Friday, September 4, 2020

Muharam 16: Imam perlu turun padang (U)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32

SEKARANG ini aneka jenayah dan maksiat sudah menjadi teruk sehinggakan dalam isu zina, pemerintah terpaksa bertindak drastik seperti mewujudkan ‘bakul bayi’ (baby hatch) dan sekolah bagi remaja hamil. 


Sehubungan itu, pemimpin masyarakat termasuk di peringkat kariah dan kampung serta masjid perlu berperanan lebih aktif. Di sinilah kita berpendapat pegawai dan petugas masjid, daripada pengerusinya sehinggalah kepada jawatan paling bawah berperanan mengikut kemampuan masing-masing bagi membendung salah laku masyarakat terutama generasi muda.


Namun apa yang dapat kita saksikan hari ini, berlaku kelesuan pentadbiran di sebahagian besar masjid sedangkan sumber dana masjid tidak putus-putus, misalnya adalah biasa bagi sesebuah masjid di bandar memperolehi  lebih RM2,000 pada setiap kutipan hari Jumaat.


Kita tidak mahu pentadbiran masjid dikuasai golongan tertentu yang ada kepentingan politik. Amat dikesali tokoh politik tidak mesra agama dilantik sebagai penaung masjid manakala ahli jawatankuasa dibuat secara lantikan oleh pihak terbabit tidak melalui pungutan suara dan pengundian di kalangan ahli kariah seperti sebelum ini. Masalah bertambah rumit apabila AJK lantikan bukan ahli masjid; jika lantai masjid pun jarang mereka pijak, bagaimana mereka mahu membantu menyelesaikan masalah penduduk setempat?


Pentadbir yang lesu menambah masalah ahli kariah. Di sesetengah masjid, bilal dan imam gagal menjalankan tugas dengan baik, kadang-kadang jemaah terkial-kial mencari orang yang boleh mengimami solat waktu.


Didoakan agar pegawai masjid termasuk imam dapat mempertingkatkan iltizam bagi membina kehidupan beragama yang membahagiakan seluruh kariah. Selain meningkatkan pengurusan di masjid, pegawai masjid wajar turun padang ke seluruh kampung bagi memastikan kehidupan anak buah sejajar dengan kehendak Islam.


Kerja-kerja amal makruf nahi mungkar hendaklah dijalankan. Imam dan petugas lain perlu meluangkan masa menziarahi anggota kariah seterusnya mentarbiyah mereka, yang melanggar hukum-hakam perlu dinasihati manakala amalan beragama diperkukuhkan. Penting untuk petugas turun gelanggang kerana penduduk yang ke masjid untuk solat berjemaah dan majlis ilmu terlalu sedikit.


Imam perlu sedar bahawa tugas mereka sebagai pemimpin bukan setakat mengimami solat berjemaah di masjid yang mungkin berlangsung 5-10 minit setiap waktu tetapi berdasarkan perkembangan semasa yang amat negatif seperti berleluasanya zina, kelahiran anak luar nikah, pembunuhan, perompakan dan pergaduhan adalah wajar untuk mereka turun padang.


Selain mentalbiyah penduduk, imam-imam juga perlu mengusahakan jalan agar gejala tidak menyenangkan dalam masyarakat ini dapat dikurang seterusnya dibanteras sama sekali. Jalan utamanya adalah kembali kepada Islam, umat Islam perlu disedarkan bahawa dengan menegakkan hukum-hakam Islam akan tertegaklah keadilan yang membawa kesejahteraan dalam masyarakat.


Tentunya, jalan ini tidak mudah dirintis, pengorbanan imam-imam sebagai pemimpin amat diperlukan. Merekalah antara golongan paling dekat dengan masyarakat, misalnya pada setiap majlis di kampung seperti kenduri dan kematian, merekalah yang akan mengepalai upacaranya. Jadi adalah wajar imam menjadi agen perubahan, membawa masyarakat kepada pengamalan Islam sepenuhnya.


Demikianlah, kita begitu berharap dan berdoa agar imam-imam dapat menjalankan peranan mereka bagi menegakkan Islam dalam masyarakat, seterusnya ke peringkat negara dan sejagat. Amin.




