sitting for the public examinations (SPM and STPM) and completing one's secondary education. Many would be joining the working force; perhaps a hundred thousand or so would purse their tertiary education in a few months time.

So during this waiting period, why not do some reflection; perhaps this email from a university student which I received some time ago would be able to open our eyes; yes we are always seeking for the straight path in life; the correct way to live happily in this world what more in the Hereafter.

"I'VE read some of your previous articles. I found them very thoughtful and as a response, I would like to share my story, just for soul pondering. Anyway, it's all about the last general election.

First, let me introduce myself. I am a Malay girl and am still studying at a local university. I am, and have been a Muslim. I was born into a Muslim family, which implies strict rituals and actions according to Islam. Yet, I am still not that Islamic enough.

I believe strongly in Islam. I pray to Allah, but there are many times when I miss prayers either by accident (especially the 'subuhs' or )eg. 'asars') I read Qur'an, but I also listen to the latest music.

I cover my head with a scarf (tudung) but still i wear short-sleeved T-shirts and tight jeans. I support the Palestinian cause but still munch mouthfuls of Burger Kings and McDonald's product. I am interested in the struggle of PAS, but still believe that Malaysia couldn't be better without Umno.

It wasn't until last year that I started to re-think and re-examine my life. It began with deep frustration about the way I was leading my life. I wanted to be a better Muslim, but I just could not force myself to stop enjoying in the big and happening city of KL, having lived here for most of my life.

Then, I experienced severe depression. That's when I decided to run away from this hectic environment. Run away from the hypocrisy of other people. I can say that the 'seruan' was really a 'big bang' to me as I dared to 'tuang kuliah' (skip classes) for a week to do this soul-searching.

I started my backpacking journey from KL and ended up in Kelantan. Frankly speaking, I had a bad impression of the Kelantanese, because most of my Kelantanese friends back in campus are always 'berpuak-puak' (living in groups) and in a sort of 'cultural shock' being in KL for the first time. So I was wondering, I were to do good soul-searching, whether Kelantan was a good place to do so. But I was destined to be in Kelantan.

For the whole week, I experienced a lot of new things, which embarked me on my new spiritual feelings about being a Muslim. My contact with the Kelantanese had influenced me to be strong in my Islamic faith. The surroundings in Kelantan had taught me the important value of 'solah' (prayers). Money doesn't matter to me that much anymore.

KL is far modernized from Kota Bharu. KLCC is far bigger from KB Mall, what else to compare with. But life is much better in Kelantan. I had more freedom. My mind ease at the thought that I can be a better Muslim if I had the will to do so. If not because of my studies and the thought of my father knowing his daughter travelling alone, I might not have left Kelantan then.

A year had passed since that remarkable 'eye-opening' journey. Kelantan under PAS allowed Islam to flow whereas in other states, secularism reared its head.

The last election suddenly makes me reminisce the tremendous journey of mine. It was the news (or should I say it 'propaganda'?) on the TV that make me decide to write to you.

One propaganda piece by the BN showed an interview with a villager, somewhere in Kelantan. This villager said, he would choose BN as he strongly believed that only BN could modernize Kelantan. He really wants Kelantan to be modernized and felt sick of being poor. Mind you, after the talk, he proudly 'tour-guided' the cameraman inside his house - perfect with big fridge, TV set, hi-fi etc. I couldn't believe my eyes.

How can people say things like that? He was really ungrateful. His life is much better that those 'setinggans' (squatters) who still exist in big cities like KL What type of modernization do they want? I have lived in the middle of this concrete-jungle since I was born.

Yes, KL is a modern big city, full with big mega buildings, shopping complexes, fashionable and cool citizens, and a lot of happening events. But never forget the dark side of big cities.

Here, in KL, people don't care if a guy brings back a girl to his home late at night which I had commonly witnessed. At 3.00 am, youngsters return to their homes from clubbing with alcoholic drinks in their hands. Drugs and ecstasy are sold widely.

'Azan' (the call of prayers) is drowned by loud songs from discos. Prostitution and gambling are everywhere. People are acting like they do not fear God's punishment.

Whenever I visit my mom's relatives in Terengganu, they thought that I'm cool just because I live in a big city. But for me, living here for almost 20 years had gained me nothing.

Modernization is nothing if Islam is not practiced fully. We need Islam to balance our modernization. Only a good Islamic government can provide this type of balance by implementing Islamic laws.

I just want to say to the voters who choose BN for the sake of the so-called modernization, if you hardly find peace in your daily lives because of your surroundings, there's nobody to be blamed except yourself, and the materialistic lives you lead.

When I read that village people attended BN's gathering just because they were given RM10 or RM20, I find it unacceptable. Maybe RM10 is a big sum for them but from it, we can see how easily money buys people. And now its BR1M (the RM500 one-off assistance) and monies to former army personnel.