Thursday, September 3, 2020

Muharam 15: 'Manusia paling jahat'...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32


DARIPADA sejumlah ceramah dan tazkirah sempena Maal Hijrah yang saya hadiri baru-baru ini, izinkan saya 'mempersembahkan' rumusan saya bagi difikir-fikirkan oleh pembaca 'barang sejenak jua'.


Saya begitu terkesan apabila seorang ustaz memberitahu bahawa orang paling jahat di dunia ini bukanlah penyamun, perompak, pembunuh, perogol dan 'penjahat sespesies' mereka tetapi manusia yang tidak dapat menerima kebenaran. Mereka yang menutup pintu hati (hati keras) inilah adalah sejahat-jahat manusia.


Kata sang ustaz, manusia keras hati ini bukanlah hanya daripada golongan yang 'kelihatan jahat' tetapi juga di kalangan mereka yang 'nampak baik-baik'. Ya, mereka solat (malah secara berjemaah di masjid), berpuasa dan berhaji tetapi kata sang ustaz, 'tak berkesan' 'tonggang tongek' mereka (menunaikan solat) jika mereka tidak berlapang dada untuk menerima sesuatu kebenaran itu.


"Apa buktinya?" tanya sang ustaz. Katanya, orang jenis ini pantang ditegur. Kalau ditegur dia akan melenting. Sepantas kilat dia menolak pandangan orang malah cuba pula 'menegakkan benang basah'. Ini bermakna orang ini secara automatis sudah menutup pintu hati; dia fikir dia atau pendapat dia sahaja betul jadi bagaimana dia dapat mengutip 'mutiara-mutiara' daripada kehidupan ini!


Fokuskan kepada sirah Nabi Muhammad SAW. Sebelum menjadi Nabi dan Rasul pada usia 40 tahun, Nabi Muhammad diakui kejujurannya dan diberi gelaran Al-Amin (Yang Amanah). Ketika mula berdakwah secara terbuka Nabi Muhammad SAW menghimpunkan penduduk Makkah dan bertanya kepada mereka "jika aku katakan ada unta di belakang bukit ini (Safa) percayakah kamu?" Orang Quraisy mengiyakannya tetapi selepas Nabi SAW menyampaikan dakwahnya, mereka yang diketuai oleh Abu Lahab lantas menuduh Nabi SAW berbohong sedangkan sebelumnya mereka mengakui 'keamanahan' Nabi.


Ya, orang yang menutup pintu hati daripada kebenaran adalah sama cirinya dengan Abu Lahab yang dikutuk oleh Allah SWT dalam al-Quran. Menjadikan sirah Rasul SAW ini sebagai pedoman kehidupan, insaflah kita bahawa masalah-masalah membabitkan diri, keluarga, masyarakat, negeri, negara kita dan dunia ini adalah berpunca daripada keras hatinya diri kita daripada menerima kebenaran. Namun percayalah, apabila kebenaran datang maka sirnalah kejahatan.


Sekarang marilah kita 'terjemahkan' peristiwa zaman Rasul SAW sebagai pengajaran kehidupan semasa kita. Kemelut demi kemelut yang melanda negara sebahagiannya adalah disebabkan oleh kita terutama pemimpinnya yang sudah keras hati, tidak dapat menerima kebenaran. Hati mereka sudah beku, Mereka pekakkan telinga kepada teguran, mereka fikir mereka saja betul dan apabila ini berlaku, dikhuatiri suasana dalam negara kita daripada 'sebawah-bawah dan setinggi-tingginya' dalam keadaan 'tunggang-telanggang'.


Tidak 'makan ditegur' atau menjauhi daripada kebenaran ini menyebabkan dunia rosak; sebagai contoh di negara kita kini diancam jerebu; sebahagiannya disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang jahat; mereka mementingkan hawa nafsu masing-masing - katakanlah berlaku kebakaran hutan puncanya kerana apa...pemerintah mahu mengaut keuntungan semaksimum mungkin, demikian juga pemodal, peneroka dan sebagainya. Manusia (daripada pemimpin kepada rakyat) rakus 'membotakkan' hutan dan bukit malah gunung pun ditarah mereka! Ya, apakah mereka ini dapat menerima kebenaran apabila ditegur? Tidak, kita bimbang mereka sudah jadi 'Abu Lahab' yang tidak dapat menerima kebenaran.


Manusia keras hati tidak boleh menjadi 'pentaubat' sedangkan inilah ciri sebaik-baik insan yang disayangi oleh Allah SWT. Perompak dan pembunuh (termasuk yang meletupkan orang) pun berpeluang mengaku bersalah dan bertaubat tetapi makhluk yang sombong daripada kebenaran ini (ketua mereka adalah iblis dan syaitan) tidak boleh dan akan berbuat begitu. Ya, manusia mana yang tidak membuat dosa...namun insan 'pentaubat' mengakui kesilapan diri dan berterusan merayu-rayu kepada Allah agar ditunjuki jalan yang lurus (kebenaran) yang dipohon sekurang-kurang 17 kali melalui solat. 


Sahlah kalau kita tidak membuka hati kepada kebenaran seterusnya bertaubat, kita adalah sejahat-jahat manusia kerana datuk kepada kita semua (manusia), Nabi Adam AS pun berdoa bersungguh-sungguh: "Ya Tuhan kami; kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi." (Quran, Surah Al-A'raaf, ayat 23)

Wednesday, September 2, 2020

Muharam 14: Pleasing Allah, not ourselves or others...(U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)

1. By the declining day,

2. Lo! Man is in a state of loss,

3. Save those who believe and do good works, and exhort 

one another to truth and exhort one another to endurance.


ONE 'ustaz' (religious teacher) during his weekly 'tazkirah' (lesson) at a masjid near my house was fond of repeating this phrase: "we must live according to the likes of Allah SWT that is to please Him and not to please ourselves or others." 


In short we must be always be gracious and thankful (bersyukur) to him to whatever befalls on us whether they seem good to us such as scoring excellent results in our examinations or what seem bad to us such as we had lost our wallets. 


Good news are always being welcomed but what about the bad ones? 'Subhanallah' we must also learned 'to welcome it too' for...perhaps they are only bad in our eyes but not 'in the eyes' of Allah SWT.


Remember the words of the Messenger, Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him, s.a.w.): “How wonderful is the affair of the believer, for his affairs are all good, and this applies to no one but the believer. If something good happens to him, he is thankful for it and that is good for him. If something bad happens to him, he bears it with patience and that is good for him.” (Narrated by Muslim, 2999)


It was the habit of the 'ustaz' to open to the floor for questions and answers section at the end of his lesson. As I was 'a very shy person' during one session, I wrote this question on a piece of paper and put it on his desk. 


It read: "Assalamualaikum wbt; sindrom suka pada apa yang kita suka bukan Allah suka juga ada pemimpin negara. Pemimpin negara suka hebohkan hal-hal yang baik seperti negara kita kaya dan makmur tetapi sembunyi hal tak baik seperti nilai Ringgit yang jatuh teruk sekarang berbanding dolar Amerika dan Singapura; ertinya ekonomi kita tak berapa baik. Apa solusinya?" (Assalamualaikum wbt; the 'syndrome' of liking what we like not what Allah likes also infected the leaders of our country. They would be very noisy and boastful on good things such as our country is rich and prosperous but hide bad news such as the declining value of Ringgit compared with American and Singapore dollars which means our economy is not so good. What is the solution?"


The question looked hard; but to my surprise the 'ustaz' gave a very simple but firm answer. He said: "The Prophet s.a.w. had left us with a 'hadith' which means: 'I leave behind me two things, the Qur'an and my example, the Sunnah and if you follow these you will never go astray.' So let us first have a glimpse about 'economy' mentioned in the Qur'an."


The 'ustaz' reminded congregators to have a look at some of the issues of economics involving the many prophets such as Nabi Yusuf (Joseph) and Nabi Syu'aib a.s. (peace and blessings of Allah be upon them). "If we follow the example shown by these prophets, 'insya-Allah' (God willing) we will be in His straight path."