Maybe, my email here sounds like some sort of frustration, but I just need people to hear my cries. To the Pakatan Rakyat, keep going on and never give up. Maybe we didn't succeed today, but we shall return and fight them back. Fly like a butterfly, sting like a bee!"

Sunday, March 25, 2012

Benarkah aparteid sudah mati?

*********************
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
*********************

GEGAK gempita menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini mengingatkan saya akan kesempatan paling bermakna dalam hidup saya sebagai seorang wartawan - membuat liputan pilihan raya pelbagai kaum yang pertama di Afrika Selatan pada April 1994.

Pilihan raya penuh bersejarah ini menandakan tamatnya aparteid (dasar membezakan warna kulit; di Afrika Selatan rakyat kulit hitam dilarang menyertai pilihan raya sebelum 1994), sekali gus melonjakkan Nelson Mandela pemimpin Kongres Kebangsaaan Afrika (ANC) yang terpenjara puluhan tahun sebagai presiden pertama di kalangan orang kulit hitam Afrika Selatan.

Selepas hancurnya Aparteid Afrika Selatan, apakah aparteid sudah berakhir di dunia ini? Apakah aparteid hanya sejarah? Nampaknya dunia mempercayai demikian, hakikatnya penindasan dan ketidak-adilan tidak pernah berakhir dengan golongan lemah berterusan menjadi mangsa pihak berkuasa. Aparteid bertukar wajah, ia mungkin tidak lagi membabitkan warna kulit tetapi dari segi perbezaan di kalangan manusia termasuklah
agama dan ideologi.

Berikutan tragedi 11 September 2001 tersingkaplah betapa orang Islam menjadi sasaran dendam kesumbat Barat sejak ratusan tahun. Orang Islam dipandang penuh prejudis - mereka yang mengamalkan sunnah Rasul dianggap sebagai pengganas; mereka diperangi sekalipun di tanah kelahiran sendiri seperti di Palestin, Chechnya, Kashmir, Bosnia dan Xinjiang.

Kemuncak kebencian kepada orang Islam adalah serangan ke atas dua negara umat Islam iaitu Iraq dan Afghanistan; kedua-duanya hancur, ratusan ribu rakyatnya terkorban tetapi di atas puing-puing kemusnahan ini, dunia Barat dengan bangganya mendakwa keadilan sudah tertegak di alam fana ini. Keadilan dan kebahagiaan kehidupan apa yang
mereka maksudkan itu?

Namun penindasan ini telah menyedarkan sebahagian besar ummah termasuk di dunia Arab bahawa mereka sudah tersasar jauh daripada kehendak Islam termasuk dari segi pemerintahan sehingga dipandang penuh hina oleh Barat. Kebangkitan rakyat di dunia Arab tidak dapat disekat-sekat lagi, mereka mula menolak diktator pujaan Barat seperti Hosni Mubarak (Mesir) yang biasanya mendapat 99 peratus undi setiap kali pilihan raya. Maka jatuhlah satu demi satu rejim zalim di dunia Arab; dari Libya ke Yaman; hampir semua kerajaan ini jatuh melalui pergerakan rakyat di jalan raya.

Di Afrika Selatan, rejim aparteid bukanlah dijatuhkan melalui pilihan raya; demikian juga di dunia Arab; kerajaan-kerajaannya dijatuhkan selepas rakyat memenuhi jalan raya. Di Afrika Selatan, rejim aparteid digulingkan oleh kuasa rakyat di jalan raya dengan Mandela sebagai penggeraknya manakala di dunia Arab pemimpin diktator seperti Muammar Gaddafi, Mubarak, Abdullah Ali Saleh dan Zainal Abidin Ali; semuanya
digulingkan melalui pergerakan rakyat di jalan raya.

Selepas mereka tumbang barulah pilihan raya 'bersih' dapat diadakan. Jarang benar
pilihan raya dapat membersihkan dikator-diktator ini daripada kuasa kerana hampir pasti setiap kali pilihan raya mereka mencatat kejayaan cemerlang dan gemilang dengan menyapu 99 peratus undi!

Pilihan raya pelbagai kaum pertama 1994 Afrika Selatan adalah pengajaran penuh bermakna kepada dunia kerana ia penanda berakhirnya aparteid (tetapi ia bukan penyebab kerana rakyat terpaksa berarak di jalan raya sebelum itu), tetapi amat malang sekali 'aparteid bentuk baru' semakin menjadi-jadi termasuklah di pintu depan rumah kita terutama menjelang pilihan raya ini.

Bukalah mata seluas-luasnya dan saksikan 'pelbagai aparteid' dalam kehidupan, senarainya terlalu panjang, ya 'aparteid' dalam media, 'aparteid' dalam peruntukan
bantuan (royalti minyak) dan sebagainya.

Kata-kata 'hikmah' - 'I help you, you help me' (Saya tolong awak, awak tolong saya) itu pun sudah cukup untuk membuktikan bahawa 'aparteid' masih membelenggu masyarakat kita!