Regarding 'the economy way of Prophet Yusuf s.a.w., the the Holy Qur'an says: "The king dreamt that seven lean cows were eating seven fat ones and that there were seven green ears of corn and seven dry ones. He asked the nobles to tell him the meaning of his dream if they were able to. They replied, "It is a confused dream and we do not know the meaning of such dreams." (Surah Yusuf,12:43,44)


Prophet Yusuf a.s. interpreted the dream by the power given to him by Allah. He said, "For seven years the crops will yield abundant food-grain for the people of Egypt. After that there will be a famine for seven years during which all the food-grain lying in the storehouses will be finished and people will starve. Therefore, the people should try to grow as much extra grain as possible so that it would stand them in good stead during the time of famine."


On Prophet Syu'aib, the Holy Qur'an says in Surah Al-A'raf ayah 85: "And to (the people of) Madyan (Midian), (We sent) their brother Shu'aib. He said: "O my people! Worship Allah! You have no other Ilah (God) but Him. [La ilaha ill-Allah (none has the right to be worshipped but Allah)]." Verily, a clear proof (sign) from your Lord has come unto you; so give full measure and full weight and wrong not men in their things, and do not mischief on the earth after it has been set in order, that will be better for you, if you are believers.


Ayah 86: "And sit not on every road, threatening, and hindering from the Path of Allah those who believe in Him. and seeking to make it crooked. And remember when you were but few, and He multiplied you. And see what was the end of the Mufsidun (mischief-makers, corrupts, liars).


Ayah 87: "And if there is a party of you who believes in that with which I have been sent and a party who do not believe, so be patient until Allah judges between us, and He is the Best of judges."


Ayah 88: The chiefs of those who were arrogant among his people said: "We shall certainly drive you out, O Shu'aib, and those who have believed with you from our town, or else you (all) shall return to our religion." He said: "Even though we hate it!


Ayah 89: "We should have invented a lie against Allah if we returned to your religion, after Allah has rescued us from it. And it is not for us to return to it unless Allah, our Lord, should will. Our Lord comprehends all things in His Knowledge. In Allah (Alone) we put our trust. Our Lord! Judge between us and our people in truth, for You are the Best of those who give judgment."


Ayah 90: "The chiefs of those who disbelieved among his people said (to their people): "If you follow Shu'aib, be sure then you will be the losers!"


Ayah 91: "So the earthquake seized them and they lay (dead), prostrate in their homes."


To the congregators the 'ustaz' said, "life is simple, follow the way of the prophets including in politics and economy and in our times the way of Prophet Muhammad s.a.w. then we would be safe in this world and Hereafter but if we are ignorant to be in His way, then we would went astray and see the doom."


He said leaders who are just (fair) would be rewarded handsomely in the Hereafter, they are among the seven groups of people who would be sheltered by Allah SWT at a place and time where there is no protection except His protection.


The 'ustaz' said Muslims and Muslims nations nowadays are depending too much on the Western way of managing economy; for example the bench mark for or currency (Ringgit) depended on the American dollars where else in Islam it is dinar and dirham. "For example during the Prophet s.a.w. time, a shepherd was paid 2 (two) dinar (gold) which nowadays is equivalent to about RM1,400.


"If nowadays we pay a worker with 2 dinar (gold), the value is still the same, that is about RM1,400. So, 'insya-Allah' if we follow the Islamic way of life including in economy then we would be safe from the disastrous effects of the said modern economy."


But again are we 'too proud' to go back to the Islamic way of life including in economy...why is it so? Are we in the thinking that "what the American would be thinking about us or what the world would be thinking about us?"


As mentioned in the early part of this article, "we must live according to the likes of Allah SWT that is to please Him and not to please ourselves or others" thus what the American or even the world think about us 'are not very important', the most important thing in life is 'what Allah SWT thinks about us'. 


So make sure that all our actions including in economy are in line with His desires or to please Him, not ours or others. By doing so, 'insya-Allah' we would be safe in this world and most importantly in the Hereafter!